Apa Barangan IKEA Untuk Deko 4 Ruang Rumah Bajet Rendah?

·11-min read

Rumah sudah ada, senarai perabot rumah idaman juga ada. Tetapi, terlebih bajet pula! Berkerut-kerut dahi duk memikirkan entah bila dapat merasa dekorasi rumah yang anda idamkan.

Jangan risau, IKEA kan ada! IKEA ini sebuah gudang yang menjual semua jenis barangan rumah daripada sebesar-besar almari sampailah ke tuala dapur.

Barangan IKEA murah dan ada identiti tersendiri, ringkas tetapi moden. Mana tidaknya, pengasasnya Ingvar Kamprad berasal dari Sweden kot! Nasib baik ada cawangan IKEA Malaysia, tak perlulah ke Sweden.

IKEA menawarkan seluruh segmen kelengkapan rumah untuk dapur, bilik tidur, ruang tamu dan bilik air. Servis pelanggan yang tip top di seluruh cawangan IKEA Malaysia juga layak mendapat pujian!

Jadi, apa kata kami kongsikan dengan anda, idea-idea macam mana nak deko rumah menggunakan barangan IKEA. Jom!

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

PropertyGuru Tip

Disebabkan reka bentuknya yang <em>evergreen</em>, kebanyakan perabot dan barangan IKEA boleh digunakan ikut kreativiti anda. Walau patutnya letak di bilik tidur, boleh je kalau nak letak di ruang tamu dan sebagainya. Yang penting, kena kreatif!

1. Ruang Tamu

Tentukan dahulu konsep yang anda mahukan untuk deko ruang tamu rumah anda. Pastikan ia bersesuaian dengan saiz ruang tamu supaya tak nampak terlalu sempit dan serabut. Apa yang perlu ada?

a. Sofa

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Sofa GRÖNLID IKEA

Perabot yang menjadi spotlight untuk deko ruang tamu ini semestinya sofa! Anda kena pandai bermain dengan warna untuk kelihatan santai seperti warna kelabu, biru cair mahupun putih.

Apa yang menariknya di IKEA, anda bukan sahaja bayar untuk harga sofa, malah boleh juga dijadikan katil atau tempat simpan barang! Jom tengok senarai sofa IKEA di bawah.

Senarai sofa IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Sofa IKEA

Jenis

Harga (RM)

LYCKSELE LÖVÅS

Fabrik

995.00

VRETSTORP

Fabrik

695.00

RÅVAROR

Fabrik

1,299

NYHAMN

Fabrik

1,695

FRIHETEN

Fabrik

1,790

Senarai sofa IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Sofa IKEA

Jenis

Harga (RM)

LANDSKRONA

Kulit

3,295

VIMLE

Fabrik

3,795

VIMLE

Kulit+Fabrik

4,810

LIDHULT

Kulit

4,995

GRÖNLID

Fabrik

6,450

b. Meja IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Meja Kopi Stockholm IKEA

Biasanya orang panggil meja ruang tamu ini sebagai meja kopi. Buat lepak santai bersama keluarga minum kopi sambil layan movie. Tak perlu terlalu besar, nanti tetamu keliru pula antara ruang tamu dan dapur!

Pilih saja saiz yang sedang-sedang supaya ruang tamu anda tampak luas. Meja IKEA mempunyai pelbagai reka bentuk seperti bulat, petak, memanjang dan bujur.

Senarai meja IKEA dengan bajet deko bawah antara RM5,000 - RM10,000

Meja IKEA

Warna

Jenis

Saiz (Lebar x Tinggi)

Harga (RM)

LACK

Hitam/Coklat

Papan

118x78 cm

149.00

KRAGSTA

Hitam

Papan

90x48 cm

399.00

MALMSTA

Hitam

Papan+Kaca

130x80 cm

599.00

ÄSPERÖD

Hitam

Kaca

115x58 cm

449.00

STOCKHOLM

Coklat

Papan

180x59 cm

999.00

c. Rak kabinet IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Rak Kabinet TV Besta IKEA

Tanya diri anda, rak macam mana yang anda mahukan? Sekarang tengah trending hobi mengumpul barang-barang estetik dalam satu rak kaca yang lut sinar.

IKEA sentiasa mendengar kemahuan anda melalui proses rantian nilai yang tip top! Sebab itulah ada lebih daripada 80 jenis rak IKEA dikeluarkan bersesuaian dengan kuasa beli masing-masing.

