BIOTALYS MENGUMUMKAN PENUTUPAN KEDUA BAGI PUSINGAN PEMBIAYAAN SIRI C €45 JUTA

NURUL AIDA NORIZAN
Biotalys memungut tambahan €10 juta dengan mengalu-alukan pakar pelabur AS, Novalis LifeSciences GHENT, Belgium, 9 Mac (Bernama) -- Biotalys NV, syarikat perlindungan makanan dan tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan biokawalan berasaskan protein generasi baharu, hari ini mengumumkan penutupan kedua bagi pusingan pembiayaan Siri C dengan €10 juta, dan dengan itu meningkatkan jumlah modal kepada €45 juta melalui Siri C. Penutupan kedua pusingan Siri C disokong oleh pemegang saham semasa dan termasuk pakar pelabur baharu, Novalis LifeSciences. Novalis LifeSciences merupakan firma penyelidikan dan penasihat untuk industri sains hayat yang berpangkalan di Hampton, New Hampshire, A.S. Marijn Dekkers, bekas CEO Bayer AG dan Pengerusi Novalis LifeSciences akan menyertai Lembaga Pengarah Biotalys sebagai Pemerhati. Marijn Dekkers, Pengerusi Novalis LifeSciences berkata, “Novalis LifeScience amat berminat terhadap bioteknologi pemecahan yang boleh menggantikan racun perosak tiruan. Penyelesaian biokawalan berasaskan protein yang dibangunkan oleh Biotalys merupakan kelas baharu yang mempunyai harapan cerah sebagai agen perlindungan makanan dan tanaman pada masa hadapan. Kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada syarikat yang menarik ini.” Hasil kutipan daripada pembiayaan akan digunakan untuk pembangunan, pendaftaran dan pengeluaran skala komersial selanjutnya bagi produk biofungisid Biotalys yang paling maju dan untuk terus mengembangkan dan membina platform penemuan unik syarikat. Pelancaran biofungisid pertama dijadualkan pada tahun 2022 dalam pasaran buah-buahan dan sayur-sayuran di AS. Selain itu, dana tersebut akan menyokong pembangunan dipercepat bagi rangkaian produk yang inovatif dengan penggunaan dalam makanan kritikal serta perosak dan penyakit tanaman. “Bagi pihak semua pemegang saham Biotalys, kami mengalu-alukan pelabur Novalis LifeSciences yang berpangkalan di AS. Marijn Dekkers akan menambahkan kepakaran industri pertanian yang luas kepada lembaga kami yang sangat aktif dan membantu kami memacu syarikat ke peringkat seterusnya. Biotalys maju dalam penemuan dan pembangunan rangkaian kukuh biokawalan inovatif, memenuhi jangkaan petani dan pengguna yang sentiasa berkembang pesat. Syarikat AgTech yang inovasi menepati janji yang diberikan,” tambah Lieven De Smedt, Pengerusi Lembaga Biotalys. Perihal Biotalys Biotalys merupakan syarikat perlindungan makanan dan tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat. Berdasarkan platform teknologi perintisnya, syarikat berkenaan telah membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat dengan mod tindakan unik, menangani perosak dan penyakit tanaman utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan. Biokawalan berdasarkan protein unik Biotalys menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi dan kekonsistenan bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, menjadikannya agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan sebelum dan selepas penuaian. Syarikat menepati jadual untuk melancarkan biofungisid pertamanya di AS pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran global. Biotalys ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flanders untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul € 61 juta setakat ini daripada pelabur pakar tempatan dan antarabangsa. Syarikat tersebut berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.biotalys.com. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Marieke Vermeersch, Perunding Komunikasi Korporat T: +32 (0)9 261 06 84 E: marieke.vermeersch@biotalys.com Sumber: Biotalys --BERNAMA