Apakah Kesan Moratorium PEMULIH & Bersasar Kepada Pinjaman Perumahan?

·10-min read

*Artikel ini dikemaskini pada 7 Julai 2021 untuk memasukkan penjelasan tentang moratorium PEMULIH

COVID-19 ni bukan je menyebabkan kesusahan luar jangka, tapi banyak juga rancangan tergendala. Ramai yang nak kahwin, terpaksa tangguh. Ramai yang hilang kerja dan kena cari kerja baru. Ramai juga yang duit simpanan mula nak habis.

Mungkin anda antara orang yang terpaksa tangguhkan banyak rancangan sebab musim susah ni tak boleh guna duit untuk tujuan yang dirasakan tak berapa penting atau tambah komitmen kewangan termasuklah beli rumah.

Walaupun begitu, hasrat memiliki rumah sendiri ni tak pernah padam! Ramai je rakyat Malaysia masih berimpian begitu. Malah, Kajian Sentimen Pengguna H1 2021 kami mendapati yang 1 daripada 3 rakyat Malaysia masih berhasrat membeli rumah walaupun ada cabaran COVID-19.

Malangnya, majoriti rakyat terpaksa menangguhkan hasrat membeli rumah kepada 3 hingga 5 tahun lagi. Jadi, apa yang patut anda buat daripada sekarang untuk pastikan hasrat tu tercapai. Orang kata susah-susah juga, tapi masa depan tetap kena fikir.

Jadi, dalam keadaan sekarang ni yang ramai orang memilih melakukan moratorium. Terjejas tak peluang dapat pinjaman perumahan kalau ambil ni? Kami jelaskan semuanya, jom baca!

Meringankan Beban Rakyat Dengan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Di Ambang Krisis COVID-19
Meringankan Beban Rakyat Dengan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Di Ambang Krisis COVID-19

Panduan Relevan

Meringankan Beban Rakyat Dengan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Di Ambang Krisis COVID-19

Moratorium Pinjaman PEMULIH Julai 2021

Moratorium pinjaman terbaru diperkenalkan selaras dengan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan permohonan dengan kelulusan automatik bermula pada Rabu, 7 Julai 2021.

Jadi jika anda peminjam individu tanpa mengira anda B40, M40 atau T20, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro yang terjejas kerana COVID-19, anda boleh memohon moratorium pinjaman selama ENAM bulan.

Anda hanya perlu memohon dengan bank masing-masing dan kelulusan permohonan diberikan secara automatik.

moratorium pemulih, pinjaman perumahan
moratorium pemulih, pinjaman perumahan

Apa Pinjaman Boleh Dapat Moratorium PEMULIH?

  • Pinjaman kenderaan

  • Pinjaman peribadi

  • Pinjaman perumahan

  • Pinjaman perniagaan

Apa Syarat Moratorium PEMULIH?

  1. Permohonan Moratorium PEMULIH hanya untuk pinjaman yang diluluskan SEBELUM 1 Julai 2021.

  2. Anda tak perlu beri sebarang dokumen untuk sokong yang anda terjejas disebabkan COVID-19. Asalkan mohon, kelulusan akan diberikan secara automatik.

  3. Pada masa permohonan moratorium PEMULIH dibuat, anda tidak boleh ada bayaran ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau prosiding muflis/ penggulungan syarikat.

  4. Peminjam yang sudah mempunyai moratorium sebelum ini dan mengikut semua jadual pembayaran semula pinjaman juga boleh memohon moratorium PEMULIH.

  5. Peminjam individu/PKS yang mempunyai tunggakan bayaran lebih 90 hari dinasihati menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat kewangan secara percuma.

  6. Hutang kad kredit tidak boleh memohon moratorium PEMULIH, tetapi anda boleh memohon untuk mengubah hutang kad kredit ini menjadi pinjaman 3 tahun yang membantu anda mengurangkan kadar faedah.

Semua situasi lain masih sama dengan moratorium sebelum ini termasuklah pengenaan faedah terakru (accured interest), tak menjejaskan CCRIS/CTOS, dan tak menjejaskan peluang anda dapat pinjaman di masa depan.

Macam Mana Nak Mohon Moratorium PEMULIH?

Anda hanya perlu hubungi pihak bank masing-masing dan jangan lupa baca semua syarat yang dikenakan, supaya tidak terkejut nanti!

Sentiasa layari laman web Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank masing-masing untuk tahu perkembangan lanjut ya.

