Awning Rumah: 5 Jenis, Design, Dan Cara Kira Harga Di Malaysia!

·8-min read

Kalau perasan, rumah di Malaysia ini kebanyakannya tak ada awning rumah. Betul tak? Memanglah ada je pemaju yang bagi sekali awning dalam pakej, itupun yang jenis separuh. Haru betul!

Buatnya musim panas yang berpanjangan, boleh bahang satu rumah weh tak ada awning. Sama juga musim hujan, sanggup ke tengok cat kereta dan lantai mahal anda terhakis dek air hujan?

Penting ke tak awning rumah? Ikutkan cuaca dan budaya masyarakat di Malaysia, boleh kata wajib adalah! Orang kita tak mesti cari matahari juga untuk jemur baju.

Dryer? Tak biasalah! Bila ada awning, senang sikit nak tolak tarik ampaian ikut cuaca, betul tak?

Tak semua orang berminat nak jaga rumah elok-elok. Jadi, jangan terkejut kalau ada antara anda yang tak tahu apa itu awning.

Jadi kenalah ambil tahu, senang kalau nak pasang dan tak kena tipu. Jom kita tengok apa yang penting!

Apa Itu Awning Rumah?

Awning rumah bermaksud bumbung atau atap tambahan yang berfungsi untuk melindungi kawasan rumah anda daripada haba cahaya matahari atau basah air hujan.

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Ada banyak jenis awning rumah yang mungkin sesuai dengan bajet anda seperti aluminium composite panel, pergola, glass, polycarbonated dan metal deck.

Setiap jenis awning ada kelebihan, kekurangan dan tahap kedayatahanan masing-masing bergantung pada keadaan port pemasangan awning tersebut.

Biasanya, ia dipasang di hadapan rumah sebagai garaj kereta, belakang rumah atau sisi rumah.

Apa Kelebihan Mempunyai Awning Di Rumah?

Terdapat banyak kelebihan memasang awning di rumah yang boleh kita pertimbangkan. Salah satunya adalah awning ini membenarkan anda memanfaatkan lebih banyak masa di patio, yang boleh menjadi tempat berteduh ketika cuaca panas atau hujan lebat, redup dan tenang je nak berehat.

Awning ini juga membantu menurunkan suhu di dalam rumah dengan mengurangkan silau langsung dari matahari, di samping menjimatkan kos bil elektrik (tak perlulah anda menggunakan terlalu banyak penghawa dingin).

Akhir sekali, ia dapat memberi lebih privasi, terlindung dari rumah jiran berhampiran. Ini adalah antara sebab yang baik untuk mempertimbangkan pemasangan awning.

Tapi, sebelum pemasangan dilakukan anda harus memikirkan dengan teliti tentang kawasan di mana awning akan diletak, serta buat pengukuran dengan baik untuk mengetahui saiz yang tepat.

Eh, tapi boleh ke pasang awning sesuka hati? Macam mana pula kalau jenis rumah yang perlu mendapatkan persetujuan bersama seperti townhouse atau apartment?

Jangan risau, ini Malaysialah! Mestilah ada panduan dan undang-undang perumahan mengikut negeri. Jom tengok!

Ada Ke Undang-undang Pemasangan Awning Rumah?

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Bermula tahun 2017 lagi, pihak kerajaan telah membenarkan Orang Awam mengeluarkan Principal Sumitting Person (PSP) untuk memperakui kelayakan Sijil Penyiapan Dan Pematuhan (CCC) untuk sesebuah bangunan.

Tetapi, ini bergantung pada permit dan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Undang-Undang Kecil 18 (UUK18) di bawah Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984).

Berdasarkan UKBS 1984, Akta 133, Bahagian II - Pengemukan pelan-pelan untuk diluluskan di bawah Seksyen 18 ada menyatakan info berkaitan permit seperti berikut: -

Pelan-pelan lakar boleh dikemukakan bagi pembinaan kecil, perubahan dan tambahan kecil sebagai ganti pelan yang diluluskan dan permit boleh dikeluarkan sebagai kebenaran untuk menjalankan kerja sedemikian jika pelan-pelan itu mematuhi kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil ini, dengan syarat bahawa jika pada pendapat pihak berkuasa tempatan kerja-kerja yang terlibat itu menghendaki pengemukaan pelan-pelan bangunan yang biasa, maka pelan-pelan itu hendaklah dikemukakan mengikut Undang-Undang Kecil ini.

Permit boleh dikeluarkan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan bagi mendirikan apa-apa pagar yang memasuki kawasan lorong jalan kaki.

Walaubagaimanapun, tak semua pemasangan awning memerlukan permit. Kalau pemasangan secara minima biasanya tak perlu pun.

Contohnya Garis Panduan Rumah Kediaman di bawah Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru memerlukan anda untuk membuat permit sementara bagi pemasangan awning dengan kadar bayaran tertentu untuk satu tempoh.

Apa-apa pun kena rujuk syarat dan panduan rumah kediaman negeri masing-masing. Jangan langar saja, tak pasal-pasal dapat saman free!

Berbeza pula dengan perumahan jenis strata yang perlu rujuk pada hak milik strata dan Akta Pengurusan Strata yang berbeza mengikut tempat.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

5 Jenis Awning Rumah Yang Ada di Malaysia

1. Aluminium

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Tak kisah pasal design asalkan boleh pakai untuk long-term? Aluminium adalah pilihan paling tepat sebab ia boleh tahan sampai 20 tahun tau!

Walaupun tiada unsur high-class, kualitinya tip top! Ada yang jenis melengkung, rata atau berongga. Selain tebal, ia juga kukuh nak hadap bahang matahari atau curahan air hujan.

Aluminium Composite Panel antara yang terkenal kerana mempunyai banyak warna, design dan berkualiti tinggi. Harganya juga mestilah masing-masing berbeza tetapi, masih berpatutan.

Kalau jenis biasa, harganya lebih kurang RM25-RM55 sekaki dah boleh dapat. Jenis melengkung dan solid agak mahal sehingga mampu mencecah ratusan ringgit.

Apalah salahnya kalau mampu. Alah membeli, menang memakai!

2. Pergola

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Nampak macam kayu, rupa-rupanya besi! Helah inilah antara faktor kenapa pergola menjadi trend masyarakat di Malaysia walaupun design dia cuma leper.

Dengan sedikit kombinasi polycarbonate atau plastik dalam pergola, barulah redup sikit kawasan rumah anda nanti. Tak hairanlah ia selalu dipasang di ruang untuk bersantai.

Harganya agak mahal antara RM38 sehingga RM150 sekaki. Tambahan pula tengah high demand dalam pasaran, faham-faham sajalah mark-up harganya macam mana.

3. Polycarbonated

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Kelebihan polycarbonated awning adalah ia jernih dan tak tapis cahaya, sesuai sangat jika anda mencari awning yang tidak redup. Kalau jemur baju, confirm cepat kering!

Walaupun ia ringan dan transparent, tiada bunyi bising semasa hujan lebat tau. Cuma, kesan tompokan daripada curahan air hujan memang tak dapat nak elak.

Polycarbonated juga tahan lasak dengan suhu paling tinggi dan paling rendah. Boleh guna sehingga 10 tahun bergantung pada jenis sama ada solid atau emboss.

Harganya bermula serendah RM24 sekaki, tapi harga polycarbonated akan berubah mengikut jenis ketebalan dan peratus penembusan cahaya, 50% atau 80%. Berbaloi kan?

4. Metal Deck

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Sudahlah bising, tak begitu kukuh pula! Hairan kenapa masih ramai yang guna atap zink ini sebagai awning? Siapa saja yang tak nak harga murah! Nak cari memang mudah.

Orang Malaysiakan suka benda yang berwarna-warni. Sudah tentulah metal deck menjadi pujaan ramai. Merah, biru, kelabu, hijau? Semua ada!

Harga serendah RM14 sekaki, boleh pasang awning seluas-luasnya. Cuma, kena bersedia dengan kos penyelenggaraannya sebab atap zink ini cepat bocor dan senang karat.

Kalau bajet anda kecil tetapi awning memang keperluan, apa salahnya kan? Asalkan ada bumbung!

5. Kaca/Glass

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Tampak mewah dan classy antara ciri awning jenis kaca. Harganya agak mahal bermula dengan RM40 sekaki sesuai dengan kualitinya.

Awning jenis tempered glass ini datang dalam dua bentuk, rata dan melengkung. Ketahanannya juga mantap! Kaca tidak akan jatuh berderai sekiranya pecah dengan sokongan Polyvinyl Butyral (PVB).

Awning kaca tidak mudah rosak dan fleksibel dari segi corak, tekstur dan warna. Tetapi, kalau bajet ciput, tak digalakkan sangat! Nak jaga perlukan duit.

Dah ada idea nak pasang awning jenis macam mana? Jom kami kongsikan pula design awning rumah terkini yang klasik, moden dan kontemporari!

5 Design Awning Rumah yang Memukau!

1. Marquise Awning

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Reka bentuk Marquise ini ada identiti tersendiri yang tidak boleh digunakan di sebarang ruang. Bukan apa, nak kekalkan konsep ala-ala Itali!

Takkan nak bawa konsep Itali dekat ruang garaj kereta pula? Tiba-tiba sangat tu! Sesuai diletakkan di sisi rumah atau ruang yang dijadikan port lepak minum kopi. Padankan dengan rumput karpet pun ngam!

2. Cantilever Awning

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Selain bentuk yang unik, reka bentuk cantilever ini mampu menyerap tenaga solar. Patutlah sesuai pasang dekat kawasan tingkap, pintu dan ruang legar!

Ringkas sebab ia hanya menggunakan satu lajur pemasangan dan satu penghadang untuk berdiri. Jadi, tak adalah makan ruang yang banyak nanti!

3. Walkway Awning

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Khas untuk rumah jenis banglo dan halaman yang luas, walkway pilihan paling sesuai untuk dijadikan bumbung parking kereta yang banyak ataupun port BBQ luar rumah.

Selain boleh melindungi perjalanan anda dari dalam ke luar rumah, bahan aluminium rata dan sistem saliran yang digunakan mempunyai unsur estetik.

Maksudnya, tahan lasak untuk tempoh yang panjang!

4. Dutched Awning

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Dutched awning belum begitu hype lagi di Malaysia sebab reka bentuknya sukar untuk dipadankan dengan design rumah yang ada.

Tambahan pula iklim di sini panas dan hujan, jadi, orang kita lebih cenderung pilih awning penuh berbanding yang cute macam ini.

Tetapi, tak salah pun nak cuba, lagi-lagi rumah tema Inggeris! Ada 3 jenis boleh pilih; standard, boutique dan café.

Mesti ada yang cocok dengan rumah anda punyalah!

5. Terrace Roof

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Memang jadi kegemaran orang Malaysia sebab awning terrace roof ini berbentuk penuh. Lagipun, kombinasi kaca dan aluminium memang power! Itu yang membuatkan terrace roof ada nilai di mata anda.

Lagipun, design ini senang ngam dengan kebanyakan bentuk rumah di Malaysia. Fleksibel kan? Bolehlah letak di ruang porch kereta dan halaman belakang rumah.

Cara Kira Harga Awning Rumah

Kalau nak tahu, harga awning tidak hanya bergantung pada jenis material. Jumlah kos akhir yang perlu anda bayar akan berbeza mengikut keluasan awning yang anda nak.

Awning yang luas memerlukan rangka yang besar dan lebar supaya air hujan boleh terus mengalir ke dalam longkang rumah. Apa-apa pun, buat dulu ukuran panjang dan lebar kawasan yang nak dipasang awning.

Harga awning biasanya dikira ikut kaki persegi dengan kos jenis awning itu sendiri. Kalau bajet lebih, ambil yang tebal sedikit supaya tak cepat karat. Tak berapa faham? Boleh rujuk formula kira asas di bawah.

Harga Awning (kaki) x Panjang Kawasan (kaki) x Lebar Kawasan (kaki)

Contoh pengiraan: -

RM 15 X (14 kaki x 19 kaki) = RM 15 X (266 kaki)

Jumlah = RM3,990.00

Mudah kan? Bezanya dari segi jenis awning, ketebalan dan design saja! Kalau bajet sikit, ambil je awning jenis zink yang murah lebih kurang antara RM7.00 ke RM10.00 saja.

awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia
awning, awning rumah, awning design, polycarbonate awning, pergola awning, jenis awning, aluminium awning, harga awning rumah malaysia

Apa-apa pun, rancang kewangan anda betul-betul. Memang excited nak ubah itu ini sebaik sahaja dapat kunci rumah baru.

Tapis dahulu keperluan ikut faktor penting seperti keselamatan dan keselesaan. Ada bajet lebih, baru fokus pada nak lengkapkan rumah.

Selamat mencuba!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting