Apa 3 Undang-Undang Pasang/Ubahsuai Pagar Rumah Di Malaysia?

·8-min read

Bila tengok rumah yang tak ada pagar rasa macam tak lengkap dan tak selamat. Seolah-olah pergi menyelam skuba tapi tak pakai tangki oksigen. Boleh jadi sangat membahayakan, betul tak?

Pagar rumah ni dah jadi sebagai satu keperluan untuk setiap rumah. Jika kawasan perumahan yang dibina oleh pemaju, selalunya memang akan diletak pagar.

Namun masih ada yang rasa rumah tak berpagar lagi luas dan tak perlu susah-susah nak buka, tutup pintu pagar rumah bila nak keluar masuk kenderaan. Kami faham perasaan tu tapi kenalah pastikan ada kelengkapan keselamatan yang lain.

Macam pasang CCTV ke, upah pegawai keselamatan, atau dapatkan khidmat peronda. Bukan apa, tapi nak memastikan semua penghuni rumah rasa selamat dan aman.

Bayangkan kalau dalam pagar pun ada yang ambil kesempatan untuk lakukan kes cubaan jenayah, apatah lagi jika tak ada pagar rumah atau sistem keselamatan langsung.

Kalau anda lihat, bukan setakat rumah saja yang dipagar, tapi ada juga yang pagar kebun dan tanah kosong. Nak tahu kenapa? Kita akan cerita dengan lebih mendalam kat bawah nanti.

pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini
pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini

Kerja pemasangan pagar mungkin nampak tak berapa rumit, tapi ianya mestilah menepati kriteria atau piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Kalau nak pasang pagar elektrik pun ada peraturan yang perlu diikuti.

Antara Akta yang berkaitan dengan pemasangan pagar rumah adalah seperti di bawah:

1. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

KPKT mensyaratkan dengan jelas keperluan untuk membina pagar rumah mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Sila lihat semua di bawah sebagai panduan kepada penjarakan yang dibenarkan mengikut piawaian.

pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini
pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini

Gambar 1: Piawaian penjarakan bagi rumah sebuah-sebuah (Sumber Rujukan: KPKT)

Secara amnya penjarakan yang dibenarkan ialah; jarak rumah dengan pagar hadapan (20 kaki), jarak kiri kanan dan belakang rumah (10 kaki).

pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini
pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini

Gambar 2: Piawaian penjarakan bagi rumah berkembar (Sumber Rujukan: KPKT)

Pada asasnya ketinggian yang dibenarkan ialah sehingga 9 kaki. Tetapi mestilah mempunyai 50% permeability (keboleh telapan). Pagar yang tertutup penuh dan tak mempunyai tahap “permeability” 50% adalah tak dibenarkan.

pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini
pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini

Gambar 3: Piawaian penjarakan bagi rumah teres (Sumber Rujukan: KPKT)

2. Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal KPKT

Prosedur pengeluaran permit bagi kerja ubahsuai bolehlah anda merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan kepada semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Undang-Undang Kecil 18 (UUK18) di bawah Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) membenarkan sesuatu bangunan yang telah siap dan mempunyai sijil fitness diubahsuai tertakluk kepada dua keadaan, iaitu;

  1. Pengeluaran permit oleh PBT ke atas pelan lakar yang dikemukakan sebagai memberi kebenaran untuk menjalankan kerja ubahsuai yang dipohon; atau

  2. PBT meluluskan pelan-pelan yang dikemukakan oleh PSP dan setelah kerja-kerja ubahsuai siap, CCC akan dikeluarkan.

Mengikut panduan tersebut, kerja-kerja ubahsuai menambah lampu hiasan di tiang pagar atau tiang tempat letak kereta (porch), atau mengganti pagar berdawai sedia ada tak memerlukan permit PBT.

Manakala, kerja ubahsuai seperti mengubahsuai pagar dan tembok sedia ada atau membina pagar tembok pula perlu mendapatkan permit.

3. Suruhanjaya Tenaga (ST)

Bagi pemasangan pagar elektrik yang selamat pula, anda boleh rujuk kepada panduan yang disediakan oleh ST. Berdasarkan panduan tersebut:

“Kaedah pemasangan pagar elektrik yang betul dan selamat bermula daripada peringkat reka bentuk sehingga peringkat pembinaan, penyeliaan, penyenggaraan dan pengawasan perlu dilaksanakan mengikut kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.”

pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini
pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini

Secara asasnya, peraturan-peraturan berikut adalah:

  • Peraturan 15: Radas, konduktor, dan semua aksesori yang digunakan mestilah mengikut saiz, kuasa dan bilangan yang mencukupi dan hendaklah dibina, dipasang, disusun, dilindungi, dikerjakan dan disenggarakan sedemikian rupa bagi mencegah bahaya.

  • Peraturan 65: Pelan, lukisan dan spesikasi haruslah disediakan oleh mereka yang kompeten.

  • Peraturan 68: Jurutera atau penyelia elektrik dikehendaki untuk memeriksa sesuatu pepasangan di bawah peraturan 67 serta merekod dan menghantar semua dapatan, syor dan arahan kepada Suruhanjaya dan pemunya, pengurusan atau pemegang lesen pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

  • Peraturan 75: Semua kerja elektrik hanya boleh dilaksana dan dijalankan oleh Kontraktor Elektrik yang sah mengikut Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

  • Peraturan 110: Setiap pemasangan, penyenggaraan mesti dilakukan dalam keadaan baik dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

Bagi mereka yang tinggal dalam kawasan di bawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS), ada borang permohonan permit kerja-kerja kecil yang perlu diisi sebelum kerja ubahsuai dijalankan. Borang tersebut berbeza bagi bangunan bukan strata dan berstatus strata.

Anda boleh ke laman web rasmi atau hubungi Majlis Perbandaran masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai pemasangan dan mengubahsuai pagar rumah.

Sekarang anda dah tahu apa yang perlu dielakkan bila memasang pagar rumah. Beberapa langkah yang perlu diambil kira sebelum pagar dibina pula adalah:

  1. Kebersihan semasa membuat binaan. Sangat penting lebih-lebih lagi bila melibatkan pembinaan pagar batu.

  2. Tak mengganggu laluan. Pastikan bahan-bahan binaan diletakkan di tempat yang sesuai.

  3. Binaan di dalam kawasan keluasan mengikut pelan asal. Jangan pula termasuk ke dalam kawasan jiran.

  4. Menjaga keselamatan semua pihak dengan memastikan semua kerja dibuat dengan teratur dan baik.

  5. Ketinggian pagar dan tahap “permeability” (keboleh telapan) pengudaraan dan penglihatan yang dibenarkan. Pastikan ia mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini
pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini

Tapikan, tak rasa terkongkong ke bila hidup dalam keadaan berpagar? Kalau kita faham betapa pentingnya fungsi pagar, mesti tak muncul istilah terkongkong tu.

Jadi, tanpa melengahkan masa, jom kita lihat mengapa perlu memasang pagar rumah sebenarnya.

1. Benteng keselamatan

Kalau nak pastikan memang tak ada siapa boleh panjat pagar tu, pasang terus pagar berkawat tapi kena periksa dengan pihak berkuasa tempatan dulu.

Selain tu, jika anda mempunyai haiwan peliharaan, mestilah anda tak nak kehilangan mereka, kan? Pagar akan dapat membantu memastikan haiwan kesayangan anda sentiasa di dalam kawasan rumah dan tak terdedah kepada bahaya. Jiran tetangga pun tak terganggu dengan haiwan tersebut.

2. Jaga privasi penghuni

Di samping rasa lebih selamat dan selesa dengan membina pagar atau tembok di sekeliling rumah, ianya juga dapat memberikan privasi kepada penghuni. Nak bersenam, beriadah dengan keluarga depan rumah pun rasa seronok sebab orang di luar tak nampak.

Mungkin ada yang baru lepas ubahsuai rumah dan tak mahu jiran tetangga datang terhendap-hendap mengintip dalam kawasan rumah. Jadi, pagar akan dapat menjaga privasi dengan menghalang pandangan rumah anda dari orang lain.

pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini
pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini

3. Tanda sempadan

Haaaa tadi kita ada cerita tentang orang pasang pagar di kebun dan tanah kosong, kan? Antara sebab utamanya adalah untuk tanda sempadan lah. Pagar ni selalunya tak tinggi mana pun, cukup sekadar nak tanda bahagian tanah sendiri.

Selalunya tanah lot atau tanah kebun ni boleh tahan besar saiznya dan ada kemungkinan tuan-nya lain-lain. Ataupun kalau tanah wakaf, mungkin dah berkongsi dan dibahagikan pada adik-beradik, jadi pagar atau tembok boleh diletakkan untuk menanda sempadan antara satu tanah dan yang lain.

4. Jadi perhiasan

Dengan pelbagai jenis dan reka bentuk pagar yang ada di luar sana, pastinya pagar juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah. Digabung pula dengan landskap halaman rumah yang unik dan menghijau, gerenti rumah anda jadi berseri-seri.

Anda juga boleh sesuaikan model pagar dengan tema hiasan rumah seperti minimalis, kontemporari atau Scandinavian. Puas hati bila pagar nampak cantik, suasana rumah lebih nyaman dan anak-anak pula dapat bermain dengan selamat di dalam kawasan rumah yang berpagar.

5. Lindungi dari debu dan habuk

Satu lagi fungsi pagar yang penting ialah ia dapat melindungi rumah dari debu dan habuk. Tinggal di kawasan bandar yang penuh dengan kerja pembinaan memang tak boleh lari dari habuk. Boleh kata sehari tu kena sapu dan mop sampai dua-tiga kali baru puas hati.

Bila dah pasang pagar, sedikit sebanyak dapatlah mengawal debu dan habuk yang masuk ke dalam rumah.

Selain menjaga kebersihan dalam rumah, ianya bagus untuk menjaga kesihatan penghuninya juga. Siapa ada penyakit asma mesti tahu betapa peritnya kalau hidup dalam kekotoran debu.

pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini
pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini

6. Halang tetamu tak diundang

Ni kita bukan merujuk kepada saudara mara atau jiran tetangga yang anda tak berapa gemar tu ya, tapi haiwan liar seperti ular, anjing, dan sebagainya. Pagar ni hanyalah salah satu ikhtiar tapi ada banyak lagi petua atau tips yang boleh diamalkan.

Seperti tips mencegah ular masuk rumah, elak kucing liar membuang di laman rumah, cara halau lipan secara semulajadi, dan macam-macam lagi.

Pagar bukan saja nak jaga keselamatan kita, tapi juga haiwan peliharaan yang ada. Sedih tau kalau tiba-tiba haiwan kesayangan kita mati dibunuh atau dimakan binatang liar. Macam berita kucing peliharaan yang kena makan dengan ular sawa 15kg ni. Seram!

7. Kurangkan bunyi bising dari luar rumah

Kalau rumah anda terletak di kawasan yang sentiasa sibuk atau betul-betul di hadapan jalan yang banyak kenderaan lalu lintas, mesti akan selalu bunyi bising.

Lagi-lagi tengah musim bekerja dari rumah sejak pandemik melanda ni, rasanya tak dapat nak menumpukan perhatian penuh pada kerja bila dengan bunyi bising, kan? Jangan risau kerana memasang pagar akan dapat mengurangkan bunyi bising tersebut.

Walaupun banyak rumah yang dipasang pagar, di Malaysia nampaknya dah ada perumahan moden yang memasang pagar tanpa pintu pagar rumah. Memang nampak ekslusif macam projek Eco Sanctuary ni.

pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini
pagar rumah, pintu pagar rumah, pagar rumah murah, pagar rumah terkini

Namun, projek kediaman itu sendiri berada di dalam pagar dan ada pengawal keselamatan yang sentiasa menjaga kawasan tersebut. Orang luar atau asing pun tak boleh suka-suka masuk sebab kena lalu pondok pengawal dulu.

CCTV pun ada disediakan pada tempat berkenaan untuk memastikan keselamatan penghuni. Jadi, walaupun rumahnya tak ada pagar, masih ada sistem keselamatan lain yang disediakan untuk semua penghuni.

Alang-alang kita dah bercerita tentang pagar, kami nak akhiri panduan ni dengan tips penjagaan pagar supaya sentiasa nampak kemas dan sedap mata memandang.

Sama ada anda memilih pintu pagar kayu tradisional atau pagar rumah terkini, penting untuk mengetahui cara menjaga mereka dengan baik. Penyelenggaraan yang betul akan memastikan pagar anda kekal selamat dan sekali gus membantu menjimatkan wang anda.

  • Rawat pagar kayu menggunakan minyak dalam tona pilihan warna anda apabila ia telah nampak pudar.

  • Pintu pagar automatik perlu selalu diperiksa supaya tak berkarat. Sentiasa letakkan pelincir supaya bahagian bergerak tak rosak.

  • Pagar logam juga perlu dipastikan supaya tak berkarat. Gunakan lapisan tahan karat untuk melindungi pagar anda.

  • Jangan biarkan tumbuhan menjalar dengan banyak pada pagar kerana kelembapan tumbuhan boleh menyebabkan pagar tak tahan lama.

  • Bersihkan pagar setiap beberapa bulan dengan air sabun untuk menghilangkan kotoran dan memastikannya kelihatan elok.

  • Mengecat semula pagar bila warna dah pudar atau dah mula nak berkarat. Pastikan guna cat pagar yang betul dan sesuai.

Selamat memagar!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting