Apa Itu Gegat, Dan 6 Cara Untuk Menghapuskannya

·4-min read

Bila sebut saja gegat mesti ramai teringat ubat gegat yang selalu mak-mak atau nenek-nenek kita letak dalam almari baju tu.

Tapi, tak sangka rupanya ada sejenis serangga yang memang namanya gegat!

Gegat, atau nama saintifiknya Lepisma saccharina, merupakan serangga kecil tanpa sayap biasanya berukuran antara setengah hingga satu inci.

Serangga ini memiliki antena panjang dan tiga filamen memanjang lebar dari hujung perut. Gegat ni juga dipanggil kutu buku sebab ianya suka memakan kertas.

Jadi, pada ulat buku di luar sana, kalau tiba-tiba buku-buku korang ada kertas yang berlubang-lubang tu periksa cepat takut ada gegat dah bersarang dalam tu!

 

Apa Lagi Fakta Menarik Lain Tentang Gegat?

Gegat biasanya bewarna abu-abu keperakan, dan bergerak seperti ikan, sesuai dengan gelaran lainnya Silverfish.

ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat
ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat

Ia tergolong ke dalam serangga asas susunan Thysanura, dan spesies ini dipercayai wujud selama 300 juta tahun, bermula semenjak Palaeozoic Era.

Gegat juga dianggap serangga perosak kerana ia memakan hampir semua benda, termasuk daging kering, tepung, kertas, kapas, linen, sutera, gula, dan bijirin. Kalau tengok senarai ni, boleh rosak semua barang kalau ada gegat ni kan?

Kebanyakan spesies gegat sebenarnya tak berbahaya pun bagi manusia, cumanya kalau dah ada membiak dekat rumah tu, bukan saja boleh mencemari makanan, tapi boleh juga merosakkan kertas dan tekstil.

Populasi gegat ni pun boleh tahan banyaknya, sebab gegat betina dewasa mampu menghasilkan sehingga 50 butir telur pada satu-satu masa. Gegat betina biasanya akan bertelur di celah-celah dan retakan yang ada.

ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat
ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat

Tu baru seekor gegat betina, kalau ada 10 ekor gegat betina bertelur dan berjaya menetas, memang kecoh lah serangan gegat di rumah korang!

Jangan risau kalau korang rasa memang dah ada masalah gegat di rumah tu. Di bawah kami dah kumpulkan beberapa cara yang dapat membantu menghapuskan gegat.

Macam Mana Nak Buat Kalau Dah Ada Gegat?

1) Buang tempat persembunyian

ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat
ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat

Gegat ni memang tersangatlah kecil sampai kadang-kadang korang tak akan perasaan yang ia dah bermastautin di celah buku, baju, barang dapur dan perabot rumah.

Cara terbaik untuk menghindari gegat ni ialah dengan membuang longgokan kertas, bekas, dan kotak, dan jangan biarkan pakaian melonggok untuk masa yang lama.

Semua ni berpotensi menjadi tempat persembunyian gegat. Mula-mula gegat ni sembunyi dulu, lepas tu habis semuanya akan berlubang-lubang kena makan!

2) Gunakan racun serangga

ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat
ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat

Sama saja macam serangga lain, gegat memang akan terus mati kalau terkena racun serangga. Lagi-lagi dengan saiznya yang kecil tu, semudah A.B.C saja ia akan kecundang.

Tapi nak sembur tu korang kena hati-hati lah. Kalau ada buku atau makanan elok jangan digunakan racun serangga. Takut rosak pula buku dan beracun pula makanan yang ada tu.

3) Gunakan alat penyahlembap (dehumidifier)

ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat
ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat

Bagi yang tak tahu, dehumidifier ni adalah benda yang mengawal dan mengurangkan tahap kelembapan udara. Korang boleh cari yang dalam bekas ataupun yang elektrik.

Disebabkan gegat ni sangat sukakan persekitaran dan ruang yang lembap, korang boleh gunakan alat penghilang kelembababan ni untuk menghindarkan mereka dari tinggal di rumah korang.

Selain digunakan untuk gegat, dehumidifier ni pun bagus untuk membasmi bau hapak dan mencegah pertumbuhan kelapuk (fungus) jadi seluruh rumah akan berasa segar dan selesa.

4) Tutup rapat bekas makanan

ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat
ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat

Kalau tak nak makanan korang tercemar dengan gegat, pastikan semua bekas ditutup dengan rapat pada setiap masa.

Takut nanti bila tak nampak ada gegat, masak nasi atau guna tepung semua dah ada perisa tambahan gegat! Geli!

Paling elok gunakan bekas kedap udara untuk menyimpan bahan-bahan dapur. Bukan saja gegat tak boleh masuk, makanan pun akan tahan lebih lama.

5) Gunakan timun

ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat
ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat

Kata dulu-dulu, timun boleh membantu untuk menghalau gegat, sebab ia tak gemar dengan sayur tersebut.

Potongkan bahagian hujung timun dan letakkan di laluan gegat. Bila timun dah kering, gantikan dengan yang baru. Cuba buat secara konsisten dan gegat akan mula melarikan diri.

6) Gunakan ubat gegat

ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat
ubat gegat, gegat, kegunaan ubat gegat

Haaaaa…yang ni cara paling jelas nak selesaikan masalah gegat tu. Dah nama pun gegat kan? Letak saja ubat gegat tu gerenti semuanya akan pergi meninggalkan rumah korang.

Mana-mana yang korang dah nampak gegat bersarang tu, terus letak ubat gegat dekat situ. Cuma pastikan ubat tu tak diletak di tempat yang boleh diambil anak-anak kecil. Tak pasal-pasal ke hospital pula jawabnya nanti.

 

Apa Lagi Kegunaan Ubat Gegat

Alang-alang dah cakap pasal gegat, apa kata kita akhiri cerita ni dengan ubat gegat yang memang dah terkenal dan wujud sejak berkurun lamanya.

Ubat gegat adalah sejenis racun serangga dalam bentuk yang mengandungi kimia Naftalin dan Paradiklorobenzin. Bahan kimia ni lah yang dapat menghindarkan serangga perosak dari menyerang barangan anda.

Sebenarnya ramai guna ubat gegat untuk halau lipas, tapi selain lipas dan gegat, ia boleh juga digunakan untuk menghalau lalat, cicak, pepijat dan kebanyakan serangga lain.

Selain tu, ada juga yang menggunakan ubat gegat yang datang dengan wangian sitrus dan sebagainya untuk menyegarkan bau dalam almari atau laci.

Semoga dengan perkongsian ni akan membantu korang menangani masalah gegat dan ketahui yang ubat gegat boleh digunakan sebagai penyelesaian masalah serangga perosak di rumah tu.

 

Kalau gegat bukanlah masalah serangga perosak yang anda hadapi, cuba lihat panduan kami untuk Hapuskan 10 Jenis Serangga Dan Haiwan Perosak Di Rumah. Mana tahu ada masalah lain yang dapat kami selesaikan!