Senarai rak IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Rak IKEA

Warna

Jenis

Saiz (Lebar luar x Lebar Dalam x Tinggi)

Harga (RM)

BRIMNES

Putih

Papan partikel

120x41x53 cm

299.00

LAIVA / BRIMNES

Hitam+Coklat

Papan+kaca

244x41x165 cm

556.00

FJÄLLBO

Hitam+Coklat

Poliester+Besi

250x36x95 cm

848.00

BESTÅ

Putih+Merah Gelap

Papan partikel

180x42x48 cm

1,015

MALSJÖ

Hitam

Papan+Kaca

160x48x59 cm

1,690

BESTÅ

Putih

Papan+Kaca

180x40x192 cm

1,850

Senarai rak IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Rak IKEA

Warna

Jenis

Saiz (Lebar luar x Lebar Dalam x Tinggi)

Harga (RM)

HAVSTA

Putih

Papan

282x47x212 cm

2,690

BESTÅ

Hita

Papan

300x40x230 cm

3,075

HEMNES

Coklat

Papan Fiber+Kaca

326x198 cm

3,148

LIATORP

Putih

Papan Partikel

331x215 cm

3,799

LIATORP

Putih

Papan Partikel

332x215 cm

4,299

d. Karpet IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Karpet Korenge IKEA

Mungkin anda berpendapat ruang tamu kosong tanpa karpet lebih minimalis. Tetapi, anda juga kena tahu, terlalu minimalis juga boleh membuatkan ruang tamu anda kelihatan seperti tak siap!

Pemilihan karpet sebenarnya mempengaruhi suasana ruang tamu anda untuk tampak hidup. Contohnya, kalau barangan lain sudah dipenuhi dengan satu tema warna-warna lembut, padankannya dengan karpet IKEA yang bercorak dan lihatlah hasilnya nanti!

Senarai karpet IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Karpet IKEA

Jenis

Saiz (Lebar luar x Lebar Dalam x Tinggi)

Harga (RM)

TORRILD

Polypropylene

33x195 cm

199.00

VEDBÄK

Polypropylene

170x230 cm

399.00

RODELUND

Polypropylene

200x250 cm

459.00

HALVED

Kapas

170x240 cm

599.00

Senarai karpet IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Karpet IKEA

Jenis

Saiz (Lebar luar x Lebar Dalam x Tinggi)

Harga (RM)

STOCKHOLM

Kapas

250x350 cm

1,599

KRÖNGE

Kapas

170x240 cm

1,499

HJORTHEDE

Kapas

170x240 cm

1,499

2. Bilik Tidur

Balik dari kerja, mestilah nak rehatkan badan dan fikiran daripada keserabutan di pejabat dan jalanraya. Sanggup ke nak hadap bilik yang tak berhias? Jom deko bilik tidur anda!

a. Katil & tilam IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Katil Tarva IKEA

Konsep katil di IKEA ini kebanyakannya menggunakan konsep 2 dalam 1 fungsi sama ada boleh ditukarkan kepada sofa atau tempat penyimpanan barang. Paling penting, reka bentuk katil IKEA lebih moden dan estetik!

Senarai katil & tilam IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Kategori

Konsep

Saiz (Lebar luar x Lebar Dalam x Tinggi)

Harga (RM)

TARVA

Katil

150x200 cm

509.00

SONGESAND

Katil+ruang simpanan

150x200 cm

999.00

BRIMNES

Katil+ruang simpanan

150x200 cm

1,049

HAFSLO

Tilam

150x200 cm

499.00

HÖVÅG

Tilam

150x200 cm

1,199

Senarai katil & tilam IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Kategori

Konsep

Saiz (Lebar luar x Lebar Dalam x Tinggi)

Harga (RM)

IDANÄS

Katil+ruang simpanan

180x200 cm

1,949

NORDLI

Katil+ruang simpanan

160x200 cm

2,349

PLATSA

Katil+rak

140x244x223 cm

3,054

FILLAN

Tilam

150x200 cm

1,799

HOKKÅSEN

Tilam

180x200 cm

2,999

VATNESTRÖM

Tilam

180x200 cm

3,499

b. Almari baju IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Almari Pakaian Pax IKEA

Almari baju, benda kedua terpenting selepas katil. Boleh juga dianggap sebagai alternatif menggantikan kabinet baju yang kadang-kadang harganya terlampau mahal!

Ada lebih kurang 12 reka bentuk almari baju IKEA yang bersesuaian dengan cita rasa anda. Cakap saja nak macam mana, semuanya ada di IKEA!

Senarai almari IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Almari IKEA

Jenis

Warna

Saiz (Lebar luar x Lebar Dalam x Tinggi)

Harga (RM)

KLEPPSTAD

3 Pintu

Putih

117x176 cm

499.00

RAKKESTAD

Gelongsor

Hitam/Coklat

117x176 cm

699.00

PAX

Terbuka

Putih

150x58x201 cm

1,095

PAX / FORSAND/VIKEDAL

2 Pintu + Cermin

Coklat

150x60x201 cm

1,310

Senarai almari IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Almari IKEA

Jenis

Warna

Saiz (Lebar luar x Lebar Dalam x Tinggi)

Harga (RM)

PAX

Almari sudut

Putih

210/160x201 cm

2,845

PLATSA

7 Pintu

Putih

240x57x221 cm

3,175

PAX

Gelongsor

Putih

250x66x236 cm

3,850

PAX / REINSVOLL/VIKEDAL

4 Pintu + Cermin

Coklat

200x60x201 cm

4,430

c. Lampu tidur IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Lampu Ramsele IKEA

Anda akan lebih mudah tidur dengan suasana bilik tidur yang mendamaikan, tak terlalu terang mahupun gelap. Ha, itulah gunanya lampu tidur, bukan sekadar hiasan, tetapi juga membantu anda mendapatkan beauty sleep seperti lampu IKEA!

Senarai lampu tidur IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Lampu IKEA

Jenis

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

HEKTOGRAM

Lampu Lantai

Perak/Putih

176cm

79.00

SOLLEFTEÅ

Lampu Lantai (Bujur)

Putih

128cm

99.00

RISBYN

Lampu Siling

Putih

26cm

119.00

ÅRSTID

Lampu Dinding

Coklat/Emas

40cm

129.00

RANARP

Lampu Siling

Hitam

74cm

139.00

Senarai lampu tidur IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Lampu IKEA

Jenis

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

ÄPPELVIKEN

Chandelier

Hitam

64cm

169.00

BAROMETER

Spotlight Ceiling

Emas

131cm

179.00

RAMSELE

Loket Bercorak

Putih

62cm

299.00

VINGMAST / SKAFTET

Lampu Lantai

Bercorak

213cm

379.00

EVEDAL

Lampu marmar

Hitam

145cm

1,099

PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)
PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)

3. Dapur

Deko dapur ini sebenarnya tak susah pun kalau anda tahu keperluan yang serasi dengan cara hidup anda sendiri. Maksudnya, kalau anda seorang yang jarang masak di rumah, tak perlulah menghias seolah-olah anda seorang Chef!

Atau. . .tak perlu peningkan kepala, apa kata anda ikut sahaja cadangan kami ini, mana tahu ngam dengan jiwa anda!

a. Kabinet & sinki dapur IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Kabinet Dapur Enhet IKEA

Ramai beranggapan bahawa deko dapur memerlukan bajet sehingga berpuluh ribu ringgit sebab dah terbiasa dimomokkan untuk wajib ada kabinet dapur jenis built-in.

Walhal, ada lebih 300 jenis kabinet dapur yang ditawarkan di IKEA Malaysia tau!

Senarai kabinet & sinki dapur IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Kabinet IKEA

Jenis

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

METOD

2 Pintu

Putih+Merah

80x60x80 cm

430.00

KNOXHULT

3 Pintu + 1 Laci

Putih

85x120cm

575.00

RÅVAROR

Sinki Besi + Polyester

Putih + Hitam

112x60x178 cm

990.00

KNOXHULT

Gabungan kabinet+sinki

Coklat+Hitam

204x61x220 cm

1,565

ENHET

Gabungan kabinet+sinki

Putih

123x63.5x216.5 cm

1625.80

Senarai kabinet & sinki dapur IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Kabinet IKEA

Jenis

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

METOD / MAXIMERA

4 Laci

Putih+Coklat

80x60x80 cm

1,310

ENHET

6 pintu

Putih+Kelabu

120x32x225 cm

1,690.70

KNOXHULT

Gabungan kabinet+sinki

Coklat+Hitam

182x183x220 cm

2,085

ENHET

Gabungan kabinet+sinki

Putih+Hitam

208x63.5x216.5 cm

2,979.60

ENHET

Gabungan kabinet+sinki

Putih

243x63.5x216.5 cm

3,321.50

b. Meja makan IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Meja Makan Moerbylanga IKEA

Pemilihan set meja makan bergantung pada jumlah isi rumah dan saiz dapur anda. Elakkan pilih meja makan yang terlalu besar untuk ruang dapur yang kecil.

Bukan apa, selain boleh menggangu keselesaan ketika menjamu selera, ia juga berpotensi membahayakan anda seperti terlanggar bucu meja semasa anda bersilat di dapur.

Senarai meja makan IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Meja IKEA

Bil. Kerusi

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

JOKKMOKK

4

Coklat

118x74x74cm

549.00

LERHAMN

4

Coklat

118x74 cm

759.00

LISABO / JANINGE

4

Coklat/Putih

140x78 cm

1,079

EKEDALEN / LEIFARNE

6

Coklat dan putih

180/240 cm

1,869

LANEBERG / EKEDALEN

4

Putih

130/190x80 cm

1,559

Senarai meja makan IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Meja IKEA

Bil. Kerusi

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

EKEDALEN

6

Hitam

180/240 cm

2,289

STRANDTORP / UDMUND

6

Putih+Kelabu

150/205/260 cm

3,469

SKOGSTA / BERGMUND

6

Kelabu+Coklat+Hitam

235x100 cm

4,249

MÖRBYLÅNGA / BERNHARD

4

Hitam+Coklat

145cm

4,199

SKOGSTA / SAKARIAS

4

Kelabu+Coklat

235x100 cm

4,379

c. Rak dapur IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Rak Kolbjoern IKEA

Boleh dikatakan semua perkakas dapur menjadi keperluan harian seperti pinggan mangkuk, periuk belanga, pengisar, ketuhar, air fryer, bahan-bahan masakan dan banyak lagi.

Disebabkan dapur anda tiada kabinet jenis built-in, mesti anda risau dapur jadi. Nah! Dari sekecil-kecil rak IKEA sampailah tinggi melangit, semuanya ada!

Senarai rak IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Rak IKEA

Jenis

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

OMAR

Besi

Putih

92x36x181 cm

258.00

IVAR

Kayu pinus

Coklat

89x50x179 cm

420.00

HEJNE

Kayu

Coklat

230x50x171 cm

550.00

OMAR

Besi

Putih

197x36x181 cm

655.20

FJÄLKINGE

Besi

Putih

118x35x193 cm

900.00

Senarai rak IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Rak IKEA

Jenis

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

KOLBJÖRN

Besi Galvani

Coklat cair

171x37x161 cm

1,250

KOLBJÖRN

Besi Polister

Coklat

171x37x161 cm

1,350

BROR

Besi Polister

Hitam

161x40x133 cm

1,320

BROR

Besi Polister

Hitam

254x55x190 cm

1,500

4. Bilik Air/Tandas

Cuba bayangkan deko bilik air ala-ala hotel 5 bintang, mesti syok mandi lama-lama. Bukan sahaja kebersihan diri terjaga, malah bau wangi anda tu sampai jiran depan rumah pun boleh bau tau!

Beruntung kita ada IKEA Malaysia kan? Sudahlah barangan IKEA semuanya murah belaka, kualiti dan reka bentuk pula setanding antarabangsa termasuk barangan bilik air!

a. Set sinki & rak bilik air IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Sinki Nysjoen IKEA

Kalau tengok pilihan yang diberi IKEA, memang rambang mata. Tapi, kena hati-hati nak pilih jenis sinki supaya tak terlalu makan ruang. Tak pasal-pasal kena mandi cangkuk pula nanti, sempit punya pasal!

Senarai set sinki & rak bilik air IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Sinki & Rak

Jenis

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

NYSJÖN / BJÖRKÅN

Rak sinki 2 tingkat, 1 sinki dan 1 cermin

Putih

54x40x98 cm

679.00

NYSJÖN / BJÖRKÅN

Rak tinggi, Rak sinki 2 tingkat, 1 sinki dan 1 cermin

Putih

54x40x98 cm

1,104

ENHET / TVÄLLEN

3 rak, 1 sinki dan 1 cermin besar

Merah+Putih

64x43x87 cm

1,519

HEMNES / TÖRNVIKEN

Rak sinki 2 tingkat, 1 sinki dan 1 cermin

Putih

82 cm

1,808

ENHET / TVÄLLEN

Rak cermin, rak sinki 2 pintu dan rak 3 tingkat

Putih

122x43x87 cm

1,816.80

Senarai set sinki & rak bilik air IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Sinki & Rak

Jenis

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

ENHET / TVÄLLEN

6 rak, 2 sinki dan 2 cermin

Kelabu+Putih

164x43x65 cm

2525.80

GODMORGON/TOLKEN / KATTEVIK

3 rak, 1 sinki dan 1 cermin besar

Hitam

162x49x75 cm

2,803

HEMNES / RÄTTVIKEN

Rak 2 tingkat, 1 rak tinggi+ cermin, 1 cermin

Putih

102 cm

3,003

GODMORGON/TOLKEN / KATTEVIK

Rak 2 tingkat, rak cermin 2 pintu, 1 sinki dan rak tinggi+cermin

Putih

82 cm

3,669

GODMORGON/TOLKEN / TÖRNVIKEN

Rak 2 tingkat, rak cermin 2 pintu, 1 sinki dan rak tinggi

Hitam

82x49x74 cm

3,714

b. Set pancuran mandi IKEA

Pancuran Mandi Voxnan IKEA
Pancuran Mandi Voxnan IKEA

Pancuran Mandi Voxnan IKEA

Pancuran air mandi juga memainkan peranan yang penting untuk deko bilik air. Selain keselesaan ketika mandi, reka bentuknya juga perlu sesuai dengan warna sinki dan perkakas bilik air anda.

Senarai set pancuran mandi IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Set pancuran air

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

BROGRUND

650mm

200.00

VOXNAN

680mm

250.00

VOXNAN

850mm

699.00

Senarai set pancuran mandi IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Set Pancuran Air

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

BROGRUND

1170mm

899.00

VOXNAN

1160mm

1,299

c. Kabinet bilik air IKEA

barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik
barangan ikea, ikea malaysia, barang ikea murah, ikea sofa, rak ikea, meja makan ikea, katil ikea, deko bilik

Rak Bilik Mandi/Dobi Boaxel

Kalau bilik air anda jenis luas, boleh pertimbangkan untuk pasang kabinet sebagai stor menyimpan stok perkakas mandi seperti sabun, berus, tisu, towel dan sebagainya supaya mudah nak capai nanti.

Boleh juga nak letak di bilik dobi kalau memang ada ruang, dari sekecil-kecil rak sampai ke sebesar alam, semuanya ada. Tapi, ingat bajet!

Senarai set kabinet bilik air IKEA dengan bajet deko bawah RM5,000

Kabinet IKEA

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

ENHET

Coklat

150x60cm

536.90

BOAXEL

Putih

200.6x164.8cm

641.00

ENHET

Hitam

75x120cm

832.90

ENHET

Coklat

240x90cm

916.90

Senarai set kabinet bilik air IKEA dengan bajet deko bawah RM10,000

Kabinet IKEA

Warna

Saiz (Tinggi/Panjang)

Harga (RM)

ENHET

Coklat+Putih

150x120cm

1,111.90

ENHET

Putih+Kelabu

85.5x121.5cm

1,405.80

ENHET

Kelabu

225x120cm

1,690.70

Cara Buat Bajet Rumah Guna Barang IKEA

Ha, banyak kan pilihan barangan IKEA murah-murah? Sekarang, tinggal anda yang kena bijak padankan barangan tersebut mengikut bajet bagi sesebuah ruangan.

Nak rujuk contoh di bawah pun boleh!

Deko ruang tamu bawah RM5,000 guna barangan IKEA

Barang IKEA

Harga (RM)

Sofa FRIHETEN

1,790

Meja LACK

149.00

Rak BESTÅ

1,015

Karpet RODELUND

459.00

Jumlah (RM)

3,413

Tak sampai RM5,000 pun! Cuba bayangkan kalau anda beli di luar, silap2, sofa je pun dah lebih harga semua ni. Di IKEA, anda kena pandai mix & match saja bak kata orang putih!

Kawasan anda tiada cawangan IKEA? Jangan bimbang, IKEA juga menawarkan diskaun 50% penghantaran untuk Semenanjung Malaysia tau. Pergh, ni lagi murah dari beli perabot kat Shopee!

Apa-apa pun, anda berhak deko rumah anda tanpa halangan dengan barangan IKEA. Kalau lepas buat kira-kira masih tak cukup bajet, anda boleh cuba menggunakan servis bayaran ansuran bersama IKEA iaitu Instalment Payment Plan (IPP) serendah RM500.00 sahaja dengan pelbagai bank di Malaysia.

Selamat berdeko guna barang IKEA!

Nota Editor: Semua harga barangan dan promosi IKEA tertera dalam artikel ini adalah tepat setakat September 2021. Perubahan mungkin dilakukan IKEA tanpa kami sedari, sebabnya ini bukan artikel ditaja IKEA okay!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting