Rumah Selangorku: Semak Kelayakan, Projek Terkini & Cara Mohon!

·8-min read

Click here for the English version.

Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor.

Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga yang layak dalam negeri tu.

Negeri Selangor adalah salah satu negeri di Malaysia yang terkenal, dan ada penduduk yang ramai.

Oleh sebab tu lah perumahan mampu milik adalah isu yang serius untuk kebanyakan orang yang nak menjadikan negeri ni sebagai rumah abadi dorang.

So, kiranya lagi mencabar untuk keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana untuk mencari rumah yang sesuai.

Skim ni memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena membina sejumlah unit rumah mampu milik Selangor, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka.

Inisiatif ini diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), organisasi perumahan negeri itu tersendiri.

Ia mula diperkenalkan pada tahun 2014, dan direka untuk bagi semangat dan sokongan pada pemaju untuk membina rumah mampu milik Selangor yang selari dengan matlamat organisasi tu.

Jadi, rumah tu perlu lah berkualiti dan memenuhi keperluan warga tempatan yang memang mencari tempat tinggal yang berpatutan.

Malah dilaporkan yang pada separuh pertama 2021, 7,000 unit Rumah Selangorku dijangka dibina menjelang Jun menggunakan kaedah IBS.

Siapa Yang Layak Untuk Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku
Rumah Selangorku

Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang direka untuk menyokong golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor.

Kiranya macam skim-skim lain, mesti ada syarat-syarat tertentu yang pemohon kena penuhi sebelum dikira layak untuk mendapat skim ni:

  • Berumur lebih dari 18 tahun

  • Warganegara Malaysia

  • Penduduk Selangor

  • Belum lagi memiliki hartanah

  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000

  • Satu permohonan Rumah Selangorku saja untuk setiap isi rumah

  • Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon

Apakah Jenis Hartanah Yang Terlibat Dengan Rumah Selangorku?

Skim ni memang dah mula pada tahun 2014 lagi, tapi ada perubahan yang dibuat sejak tahun 2018 dan ke atas.

Dibawah initiatif Rumah Selangorku 2.0 yang baru, telah wujudnya rangka kerja yang baru untuk perumahan mampu milik dibawah skim ni.

Rumah Selangorku adalah skim yang mempromosikan pelbagai jenis unit, bergantung pada pilihan dan tahap pendapatan korang.

Ia dibahagikan pada kategori rumah A, B, C, D, dan E, dengan kriteria kelayakan yang berbeza bergantung kepada pendapatan isi rumah pemohon:

  • Type A: Maksimum RM3,000/bulan (pendapatan isi rumah)

  • Type B, C, D, E: Maksimum RM3,001 – RM10,000/bulan (pendapatan isi rumah)

Perubahan pada Rumah Selangorku 2.0 paling banyak sekali bagi impak pada rumah kategori D, yang ni kira kategori dengan harga tertinggi dalam skop rumah mampu milik yang dibina bawah Rumah Selangorku.

Nak tau apa jenis unit dan saiz yang ada pada Rumah Selangorku 2.0?

Okay, jenis unit tu memang ada macam-macam yang korang boleh pilih, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan (info ni diambil dari REHDA Selangor):

5 Jenis Apartment Rumah Selangorku & Ciri-Cirinya

Type A

Type B

Type C

Type D

Type E*

4 Jenis Rumah Bertingkat (Teres/ Townhouse) Rumah Selangorku & Ciri-Cirinya

Type A

Type B

Type C

Type D

* Hanya tertakluk kepada kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Petaling Jaya City Council, or MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Ampang Jaya Municipal Council, or MPAJ), dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (Subang Jaya Municipal Council, or MPSJ).
** Rumah bandar di bawah skim ini diperuntukkan pada dua (2) pemilik setiap satu lot / blok rumah bandar.

Rumah Selangorku
Rumah Selangorku

Senarai Hartanah Rumah Selangorku 2021!

Senarai ini diambil dari laman web rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), dan dikemaskini setakat March 2021. Nak tengok senarai terbaru, boleh klik sini!

1) Petaling

Nama Projek

Pemaju

Lokasi

Tarikh Jangka Siap

Harga (RM)

Apartmen Affiniti

Viva Paradise Sdn. Bhd.

Petaling

2022

250,000

Apartmen De Cemara @ Setia Alam

Bandar Setia Alam Sdn. Bhd.

Bukit Raja

2022

100,000

Apartmen Embayu @ Damansara West

Premier Baycity Sdn. Bhd.

Sungai Buloh

2022

192,000 – 232,000

Apartmen Aurora

Johawaki Development Sdn. Bhd.

Sungai Buloh

2021

185,000

Apartmen Harmoni 1 @ Elmina West

Sime Darby Development Sdn. Bhd.

Sungai Buloh

2023

200,000 – 240,000

Townhouse @ Aman Putri

Glomac Sdn. Bhd.

Sungai Buloh

2022

150,000

Apartmen Taman Puchong Utama

Hillcrest Gardens Sdn. Bhd.

Petaling

2019

195,000 – 220,000

2) Sepang

Nama Projek

Pemaju

Lokasi

Tarikh Jangka Siap

Harga (RM)

Apartmen Idaman Residensi

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Dengkil

2021

232,000

Apartmen Rafflesia

Eco Green City Sdn. Bhd.

Dengkil

2021

250,000

Apartmen Sri Suria

Hectare Heights Development Sdn. Bhd.

Dengkil

2021

232,000

Apartmen Sekata

Mainstay Development Sdn. Bhd.

Dengkil

2019

190,000

3) Gombak

Nama Projek

Pemaju

Lokasi

Tarikh Jangka Siap

Harga (RM)

Apartmen Seri Temenggung (Rizab Melayu)

Rexpoint Resources Sdn. Bhd.

Gombak

2021

100,000 – 220,000

4) Kuala Langat

Nama Projek

Pemaju

Lokasi

Tarikh Jangka Siap

Harga (RM)

Apartmen Halaman 11

Bandar Rimbayu Sdn. Bhd.

Kota Kemuning

In the process of APDL

42,000 – 100,000

Rumah teres @ Taman Langat Utama 3

SP Bahau Development Sdn. Bhd.

Tanjung Dua Belas

2019

250,000

5) Klang

Nama Projek

Pemaju

Lokasi

Tarikh Jangka Siap

Harga (RM)

Apartmen Aranda

Hicom Gamuda Development Sdn. Bhd.

Klang

2021

42,000 – 232,000

Apartmen Aronia @ Bandar Parklands

Gabungan Efektif Sdn. Bhd.

Klang

2022

250,000

Apartmen Kemuning Idaman

Paramount Property Development Sdn. Bhd.

Klang

2020

100,000 – 192,000

Apartmen Karya

Selaman Sejati Sdn. Bhd.

Klang

2020

185,000

6) Kuala Selangor

Nama Projek

Pemaju

Lokasi

Tarikh Jangka Siap

Harga (RM)

Apartmen Seri Seraya

Worldwide Holdings Bhd.

Ijok

2020

205,000

Rumah teres @ Taman Laman Permai

Sejati Inti Sdn. Bhd.

Hujung Permatang

2021

250,000

Rumah teres Harmony Villa

Semarak Cergas Sdn. Bhd.

Kuala Selangor

2020

42,000 – 250,000

Rumah teres @ Taman Sungai Yu Indah

Serambi Padu Sdn. Bhd.

Hujung Permatang

2020

42,000 – 239,000

Rumah teres @ Taman Alam Suria

Shah Alam 2 Sdn. Bhd.

Jeram

2020

250,000

Townhouse @ Saujana Perdana

Kelana Kualiti Sdn. Bhd.

Ijok

2021

180,000

7) Sabak Bernam

Nama Projek

Pemaju

Lokasi

Tarikh Jangka Siap

Harga (RM)

Rumah teres @ Taman Emas

Lian Soon Tiam Sdn. Bhd.

Pancang Bedena

2019

220,000 – 250,000

8) Hulu Langat

Nama Projek

Pemaju

Lokasi

Tarikh Jangka Siap

Harga (RM)

Townhouse @ Taman Sri Tanjung 4

Fairview Development Sdn. Bhd.

Semenyih

2021

180,000

Apartmen Baiduri Jaya

Segaman Sdn. Bhd.

Semenyih

2021

195,000

Apartmen Desa Budiman (Rizab Melayu)

Pujangga Development Sdn. Bhd.

Hulu Semenyih

2024

180,000

Apartmen Tiara South

Kueen Lai Properties Sdn. Bhd.

Semenyih

2021

180,000

Apartmen Zamrud Residensi

Cheras Hong Soon Development Sdn. Bhd.

Kajang

Under construction

150,000 – 180,000

Apartmen Camelia Residensi

Wira Cheras Development Sdn. Bhd.

Cheras

Under construction

192,000 – 240,000

Apartmen Acacia

Mayland Venue Sdn. Bhd.

Semenyih

2021

220,000

9) Hulu Selangor

Nama Projek

Pemaju

Lokasi

Tarikh Jangka Siap

Harga (RM)

Iris (Rumah teres 2-tingkat)

Medan Prestasi Sdn. Bhd.

Serendah

2021

250,000

Rumah teres @ Taman Keruing Rasa

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Batang Kali

2019

200,000

Macam Mana Nak Mohon Untuk Rumah Selangorku?

Permohonan Rumah Selangorku kena buat online melalui laman web mereka iaitu http://lphs.selangor.gov.my/

Skim ni lain sikit dari yang ada, sebab korang memang tak boleh buat permohonan Rumah Selangorku melalui borang yang dicetak atau secara peribadi – memang semua kena buat online!

Bila dah daftar akaun, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen kat bawah ni untuk sahkan kelayakan untuk skim perumahan:

  • Salinan kad identiti

  • Sijil lahir anak-anak/tanggungan (jika berkenaan)

  • Salinan Sijil Perkahwinan atau dokumentasi yang serupa (jika berkaitan)

  • Surat Pengesahan dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon bekerja sendiri (jika berkenaan)

  • Slip gaji, penyata bank, atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan)

  • Akuan berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah untuk pasangan tidak bekerja (jika berkenaan)

  • Penyata KWSP/EPF (jika berkenaan)

  • Salinan bil utiliti

  • Report kredit seperti CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) dan/atau CTOS (Credit Tip-Off Service)

Pemohon Rumah Selangorku dinilai berdasarkan sistem merit, dengan membandingkan kriteria kelayakan dengan potensi merit dorang.

Kalau pemohon tu berjaya, dorang akan dapat surat atau emel untuk sahkan yang mereka terpilih untuk mendapat rumah dibawah skim ni.

Apa Lagi Yang Nak Kena Tahu Tentang Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku adalah skim perumahan penting yang bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik Selangor untuk rakyat.

So, bukan semua orang boleh dapat ye, sebab ada syarat-syarat yang terikat dengan penjualan rumah ni:

  • Tuan rumah tak boleh menjual rumah dalam masa 5 tahun selepas membeli

  • Ada panduan yang menyatakan pemilik tak boleh menyewakan rumah pada orang lain

  • Permohonan Rumah Selangorku ni aktif selama 2 tahun

  • Pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun

  • Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun (jadi, sebelum nak tolak tu, fikir betul-betul ya)

Apa lagi yang korang nak kena tahu pasal skim ni? Kat bawah ni kitorang sediakan beberapa soalan yang selalu ditanya berkaitan dengan skim Rumah Selangorku:

1) Boleh tak nak pilih rumah?

rumah_selangorku2
rumah_selangorku2

Alamak, minta maaf la ye, jawapannya memang tak! Korang memang akan dinilai ikut merit dan dari situ, dorang akan buat tawaran. Kalau tawaran tu tak diterima, korang terus kena letak sebagai pemohon tak aktif selama 2 tahun.

2) Macam mana kalau pasangan saya pun ada pendapatan?

Tak apa je, tapi korang kena tau yang penilaian dibuat berdasarkan pendapatan seisi rumah, bukannya individu, oleh itu semua pendapatan dalam seisi rumah tu akan diambil kira.

3) Boleh tak nak mohon bersama pasangan?

Pemohon hanya boleh buat satu permohonan sahaja untuk seisi rumah.

4) Kalau kena tolak, boleh buat rayuan tak?

Memang tak boleh, sebab semua keputusan adalah muktamad.

5) Boleh tak nak jual rumah lepas 5 tahun?

Memang boleh sangat, tapi kena minta kebenaran dengan Kerajaan Negeri dulu ye.

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting