Berbaloi Ke Masuk Program Rumahku AKPK?

·6-min read

Pengurusan kewangan semestinya sesuatu yang sangat penting bagi semua orang kerana ia melibatkan duit. Ya, duit yang saban hari makin kecil nilainya dan mengalir seperti air. Duit RM50 sekarang rasa macam RM10 saja, sekelip mata boleh habis, betul tak?

Jadi, kalau anda tak menitikberatkan pengurusan kewangan yang baik, alamatnya poket akan sentiasa bocor dan dan boleh menangis tengok baki akaun bank! Kita akan selalu rasa pendapatan tak cukup dan tak tahu ke mana pergi duit tiap-tiap bulan.

Sebaliknya, dengan pengurusan kewangan yang baik, kehidupan anda pastinya lebih teratur dan selesa. Semua ini bermula dengan pengaturan bajet mengikut kemampuan sehinggalah kepada merancang matlamat jangka masa panjang seperti beli rumah.

Tapi, sebelum memiliki sebuah kediaman, soalan pertama yang perlu anda jawab ialah “Berapakah jumlah yang anda mampu bayar?”.

Kalau mampu nak beli secara tunai, syukur sangat! Tapi kalau perlu melibatkan pinjaman bank, anda kena tahu macam mana nak mohon dan berapa pinjaman rumah anda boleh dapat.

Bila nak buat keputusan untuk membeli rumah kediaman, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira seperti bayaran wang pendahuluan, duti setem, perjanjian jual beli dan pelbagai lagi yang secara tak langsung akan mempengaruhi komitmen kewangan bulanan anda.

Banyakkan nak kena fikir? Boleh pening dibuatnya kalau tak diurus dengan betul!

PropertyGuru Loan Pre-Approval
PropertyGuru Loan Pre-Approval

Penyelesaian Relevan

PropertyGuru Loan Pre-Approval

Apakah Program Rumahku AKPK?

pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk
pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk

Kebelakangan ini banyak kes peminjam tak dapat bayar pinjaman rumah. Jangan tak tahu pinjaman perumahan adalah salah satu punca orang muflis tau!

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan program Rumahku sebagai salah satu inisiatif untuk mendidik rakyat.

Program Rumahku ialah satu program kursus online dianjurkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di bawah tajaan Bank Negara. Tujuannya ialah untuk membantu bakal pembeli rumah pertama membuat perancangan kewangan yang bijak.

Program ni sebenarnya bermula pada tahun 2019 sebagai satu program yang wajib disertai oleh sesiapa yang ingin memohon Dana Rumah Mampu Milik oleh Bank Negara.

Namun sesiapa saja yang berminat membeli rumah digalakkan menghadiri kursus ini untuk mendapatkan panduan dan maklumat berguna tentang pemilikan rumah di Malaysia.

Dari situ anda akan dapat tahu sama ada anda sudah bersedia, mampu dan layak untuk mengambil pinjaman perumahan atau tidak. Jangan terkejut kerana ramai juga yang dah menghadiri kursus ni dan berjaya menamatkan semua modul yang telah ditetapkan.

Malah, dalam masa 3 bulan je selepas dilancarkan pada 2019, program Rumahku seramai 6,664 orang telah berjaya menamatkan modul dan menerima sijil dan boleh memohon Dana Rumah Mampu Milik BNM! Setakat ni, lebih 200,000 orang dah masuk program ni.

pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk
pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk

Macam Mana Nak Sertai Program Rumahku AKPK?

Sebelum menjalani kursus dalam talian Rumahku ni, anda perlu mendaftar dulu sebagai ahli. Jangan bimbang, semua maklumat yang anda masukkan selamat dan tak akan dikongsikan dengan mana-mana pihak.

Yang paling menarik, keahlian dan pendaftaran untuk program AKPK Rumahku adalah percuma. Sesiapa sahaja boleh mendaftar sama ada individu atau syarikat atau organisasi.

Jom tengok proses pendaftaran ni!

  • Langkah pertama ialah mendaftar di laman web rasmi akpk.org.my. Bagi pendaftaran individu, anda perlu melengkapkan butiran berikut:

  • Pilih sama ada Warganegara Malaysia atau bukan warganegara

  • Nama

  • Kad Pengenalan

  • Alamat

  • Telefon

  • Negara

  • Alamat Emel

  • Kata laluan

  • Klik butang daftar

  • Setelah selesai membuka akaun, anda bolehlah ke bahagian mendaftar kursus pula dan memilih kursus yang dikendalikan.

PropertyGuru Tip

Masa pembelajaran modul berbeza dan tiada masa ditetapkan untuk anda habiskan kursus ni. Jawablah semua soalan ikut kelapangan masa dan keselesaan anda!

Apakah Jenis Modul Dalam Rumahku?

Sebelum kita nak daftar belajar, mestilah nak tahu dulu apa yang akan dipelajari, betul tak? Jadi, tanpa melengahkan masa mari kita lihat modul yang disediakan AKPK.

1) Nilai kemampuan guna kalkulator bajet

Modul ini menerangkan secara terperinci bagaimana untuk menilai kemampuan dan kelayakan seseorang dalam mendapatkan pinjaman.

pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk
pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk

Dalam ini, anda boleh tahu tentang banyak benda misalnya pengiraan Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR), kadar asas dan kadar faedah pinjaman.

Tak ramai yang tahu jika permohonan untuk mendapatkan pinjaman di bank ditolak, ia memakan masa antara 3 ke 6 bulan untuk anda dapat memohon kembali. Amat merugikan masa!

2) Fahami faktor kewangan dan bukan kewangan

Dengan menggunakan beberapa kaedah penilaian tertentu, anda mampu menilai sendiri kelayakan dan persediaan anda untuk membuat pinjaman.

Rumahku AKPK ni akan terangkan satu persatu faktor kewangan dalam pinjaman perumahan seperti cara nak bandingkan tawaran pinjaman, kadar pinjaman berkesan dan pilihan pinjaman paling sesuai untuk anda.

Bukan tu je, faktor bukan kewangan seperti jenis pegangan hartanah, reputasi pemaju dan sebagainya juga diterangkan.

pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk
pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk

3) Ketahui jenis insurans perumahan

Ada 2 jenis insuran yang selalunya ditawarkan iaitu MRTA/MLTA untuk insuran konvensional. Tapi, kalau anda ambil insurans Islamik, ia dikenali sebagai MRRT/MLTT. Sekali lagi, dalam modul ni semua akan diterangkan satu demi satu, percuma!

4) Tanggungjawab peminjam dan kesan tak bayar

Setelah pinjaman diluluskan dan perjanjian ditandatangani, tibalah masanya anda menjadi seorang peminjam yang berdisiplin dengan bayar balik tepat pada masanya.

Jika terlambat bayar, kena denda, kalau kes teruk silap-silap, klausa default diaktifkan bank yang menyebabkan kadar faedah anda naik. Tak pasal-pasal! Jadi, kenalah tahu semua benda ni.

5) Nasihat, tip dan panduan percuma!

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pegawai AKPK yang pakar jika masih tak jelas apakah yang anda perlu buat.

Mereka bersedia setiap masa untuk membantu anda. Jangan risau, semua khidmat ni percuma! Anda cuma perlu membuat temu janji dan gunakan khidmat yang ada sebaik mungkin bagi menjamin keselesaan anda di masa akan datang.

Hasil Sertai Program Rumahku AKPK?

pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk
pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk

Pertama sekali, selepas tamat kursus, anda patutnya dah boleh menilai sendiri tahap kelayakan dan persediaan anda untuk buat keputusan dah boleh beli rumah ke tak.

Kedua, AKPK juga akan mengeluarkan sijil menandakan anda dah tamat kursus. Kira macam anda sekarang ni orang yang ada pengetahuan asas yang baik tentang pengurusan kewangan dan pinjaman perumahan.

Sijil ni dihantar melalui emel yang berdaftar dan anda bolehlah mencetak sijil ini jika perlu berbuat kemudian.

Jangan tak tahu, kalau anda buat permohonan dengan BNM guna dana yang disediakan mereka, sijil ni wajib diberikan!

Tapi, kalau buat permohonan pinjaman bank, sijil ni bukan jaminan permohonan anda tu akan lulus. Setiap bank ada cara penilaian yang berbeza.

Berbaloi Ke Masuk?

Kalau tanya kami, memang berbaloi! Sebabnya, banyak maklumat penting yang boleh anda pelajari yang dapat membantu anda menilai sendiri kemampuan kewangan.

pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk
pinjaman perumahan, beli rumah, pinjaman bank, pengurusan kewangan, program rumahku akpk, rumahku akpk, akpk

Malah, semua khidmat nasihat diberikan pegawai AKPK ni percuma! Mereka siap boleh tunjuk langkah demi langkah lagi anda boleh baiki skor kewangan anda.

Memang semua maklumat jari sekarang, tapi beza rasanya belajar berdepan dengan pakar dengan hanya baca ikut Google je.

Akhir kata, pengurusan kewangan adalah sangat penting supaya kita tak berbelanja berlebihan dan dapat menyimpan untuk hari yang susah. Dah ramai sangat yang muflis kerana tak menjaga kewangan mereka, lebih-lebih lepas dah beli rumah.

Jadi, pastikan anda tak termasuk di dalam golongan itu. Apa saja keputusan yang anda nak buat dan melibatkan duit, fikir dulu panjang-panjang dan pastikan anda belajar pengurusan kewangan yang betul. Barulah anda dapat membuat keputusan yang tepat dan bijak. Okay?

Lengkapkan diri dengan tahu 24 istilah lazim pinjaman perumahan ni! Kalau dah sedia nak bergelar pemilik rumah sendiri, bolehlah tengok senarai hartanah untuk dijual dalam laman web BM kami ni!