Beli Rumah Secara Tunai, Baca Dulu 6 Kelebihan & Keburukan Ini!

·5-min read

Sekarang wujud trend pembelian hartanah secara tunai dalam keadaan pasaran hartanah semasa.

Lazimnya pembeli yang merancang pembelian rumah secara tunai mempunyai “purchasing power” dan “negotiation power” yang lebih besar. Pembeli rumah secara tunai lebih digemari oleh penjual dan pembeli seperti ini ibarat pembeli dari syurga.

Kalau anda mempunyai tunai dalam bank sebanyak RM1,000,000 adakah berbaloi membeli hartanah secara tunai atau sebaliknya menggunakan pembiayaan bank?

Anda mesti nak tahu kelebihan dan kekurangan pembelian hartanah secara tunai, kan? Jom kami kongsikan 3 kelebihan dan 3 kekurangan pembelian hartanah secara tunai.

1. Proses Pindah Milik Akan Lebih Cepat

Sekiranya anda bercadang membeli rumah secara tunai, ada kemungkinan proses jual beli akan lebih mudah dan cepat.

Sekiranya rumah yang anda ingin beli sudah tidak mempunyai hutang dan geran pun sudah ada di tangan penjual, maka proses jualan akan lebih cepat dan mudah.

beli rumah cash, beli rumah tunai, beli rumah, pinjaman perumahan
beli rumah cash, beli rumah tunai, beli rumah, pinjaman perumahan

Sebagai contoh, kalau rumah yang anda ingin beli secara tunai adalah leasehold proses lazim memakan masa minimum 6 bulan betul?

Sebaliknya, jika tiada sebarang sekatan, pembelian secara tunai mungkin akan memakan masa anggaran selama 4 bulan. Ini anggaran jika pembelian secara tunai bagi leasehold. Perlu ingat pembelian leasehold masih perlu mendapat kebenaran pejabat tanah.

Sebaliknya, jika rumah yang anda bakal beli secara tunai tersebut, penjual masih mempunyai baki hutang dengan pihak bank atau wujud sekatan tertentu dalam geran maka proses jual beli masih memakan masa untuk diselesaikan.

2. Tiada Kadar Faedah, Yuran Guaman & Kos Lain Pinjaman

Seterusnya anda boleh jimat kos faedah dan kos-kos lain dalam pembiayaan pinjaman hartanah.

Sebagai contoh, jika anda membeli rumah berharga RM300,000 pada kadar interest 3.20% selama 30 tahun, anggaran kadar interest yang perlu dibayar sekitar RM95,900. Sebaliknya, jika anda membeli rumah secara tunai, anda sudah mendapat penjimatan dari kadar interest.

Penjimatan kedua adalah dari segi yuran guaman bagi pembiayaan perumahan. Sebagai contoh dalam kes harga rumah di atas, anggaran bayaran guaman yang perlu dibayar bagi pembiayaan perumahan sekitar RM3,000.

beli rumah cash, beli rumah tunai, beli rumah, pinjaman perumahan
beli rumah cash, beli rumah tunai, beli rumah, pinjaman perumahan

Kos-kos lain adalah kos setem duti bagi pinjaman sekitar RM1,500 dan juga SST 6% sekitar RM180. Pembelian rumah secara tunai pula anda sudah boleh mendapat penjimatan sebanyak RM4,680 bagi kos-kos yang terlibat dalam pembiayaan perumahan.

Tetapi untuk Perjanjian Jual Beli (SPA), masih terdapat kos yang perlu dibayar walaupun anda beli secara tunai.

3. Talian Hayat Kewangan

Antara kelebihan lain beli rumah secara tunai, pemilikan rumah tersebut akan menjadi milik anda secara pemilikan penuh. Anda sudah pun mempunya geran di tangan dan tiada sebarang pinjaman perumahan dengan pihak ketiga. Ini antara kelebihan yang ramai mungkin kurang sedar.

Anda boleh menjadikan rumah anda sebagai modal awal misalnya jika ingin mengembangkan perniagaan. Ada juga ibu bapa yang menjadikan hartanah sebagai dana pendidikan untuk anak-anak di masa hadapan.

Selain itu, anda juga boleh menyewakan hartanah anda dan sudah tentu menjana aliran tunai positif setiap bulan. Aliran tunai yang anda terima setiap bulan pula adalah aliran tunai bersih hartanah anda.

Di samping itu juga, ada sesetengah bank pembiayaan kewangan yang menyediakan pelbagai kemudahan kredit lebih baik menggunakan hartanah sebagai cagaran antaranya kemudahan “overdraft” menggunakan hartanah yang sudah habis dibayar sebagai cagaran. Menarik kan?

beli rumah cash, beli rumah tunai, beli rumah, pinjaman perumahan
beli rumah cash, beli rumah tunai, beli rumah, pinjaman perumahan

Bagi anda yang berkemampuan membeli rumah secara tunai, ini antara kelebihan pembelian hartanah secara tunai.

Namun ada beberapa perkara yang perlu anda kaji selidik dengan lebih mendalam sebelum merancang pembelian hartanah secara tunai. Berikut antara perkara yang perlu anda pertimbangkan:

4. Kewangan Sihat, Cukup-Cukup Atau Kritikal?

Perlu diingat dana kecemasan merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan.

Bagi anda yang mempunyai kewangan yang kukuh pembelian rumah secara tunai mungkin memberikan satu kelebihan.

Sebaliknya bagi anda yang belum mempunyai peti kecemasan yang kukuh, membeli hartanah secara tunai perlukan pertimbangan yang mendalam dan serius.

Sekiranya anda mempunyai tunai dan dana kecemasan yang terhad, membeli hartanah secara tunai bukan satu keputusan kewangan yang tepat.

PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)
PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)

Ini kerana hartanah bukanlah aset mudah cair dan anda boleh dapatkan tunai dalam masa singkat terutamanya dalam keadaan kecemasan yang memerlukan tunai dalam kadar segera.

Jadi membeli hartanah secara tunai sehingga mengabaikan simpanan tunai dana kecemasan bukan satu langkah pengurusan kewangan yang bijak. Anda wajib penuhkan peti kemarau dahulu!

5. Pelbagai Untung Lebih besar!

Cuba anda bayangkan dengan tunai yang anda miliki tersebut, anda kembangkan pula kepada instrument pelaburan yang lain dan tidak hanya fokus kepada pelaburan hartanah sahaja. “Do not put all your eggs in one basket”.

Ini sekaligus memberikan anda peluang untuk menjana keuntungan yang lebih banyak dalam instrument pelaburan yang lain.

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai tunai sekitar RM300,000 anda boleh “leverage” keuntungan pelaburan kepada pelbagai strategi pelaburan hartanah.

Antaranya anda boleh gunakan modal tersebut untuk membeli beberapa hartanah berbanding membeli hartanah secara tunai, anda mungkin hanya boleh memiliki sebuah hartanah sahaja.

Atau anda boleh mengembangkan modal anda kepada instrument pelaburan lain seperti wang kripto, saham, pelaburan emas dan perak serta pelbagai instrument pelaburan yang lain.

beli rumah cash, beli rumah tunai, beli rumah, pinjaman perumahan
beli rumah cash, beli rumah tunai, beli rumah, pinjaman perumahan

6. Peluang Pelaburan Hartanah Terhad

Cuba anda bayangkan, dengan tunai sekitar RM150,000 anda mungkin hanya mampu beli hartanah kos rendah sekiranya bercadang membeli hartanah secara tunai.

Jika anda bergaji RM3,000 sebulan dan mampu menyimpan RM1,500 sebulan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 tahun sebelum dapat membeli sebuah apartment kos rendah.

Situasi lain pula, dengan gaji RM3,000, anda boleh memiliki sebuah rumah rumah baru, dengan keluasan lebih selesa yang berharga RM300,000 atau beliau boleh juga merancang membeli lagi 2 biji hartanah berharga menggunakan pembiayaan bank dan juga tunai di tangan.

Dari sudut pelaburan hartanah, anda mungkin boleh menjana keuntungan pelaburan hartanah yang lebih baik dari segi kenaikan nilai dan aliran tunai positif dengan menggunakan pembiayaan bank berbanding pembelian hartanah secara tunai.

Hakikatnya pembelian hartanah secara tunai ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sebagai pembeli atau pelabur hartanah anda perlu membuat kajian dan kira-kira kewangan yang lebih mendalam sebelum membuat keputusan pembelian hartanah terbaik.

Strategi yang teliti dan baik akan memberikan anda pulangan yang berganda dalam pemilikan dan pelaburan hartanah. Sebaliknya perancangan yang lemah akan memberikan kesan sampingan kewangan yang buruk bagi pembelian hartanah secara tunai.

Anda yang sudah bersedia, mungkin sekarang masa terbaik bagi anda yang bercadang membeli hartanah secara tunai!

Panduan Relevan

Penafian: Maklumat diberikan dalam laman web ini bersifat umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perancangan kewangan profesional.
PropertyGuru akan berusaha memperkemas maklumat di laman web ini apabila diperlukan. Bagaimanapun, maklumat boleh diubah tanpa notis dan kami tidak memberikan jaminan ketepatan maklumat dalam laman web ini, termasuklah maklumat diberikan oleh pihak ketiga, pada bila-bila masa.
Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat ketika ia diterbitkan, individu tidak boleh bergantung kepada maklumat ini untuk membuat keputusan kewangan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan, kami mencadangkan anda supaya berunding dengan perancang kewangan atau bank anda serta mengambil kira situasi unik kewangan dan keperluan setiap individu.
PropertyGuru tidak memberikan jaminan berkaitan ketepatan, kebolehpercayaan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Kecuali selagi mana sebarang liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan, PropertyGuru, dan pekerjanya tidak ada sebarang liabiliti untuk apa sahaja kesilapan atau ralat di dalam laman web ini atau untuk apa sahaja kerugian atau kerosakan yang ditanggung pembaca atau mana-mana orang yang lain.
Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting