Apakah PPRT Sabah Dan Cara Nak Mohon?

·6-min read

Ramai sebenarnya teringin nak beli rumah sendiri, tapi kurang berkemampuan. Walaupun banyak perumahan baru dibangunkan, kenyataannya tak ramai yang mampu nak beli atau dapatkan pinjaman.

Memiliki rumah sendiri seolah impian tak tergapai. Tapi, janganlah cepat berputus asa! Sebabnya sesiapa saja boleh memiliki rumah sendiri dan itulah sasaran utama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Malaysia.

Kami ingin kongsikan berita gembira untuk mereka yang tinggal di Sabah kerana impian memiliki rumah sendiri bakal menjadi kenyataan dengan adanya Skim Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Haaaa…Mesti anda dah tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang skim PPRT ni, kan? Jom teruskan membaca untuk mengetahui apa sebenarnya PPRT, di mana lokasinya, kriteria memohon dan macam-macam lagi maklumat lain.

Apa Sebenarnya PPRT?

Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) diteruskan lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK11).

SPKR bertujuan membasmi kemiskinan luar bandar, serta memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik.

Terdapat tiga komponen utama dalam SPKR, iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), serta Program Peningkatan Pendapatan (PPP).

Dalam artikel ini, kami akan melihat program PPRT dengan lebih dekat lagi, terutamanya di Sabah. Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memberi peluang kepada golongan tertentu dan terpilih untuk memiliki rumah sendiri di negeri itu.

Objektif PPRT adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa.

rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah
rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah

PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu Bina Baru atau Baik Pulih. Jadi, program ini sesuai bagi mereka yang baru hendak membina rumah ataupun ingin menjadikan rumah sedia ada lebih selesa.

Ada syarat-syarat tertentu untuk setiap kategori:

Bina Baru

Baik Pulih

Bantuan pembinaan rumah baru kepada penerima seperti berikut:

Baik pulih hanya untuk 3 elemen berikut:

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah seperti:

Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

Di Mana Lokasi PPRT?

Sekarang anda dah tahu apa itu PPRT, tapi boleh ke nak bina atau ubah suai rumah dekat mana-mana saja?

Jawapannya adalah tak boleh! Sebabnya PPRT memang dirancang khas untuk kawasan di luar bandar dan beberapa kawasan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah
rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah

Seeloknya, kalau anda nak tahu lokasi anda boleh digunakan untuk PPRT atau tak, boleh bertanya terus kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau Pejabat KPLB Negeri Sabah.

Kenapa Perlu Pertimbangkan PPRT?

Jika anda sudah lama menanti bantuan sebegini, inilah masa untuk anda cuba memohon dan dapatkan peluang untuk memiliki rumah sendiri yang selesa.

PPRT memang sangat membantu golongan miskin dan miskin tegar luar bandar yang perlukan bantuan membina rumah baru atau membaik pulih rumah sedia ada.

Jumlah bantuan yang diberi juga sangat memadai. Kadar bantuan ni bergantung kepada kategori PPRT yang anda pilih, seperti di bawah:

Kategori

Jenis Rumah

Kadar Bantuan

Bina Baru

3 Bilik (660 kps) atau Rumah Panjang (715 kps)

RM68,000

Baik Pulih

Bergantung

RM15,000 (Kos Maksimum)

Siapa Yang Layak & Macam Mana Nak Mohon?

Tibalah masa yang dinanti-nanti oleh semua. Seperti skim-skim kerajaan yang ada di luar sana, pastinya ada kriteria yang perlu dipenuhi untuk layak memohon PPRT.

Mengikut portal rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah
rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah

Kriteria-kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang layak adalah seperti berikut:

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau

  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau

  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau

  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

PropertyGuru Tip

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kini adalah RM2,208.00 yang dikemas kini pada 2020 berbanding hanya RM980 sebelum ini.

Selain tu, ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon PPRT, iaitu:

Bina Baru

Baik Pulih

Okay, itu semua kriteria-kriteria kelayakan dan syarat yang perlu dipenuhi. Tapi, anda perlu tahu yang bantuan PPRT akan mengutamakan mereka ni dulu:

  • Warga emas;

  • Orang kurang upaya (OKU);

  • Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;

  • Mangsa bencana yang berskala kecil; dan

  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar

Pada mereka yang layak untuk memohon, boleh muat turun Borang Permohonan PPRT dan sediakan semua dokumen yang diperlukan.

rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah
rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah

8 Soalan Lazim PPRT

Bagi yang masih keliru atau mempunyai persoalan tentang PPRT, kami sertakan beberapa soalan lazim daripada Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

1) Bolehkah pemohon yang tidak mempunyai tanah memohon bantuan PPRT?

Syarat utama untuk menerima bantuan PPRT, selain daripada status miskin dan miskin tegar, adalah dengan memiliki tanah atau mempunyai kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa/menumpang tanah milik orang lain/Kerajaan.

2) Apakah reka bentuk rumah PPRT?

Rumah PPRT Bina Baharu mempunyai 2 jenis reka bentuk iaitu rumah tiga bilik dan rumah panjang. Saiz dan keluasan rumah PPPT adalah:

Jenis Rumah

Saiz

Keluasan (kps)

3 bilik (batu-bata)

22 x 30 kaki

660 kaki/segi

Rumah panjang

17.72 x 40.35 kaki

715 kaki/segi

Pembinaan rumah adalah jenis batu-bata dan dilaksanakan mengikut kesesuaian tapak serta lokasi.

Pembahagian ruang di dalam rumah terdiri daripada 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur.

3) Adakah rumah PPRT dibina secara berkelompok?

Rumah PPRT dibina sesebuah. Buat masa ini belum ada cadangan untuk melaksanakan pembinaan projek PPRT secara berkelompok.

rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah
rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah

4) Adakah rumah PPRT boleh diwarisi?

Rumah PPRT (Bina Baharu) adalah milik peserta. Jadi, sekiranya peserta meninggal dunia, isteri/suami, anak-anak atau waris peserta adalah berhak ke atas rumah tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi rumah PPRT yang dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri dan seumpamanya, pemilikan tanah selepas peserta meninggal adalah tertakluk kepada syarat yang dikenakan Kerajaan Negeri.

5) Adakah rumah PPRT boleh diubahsuai atau ditambah?

Rumah PPRT hanya boleh diubahsuai atau ditambah selepas enam (6) bulan tempoh tanggungan kecacatan (defect liability period) tamat.

6) Bolehkah KPLB membina jalan/jambatan atau lampu jalan menghala ke rumah PPRT?

Skop pembinaan rumah PPRT Bina Baharu adalah membina rumah sahaja tidak termasuk prasarana di kawasan rumah.

7) Sekiranya tapak rumah PPRT terletak di kawasan banjir, adakah KPLB akan menambak kawasan/tapak tersebut?

KPLB hanya membina rumah PPRT peserta sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk menyediakan tapak yang sesuai untuk pembinaan rumah PPRT.

8) Bolehkah PPRT dibina atas tanah berstatus TOL (Temporary Occupational License)?

Pembinaan rumah PPRT adalah bersifat kekal dan untuk jangka masa panjang. Jadi, ia tak sesuai dibina di atas tapak berstatus TOL yang mana kebenaran guna tanah adalah bersifat sementara.

Namun begitu, pemohon boleh merujuk kepada Pentadbir Tanah yang berkenaan bagi mendapatkan kebenaran.

rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah
rumah mampu milik Sabah, PPRT Sabah

Itu saja perkongsian kami mengenai PPRT. Kami berharap lebih ramai yang kurang berkemampuan mendapat peluang untuk memilliki rumah sendiri dengan skim bantuan seperti ni.

Teruskan usaha anda dan semoga berjaya!

Jika anda rasa PPRT ni bukan untuk anda, ada banyak lagi skim perumahan yang disediakan oleh kerajaan yang mungkin boleh membantu anda untuk memiliki rumah idaman sendiri. Sebagai contoh PR1MA, SRP, PPAM dan lain-lain seperti dalam panduan ni.

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting