Apa Itu Bank Digital & Kesannya Kepada Pasaran Hartanah Malaysia

·7-min read

Anda sudah bersiap untuk ke pejabat yang mengambil masa 30 minit dari rumah anda. Tetapi, kereta anda tiba-tiba tak hidup. Alamak!

Tanpa berfikir panjang, anda terus membuka aplikasi Grab dalam telefon pintar anda untuk menempah perkhidmatan penghantaran. Tiada tunai? Bukan lagi satu masalah!

Sampai sahaja ke destinasi, anda membuat pembayaran Grab melalui perbankan dalam talian. Kemudian, selepas menikmati makan tengah hari bersama rakan pejabat, anda membahagi bil menggunakan aplikasi.

Tiba di rumah, anda teringat perbualan bersama bos anda mengenai pelaburan hartanah. Terdetik ingin melabur, anda mula menjelajah aplikasi pelaburan seperti Mitrade.

Perasan tak, hidup anda sebenarnya sudah dimonopoli oleh “Fintech”!

Ha, kalau nak tahu tak lama lagi, Bank Negara Malaysia (BNM) bakal mengeluarkan 5 lesen bank digital pada suku pertama tahun 2022 mengatasi 29 pesaing lain yang diyakini boleh memenuhi ciri-ciri fintech ditetapkan BNM.

fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan
fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan

Mana-mana institusi yang ingin memohon lesen bank digital ini perlu memastikan mereka mempunyai kekuatan untuk 3 benda ini; Kepakaran dalam pasaran, kemahiran tinggi dalam ekosistem perniagaan serta penyedia perbankan asas yang inovatif.

Dengan syarat, kesemua industri yang memohon lesen bank digital ini yakin dapat memenuhi syarat aset siling sebanyak RM3 bilion bagi 3-5 tahun pertama perbankan digital beroperasi.

Siapa Pesaing Lesen Bank Digital?

Anda mesti berpendapat bahawa perbankan digital ini hanya betul-betul sesuai dengan institusi kewangan sahaja kerana ia melibatkan produk kewangan dari bank tradisional betul tak?

Ha, tanggapan anda sebenarnya salah. Majoriti industri yang bersaing untuk merebut 5 lesen bank digital tersebut datang dari pelbagai sektor industri seperti komunikasi, pengangkutan, penerbangan dan lain-lain.

Kalau nak tahu siapa, kami senaraikan beberapa daripadanya, teruskan membaca!

1. Axiata & RHB Bank

Gabungan kedua-dua sektor ini untuk membida lesen bank digital sudah pasti bakal memberi impak yang besar kepada sektor perbankan dan telekomunikasi secara menyeluruh.

fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan
fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan

Kredit pic: fintechnews malaysia

Lesen bank digital ini akan diketuai oleh Axiata kerana mempunyai saham sebanyak 60% manakala RHB 40%.

2. BigPay – MIDF – Ikhlas Capital

BigPay atau e-wallet iaitu produk di bawah Air Asia menggunakan teknologi Fintech yang menggantikan tunai untuk sebarang transaksi hanya menggunakan kad sahaja.

Hasrat BigPay untuk bekerjasama dengan syarikat insurans akan mengukuhkan lagi sebab kenapa mereka membida lesen bank digital ini dari BNM.

3. Grab – Singtel

Syarikat e-pengangkutan yang sudah mendapat lesennya di Singapura dengan USD300 million keuntungan dalam perkhidmatan kewangan sudah pasti yakin untuk bersaing mendapatkan lesen bank digital untuk Malaysia.

Grab juga mempunyai 30% saham daripada Maybank yang merupakan institusi perbankan digital yang terkenal di Malaysia.

Sebenarnya ada banyak lagi industri yang bersaing untuk 5 lesen tersebut seperti iFast, MoneyMatch, ManagePay Berhad, Paramount, Pertama Digital & Crowdo, Sunway, Bank Rakyat, AMTD dan banyak lagi!

Bagi anda yang masih keliru bagaimana sebenarnya bank digital ini berfungsi, mari kami kongsikan apa itu bank digital dan bagaimana impaknya terhadap pasaran hartanah di Malaysia.

fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan
fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan

Apa Itu Bank Digital?

Kalau sebelum ini anda perlu menunggu giliran semata-mata mengeluarkan tunai. Tetapi dengan bank digital, anda boleh mendapatkan semua servis kewangan di bank fizikal melalui secara dalam talian!

Contohnya deposit wang, pengeluaran, pemindahan, pemeriksaan akaun, akaun simpanan dan data transaksi.

Pelanggan dapat menikmati servis mereka melalui elemen Kecerdasan Buatan (AI) dan Antaramuka Pengaturcaraan Aplikasi (API) dalam bank digital.

Ini membolehkan aplikasi atau sistem berinteraksi antara satu sama lain melalui API dan mentafsirkan komunikasi tersebut melalui rakaman suara yang memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan menerusi AI.

Apa yang menariknya, produk yang ditawarkan dalam perbankan digital lebih mampu milik berbanding bank tradisional.

Ini termasuk penawaran permohonan pinjaman perumahan atau perusahaan dalam talian tanpa perlu ke mana-mana cawangan bank walaupun anda berada di kawasan pedalaman.

fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan
fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan

Ini bermakna bank digital takkan menidakkan hak pengguna dari semua lapisan masyarakat dalam skala yang kecil serta membantu mereka mendapatkan pinjaman perumahan walaupun CCRIS mereka tidak baik.

Malaysia bersama perbankan digital ini mampu bergerak saing dengan negara-negara maju lain yang sudah lama berkecimpung dengan bank digital ini sejak tahun 2000 seperti Jepun, Australia, Hong Kong, Korea, Singapura dan Taiwan.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang perlu dibanggakan apabila Malaysia adalah negara kedua di ASEAN yang mengeluarkan lesen perbankan digital setelah Singapura dan secara langsung menjadi antara salah satu negara di Asia Tenggara yang mengetuai dunia fintech.

Anda mungkin masih belum nampak apa sebenarnya manfaat bank digital ini kepada pelanggan dan sistem perbankan di Malaysia, betul tak? Teruskan membaca!

Manfaat & Kebaikan Perbankan Digital

1. Susunan data pelanggan perbankan lebih efisien

Melalui gabungan Fintech dan BNM, ia mampu merekod dan menjejaki cara perbelanjaan pengguna serta peniaga berskala kecil (SME).

Ini membantu industri untuk mengesan corak minat pelanggan mereka terhadap produk yang ditawarkan seperi pembiayaan mikro.

fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan
fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan

Dengan cara ini, permintaan dan penawaran produk perbankan akan menjadi lebih inovatif untuk memenuhi keperluan semua lapisan pelanggan seperti pinjaman perumahan, gadai janji, pelaburan dan banyak lagi.

Ini secara langsung akan merangsang pertumbuhan ekonomi negara Malaysia yang telah terjejas akibat Covid-19 melalui peningkatan perbelanjaan dan aliran transaksi dalam kalangan Malaysia.

2. Meliputi semua lapisan pelanggan

Seperti yang anda mungkin pernah merasai, permohonan pinjaman anda tidak pernah diluluskan oleh pihak bank kerana sejarah kredit anda yang tidak cantik ataupun akses lokasi ke bank fizikal yang terhad.

Melalui bank digital, khidmat pelanggan secara maya akan bersedia untuk membantu anda walau di mana anda berada serta mempertimbangkan status CCRIS/CTOS anda serta kadar faedah pinjaman yang pelbagai.

Selepas ini, mudah bagi mereka yang tinggal di pedalaman untuk membuka akaun bank atau melakukan transaksi secara dalam talian tanpa membazir tenaga dan kos pengangkutan.

3. Menjimatkan masa & mengurangkan risiko

Bayangkan anda boleh melakukan transaksi kewangan dalam beberapa minit sahaja menggunakan bank digital sebab anda tak perlu berurusan dengan pelbagai dokumen yang melecehkan seperti bank tradisional.

PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)
PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)

Selain itu, risiko interaksi (seperti COVID-19) juga dapat dikurangkan apabila anda tidak berurusan secara fizikal semata-mata untuk mendapatkan nasihat khidmat pelanggan.

Apa nak risau, perbankan digital kan ada teknologi AI?

4. Kos perbelanjaan dapat dijimatkan

Bayangkan berapa banyak kos pembangunan dan penyelenggaraan bangunan secara fizikal dapat dijimatkan dengan gabungan perbankan digital bersama fintech.

Dana yang ada dapat disalurkan kepada perbelanjaan sistem teknologi yang diperlukan untuk perlaksanaan bank digital dengan kerjasama bank tradisional dalam menyesuaikan persekitaran operasi yang baharu.

Disebabkan ini juga, produk yang ditawarkan perbankan digital lebih berpatutan dan mampu milik oleh semua lapisan masyarakat. Menariknya!

Dengan adanya perbankan digital, segala data berkaitan pelanggan dan operasi bank perlu disimpan di tempat yang berteknologi tinggi. Jadi, ia sudah tentu merangsang permintaan hartanah untuk membina pusat penyimpanan data!

Sebab itulah kami akan kongsikan kesan bank digital kepada pinjaman pembiayaan rumah dan sektor hartanah di Malaysia!

fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan
fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan

Kesan Bank Digital Kepada Pinjaman Perumahan & Pasaran Hartanah Di Malaysia

1. Lebih banyak individu, usahawan dan syarikat kecil (SME) berpeluang menikmati dana pinjaman

Seperti yang anda tahu, perbankan digital semestinya belum mampu untuk menguasai pasaran pelanggan dari mana-mana bank tradisional yang sudah memiliki produk digital mereka tersendiri.

Ini kerana, bank digital menjalankan operasinya secara dalam talian kepada pelanggan berskala kecil dan celik IT dengan menawarkan pembiayaan kewangan tanpa mengira status skor kredit mereka dan di mana mereka menetap sekalipun.

Jadi, ini membuka peluang kepada bank tradisional lain untuk bekerjasama dengan mana-mana sektor lain seperti syarikat telco atau pengangkutan dari segi penawaran pembiayaan perusahaan atau pinjaman perumahan kepada individu dan SME kecil di luar sana!

2. Kenaikan permintaan hartanah untuk pembangunan pusat data atau anak syarikat

Penggunaan bank digital semestinya melibatkan data yang banyak dan sudah tentu memerlukan bangunan fizikal untuk simpanan data dan menjalankan sistem operasinya secara dalam talian.

Kesan daripada pengurusan data yang sistematik, industri-industri dalam perbankan digital turut berkembang pesat dan seterusnya memerlukan pembukaan cawangan-cawangan mereka di merata tempat.

Ini akan memberikan impak terhadap permintaan hartanah di Malaysia untuk tujuan komersial atau peribadi.

fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan
fintech, perbankan, bank, digital, pinjaman perumahan

3. Perbankan digital merangsang pelaburan hartanah di Malaysia

Melalui elemen AI, API dan Fintech yang dapat mengenalpasti tabiat pelanggan dalam sektor hartanah, produk yang ditawarkan juga boleh ditambai baik dan bersesuaian dengan kuasa beli pelanggan.

Ia juga memudahkan anda untuk menjelajah jenis-jenis pelaburan hartanah dari semasa ke semasa serta membuat pelaburan secara langsung melalui telefon pintar sahaja.

Kemudahan ini akan menarik minat pengguna bank digital untuk terjun ke dalam pelaburan hartanah yang seterusnya menggalakan persaingan antara pemain hartanah.

Bank Digital Bakal Mendominasi Sistem Perbankan Di Malaysia

Walaupun bank digital akan mengambil masa yang lama untuk berkembang pesat pada awal-awal perlaksanaanya, tetapi, ianya suatu inisiatif yang dapat merangsang ekonomi Malaysia secara menyeluruh dalam jangka masa panjang.

Sasaran pasarannya yang sampai ke setiap lapisan pelanggan berskala kecil dapat membantu kenaikan GDP di Malaysia melalui corak perbelanjaan yang positif dalam kalangan penduduk Malaysia.

Namun, ketika bank digital sudah mendominasi sistem perbankan di Malaysia nanti, bank tradisional tetap perlu beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan nasihat kewangan bagi golongan warga emas atau kurang celik IT.

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting