Apa Maksud Wakaf, Jenis & Cara Wakaf Hartanah Di Malaysia

·9-min read

Anda mesti pernah dengar orang wakaf tanah untuk bina masjid, wakaf rumah untuk anak-anak yatim, atau wakaf kenderaaan untuk pusat tahfiz, kan?

Sumbangan wakaf ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan rakyat Muslim di Malaysia dan banyak sebenarnya harta yang telah di wakafkan.

Di Malaysia, nilai aset wakaf dianggarkan pada RM1.3 trilion dan ada kira-kira 30,000 hektar tanah wakaf di seluruh negara.

Dari jumlah tu pula hanya 13% tanah wakaf saja yang dah dimajukan! Patutlah ramai yang kata potensi wakaf ni sangat luas dan masih banyak yang perlu diterokai.

Walaupun makin kerap keluar berita tentang wakaf, masih ramai yang masih samar-samar tentang apa itu wakaf dan bagaimana urusannya.

Bila diselidik, banyak juga benda yang perlu kita tahu untuk memahami wakaf ni, jadi kami sediakan panduan untuk membincangkan tentang wakaf hartanah. Jom baca!

wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf,  jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah
wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf, jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah

Kisah Awal Sumbangan Wakaf Di Malaysia

Okay lah, sebelum kita cerita dengan lebih terperinci mengenai wakaf, kami ingin kongsikan dulu sejarah amalan wakaf di negara ini.

Semuanya dikatakan bermula dengan kedatangan Islam di Tanah Melayu. Tak ada kepastian tentang waktu sebenar ia bermula tapi ia berlaku secara lisan dan membabitkan tanah wakaf untuk madrasah, surau, masjid, pondok dan tanah perkuburan.

Menurut laporan berita, antara amalan wakaf yang mula dikesan adalah pembinaan Masjid Kapitan Kling di atas tanah wakaf Cauder Mohudeen pada awal kurun ke-19 di Pulau Pinang.

Selain tu wakaf terawal juga melibatkan pembinaan beberapa surau, madrasah serta bangsal wakaf pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad I (1800-1837) di Kelantan.

Dari segi pentadbiran, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bertanggungjawab untuk mentadbir amalan wakaf di Malaysia dan sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di setiap negeri. Antara yang terawal ditubuhkan adalah:

  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada tahun 1915,

  • Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada tahun 1925, dan

  • Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada 1926.

Pada peringkat Pusat pula, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia berperanan menyelaras dan menyalurkan dana pembangunan wakaf daripada Kerajaan Pusat kepada MAIN.

wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf,  jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah
wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf, jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah

Apakah Konsep Wakaf Dalam Islam?

Itulah sedikit sebanyak tentang sejarah Wakaf di Malaysia. Bagi memahami konsep wakaf, kita kena tahu dulu maksud wakaf.

Wakaf berasal daripada perkataan Arab iaitu waqf yang merujuk kepada sesuatu pemberian untuk tujuan keagamaan, kekeluargaan, kebajikan dan lain-lain.

Mengikut laman web rasmi Yayasan Waqaf Malaysia, pengertian wakaf dari segi Bahasa ialah berhenti, menahan dan menghalang.

Wakaf dari segi syarak pula adalah “apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf dengan Allah S.W.T”

Hukum wakaf ialah sunat dan mengikut Yayasan Wakaf Malaysia terdapat beberapa rukun dan syarat yang perlu dipenuhi iaitu:

1. Wakif (pewakaf)

Syarat pewakaf adalah:

  • Mesti memiliki harta yang ingin diwakafkan secara penuh, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki.

  • Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya.

  • Baligh.

  • Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih).

wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf,  jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah
wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf, jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah

2. Mawquf (harta yang diwakafkan)

Syarat harta yang diwakafkan adalah:

  • Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya.

  • Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim).

  • Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif).

  • Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tak menyalahi syarak.

3. Mawquf ‘Alaih (penerima wakaf)

Syarat penerima wakaf adalah:

  • Orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik) – orang Islam, merdeka dan kafir zimmi boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tak sah menerima wakaf.

  • Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk kepentingan Islam saja.

wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf,  jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah
wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf, jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah

4. Sighah (penyataan wakaf)

Syarat penyataan wakaf adalah:

  • Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun isyarat.

  • Melalui lafaz sama ada secara soreh atau kinayah.

Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu saja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”.

Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.

Wakaf terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

  1. Wakaf Ahli – wakaf yang diberi kepada ahli keluarga seperti yang ditentukan oleh pewakaf

  2. Wakaf Khairi – wakaf ini adalah untuk kebajikan dan terbahagi kepada dua kategori

    • Wakaf Am: wakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak.

    • Wakaf Khas: wakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hokum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.

wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf,  jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah
wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf, jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah

Kalau dulu memang ramai yang akan wakaf tanah atau rumah, tapi sekarang dah ada pelbagai jenis wakaf yang boleh diberi. Ini termasuk:

  • wang tunai

  • wakaf pendidikan

  • wakaf pertanian

  • wakaf intelek

  • wakaf manfaat

Mengikut senarai yang disediakan Yayasan Wakaf Malaysia, harta yang boleh diwakafkan adalah:

  • Harta yang diwakafkan hendaklah ditentukan atau jelas (ta’yin);

  • Harta yang diwakafkan hendaklah mempunyai nilai mengikut hukum syarak dan boleh diambil manfaatnya seperti tanah, bangunan, saham dan lain-lain;

  • Harta yang diwakafkan hendaklah boleh dipindah milik dan bukan harta yang ditahan seperti harta orang muflis atau harta anak yatim;

  • Harta yang boleh diambil manfaat secara berkekalan (masa yang lama); dan

  • Harta yang hendak diwakafkan adalah milik sempurna pewakaf dan bukan harta orang lain seperti harta yang terlibat dengan pinjaman, sewa atau sebagainya.

Apa Itu Yayasan Waqaf Malaysia?

Seperti yang dinyatakan di atas, Yayasan Waqaf Malaysia adalah agensi kerajaan yang berperanan untuk mengusahakan harta wakaf di seluruh negara.

Ia ditubuhkan pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Dengan visi untuk menjadi peneraju dalam pembangunan wakaf di Malaysia, Yayasan Waqaf Malaysia mempunyai 5 fungsi utama, iaitu:

  1. Mengumpul dana wakaf

  2. Membangun dan memajukan harta wakaf

  3. Melaksanakan program kebajikan dan sosial

  4. Menjalankan program pelaburan

  5. Mengadakan program promosi dan penerbitan

Dua badan wakaf di Malaysia yang kami ingin perkenalkan juga adalah Saham Wakaf Johor yang diusahakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Perbadanan Wakaf Selangor yang ditadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Apa Itu Saham Wakaf Johor?

Saham Wakaf Johor adalah satu skim yang diperkenalkan oleh MAIJ untuk masyarakat Islam membeli saham dengan harga RM10 seunit dengan MAIJ dan mewakafkan saham tersebut kepada MAIJ untuk membantu umat Islam yang lain.

Sistem pengurusan pembelian saham ini dilakukan melalui laman web e-wakaf Johor dan cara-cara untuk membeli Saham Wakaf Johor adalah:

  1. Daftar sebagai ahli

  2. Sahkan akaun melalui emel

  3. Setelah sah, boleh mulakan pembelian

  4. Pembayaran boleh dibuat secara online

Bagi penerangan yang lebih jelas dan terperinci, anda boleh klik di sini.

Apa Itu Perbadanan Wakaf Selangor?

wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf,  jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah
wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf, jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah

Perbadanan Wakaf Selangor pula ditubuhkan atas titah DYMM Tuanku Sultan Selangor agar pengurusan wakaf dapat diperkasakan seperti pengurusan zakat.

Pertubuhannya telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada 11 Januari 2011 dan diwartakan pada 3 Februari 2011.

Kewujudan Perbadanan Wakaf Selangor juga selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) No: 7, 1999, dan Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011.

Fungsi-fungsinya adalah untuk:

  • Memberi nasihat kepada Majlis berkenaan dengan dasar, cara, langkah yang perlu dilaksanakan dan diambil untuk menggalakkan pembangunan harta dan produk wakaf;

  • Melaksanakan dan memberi kesan kepada apa-apa dasar, arahan atau perintah Majlis berkenaan dengan pembangunan harta dan produk wakaf;

  • Membangun, menerimapakai dan melaksanakan dasar, cara dan langkah mengenai pembangunan harta dan produk wakaf;

  • Bertindak sebagai agensi penyelaras di dalam pelaksanaan kemajuan pembangunan harta dan produk wakaf secara pesat;

  • Merancang, membangun, melaksana dan menggalakkan pembangunan dan pelaksanaan harta dan produk wakaf;

  • Mengurus dan menjalankan pengendalian serta penyelenggaraan harta wakaf termasuk kemudahan, infrastruktur, tempat dan alat di kawasan harta wakaf tersebut; dan

  • Menggalakkan, menyelaraskan dan melaksanakan kajian serta pembangunan di dalam semua aspek harta dan produk wakaf.

