Apa Kesan Hilang Kerja Kepada Pinjaman Perumahan Saya?

·7-min read

Click here for English version.

Kemungkinan hilang kerja memang cukup menakutkan untuk semua orang termasuklah untuk mereka yang masih bujang dan tiada tanggungan.

Jadi, bayangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh orang yang mempunyai keluarga untuk ditanggung serta pinjaman rumah untuk dilunaskan! Berat dugaan...

Kita semua tahu yang keputusan untuk membeli rumah bukanlah perkara enteng. Ia akan menyebabkan anda membuat bayaran bulanan selama bertahun-tahun lamanya, berhutang mungkin lebih dari 30 tahun.

Jadi, sekiranya punca pendapatan anda tergugat- tiada gaji atau gaji dipotong- anda pasti akan berhadapan masalah besar!

Dengan pandemik COVID-19 yang memberi kesan teruk terhadap ekonomi global hingga banyak perniagaan terpaksa gulung tikar atau mengurangkan pekerja, ramalan yang lebih 2 juta rakyat Malaysia akan menganggur tak boleh dipandang ringan.

Sekiranya anda salah seorang yang kehilangan kerja dan sekarang mengganggur, apa akan berlaku kepada pinjaman perumahan anda?

Kita akan lihat kebaikan dan keburukannya, teruskan baca artikel sampai habis!

pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19
pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19

Berita Baik!

Pertama sekali, jangan cepat panik. Apa yang perlu anda lakukan ialah berjumpa dengan pemberi pinjaman dan bincangkan penyelesaian terbaik supaya anda tidak berdepan risiko kehilangan rumah.

Anda perlu lakukan perkara ini secepat mungkin, supaya anda dan pemberi pinjaman boleh mencapai persetujuan bersama tentang bagaimana caranya untuk anda membayar pinjaman terbabit.

Cepat bincang, cepat ada pelan pembayaran semula. Anda pun lega sedikit, boleh tumpu usaha cari kerja.

Kebanyakan pemberi pinjaman ada menawarkan beberapa pilihan untuk mengubah syarat pinjaman agar ia tidak membebankan ketika anda sedang mencari pekerjaan lain.

Selalunya, penyelesaian yang ditawarkan ialah pembayaran bulanan yang lebih rendah, anda juga boleh dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran buat sementara.

Jika anda berdepan kesukaran untuk berbincang dengan pemberi pinjaman, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2006.

pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19
pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19

AKPK akan bekerjasama dengan anda untuk menilai situasi semasa dan semua perbelanjaan bulanan anda dan kenal pasti potensi langkah penjimatan boleh dibuat anda serta merangka strategi pembayaran hutang.

Bersama AKPK, anda boleh menyertai Program Pengurusan Kredit (PPM). Melalui PPM, mereka boleh berunding dengan institusi kewangan bagi membolehkan anda mendapat pelan pembayaran semula yang sesuai dengan kemampuan.

Walaupun pinjaman rumah anda boleh distruktur semula di bawah program ini, namun perlu diingatkan hanya institusi kewangan berikut yang terlibat*:

  • Affin Bank Berhad, Affin Islamic Bank Berhad

  • Alliance Bank Malaysia Berhad, Alliance Islamic Bank Berhad

  • AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad

  • Bank Islam Malaysia Berhad

  • Bank Muamalat Malaysia Berhad

  • Bank Simpanan Nasional

  • CIMB Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad

  • Hong Leong Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad

  • Maybank, Maybank Islamic Berhad

  • Public Bank Berhad, Public Islamic Bank Berhad

  • RHB Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad

* Pinjaman rumah yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan kewangan lain mungkin boleh dipertimbangkan, bergantung kepada kes.

Selain itu, anda juga boleh memilih untuk membuat pembiayaan semula yang membolehkan anda mengambil pelan pinjaman baru dengan terma dan syarat yang lebih baik, seperti kadar faedah yang lebih rendah.

pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19
pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19

Kadar faedah lebih baik = jumlah pembayaran yang lebih rendah = lebih banyak kelegaan untuk anda!

PropertyGuru Tip

Pembiayaan semula rumah anda hanya akan dibenarkan jika anda mempunyai sumber pendapatan lain, misalnya daripada pasangan. Sekiranya anda kehilangan pekerjaan DAN ANDA adalah satu-satunya penyara keluarga, anda tak layak mendapat pembiayaan semula memandangkan pemberi pinjaman masih memerlukan bukti pendapatan.

Memandangkan negara masih bergelut dengan COVID-19 ketika ini, kerajaan juga telah meminta pihak bank memberikan kelonggaran moratorium agar peminjam boleh menangguhkan semua pembayaran / pembiayaan pinjaman.

Moratorium wajib ini mula dikuat kuasa bermula 1 April hingga Oktober 2020. Selain itu, tiada caj bayaran lewat, tiada denda, dan tiada faedah dikenakan sepanjang tempoh berikut.

Tapi, sekarang ni anda boleh memohon untuk membuat moratorium bersasar, tapi kena hubungi bank untuk kelulusan!

Anda boleh menggunakan tempoh moratorium untuk mencari pekerjaan baru, atau membuat kerja sambilan bagi menyara kehidupan sehingga keadaan kewangan anda kembali pulih.

Berita Buruk

Andai kata anda ingin menjual rumah yang dimiliki kerana terbeban dengan banyak hutang, perlu diingatkan bahawa rumah bukanlah aset cair atau kata mudahnya aset mudah jual.

pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19
pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19

Ini bermakna, agak mustahil untuk menjualnya dengan segera. Terutamanya ketika ini bila pasaran lebih memihak kepada pembeli, mereka ada banyak pilihan. Jadi tak mudah untuk rumah anda terjual.

Bahkan, anda juga perlu pertimbangkan tentang pelbagai perbelanjaan lain yang diperlukan untuk menjual rumah anda, seperti komisen untuk ejen hartanah, perkhidmatan penilaian hartanah dan juga yuran guaman.

Tetapi, disebabkan pandemik COVID-19, kerajaan Malaysia pada 5 Jun 2021 telah mengumumkan bahawa Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) telah dikecualikan dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021.

Ya memang benar, jika anda memiliki hartanah kediaman dan anda menjualnya (terhad kepada tiga unit untuk setiap individu), anda layak mendapat keistimewaan ini.

Apabila semua pilihan yang ada ini masih tak membantu menyelesaikan masalah, senario terakhir adalah isytiharkan kemuflisan.

Ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan dan seboleh-bolehnya perlu dielakkan. Ia bukan hukuman mati kewangan, tapi ia menyusahkan kehidupan anda.

pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19
pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19

Kerana, sebaik sahaja anda memfailkan kemuflisan, sejarah skor kredit dan peluang pekerjaan pada masa hadapan akan tercalar selama beberapa tahun.

Bagaimanapun, jika anda memutuskan untuk menfailkan kebankrapan, ia boleh menghalang harta benda anda daripada disita.

Proses sita ni adalah bila pemberi pinjaman berhak merampas semua aset yang anda miliki (ya, termasuk rumah anda), dan menjualnya untuk melangsaikan hutang.

PropertyGuru Tip

Rumah disita adalah <a href="https://www.propertyguru.com.my/property-guides/5-langkah-cara-beli-rumah-lelong-18782" target="_blank" rel="noopener noreferrer">rumah lelong</a>. Bank akan mengadakan proses bidaan terbuka dan rumah anda dilelong dengan harga bawah nilai pasaran untuk menarik pembeli. Bakal pembeli bersaing memberikan bidaan tertinggi untuk membeli rumah lelong itu.

Melalui proses insolvensi (kemuflisan), ia akan memberi ruang dan peluang untuk anda memulihkan situasi kewangan anda seperti sedia kala.

Bankrupsi juga membolehkan anda menyimpan rumah yang dimiliki biarpun anda tak membayar ansuran selama beberapa bulan. Ini kerana semua aset anda akan diserahkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (DGI).

Tetapi, jika pinjaman anda diberikan peminjam berlesen, ada kemungkinan rumah anda masih akan dirampas dan dilelong bagi melunaskan baki hutang anda.

pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19
pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19

Di sinilah proses penyitaan akan bermula. Anda mungkin ada satu lagi pilihan TERAKHIR – berbincanglah dengan pemberi pinjaman untuk 'meminjam masa’, terutamanya jika anda boleh membuktikan bahawa anda sudah ada peluang pekerjaan baru.

Namun, ini tak bermakna ia akan menghentikan proses penyitaan. Jika anda masih tak boleh bayar ansuran rumah, rumah anda memang akan disita dan anda kenalah berpindah keluar.

Pengajaran Hilang Kerja Kepada Pinjaman Perumahan

Inilah sebabnya mengapa anda perlu mempunyai dana kecemasan untuk digunakan pada saat-saat tidak terduga.

Mengikut perkiraan asasnya, anda harus menyimpan sekitar 30% hingga 55% daripada pendapatan kasar setiap bulan.

Tetapi jika jumlah itu membebankan, menurut Penasihat Kewangan Yap Ming Hui, memadailah dengan menyimpan RM50 setiap bulan untuk menempatkan diri anda dalam kategori 'penjimat'.

Sekiranya berlaku situasi yang luar jangka seperti hilang kerja, anda tak berdepan kesusahan teruk sangat sampai rumah anda disita.

pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19
pinjaman perumahan, pembiayaan semula, hilang kerja, dibuang kerja, COVID-19

Ini adalah nasihat terbaik untuk mereka yang terfikir nak beli rumah. Pastikan rumah yang dibeli sesuai dengan bajet dan paling penting sekali, bayaran bulanan tak lebih separuh daripada gaji bulanan anda!

Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menentukan berapa banyak pinjaman rumah yang anda layak. Setelah itu, barulah boleh menyenarai pendek rumah yang sesuai dengan keperluan dan memampuan anda.

PropertyGuru Loan Pre-Approval
PropertyGuru Loan Pre-Approval

Penyelesaian Relevan

PropertyGuru Loan Pre-Approval

Pendek kata, anda kena sentiasa ambil tahu tentang pasaran hartanah supaya anda boleh pilih yang terbaik.

Misalnya, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diperkenalkan kerajaan. Melaluinya, projek terpilih daripada pemaju hartanah yang mengambil bahagian ada potongan harga jualan sekurang-kurangnya 10%.

Anda juga boleh menikmati pengecualian penuh duti setem pada kos pemilikan jika hartanah yang dipilih berharga di antara RM300,000 hingga RM1,000,0000.

Selain itu, hartanah yang berharga di antara RM300,000 hingga RM2.5 juta akan diberi pengecualian penuh duti setem untuk Perjanjian Jual Beli (SPA), jika ditandatangani dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.

Jadi kenalah ambil tahu tentang pelbagai kempen, promosi dan tawaran dibuat kerajaan dan swasta dalam pasaran hartanah. Supaya anda boleh ambil peluang yang sesuai dengan kemampuan anda untuk rumah idaman keluarga tercinta anda!

Yang penting di waktu sukar ni, #kitajagakita.

Panduan Relevan