PropertyGuru Tip

Pinjaman perumahan guna Kaedah Pengurangan Baki Pinjaman untuk mengira faedah yang perlu dibayar berdasarkan baki pinjaman selepas tempoh tertentu. Jadi untuk moratorium 6 bulan, bukanlah bermaksud tempoh pinjaman anda tambah 6 bulan ya. Ini salah! Ia bermaksud tempoh pinjaman anda dipanjangkan lagi misalnya antara 18 hingga 23 bulan bergantung kepada baki pinjaman anda!

Bank Terlibat Dalam Moratorium PEMULIH Setakat Julai 2021

Sebanyak 38 bank terlibat dalam moratorium PEMULIH. Ada tak bank anda?

Bank

Apakah Moratorium Bersasar?

pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium bersasar, moratorium covid 19
pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium bersasar, moratorium covid 19

Bila kerajaan perkenalkan moratorium automatik selama enam bulan bermula Mac hingga September 2020, memang ramai yang lega. Yerlah, duit yang sepatutnya bayar pinjaman rumah, kereta dan lain-lain tu boleh simpan atau buat belanja makan minum.

Konsep asas moratorium ni ialah tangguh atau kurangkan bayaran bulanan. Maksudnya, anda dibenarkan secara undang-undang untuk tak bayar pinjaman untuk tempoh masa tertentu. Terubat la sikit tekanan ekonomi yang mencabar ni.

Tapi, bila moratorium automatik tamat, ramai juga yang mengeluh. Sebabnya, situasi ekonomi tak nampak pulih pun, ramai masih susah, tapi dah kena bayar semua pinjaman macam biasa.

Jadi, kerajaan umumkan moratorium bersasar pada pembentangan Belanjawan 2021 untuk mereka yang layak bermula Oktober 2020, ramai yang lega. Sebab mereka memang memerlukannya.

Bank Negara Malaysia pun siap keluarkan syarat kelayakan moratorium bersasar ni untuk individu iaitu:

  • Individu berpendapatan rendah kumpulan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat

  • Individu yang kehilangan pekerjaan dan belum dapat pekerjaan baru

  • Individu yang masih bekerja tapi gaji dipotong kerana COVID-19

pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19
pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19

Ada dua cara moratorium bersasar ni dibuat, iaitu:

  • Tangguh bayaran ansuran bulanan selama tiga bulan; atau

  • Kurangkan bayaran ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam bulan

Selain tu, semua bank juga akan menawarkan beberapa pilihan lain, termasuklah:

  • Membenarkan pinjaman membayar hanya faedah pinjaman

  • Melanjutkan tempoh pinjaman untuk kurangkan bayaran balik bulanan

  • Menyediakan pelbagai kemudahan lain sehingga peminjam kembali stabil

Semua ni bergantung kepada bank masing-masing, sebab tulah kalau anda layak, kena hubungi bank, dan selalunya permohonan tu lulus je. Menurut data BNM, 1.4 juta permohonan diterima dengan 95% dah diluluskan setakat 15 Januari 2021.

Moratorium bersasar ni juga dilanjutkan lagi sehingga Jun 2021 sejak Januari 2021 bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat terpaksa diumumkan semula sebab lonjakan kes COVID-19.

pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19
pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19

Baik Buruk Moratorium Bersasar

1) Moratorium tak jejas skor kredit

Situasi yang kita takut adalah bila tak bayar, skor kredit akan terjejas, buruklah rekod sebab bayaran balik pinjaman tak cantik, susah nak buat apa-apa.

Jangan bimbang, disebabkan anda buat permohonan dan bank pun dah tahu dan luluskan, skor kredit anda tak terjejas. Penangguhan bayaran tak dikategorikan sebagai tunggakan pinjaman menurut CTOS.

2) Tempoh pinjaman lebih lama

Disebabkan ada tempoh anda tak bayar atau kurangkan bayaran, tempoh pinjaman tu akan dipanjangkan. Ketika moratorium wajib, tempoh pinjaman ditangguhkan selama 6 bulan. Tapi, untuk moratorium bersasar anda kena bincang dengan bank nak tengok anda guna kaedah mana.

Ada beberapa situasi yang boleh anda bincangkan dengan pihak bank tentang pelanjutan tempoh pinjaman yang menyebabkan perubahan ansuran bulanan dan semuanya bergantung kepada kemampuan anda. Macam contoh di bawah ni.

pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19
pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19

Kredit: Maybank

Tapi kenalah pastikan tempoh tu tak terlalu lama terutama untuk pinjaman perumahan dan kereta. Lama-lama berhutang buat apa?

PGMY_No_1
PGMY_No_1

3) Faedah masih ada, yang tak ada hanyalah faedah-atas-faedah!

Walaupun, kadar faedah-atas-faedah (compounded interest) tak dikenakan, pinjaman anda masih dikenakan faedah atau keuntungan terakru (accured interest) yang akan dibawa selepas moratorium berakhir.

Jangan tak tahu, sepanjang moratorium wajib enam bulan tu pun, faedah terakru ni masih berjalan seperti biasa tau! Jangan serang pengawai bank pula sebab tiba-tiba tengok faedah terakru ni ditambah ke atas baki prinsipal pinjaman anda!

pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19
pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19

4) Jumlah terakhir tinggi tak?

Jika anda memilih untuk moratorium bersasar dengan tak bayar ansuran bulanan, jumlah terakhir yang anda kena bayar bila pinjaman matang mungkin akan menjadi lebih tinggi!

Tapi, kalau anda pilih pengurangan ansuran bulanan, jumlah terakhir yang anda kena bayar tak meningkat.

Nak faham lebih lanjut, boleh baca penjelasan bantuan bersasar dikeluarkan CIMB ni. Tak faham lagi? Pergi bank tanya betul-betul!

Jadi kalau anda betul-betul mampu untuk bayar tanpa menjejaskan kehidupan harian, mungkin boleh pertimbangkan semula kalau ada niat nak belanja duit bayaran pinjaman tu kepada benda bukan keperluan.

Selain moratorium bersasar, anda juga ada beberapa pilihan untuk sesuaikan tempoh baki bayaran balik pinjaman, faedah, dan pembayaran semula kalau kemampuan kewangan anda fleksibel.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memilih Untuk Refinance Rumah?
Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memilih Untuk Refinance Rumah?

Panduan Relevan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memilih Untuk Refinance Rumah?

Terjejas Tak Peluang Dapat Pinjaman Perumahan?

TIDAK! Peluang anda tak terjejas sebab tempoh moratorium tak dianggap sebagai tak bayar ansuran bulanan. Tapi, dengan syarat anda kenalahlah ikut semua langkah dan pembayaran semula pinjaman selepas moratorium tamat.

pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19
pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19

Katakan, anda buat moratorium bersasar untuk kereta anda, tindakan itu tidak menjejaskan peluang anda buat pinjaman perumahan pada masa depan.

Sekarang, Bolehlah Buat Balik Rancangan Beli Rumah Tertangguh Tu!

Jadi, sekarang legalah kan sebab dah tahu moratorium bersasar ni tak beri kesan pun kepada peluang dapat pinjaman perumahan pada masa depan.

Elok jugak tu, apatah lagi bila Kempen Pemilikan Rumah (HOC) ini ikut Belanjawan 2021 akan dilanjutkan sehingga 2025. Sempat lagi ni merancang mana patut!

HOC ni adalah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKPT) dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) sejak Januari 2019 lagi.

Sebab sambutan yang menggalakkan, kempen dilanjutkan lagi sehingga bulan Mei 2021 untuk seluruh negara kecuali di Pulau Pinang yang tamat pada hujung 2021.

pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19
pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19

Matlamat utama program HOC ialah menggalakakan pemilikan hartanah bagi individu dan pernigaan dan mengurangkan lambakan hartanah tak terjual di seluruh negara.

Sehingga Januari 2021, sebanyak 59 500 unit hartanah tidak terjual tertinggi di Johor, diikuti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.

Kelebihan HOC untuk Pembeli Rumah

Dengan trend kenaikan pembelian rumah dalam dua tahun ni, ramai berpendapat sekarang ialah masa yang baik untuk pelaburan hartanah. Melalui HOC, pembeli dapat menikmati faedah berikut:

Pengecualian Duti Setem banyak bagi manfaat pada pembeli pertama. Misalnya, anda boleh jimat lebih RM 11,000 untuk hartanah bernilai setengah juta!

Selepas Tempoh Moratorium Tamat, Apa Patut Saya Buat?

Buat masa ni, tempoh moratorium bersasar tak menjangkau tahun 2022. Maksudnya, anda masih ada banyak masa untuk menyusun strategi kewangan untuk anda rebut peluang insentif HOC sebelum tahun 2025.

Jadi nak buat apa? Kami senaraikan apa persiapan yang anda boleh lakukan!

pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19
pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19

1) Dapatkan maklumat terkini

Orang kata zaman susah ni kena banyak belajar, baru tahu selok belok perkara yang anda nak tahu. Disebabkan sekarang memang tiada hasrat beli, nak tunggu beberapa tahun lagi, bolehlah selidik semua benda dulu.

Misalnya, anda boleh buat kajian tentang pemaju. Sekarang ni, berebut-rebut pemaju tawarkan pelbagai pakej menarik. Tapi boleh percaya ke? Sebab tulah, kena tahu pemaju mana ada masalah, pemaju mana yang terbaik!

Anda juga boleh kumpul siap-siap projek hartanah yang akan siap beberapa tahun lagi, buat kajian mendalam dan kalau tak mahu melawat banyak hartanah, minta pemaju atau ejen sediakan lawatan virtual di hartanah yang anda minat tu.

2) Buat persediaan mantap kewangan

Selain pastikan skor kredit anda cantik dan bersih je pegawai bank tengok. Anda juga boleh mempertimbangkan mengubah cara menyimpan dan melabur bagi memantapkan kewangan peribadi anda.

Pulangan pelaburan ni boleh guna nak bayar deposit rumah, atau kalau tak perlu bayar, boleh guna untuk ubah suai atau dekorasi rumah. Jangan tak tahu, masuk rumah baru ni macam-macam nak kena buat!

Sekarang ni pun, peluang pelaburan untuk jangka sederhana dan panjang yang anda boleh pantau sendiri guna robo advisor je. Anda tentukan tempoh masa, tengok jangkaan pulangan pelaburan dan pastikan konsisten melabur!

pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19
pinjaman perumahan, HOC, deposit rumah, pelaburan hartanah, moratorium, bantuan bersasar, moratorium covid 19

3) Ukur baju di badan sendiri!

Kalau ada hikmahnya COVID-19 ni, hikmah tu adalah betapa pentingnya kita merancang untuk beberapa tahun. Kena ada simpanan dan kena pastikan aset tak jadi liabiliti.

Jadi dalam aspek pinjaman perumahan, pastikan anda betul-betul faham semua perkara termasuklah perundangan dan pelbagai terma bank. Fikirkan segala kemungkinan yang boleh terjadi dan asaklah pegawai bank, ejen dan peguam untuk menjawabnya.

Jangan lupa juga, pastikan ada insurans perumahan yang bersesuaian, kalau jadi apa-apa taklah menyesal!

Siapkan Diri Untuk Beli Rumah Waktu Mencabar Ni

Pembayaran hutang tepat pada waktu, bayaran bil sebelum tempoh dan rekod perkerjaan yang baik akan tingkatkan lagi Nisbah Khidmat Hutang (DSR) selain bantuan penjamin adalah kaedah untuk anda pastikan permohonan pinjaman perumahan anda diluluskan.

Pemilihan untuk ambil moratorium bersasar bukan hukuman mati, ia tak akan jejaskan peluang anda.

Tapi, kenalah pelan betul-betul, jangan sampai komitmen kewangan jangka masa panjang dan sederhana anda terganggu disebabkan moratorium diambil tapi tiada perancangan lain.

Pendek kata, ambil moratorium bersasar jika anda hanya benar-benar perlukan je dan rancanglah masa depan pasca COVID-19 daripada sekarang!

Panduan Relevan

Penafian: Maklumat diberikan dalam laman web ini bersifat umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perancangan kewangan profesional.
PropertyGuru akan berusaha memperkemas maklumat di laman web ini apabila diperlukan. Bagaimanapun, maklumat boleh diubah tanpa notis dan kami tidak memberikan jaminan ketepatan maklumat dalam laman web ini, termasuklah maklumat diberikan oleh pihak ketiga, pada bila-bila masa.
Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat ketika ia diterbitkan, individu tidak boleh bergantung kepada maklumat ini untuk membuat keputusan kewangan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan, kami mencadangkan anda supaya berunding dengan perancang kewangan atau bank anda serta mengambil kira situasi unik kewangan dan keperluan setiap individu.
PropertyGuru tidak memberikan jaminan berkaitan ketepatan, kebolehpercayaan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Kecuali selagi mana sebarang liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan, PropertyGuru, dan pekerjanya tidak ada sebarang liabiliti untuk apa sahaja kesilapan atau ralat di dalam laman web ini atau untuk apa sahaja kerugian atau kerosakan yang ditanggung pembaca atau mana-mana orang yang lain.
Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting