Apakah PPR Sarawak, Bagaimana Nak Mohon?

·3-min read

Banyak sebenarnya skim rumah mampu milik disediakan kerajaan untuk mereka yang mahu memiliki rumah sendiri, tapi kocek tak berapa nak tebal.

Jadi, hari ni kami akan bercerita tentang satu lagi skim perumahan, kali ni untuk penduduk Sarawak!

Skim yang dinamakan Program Perumahan Rakyat (PPR) ni adalah usaha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Malaysia dalam memastikan setiap isi rumah dapat memiliki rumah sendiri.

Bagi yang dah lama mencari, ini mungkin peluang terbaik anda untuk memegang kunci rumah sendiri. Jadi, jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang PPR di Sarawak.

 

Apakah PPR Dan Tujuannya?

PPR adalah Program Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) bila dah siap.

Kiranya PPR ni ada di seluruh negara sebab ianya skim Kerajaan Persekutuan, tapi hari ni kita akan fokus kepada PPR yang ada di Sarawak.

ppr sarawak, rumah mampu milik Sarawak
ppr sarawak, rumah mampu milik Sarawak

Di bawah PPR ada 2 program iaitu:

  • PPR Dimiliki, atau

  • PPR Disewa

PPR Dimiliki adalah untuk mereka yang nak beli terus. Rumah ni dijual pada harga sangat berpatutan, antara RM50,400 dan RM59,200, dan pembiayaannya perlu melalui anak syarikat HDC iaitu Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd.

Kalau nak menyewa pula, PPR Disewa pada harga RM150 sebulan (termasuk kos penyelenggaraan) dan tempoh menyewa adalah selama 6 tahun.

Sangat jimat untuk mereka yang mencari rumah sewa yang murah!

 

Apakah Ciri Projek PPR?

Rumah PPR ni ada ciri-ciri tersendiri. Kalau di Semenanjung Malaysia, selalunya kita boleh nampak perbezaan PPR dengan projek perumahan biasa.

ppr Sarawak, rumah mampu milik sarawak
ppr Sarawak, rumah mampu milik sarawak

Namun begitu, reka bentuk dan ruangan yang disediakan sangat memadai bagi mereka yang menginginkan rumah dengan harga mampu milik.

Bagi rumah Sarawak pula, spesifikasi PPR adalah seperti berikut:

  • Rumah teres satu tingkat atau rumah pangsa

  • Minimum keluasan 750 kps

  • 3 bilik tidur dan 2 bilik air

  • Ruang tamu dan ruang makan

  • Pembinaan menggunakan sistem IBS atau kaedah konvensional

 

Di Manakah Lokasi PPR Sarawak?

Kita dah tahu apa itu PPR dan berapa harganya untuk PPR yang ingin dibeli atau disewa. Sekarang mesti lah nak tahu dekat mana adanya projek perumahan PPR ni.

Bergantung kepada jenis program PPR yang anda pilih, kawasan perumahannya ada di beberapa tempat di sekitar Sarawak.

ppr Sarawak, rumah mampu milik Sarawak
ppr Sarawak, rumah mampu milik Sarawak

Anda boleh rujuk senarai di bawah untuk senarai setakat Disember 2020.

PPR Dimiliki

PPR

Jenis Kediaman

Jumlah Unit

PPR Sungai Tengah II

Rumah Teres 1 Tingkat

439

PPR Samarahan II

Rumah Teres 1 Tingkat

180

PPR Lambir, Miri

Rumah Teres 1 Tingkat

500

PPR Petrajaya I

Rumah Teres 1 Tingkat

208

PPR Landeh

Rumah Pangsa

443


PPR Disewa

PPR

Jumlah Unit

Kekosongan*

PPR Demak Laut, Kuching

256

13

PPR Taman Dahlia, Batu 5, Kuching

816

95

PPR Sri Wangi, Kuching

200

25

PPR Batu Gong, Siburan

500

76

PPR Bandaria Park, Bintulu

1,000

23

PPR Rantau Panjang, Sibu

500

113

*Setakat Disember 2020

 

Siapa Yang Layak Mohon?

Disebabkan PPR ni memang dirancang khas untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri, adalah kriteria yang perlu dipenuhi, iaitu:

  • Warganegara Malaysia bermastautin di Sarawak

  • Umur 18 – 65 tahun

  • Sudah berkahwin

  • Tak memiliki rumah / tanah

  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah

  • Keutamaan bagi penghuni Kawasan setinggan (*untuk PPR Disewa)

 

Macam Mana Nak Mohon?

Untuk memohon, anda hanya perlu muat turun Borang Permohonan Rumah dan isi semua maklumat dengan lengkap.

Ada beberapa dokumen yang perlu anda sertakan dengan borang tu:

  • 1 salinan MyKad pemohon dan suami / isteri

  • 1 salinan Sijil Kahwin / Cerai

  • 1 salinan slip gaji terkini atau pendapatan pemohon dan suami / isteri

  • 1 salinan resit penyewaan rumah jika sedang menyewa

  • 1 salinan penyata kira-kira KWSP

Selepas borang dah lengkap dan semua dokumen disediakan, anda perlu menghantar ke pejabat HDC yang terdekat untuk di proses. Jika permohonan anda berjaya, anda akan menerima surat tawaran daripada HDC.

ppr Sarawak, rumah mampu milik Sarawak
ppr Sarawak, rumah mampu milik Sarawak

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai PPR Sarawak, boleh ke portal rasmi HDC atau pejabat HDC di Kuching, Sibu dan Miri.

Jadi, apa tunggu lagi? Kalau anda berkelayakan jangan lepaskan peluang ini dan mohon segera. Semoga program ini akan membantu lebih ramai rakyat kita yang mahukan rumah sendiri.

Selamat berjaya!

Kalau anda rasa PPR ni bukan untuk anda, boleh juga tengok skim lain yang kami sediakan ni. Mana tahu beberapa tahun lagi boleh duduk rumah sendiri dah!