Apa Itu Muflis, 3 Tips Elak Muflis & Kesan Kepada Hartanah

Bila dengar muflis atau bankrup ni memang ramai yang takut. Muflis ni boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti gagal bayar kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan sebagainya.

Tapi, kadang-kadang ramai orang bukan tak nak bayar, cuma tak mampu. Siapa yang suka kena kejar dengan bank kan?

Apatah lagi musim pandemik COVID-19 ni. Ramai yang hilang kerja dan punca pendapatan. Duit yang ada tu baik buat makan daripada bayar hutang. Banyak juga syarikat tutup dan pekerja mereka ni kalau dulu tak pernah gagal bayar pinjaman, sekarang dah tak boleh bayar.

Malah, menurut kajian Bank Dunia, 60% orang muflis di Malaysia adalah yang berusia antara 25 hingga 44 tahun!

Tapi, apa sebenarnya yang dikatakan muflis ni? Jom kami terangkan…

Apa Maksud Muflis?

Di Malaysia untuk anda diisytiharkan sebagai muflis atau ikut terma undang-undangnya-insolvensi- ada 3 syarat anda kena penuhi.

Syarat muflis

  • Berhutang lebih RM50,000 dan tak mampu bayar

  • Gagal bayar hutang selama 6 bulan berturut-turut

  • Menetap di Malaysia selama lebih setahun dalam tempoh berhutang

Bila anda penuhi 3 syarat ni, proses insolvensi akan dimulakan apabila mahkamah mengeluarkan perintah kemuflisan kepada anda.

insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah
insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah

Tapi, bila mahkamah boleh keluarkan perintah ni sampai anda diisytiharkan muflis? Ha, ada 2 cara terpakai seperti dalam jadual di bawah.

Petisyen pemiutang

  • Pemiutang (bank /ejen kewangan yang lain) failkan saman di mahkamah untuk mufliskan anda

Petisyen penghutang

  • Anda sendiri yang nak mohon status muflis.

  • Tiada jumlah minima untuk anda minta perisytiharan muflis.

  • Petisten tak boleh ditarik balik tanpa kebenaran mahkamah

Bila mahkamah dah keluarkan arahan muflis, semua aspek kewangan dalam kehidupan anda akan diatur oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Nampak tak, susah tau dah muflis ni..

Apa Itu Jabatan Insolvensi Malaysia?

Secara ringkas, Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) adalah sebuah agensi kerajaan yang mengendalikan kes kebankrapan, kes penggulungan syarikat, pembatalan pendaftaran pertubuhan serta pembatalan kesatuan kerja.

Jabatan ini akan diketuai oleh satu jawatan statutori iaitu Ketua Pengarah Insolvensi atau dikenali juga sebagai KPI. Tugas dan tanggungjawab MDI ni luas tapi yang utama kami beberapa je untuk anda tahu.

  • Mentadbir hal ehwal si berhutang dan si bankrap mengikut Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969

  • Menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan apa-apa kesalahan yang disyaki dilakukan oleh si bankrap atau pengarah syarikat di bawah Akta Kebankrapan 1967, Akta Syarikat 1965, Akta Pertubuhan 1984, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan di bawah mana-mana perundangan lain yang berkaitan dengan kebankrapan atau penggulungan syarikat

  • Menjadi sumber rujukan kepada Jabatan dan Kerajaan mengenai apa-apa masalah perundangan mengenai kebankrapan atau penggulungan syarikat yang timbul

  • Menyediakan khidmat carian status kebankrapan individu dan status syarikat

Pendek kata, MDI ni bertanggungjawab menguruskan aspek kemuflisan individu dan syarikat korporat.

insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah
insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah

Tapi tahu tak sebelum anda diisytihar muflis, ada agensi yang boleh tolong anda uruskan hutang dan kewangan anda secara percuma?

Ha nama agensi tu ialah Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Jadi sebelum dipanggil Jabatan Insolvensi, baik serah diri dulu kepada AKPK ni. Jom berkenalan…

Apa Itu Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit?

Agensi Kaunseling dan pengurusan Kredit (AKPK) ialah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2006.

Senang kata, AKPK ni membantu anda untuk mengawal kewangan dan memberikan pandangan untuk gunakan kredit secara bijak. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK ialah:

  • Pendidikan kewangan mengenai penggunaan wang dan kemahiran pengurusan kredit yang bertanggungjawab

  • Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan

  • Program pengurusan hutang untuk membantu pengguna mendapatkan semula kawalan kewangan

AKPK ni bukan calang-calang tau, kalau anda selalu kena kejar dengan bank atau institusi kewangan, hubungi je mereka, AKPK boleh jadi orang tengah untuk susun balik pelan bayaran semula anda ikut kemampuan anda.

Tapi, tak bermaksud hutang anda tu akan lupus. Ni ramai orang salah faham. Hutang tu tetap ada, tapi AKPK akan bantu anda melalui Program Pengurusan Kredit melalui perbincangan dengan bank untuk kenal pasti cara terbaik anda lunaskan hutang.

Dan semua perkhidmatan percuma ya. Bukan senang nak dapat pakar yang bagi khidmat percuma ni, anda kena ikut je!

insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah
insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah

3 Tips Elak Muflis!

Jadi muflis ni tak seronok ok! Banyak benda terkesan, nak tahu kami terangkan kat bawah nanti. Tapi, sebelum tu jom tengok dulu tips untuk elak muflis ni.

1. Dapatkan bantuan profesional

Bila hutang dah menimbun, bank asyik kejar dan memang tak boleh bayar sebab tak ada kerja ke apa, janganlah malu minta bantuan.

Misalnya anda boleh hubungi cawangan AKPK yang ada di seluruh negara ni. Jangan bimbang, mereka tak akan judge anda, mereka nak tolong je.

Di AKPK, anda boleh dapatkan khidmat kaunseling kewangan dan nasihat, program pengurusan hutang dan juga program pendidikan ilmu kewangan untuk memulihkan kembali kewangan anda secara percuma je.

2. Bincang dengan bank, jangan lari!

Masalah orang berhutang ni adalah cuba larikan diri. Bank telefon tak angkat, pegawai bank nak berbincang tak nak, nak lari je. Ini tindakan salah ya!

Sebabnya mudah, bank nak balik duit mereka, jika anda dalam kesusahan, adakan perbincangan dengan bank. Mereka akan tolong. Kebanyakan bank memang terbuka untuk berunding semula terma pinjaman anda.

insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah
insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah

Ini kerana pihak bank juga nak kurangkan kecenderungan daripada berlakunya kes pinjaman yang tidak berbayar atau non-performing loan.

Pendek kata, pegawai bank dan bank pun ada matlamat yang nak dicapai. Mereka pun kena menjawab dengan Bank Negara Malaysia kalau kadar non-performing loan ni tinggi sangat tau!

Jadi, jalan yang terbaik adalah adakan perbincangan dengan pihak bank. Rumuskan semula aliran pembayaran balik yang anda mampu dan dipersetujui bank.

Tapi, jika tak boleh capai kata sepakat, jangan risau. Anda pergi je ke AKPK kerana agensi itu boleh menjadi ‘orang tengah’ antara anda dan bank.

3. Jual harta dan asset

Ada juga situasi di mana, anda memang ada sedikit simpanan dan aset yang disimpan, tapi tak nak keluarkan atau jual untuk bayar hutang.

Kalau hutang tu sebulan dua tak apa lagi, walaupun skor kredit anda akan buruk, tapi kalau dah 6 bulan berturut-turut, jual lah apa yang patut. Keutamaan sekarang adalah lunaskan hutang, bukan menyimpan!

insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah
insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah

Simpanan atau hasil jualan aset tu anda boleh guna untuk langsaikan hutang. Malah, sebenarnya kehidupan tanpa beban hutang ni melegakan tau…aman damai je hidup.

Anda pun boleh elak muflis, tak payah kehidupan kena kawal dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Mungkin ada yang tertanya-tanya, okay apa hidup kena kawal, tak payah kena kejar dengan bank dah! Jawapannya, TAK OKAY! Kami terangkan di bawah…

Kesan Muflis Kepada Kehidupan Anda!

Jika anda gagal untuk mengelakkan diri daripada diisytiharkan muflis, maka anda akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Dibawah ini adalah apa yang akan terjadi jika anda diisytiharkan muflis.

1. Dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)

Perkara ini akan terjadi setelah anda diisytiharkan muflis. Semua kewangan dan aset anda akan ditadbir dan dikendalikan oleh KPI untuk membayar hutang.

Dalam erti kata lain, segala duit keluar masuk serta semua aset anda akan dipantau oleh KPI sehingga anda habis langsaikan hutang. Anda juga tidak dibenarkan untuk memindah milik harta kepada pihak ketiga selepas diisytiharkan muflis.

Kan tak best ni? Semua duit keluar masuk KPI melalui Jabatan Insolvensi Malaysia tahu dan kawal.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

2. Sekatan ke luar negara

Anda yang muflis juga sama sekali tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI ataupun sebelum mendapatkan perintah mahkamah yang membenarkan anda keluar dari negara.

Maksudnya anda boleh ke luar negara atas urusan kerja dan professional, tetapi WAJIB mendapat kebenaran dan kelulusan daripada KPI dulu.

Apatah lagi lepas pandemik COVID-19 ni, tak nak ke pergi melancong balik?

3. Had kredit

Akaun bank anda yang sedia ada akan ditutup serta segala transaksi akan disekat. Jadi anda dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada.

Tapi, anda boleh buka akaun baru atau aktifkan balik akaun sedia ada hanya untuk tujuan menerima gaji dengan syarat dapat kebenaran KPI. Fuh...

Bukan itu je, anda juga tidak dibenarkan untuk belanja lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit ataupun dapatkan kredit lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang.

Tetapi jika anda berniat untuk gunakan kad kredit lebih dari RM1,000, anda hendaklah memaklumkan kepada pihak kad kredit tersebut tentang status muflis anda.

Mereka akan buat keputusan sama ada untuk meneruskan pemberian kemudahan kad kredit tersebut atau tidak.

insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah
insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah

4. Semua aset disita

Selepas diisytiharkan muflis, kesemua aset milik anda akan dikendalikan oleh KPI. Sebagai contoh aset yang akan disita seperti kereta dan rumah milik anda akan diambil dan diuruskan oleh KPI.

Ini kerana pihak KPI akan menguruskan aset itu dimana ia akan dijual dan hasil akan digunakan bagi membayar hutang anda.

5. Peluang pekerjaan terhad

Bagi anda yang diisytiharkan muflis tidaklah dihalang untuk bekerja, namun masih terdapat juga beberapa bidang yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional.

Ini kerana untuk jaga integriti professional terutama kerja yang melibatkan wang. Sebagai contoh anda tidak boleh bekerja sebagai doktor, akauntan, juruukur serta peguam.

Bukan itu je, anda juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah mana-mana syarikat. Maksudnya, anda tidak boleh memiliki sebarang perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan.

Bagaimana Dengan Hartanah Saya?

Pendek kata, kesemua aset, hartanah termasuk segala harta keperibadian anda akan disita oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah
insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah

Anda tidak boleh memindahkan atau menjual harta anda kepada saudara-mara sebelum diisytihar muflis.

Ini kerana Jabatan Insolvensi Malaysia ada kuasa untuk tarik balik semua pemindahan yang dibuat dalam masa 5 tahun lepas dan 2 tahun jika anda ada menjual apa-apa.

Sebagai contoh, anda memindahkan sebuah rumah kepada saudara lain dengan niat untuk melindunginya daripada kebankrapan.

Jabatan Insolvensi boleh mengisytiharkan pemindahan itu tidak sah, kemudian merampas dan melupuskan hartanah itu melalui lelongan. Jadi sia-sia je kan kalau anda buat macam tu?

Melainkan rumah yang anda duduk atau kereta yang anda pakai bukan atas nama anda sebagai contoh atas nama ibu bapa ataupun adik-beradik. Yang itu memang KPI tidak akan ganggu dan usik.

Muflis Bukan Hukuman Mati, Tapi Kena Elak!

Masih ada stigma tentang muflis dalam masyarakat kita ni. Tanggapan orang yang bila muflis, habislah hidup, susah sampai akhir hayat.

Salah ya, muflis ni bukan nak jadikan kehidupan anda macam neraka. Ia untuk cuma pastikan hutang yang anda tak mampu bayar sebelum ini dapat dibayar. Lepas dah habis bayar, anda pun bebas lah!

insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah
insolvensi, muflis, jabatan insolvensi malaysia, maksud muflis, kesan muflis, langkah mengatasi, kesan muflis terhadap hartanah

Jadi, dengan semua penjelasan di atas, apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah untuk sentiasa mengambil langkah untuk mengelakkan faktor atau akibat yang membawa kepada kebankrapan atau muflis.

Yang penting kena usaha untuk betulkan balik keadaan dan buatlah langkah bijak untuk setelkan hutang. Baru la dapat hidup dengan aman dan tenang!

Selamat beramal!

Panduan Relevan