8 Tip Untuk Wanita Cari Rumah Sewa!

·6-min read

Melangkah ke alam kerja adalah fasa yang sangat menarik dalam kehidupan sesiapa pun baik lelaki mahupun wanita.

Bayangkan, anda telah melepasi peringkat temuduga dan berjaya mendapat tempat kerja yang diidamkan! Tapi alamak jauh pula, terpaksa cari rumah sewa.

Sebagai wanita bujang hal ini lebih sukar berbanding lelaki bujang. Terdapat pelbagai perkara yang perlu difikirkan terutamanya dari segi keselamatan.

Jadi apa tip yang boleh dipraktikkan atau diambil kira dalam mencari rumah sewa bagi wanita bujang? Jom baca perkongsian kami ni!

1) Lokasi! Lokasi! Lokasi!

Yang terutama sekali sudah pasti adalah lokasi. Lokasi! Lokasi! Lokasi! Pastikan lokasi rumah anda ke tempat kerja adalah dekat untuk mengurangkan tempoh masa perjalanan.

Misalnya jika anda terpaksa pulang lewat, masa untuk pulang ke rumah tak lah lama sangat dan anda tak sampai di rumah awal pagi kalau kena kerja lebih masa.

mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah
mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah

Tapi, jika lokasi yang dipilih jauh sebab faktor kewangan. Yerlah, kalau kerja di KLCC, tak kan nak sewa di kawasan KLCC juga! Mana ada duit…

Dalam situasi ni, pastikan kawasan rumah anda berdekatan dengan sistem pengangkutan awam seperti LRT atau MRT atau kawasan parking kereta tak menyusahkan anda jika berkenderaan sendiri.

Selain daripada itu, pastikan juga kawasan itu ada pencahayaan yang mencukupi misalnya di laluan ke LRT, MRT atau stesen bas atau jalan masuk ke rumah.

Terakhir sekali tentang lokasi adalah kadar kekerapan jenayah. Kaji selidik tentang kawasan yang anda ingin menyewa terlebih dahulu. Perhatikan kawasan sekitarnya dan tanya diri sendiri “selamat ke ni?”

Jika ingin lebih tahu dan tambah keyakinan, mungkin anda boleh berbual mesra dengan bakal jiran dalam kawasan tersebut. Selain dapat maklumat berharga tentang kejiranan tu, anda juga dah mula berhubung dengan jiran sebelum masuk rumah.

Apa Nak Buat Dengan Gangguan Jiran Dari Neraka!
Apa Nak Buat Dengan Gangguan Jiran Dari Neraka!

Panduan Relevan

Apa Nak Buat Dengan Gangguan Jiran Dari Neraka!

2) Platform Sewaan

Dalam proses menyewa rumah pastikan anda menggunakan platform yang dipercayai seperti laman web hartanah no 1 Malaysia ni ataupun menggunakan perunding hartanah atau ejen hartanah berlesen.

mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah
mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah

Sekiranya anda berurusan terus dengan pemilik, pastikan anda tahu prosedur yang sepatutnya supaya tak tertipu dengan pemilik ataupun dalam kes yang berlaku kebelakangan ini, orang lain yang berpura-pura menjadi pemilik rumah.

Minta salinan kad pengenalan atau nama penuh mereka sekiranya perlu, anda juga boleh menyemak latar belakang di Facebook atau LinkedIn.

Malah zaman sekarang ni anda boleh periksa sama ada individu tu ada laporan polis dibuatnya berkaitan kes tipu.

Anda boleh guna kemudahan disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM ni guna nombor telefon atau nombor akaun bank je. Kalau ada laporan polis tu, takkan nak teruskan juga berurusan ya?

3) Harga Tak Masuk Akal!

Jika sesuatu iklan terlalu bagus untuk dipercayai mungkin anda perlu ikut naluri anda dan persoalkan harga tersebut.

Takkan lah harga bilik utama di kawasan tarikan ramai misalnya di Damansara Utama hanya RM250 termasuk bil dan tanpa deposit?

mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah
mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah

Bandingkan harga sewaan di kawasan sama dan tengok julat harga ditawarkan. Selalunya, tak banyak beza ikut jenis bilik atau rumah yang anda mahukan. Jangan pula banding harga sewa bilik kecil di flat dengan bilik utama di kondominium kan?

Terdapat pelbagai penipuan rumah sewa. Jika hal wang sahaja boleh selesai tetapi jika melibatkan keselamatan, dah jadi kes lain. Jadi, janganlah ambil risiko.

Skim Cepat Kaya Dibuat 'Ejen' Hartanah! Macam Mana Ni?
Skim Cepat Kaya Dibuat 'Ejen' Hartanah! Macam Mana Ni?

Panduan Relevan

Skim Cepat Kaya Dibuat 'Ejen' Hartanah! Macam Mana Ni?

4)Tengok Rumah

Apabila melawat rumah pastikan anda ditemani atau beritahu seseorang yang anda percayai lokasi dan nombor telefeon orang yang anda ingin jumpa. Seelok-eloknya dilakukan di siang hari untuk anda tengok lebih jelas keadaan rumah dan menjaga keselamatan.

Malah, ada iklan sewa mungkin menggunakan gambar rumah lama, dan keadaan rumah tersebut mungkin berbeza langit dan bumi! Gunakan masa lawatan tersebut sebaik mungkin.

Cari sebarang cacat-cela yang perlu tetapi paling penting jika ada apa-apa yang mencurigakan. Waktu lawatan ini sangatlah penting. Senaraikan siap-siap sebarang kerosakan yang memang ada dalam rumah tu.

mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah
mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah

Kerosakan ni anda boleh minta tuan rumah baiki sebelum anda masuk, jadi tak lah anda dituduh punca kerosakan pula, tak pasal-pasal hilang deposit sewa sebab anda tiada bukti.

Setelah lawatan bersama ejen atau pemilik rumah, anda juga boleh melawat lokasi sama pada waktu malam secara rawak untuk melihat keadaan sekeliling. Masa ni lah boleh tengok kejiranan selamat ke tak, cukup pencahayaan ke tak dan sebagainya.

Anda juga kena ingat, jangan beri sebarang bayaran sebelum tandatangan perjanjian sewa! Banyak kes penipuan sewa rumah sebab penipu guna keterdesakan kita nak cari rumah.

5) Ejen Hartanah

Jika anda berurusan dengan ejen hartanah atau perunding hartanah pastikan mereka berlesen. Minta nama dan nombor pendaftaran mereka dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH).

Setiap perunding atau ejen ada nombor pendaftaran masing-masing. Bila dah dapat nombor tu, boleh semak di laman web LPPEH tengok sahih ke tak.

Sistem LPPEH ni canggih, kad ejen siap ada hologram, jadi kalau ada nama mereka dalam sistem, memang sahih la mereka berdaftar.

Sekiranya mereka gagal memberikan maklumat ini, angkat jerlah kaki, cari ejen lain. Mesti ada maksud tersirat, dah susah sangat nak beri nombor perdaftaran tu.

mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah
mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah

6) Perjanjian Sewa

Jika semua langkah ini sudahpun anda lalui, apabila membuat deposit, pastikan ada perjanjian sewa dan juga borang tempahan jika anda guna agensi.

Deposit ni anda kena pastikan masuk ke dalam akaun pemilik atau akaun agensi, sekiranya anda menggunakan perkhidmatan agensi.

Jangan sesekali masukkan duit muka ke akaun persendirian ejen atau perunding. Pastikan persetujuan penyewaan ini melindungi hak anda sebagai penyewa juga.

Dalam perjanjian sewa tu, tengok juga tanggungjawab dan hak anda dan tuan rumah sebelum tandatangan misalnya tempoh masa sewaan dan klausa penyingkiran.

Tanya juga tentang yuran penyelengaraan dan kumpulan wang pelepas kalau anda menyewa di bangunan berstrata. Semua ni untuk jaga hak anda selaku penyewa.

Terokai Hak Penyewa Dan Surat Perjanjian Sewa Rumah Di Malaysia
Terokai Hak Penyewa Dan Surat Perjanjian Sewa Rumah Di Malaysia

Panduan Relevan

Terokai Hak Penyewa Dan Surat Perjanjian Sewa Rumah Di Malaysia

7) Teman Serumah

Jadi anda sudah berminat dengan sesebuah rumah tapi sewa terlalu tinggi, jadi langkah seterusnya adalah mencari dan memilih teman serumah yang tepat!

Paling penting teman serumah harus faham tanggungjawab menjaga rumah bukan saja dari segi kebersihan tetapi juga keselamatan.

mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah
mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah

Biar teman serumah tak sekepala tetapi asalkan mereka sama-sama menjaga keselamatan rumah dan mengambil tahu gerak-geri ahli rumah dan paling penting bayar sewa tepat pada masanya!

Bukan untuk menggalakkan anda menjaga tepi kain orang tetapi ambil tahu jadual rakan lain supaya jika ada yang serba tak kena teman serumah dapat saling membantu.

Janganlah, kawan serumah meninggal dalam bilik pun, orang lain hanya sedar selepas bau busuk ada, sebab masing-masing buat hal sendiri.

Ambil berat, #kitajagakita kan?

8) Keselamatan Rumah

Elok sekiranya semua ahli rumah faham inti pati persetujuan penyewaan yang dibuat, dan mungkin ahli rumah dapat duduk dan bincangkan peraturan keselamatan di samping perkara lain sebelum memulakan tempoh penyewaan.

Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”. Harus diingatkan agar semua penghuni rumah tak berkongsi maklumat peribadi seperti lokasi rumah anda di media sosial seperti “check-in” di Instagram dan Twitter dan sewaktu dengannya.

Sebaik sahaja mendapat kunci, eloklah sekiranya mangga dan kunci ditukar. Kita tak tahu mangga sebelumnya milik pemilik atau penyewa sebelumnya, jadi elakkan sebarang musibah dengan menukar sahaja kunci dan mangga rumah.

mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah
mencari rumah sewa, cari rumah sewa, rumah sewa bujang, rumah sewa untuk wanita, rumah sewa perempuan, perempuan cari rumah sewa, cari rumah

Pastikan jika anda duduk beramai-ramai, tiada teman serumah yang menduakan kunci untuk rakan atau ahli keluarga mereka dan pastikan kunci ditukar serta-merta jika salah seorang kehilangan kunci rumah walaupun kunci itu dijumpai kemudiannya.

Dalam hal kunci-mengunci ni, perlu juga diingatkan untuk kunci pintu rumah dan pagar rumah sekiranya and berseorangan. Jangan lupa periksa pintu belakang atau pintu dapur juga!

Maklumlah, yang duduk semuanya wanita bujang, kenalah lebih berhati-hati. Kita tak tahu niat orang, jadi lebih baik berjaga-jaga.

7 Perkara Penting Untuk Mengelak Dari Menjadi Mangsa Penipuan Rumah Sewa
7 Perkara Penting Untuk Mengelak Dari Menjadi Mangsa Penipuan Rumah Sewa

Panduan Relevan

7 Perkara Penting Untuk Mengelak Dari Menjadi Mangsa Penipuan Rumah Sewa

Lebih Baik Dikata Paranoid Daripada Terkena!

Kesimpulannya, bukan mudah mencari rumah sebagai seorang wanita bujang. Pelbagai kes lampau yang agak menakutkan jadi kami di berharap artikel ni dapat membantu anda dalam proses ini!

Semoga proses cari rumah sewa anda lebih mudah dan yang paling penting tempoh anda menyewa lebih selamat dan hiduppun lebih aman!

Anda sedang mencari rumah atau bilik sewa? Boleh jenguk senarai hartanah untuk disewa di laman web BM kami ni! Selamat dan semuanya sahih.