13 Petua Elak Kucing Berak Di Laman Rumah Anda!

·9-min read

Kucing: Haiwan kegemaran hampir setiap orang di muka bumi ni. Tapi, satu benda yang memang ramai sangat alah dengan haiwan ni adalah najisnya!

Bagi yang dah tak tahan, kami kongsikan beberapa petua supaya anda dapat menghalau semua kucing yang selalu membuang di laman anda.

Siapalah boleh tahan kalau baru saja jejak kaki keluar rumah, tiba-tiba terpijak najis yang masih segar... baunya tak payah cerita lah.

Kalau kucing sendiri boleh kita ajarkan nak membuang dekat mana, tapi kalau kucing orang atau yang meliar dekat luar rumah tu, pening juga nak fikir!

Haiwan ni pula, bila dah berak di satu tempat tu, gerenti akan datang lagi... dan lagi lepas tu. Jadi, macam mana nak elak kucing berak di tempat yang sama atau nak halau kucing tu supaya tak datang terus dah rumah anda?

kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing

Cara halau kucing ni ada bermacam-macam, dari menggunakan botol air merah, minyak masak, hinggalah ke ubat yang dijual di kedai.

Nak tahu apa lagi yang ada, kenalah tengok semua petua yang telah kami kumpul ni. Termasuklah petua cara halau kucing, petua elak kucing berak di halaman rumah dan petua hilangkan bau semerbak tu. Jom terus baca!

1) Letak Air Merah (Air Sirap) Dalam Botol

Haa…siapa yang tak pernah nampak ni, memang bukan orang Malaysia lah! Chop-chop, jangan marah, kita gurau je.

Mula-mula tengok dulu pelik juga kenapa lah ada orang letak banyak botol isi air merah tu. Dekat rumah, kawasan kedai, sekitar taman; rupa-rupanya nak halau kucing.

kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing
kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing

Katanya kucing takut dengan warna merah tu, jadi mereka tak akan datang dekat. Ada juga yang kata kucing boleh datang main-main pula dekat semua tu.

Sama ada menjadi atau tak, bagi yang nak mencuba, memang senang sangat nak buat petua ni. Anda perlukan botol kosong, besar atau kecil, lepas tu letakkan air dan campurkan dengan ros sirap.

Kalau sayang nak guna sirap, nak letak pewarna merah pun boleh. Yang penting, pastikan air tu merah pekat. Dah siap, susun di tempat yang kucing selalu datang.

2) Siram Minyak Tanah

Minyak tanah ni baunya memang sangat kuat. Jadi, ada yang sarankan untuk siram minyak tanah pada kawasan yang anda selalu nampak kucing berlegar. Mungkin ni bukan petua yang sesuai pada yang tak suka bau minyak tanah.

kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing
kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing

Bagi yang okay dengan minyak tanah boleh cuba gunakan, tapi di tempat yang ada rumput dan tanah je tau. Kalau guna dekat lantai, licin pulak nanti. Silap hari bulan anda yang kena gelak dengan kucing sebab tergolek depan rumah.

Selain tu, minyak tanah pun boleh menghapuskan semut yang mungkin bersarang dan berkerumun di halaman rumah anda.

3) Ubat Gegat

kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing
kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing

Ubat gegat ni banyak betul kegunaannya. Kalau guna untuk lipas atau serangga kecil tu pernah lah dengar kan. Tapi, tak sangka ada yang kata kucing pun tak berapa gemar dengan bau ubat gegat ni.

Kalau ada kucing tak dikenali yang selalu jadi tetamu tak diundang tu, boleh lah anda cuba taburkan ubat gegat ni di kawasan luar rumah.

Seperti biasa, bila guna ubat gegat, kena hati-hati kalau ada anak kecil. Takut ada yang terambil buat gula-gula kang. Naya!

4) Ubat Halau Kucing

kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing
kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing

Selain ubat gegat, ada ubat yang memang dibuat khas untuk menghalau kucing. Anda boleh beli online atau cari di pasaraya serbaneka. Kalau nampak paket yang ada gambar kucing terkejut atau berlari tu, yelah tu dia.

Nak gunanya senang saja. Ambil ubat halau kucing dan letakkan pada tempat yang selalu kucing duk "melepas" atau lalu-lalang. Ada kata ubat tu macam rupa coklat, korang jangan cuba nak rasa-rasa pula ya!

5) Letak Memo

Kalau dah buat semua kat atas tu, dan datang juga kucingnya, memang rumah anda tu ada daya penarik lah tu.

Dulu ada orang pernah kongsi tentang tulis surat pada tikus supaya jangan kacau rumah mereka. Mungkin anda boleh cuba tulis memo dan lekatkan di luar.

Letaklah: “Wahai kucing yang budiman, harapnya anda janganlah datang mengacau kami. Bukan apa, selalu sangat terkejut bila nak keluar nampak anda berlari dan menerkam sana sini.”

Harap-harap si bulus tu tak balas lah. Kena pindah rumah pula nanti!

kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing
kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing

Sekarang, Tiba Masa Untuk Petua Elak Kucing Berak Di Tempat Sama!

Bila buka pintu rumah, tiba-tiba ada tiupan bau berak tu, mesti terus tercari-cari mana pula si bulus ni dah "melepas", kan?

Ingat senang ke nak cari, lagi-lagi bila dah kena timbus bawah tanah tu. Gunakanlah kuasa hidung anda untuk mengesan dekat mana najisnya tu dan bila dah jumpa, kena cepat-cepat bersihkan.

Tapi, percayalah bersih guna air saja tak cukup sebab kucing dah tanda tempat pembuangan tu sebagai tandas mereka!

Jadi, anda kena gunakan mana-mana satu petua di bawah ni untuk elak kucing berak di tempat yang sama.

6) Air Cuka

Campurkan air dan cuka dalam botol spray untuk disembur pada tempat yang dah dibasuh tadi. Bau masam cuka tu akan menghilangkan kesan yang dah ditinggal oleh kucing dan menghindar ia dari datang lagi untuk "melepas".

Kalau anda pun tak suka sangat bau cuka tu, boleh campurkan dengan sabun cecair atau pelembut kain yang ada untuk bagi wangi sikit. Gunakan 1/4 penutup atau beberapa titis je.

Sekurang-kurangnya tak lah luar rumah tu bau cuka je. Pelik pula kalau ada tetamu datang melawat.

7) Air Clorox (Peluntur)

kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing
kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing

Clorox ni jenama sebenarnya. Ianya peluntur atau bleach yang datang dalam bentuk cecair atau serbuk. Caranya sama saja, sebab anda kena campurkan peluntur tu dengan air dan tuangkan pada tempat yang kucing dah berak.

Disebabkan bau peluntur yang kuat tu, kucing dah takkan membuang di tempat yang sama lagi. Tapi, si bulus tu mungkin akan datang lagi dan membuang di kawasan lain pula! Jadi, kalau rajin, buat lah air peluntur tu banyak-banyak dan bersihkan semua kawasan.

8) Serai Wangi

Serai wangi ni pun dikenali ramai juga untuk menghalau haiwan dan serangga. Kucing memang tak suka dengan bau serai, jadi anda boleh beli apa-apa produk yang berasaskan serai wangi atau serai dan semburkan di kawasan kucing asyik pergi melepas hajat.

Selain tu, boleh juga guna untuk dalam rumah seperti di dapur atau bilik jika ada masalah serangga perosak lain. Bau pun wangi semerbak je nanti!

9) Limau Kasturi

kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing
kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing

Ambil beberapa biji limau kasturi dan perahkan airnya ke dalam botol spray. Jangan campur dengan air sebab nanti hilang bau masamnya tu. Lepas dah letak dalam botol, semburkan pada tempat yang selalu ada najis kucing.

Fungsi limau kasturi lebih kurang sama dengan cuka sebab kucing tak suka dengan bau masam-masam tu. Tapi, kami tak kata semua kucing tak suka bau masam ya, sebab mana tahu ada pula kucing yang suka makan jeruk, kan?

10) Minyak Goreng Ikan

Disebabkan kucing tak berak dekat tempat makan (bijak sungguh mereka ni!), anda boleh guna minyak bekas goreng ikan tu dah siramkan pada kawasan yang kucing tu pergi membuang. Bila ada bau-bau hanyir ikan tu, kucing akan rasa situ tempat makan.

Rasanya semua kucing makan ikan, tapi kalau ada yang tak kenal bau ikan tu. Mungkin tak berapa nak jadi lah petua ni. Boleh lah cuba minyak goreng ayam ke, goreng daging ke (gurau je tau ni).

11) Serbuk Sulfur (Belerang)

Anda juga boleh pakai belerang, lebih dikenali sebagai sulfur, untuk halau kucing (dan ular!), tapi kena hati-hati ya sebab benda ni memang berisiko untuk manusia.

Serbuk sulfur boleh juga diguna untuk menurunkan tahap pH beralkali dalam tanah, jadi kalau anda suka bertanaman, benda ni win-win untuk semua.

Bagaimana nak guna untuk halau kucing dan najisnya? Senang, tabur serbuknya di penjuru dinding atau di halaman rumah. Bau dan elemen panasnya yang natural akan buat kucing lari serta-merta!

kucing berak, kucing, petua halau kucing
kucing berak, kucing, petua halau kucing

12) Lada Hitam

Maaf la, tapi kalau nak halau kucing dari melepas kat rumah anda, memang kena korbankan satu dua barang dapur. Taka da masalah, nanti boleh ganti balik lada hitam emak.

Pertama sekali, didihkan air dan masukkan 1-2 sudu besar lada hitam. Sudu besar ya, bukan kecil sebab kita nak campuran tu memang pedih! Lepas dah campur, sembur di tempat yang kucing biasa lepaskan bom mereka.

13) Serbuk Pencuci Baju

Tadi kita kongsikan petua menggunakan cecair pelembut baju, tapi kali ni pula boleh cuba gunakan serbuk! Ni boleh dikatakan ilmu pengetahuan berharga diwarisi oleh makcik-makcik. Belum cuba belum tahu kan?

Tabur serbuk pencuci baju di halaman rumah dan di tempat yang tak kena air. Kalau terkena air, bahagian tu akan jadi licin, jadi kena berhati-hati ye. Sebaik-baiknya tabur pada hari yang panas terik supaya serbuk tu tak ditiup angin dan hilang keberkesanannya.

PETUA BONUS: SEMBUR AIR!

Cara halau kucing berak yang paling berkesan adalah dengan sembur air. Betul, tak tipu! Kalau anda sembur air masa kucing tu nak berak gerenti si bulus tu serik nak datang lagi. Bayangkan ni: Kalau anda nak membuang, tiba-tiba ada orang kacau, mesti potong stim kan?

kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing
kucing, cara halau kucing, ubat halau kucing, petua halau kucing, kucing berak, cara halau kucing berak, petua elak kucing berak di halaman rumah, petua kucing berak merata, elak kucing berak di tempat yang sama, cara menghalau kucing, petua elak kucing berak, halau kucing

Nak sembur air bila kebetulan nampak kucing tu nak "melepas" di halaman rumah anda tu takpelah. Tapi, kalau tak nampak, takkan anda nak mengendap tunggu, pastu berlari keluar dengan pistol air bila nampak kucing datang nak berak. Kelakar tau!

Kita pun tau betapa menjengkelkan najis kucing ni, tak kira walaupun comel sungguh sampai nak cubit-cubit. Ikutilah petua kami untuk halau kucing dari buang najis kat rumah anda.

Akhir sekali, kami ringkaskan semuanya untuk mudahkan anda, jangan lupa update kita kalau cara tu memang berkesan!

Bahan

Cara Guna

Air Merah/Sirap

Campur air sirap/pewarna dengan air dan letak dalam botol. Pastikan warnanya pekat dan letak di tempat biasa kucing datang.

Minyak Tanah

Letak minyak tanah di tempat yang berumput/tanah sahaja.

Ubat Gegat

Taburkan di kawasan luar rumah yang biasa kucing datang.

Ubat Halau Kucing

Letak ubat halau kucing di tempat biasa kucing berak.

Air Cuka

Campur air cuka dengan air dan sembur di tempat yang telah dibasuh.

Air Clorox (Peluntur)

Campur peluntur dengan air dan tuang di tempat yang kucing telah berak.

Serai Wangi

Sembur atau letakkan di tempat kucing suka berak.

Limau Kasturi

Perah beberapa biji limau kasturi dan sembur di tempat yang selalu ada najis kucing. Jangan campur dengan air.

Minyak Goreng Ikan

Siram minyak di kawasan kucing suka berak.

Serbuk Sulfur (Belerang)

Taburkan di penjuru dinding atau di halaman rumah.

Lada Hitam

Didihkan air dan masukkan 1-2 sudu besar lada hitam. Campur bersama-sama dan sembur di tempat kucing biasa berak.

Serbuk Pencuci Baju

Taburkan serbuk pencuci baju di halaman rumah yang kering.

Memo

Tulis mesej ikhlas untuk menyeru kucing tolong jangan lagi datang sini berak.

Eh, cumanya kucing dekat Malaysia ni pandai tau! Pernah tak tengok video yang mat salih luar negara letak timun untuk terkejutkan kucing sampai melompat-lompat si bulus tu. Ada yang cuba buat pada kucing-ciking Malaysia…memang kucing tu buat dek je tau tak!

Oleh itu, apa saja petua atau cara menghalau kucing yang anda pilih ni, kami tak bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa pada anda ya.

Takutlah tiba-tiba si bulus tu datang terkam anda masa nak sembur air tu, kami terus angkat bendera putih! Selamat mencuba!

Panduan Relevan