Pada yang terfikir untuk berwakaf, pasti ada peluang untuk anda. Anda boleh hubungi badan atau agensi wakaf yang berkenaan atau semak di laman web rasmi mereka. Kami senaraikan beberapa agensi wakaf dan badan-badan wakaf lain untuk memudakan anda.

Yayasan Waqaf Malaysia

Perbadanan Wakaf Selangor

Saham Wakaf Johor

Tabung Waqaf Johor

Waqaf Perak Ar-Ridzuan

Waqaf Tunai (MAIK)

Pusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd

Wakaf Pulau Pinang

Dana Wakaf Pahang

wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf,  jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah
wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf, jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah

Cara Wakafkan Rumah / Tanah

Mewakafkan rumah atau tanah jatuh di bawah kategori wakaf khas dan ada prosesnya yang tersendiri.

Ini bergantung kepada baitulmal majlis agama islam atau agensi yang anda lawati.

Sebagai panduan, kami kongsikan prosedur untuk memohon hasrat wakaf anda di Perbadanan Wakaf Selangor supaya tanah atau rumah wakaf anda diberi pada yang sepatutnya.

  1. Isi Borang Hasrat Wakaf dengan lengkap (Muka 2)

  2. Lampirkan salinan hakmilik hartanah (*hakmilik asal perlu dibawa semasa mengemukakan borang)

  3. Salinan kad pengenalan pemohon

  4. Sediakan dokumen-dokumen lain bagi pemohon:

    • Salinan Carian Rasmi terkini

    • Salinan Cukai Tanah Terkini Yang Telah Dibayar

    • Salinan Cukai Pintu @ Perakuan Tidak Dikenakan Cukai

    • Salinan Bil IWK

    • Salinan Bil Elektrik (TNB)

    • Salinan Bil Air (Syabas)

  5. Isi Borang Penerima Manfaat (Muka 3)

  6. Sediakan dokumen lain yang berkaitan:

    • Sijil pendaftaran penerima manfaat wakaf

    • Profil penerima manfaat wakaf

    • Maklumat penyewa (jika disewa)

    • Salinan perjanjian sewaan (jika ada)

  7. Isi Borang Persetujuan Waris, jika perlu (Muka 4)

  8. Hantarkan semua borang yang lengkap bersama dokumen yang diperlukan ke pejabat Perbadanan Wakaf Selangor.

  9. Pihak berkuasa yang berkenaan akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta (tanah/rumah) yang hendak diwakafkan

  10. Setelah selesai dan permohonan diluluskan, barulah pindahmilik tanah/rumah akan dilakukan.

Boleh Ke Nak Wakaf Rumah Belum Habis Bayar?

Nampaknya kita dah sampai ke penghujung panduan tentang wakaf hartanah, tapi tunggu dulu…Ada satu soalan penting ingin kami kongsi, yang mungkin juga bermain-main di minda anda.

“Boleh tak nak wakafkan rumah yang masih belum habis bayar dengan bank?”

Sebenarnya ada beberapa situasi perlu dipertimbangkan dalam isu ini, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf,  jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah
wakaf, wakaf johor, wakaf Selangor, Yayasan wakaf Malaysia, maksud wakaf, jenis wakaf, tanah wakaf, rumah wakaf, wakaf hartanah

Pertama, syarat dan rukun wakaf adalah harta benda tu perlulah milik pewakaf dan boleh dipindah milik serta bermanfaat.

Jadi, tak sah jika ingin mewakafkan harta yang bukan hak milik anda, rumah tersebut perlulah bebas hutang dulu sebelum diwakafkan.

Tapi….ada pengecualian. Sekiranya anda masih berhutang dan perlu bayar hutang, tapi mewakafkan harta tu, hukum wakaf adalah sah.

Bagaimanapun, pelaksanaan wakaf tu perlu mendapat kebenaran pemiutang. Jika mereka rela, wakaf boleh dilaksanakan. Jika tak rela, wakaf terhenti. Jadi, agak-agak bank rela tak?

Seperti biasa, sekiranya anda ada soalan lain, bolehlah berhubung dengan pusat wakaf negeri masing-masing misalnya di Selangor ni, ustaz ustazah di sana sedia membantu!

Semoga bermanfaat!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting