Apakah Proses Pemindahan Hak Milik Hartanah?

·4-min read

Click here for English version.

Secara ringkasnya, ‘conveyancing’ adalah proses pemindahan hak milik sesuatu hartanah dari seorang individu ke individu lain.

Biasanya proses ini berlaku antara penjual dan pembeli, yang kedua-duanya telah menandatangani kontrak penjualan sebidang tanah atau hartanah kediaman.

Urusan pemindahan hak milik hartanah boleh dilakukan dalam dua acara: Sama ada mengupah seseorang, iaitu peguam yang berpengalaman dan layak dalam hal-hal begini, atau buat saja sendiri.

Kedua-dua kaedah ini ada kelebihan dan kekurangannya. Yang pasti, anda dijamin perlindungan terbaik undang-undang, serta manfaat daripada nasihat undang-undang yang berkaitan jika anda mengupah peguam.

Apa Yang Berlaku Semasa Proses Pemindahan Hak Milik Hartanah?

Sekiranya anda membuat keputusan untuk mengupah peguam, ini dia semua proses yang terlibat.

Langkah 1: Anda kenalah cari peguam hartanah yang sesuai. Mungkin boleh mencarinya di Google mahupun menerusi Facebook. Kalau tak yakin, boleh juga dapat cadangan dari keluarga dan rakan, atau dari pihak bank anda.

pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan
pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan

Langkah 2: Sebaik saja anda dah jumpa peguam hartanah yang tepat, dia akan buat draf kontrak yang merangkumi maklumat seperti caj dan deposit yang diperlukan.

Langkah 3: Proses undang-undang secara rasmi bermula apabila kedua peguam pembeli dan penjual mula membaca dan mengkaji dokumen undang-undang yang berkaitan.

Waktu ini, pastikan anda membaca dokumen itu sendiri dengan teliti, dan timbulkan semua isu yang anda tak faham dan perlukan penjelasan.

Walaupun peguam hartanah boleh membantu mana yang patut sekaligus meredakan tekanan yang anda alami dari proses ini, tapi kenalah buat pemeriksaan sendiri juga. Ini termasuk membuat sedikit kajian latar belakang terhadap hartanah terbabit.

Langkah 4: Langkah terakhir adalah penyediaan Perjanjian Jual Beli ("SPA"), proses menandatangan, dan juga pembayaran.

Bagaimana Nak Uruskan Pemindahan Hak Milik Hartanah Tanpa Peguam?

pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan
pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan

Sekiranya anda tak mahu mengupah peguam, anda perlu belajar undang-undang berkaitan dan kod perundangan dalam mengatur urusan pemindahan hak milik.

Anda juga perlu meluangkan masa untuk mengfailkan semua borang yang diperlukan dan membayar yuran tertentu.

Nak uruskan sendiri? Anda boleh rujuk panduan umum di bawah ini:

Langkah 1: Langkah pertama adalah menentukan jenis hak milik hartanah itu, pada dasarnya dokumen hak milik untuk hartanah tersebut.

Ambil maklum bahawa mungkin terdapat pertimbangan undang-undang tertentu yang termaktub untuk hartanah tidak bertanah.

Sebagai contoh, kondominium hanya mempunyai hak milik utama semasa penjualan, selepas itu hak milik strata akan dikeluarkan untuk setiap unit.

pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan
pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan

Langkah 2: Lakukan sedikit pencarian hak milik hartanah yang ringkas bagi memeriksa sebarang tuntutan terhadap hartanah tersebut.

Jenis tuntutan yang biasa adalah apabila penjual sudah membayar hartanah itu kepada bank, bagi mendapatkan pinjaman rumah.

Ringkasnya: Jika sesuatu hartanah telah digunakan sebagai jaminan untuk gadai janji, proses yang disebut 'penebusan' perlu dilakukan.

Proses ini melibatkan pengeluaran surat penebusan kepada penjual, menentukan jumlah hutang kepada bank, dan juga mempersetujui jangka masa yang ditetapkan bagi penjual untuk menyelesaikan jumlah gadai yang masih ada.

Langkah 3: Selepas pemeriksaan tuntutan, anda juga perlu pastikan sekiranya ada sekatan negeri atas pemilikan hartanah tersebut.

Sekatan negeri yang paling biasa adalah mendapatkan persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri atau pejabat tanah di negeri tertentu. Terma 'persetujuan' di sini merujuk kepada permohonan kebenaran untuk meneruskan penjualan.

pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan
pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan

Setiap negeri mempunyai set peraturan tertentu atau syarat yang berbeza, dan mungkin memerlukan lebih dari 1 bulan dari tarikh permohonan dihantar, atau 3 bulan selepas itu, atau mungkin lebih!

Langkah 4: Langkah penting seterusnya adalah bagi memastikan semua dokumentasi dalam keadaan teratur, kerana anda perlu mengisi borang dan dokumen yang diperlukan untuk diserahkan ke pejabat tanah.

Antaranya ialah borang cukai keuntungan harta tanah (RPGT), dan borang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sekiranya kaedah ini diatur dengan betul, anda tidak perlu risau lagi.

Langkah 5: Untuk membayar duti setem pada dokumen pemindahan hakmilik, anda perlu melalui proses yang disebut sebagai 'pengadilan'.

Pada dasarnya ia hanyalah kaedah untuk menentukan (atau mengadili) berapa duti setem yang perlu dibayar untuk instrumen pindah milik.

Anda perlu menyerahkan dokumen pemindahan ke pejabat duti setem (juga dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atau LHDN) sebelum menerima arahan lebih lanjut.

Masa menunggu pula adalah sekitar 2 hingga 3 minggu untuk selesai jika prosesnya telah dikomputerkan (di Negeri tertentu), atau memakan masa 2 hingga 3 bulan jika proses manual diambil.

pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan
pindah milik hartanah, proses pemindahan hakmilik hartanah, hak milik hartanah, hakmilik hartanah, pinjaman perumahan

Langkah 6: Langkah terakhir adalah menyerahkan borang rasmi ke pejabat tanah untuk pemprosesan pertukaran hak milik.

Setelah pembayaran yang diperlukan dibuat dan semua dokumen lengkap, proses pemindahan hak milik boleh dikatakan selesai dengan jayanya!

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang proses menandatangani Surat Tawaran Hartanah dan Perjanjian Jual Beli, bolehlah baca artikel kami ni!