8 Tip Privasi Di Rumah Orang Tua Tapi Masih Jaga Hati!

·8-min read

Pandemik yang melanda memang menyusahkan ramai orang. Banyak rancangan tak jadi, kesannya lebih terasa kepada golongan muda yang baru nak masuk alam pekerjaan atau pasangan yang baru berkahwin.

Punyalah susah nak dapat kerja sekarang, dah habis belajar tak boleh nak duduk sendiri di rumah sewa tapi terpaksa balik ke rumah ibu bapa. Malah, jumlah pengangguran Malaysia naik 17.1%, tertinggi dalam sejarah!

Bagi yang bekerja pula, ramai yang dipotong gajinya, dan majikan arah bekerja dari rumah (WFH) bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan.Tu tak termasuk lagi, situasi ‘kahwin panik’ sebelum PKP 2.0 haritu. Memang ramai sekarang yang duduk di rumah orang tua.

Realiti Bumi Nyata!

Sebabnya, nak beli rumah sendiri sekarang pun susah. Menurut Kajian Sentimen Pengguna H1 2021 kami, dua halangan utama mendapatkan pinjaman perumahan adalah tak mampu bayar pendahuluan dan kerja atau gaji tak stabil.

Nak tak nak, rumah ibu bapa lah yang terbaik. Sekurang-kurangnya tak bayar sewa, cukuplah bagi duit belanja dapur atau tolong bayar bil elektrik dan internet. Ke ada ibu bapa minta sewa?

Jangan risau, cabaran isu privasi ni boleh anda harungi kalau kena dengan caranya. Hati orang tua memang kena jaga betul-betul sebab mereka ini lebih sensitif. Tersilap langkah, mahu bertahun makan hati.

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Privasi ni konsep yang sensitif dalam masyarakat Timur. Sebab kita dah terbiasa duduk ramai-ramai, masuk campur semua urusan. Tak ada pihak yang semuanya betul, tak ada pihak yang semuanya salah.

Jadi, jom kami kongsikan tips untuk jaga privasi semasa duduk di rumah ibu bapa sendiri atau mentua terutamanya untuk pengantin baru dan mereka yang kerja dari rumah ni!

Macam Mana Hendak Privasikan Ruang?

Kalau rumah ibu bapa anda macam istana, memang tak jadi masalah lah! Semua orang ada bilik tidur bilik air dan ruang sendiri. Maksudnya privasi memang terjaga.

Tapi, bukan semua orang begitu. Ada yang terpaksa tinggal bersama ibu bapa dalam rumah kecil atau sederhana je saiznya. Situlah tempat tidur, situlah tempat belajar, situlah tempat buat semua benda.

Jadi, macam mana hendak buat?

1) Pastikan ada ruang sendiri

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Sekiranya anda tak ada bilik sendiri, cuba buat ruangan kerja atau belajar sendiri. Beli je meja kat Shopee atau mana-mana tempat dan pastikan setiap hari anda bekerja atau belajar di situ.

Pastikan juga beli earphone yang boleh digunakan untuk anda bermesyuarat atau dengar kuliah, supaya persekitaran tak menganggu anda. Beritahu siap-siap kalau anda ada mesyuarat penting dan perlukan persekitaran yang senyap.

Ibu bapa akan faham bila tengok anda memang asyik kerja atau belajar di situ sebab mereka nampak apa anda buat. Dan mereka pun tahu sekarang ni semua kerja dari rumah, dalam TV, media dan radio tiap-tiap hari orang cakap.

Tapi, kenalah tunjuk anda bekerja, bukan sibuk waktu mereka minta tolong je, tu nampak macam nak curi tulang pula.

Sebabnya, bukan orang muda je ada mantra “pics or it didn’t happen”, orang tua pun ada. Bagi mereka, kalau tak nampak depan mata, maknanya tak berlaku. Ha samalah tu!

2) Pilih bilik terbaik

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Untuk pengantin baru, ini paling penting. Walaupun dalam adat resam masyarakat kita, semua orang faham, pengantin baru memang perlukan bilik sendiri. Kalau tak, takkan lah waktu kenduri, kita memang hias siap-siap satu bilik dan namakannya ‘bilik pengantin’ kan?

Maksudnya, konsep tu dah ada. Tapi, kalau tiba-tiba anda terpaksa kembali ke rumah ibu bapa sebab pandemik ni. Cubalah berbincang berkias-kias, ibu bapa kita pengantin lama, mereka faham.

Pastikan bilik yang dipilih tu tak menganggu ahli keluarga lain atau lebih baik kalau ada bilik air sendiri. Senang apa-apa. Orang tua pun tak malu tengok pengantin baru asyik keluar masuk bilik air tengah-tengah malam ke atau bunyi-bunyi tak berapa sopan…

3) Jadikan bilik 'sendiri'

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Ada antara kita yang keluar rumah sejak remaja lagi, masuk sekolah asrama terus ke universiti. Rumah ibu bapa memang jadi tempat singggah waktu cuti je. Ada yang memang tak ada bilik sendiri dah, sebab balik cuti pun, tidur kongsi bilik atau di ruang tamu je.

Sekarang ni, tiba-tiba kena kembali ke rumah ibu bapa sebab dah habis belajar tapi kerja tak dapat lagi. Akan ada perasaan lain macam sebab dah biasa duduk di luar.

Jadi, pastikan anda hias bilik atau ruangan tu untuk keselesaan anda. Supaya tak tertekan sangat fikir macam-macam. Sentuhan peribadi ni penting supaya tak ada perasaan ‘tak berguna’ sangat, kesihatan mental pun kena jaga tau!

Beli Mimpi Indah Untuk Bilik Tidur Kecil Dengan Modal Dari RM500!
Beli Mimpi Indah Untuk Bilik Tidur Kecil Dengan Modal Dari RM500!

Panduan Relevan

Beli Mimpi Indah Untuk Bilik Tidur Kecil Dengan Modal Dari RM500!

4) Hartanah dwi kunci atau townhouse

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Kalau anda ada rezeki lebih, boleh juga memilih untuk membeli hartanah yang menjaga privasi tapi masih duduk serumah.

Tahu tak, sekarang ni ada jenis kondo ‘dwi kunci’, maksudnya dua unit dengan pemilikan hartanah sama. Hartanah jenis ni memisahkan bilik tidur dan air tapi berkongsi dapur, ruang tamu dan lain-lain.

Akses kepada unit pun berbeza, elok sangatlah tu untuk mentua atau ibu bapa dan anda. Boleh jumpa di dapur atau ruang tamu, tapi bilik tidur masih privasi. Nak bertanya khabar pun senang.

Selain tu, townhouse pun pilihan yang baik. Ia macam duduk dalam satu rumah yang sama, tapi akses dan ruangan yang berbeza. Anda duduk di tingkat 3, ibu bapa atau mentua anda duduk di tingkat bawah.

Menarik juga kan, daripada beli apartmen 3 bilik berkongsi semuanya tapi rasa macam tak ada privasi.

Tips Jaga Privasi Duduk Serumah Dengan Ibu Bapa/Mentua?

Isu tak selesa duduk dengan orang tua bila dah berkahwin ni memang semua orang tahu je, tapi kita tak bercakap sangat tentangnya.

Jangan tak tahu, ‘duduk bersama mentua’ ni antara alasan orang minta cerai tau! Ia bukan perkara kecil…

5) Hormat ruang masing-masing

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Memanglah tinggal sebumbung, tapi tak bermaksud anda tak layak untuk dapatkan privasi ruang yang tersendiri. Contohnya bilik anda bukan ruang yang boleh ibu bapa anda buat sesuka hati. Jangan main masuk saja tanpa ketuk dulu pintu bilik.

Ramai je ibu bapa yang faham, bilik tidur tu privasi terutama kalau anda penganti baru! Kalau tak faham, kenalah berkias-kias…

Dapur juga boleh buat bergaduh tau! Sebab semuanya berkongsi, kadang-kadang nak masak untuk suami atau isteri tercinta, dan perlukan persefahaman dari mentua atau ibu bapa sendiri.

Susah-susah sangat, masak je semua jenis, dan semua orang boleh pilih apa yang mereka suka! Taklah terasa hati, kalau anda tiba-tiba masak untuk pasangan anda je dan waktu makan pun lain-lain.

Nama pun duduk serumah, aktiviti bersama macam makan, tengok TV tu kenalah bertolak ansur.

6) Berbincang dan tetapkan batasan masa

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Ini sangat penting jika anda terpaksa bekerja atau belajar dari rumah. Beritahu siap-siap waktu bekerja dan belajar anda, dan pastikan anda ikut jadual waktu tu.

Pembentukan rutin harian ni penting untuk wujudkan pemahaman yang pada waktu-waktu tertentu, anda tak boleh diganggu. Disebabkan gaya kerja zaman sekarang berbeza, kenalah tunjuk perbezaan tu. Kalau mereka tak faham, tunjuk je kerja anda sehari-hari.

Kebanyakan yang kerja dari rumah ni memang guna komputer, jadi tunjuk kerja anda supaya mereka tahu anda bekerja. Pakai macam nak pejabat ke, supaya ada semangat bekerja, ibu bapa pun takut je tengok anda meragam tapi kerja di rumah je…

Janganlah waktu bekerja, ibu bapa nampak anda tengok Netflix layan drama Korea pula!

7) Rajin dan tak berkira

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Ni sentimen paling susah hendak dijaga, ambil hati orang tua. Walaupun dah seharian penat bekerja, kena luangkan masa menolong mana yang patut.

Lepas bekerja atau belajar tu, bolehlah rehat sejam dua, lepas tu pandai-pandailah tolong. Janganlah habis bekerja, terus masuk bilik tak keluar-keluar sampai pagi esok. Bukan orang tua je sakit hati, orang muda pun boleh sakit hati!

Sikap bertanggungjawab dan rajin nilah yang boleh buat mereka sejuk hati dan lebih senang nak terima anda.

Kadang-kadang, orang tua ni bukan nak sangat anda buat semua tu. Dia nak tengok anda ada usaha je, terutama bab-bab tolong menolong ni. Pendek kata, dia nak teman berborak, ha masa nilah nak mengeratkan hubungan sambil-sambil lipat baju atau potong bawang di dapur.

Selain itu, jangan terlalu berkira terutamanya semasa membeli barangan dapur. Kalau ada rezeki lebih, tolonglah mereka bayarkan bil air dan elektrik rumah. Sudahlah duduk percuma, takkan bil-bil pun mereka nak tanggung kan?

8) Jangan masuk campur dengan masalah tertentu

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Sebagai anak atau menantu, seeloknya kita jangan mudah campur tangan dalam urusan yang berlaku antara mereka.

Kalau anda rasa privasi anda diganggu bila mereka campur tangan dengan cara hidup anda, macam tu juga mereka. Biasalah adat berkeluarga, perbalahan mesti wujud antara adik beradik, ipar duai atau saudara mara.

Contohnya, kalau nampak ibu bapa mentua anda berbalah sesama sendiri, jangan sibuk-sibuk untuk cuba selesaikan.

Anda kena tahu perkara itu tidak berkaitan dengan anda. Silap-silap, keadaan boleh jadi lagi teruk kalau anda tersilap bagi pandangan. Bak kata pepatah, buat di alang tahun, belayar di luar musim!

Jaga Privasi Jangan Sampai Menyinggung Perasaan

Hati orang tua ni lebih mudah tersinggung walaupun di mata anda, perbuatan anda tu tak salah. Memang betul anda memerlukan privasi semasa duduk serumah dengan mereka, tapi itu tak menjadikan tiket untuk anda bersikap kurang adab dengan mereka.

orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru
orang bujang, privasi, tinggal bersama mentua, bersama keluarga, rumah kecil, rumah sederhana, kajian sentimen pengguna propertyguru

Apa-apa pun, anda kena hormat perasaan mereka sebagai orang tua yang bagi anda menumpang di rumah mereka. Sebab itulah, kena tahu cara dan gaya macam mana anda nak sampaikan permintaan anda untuk dapatkan privasi sendiri.

Selamat mencuba!

Jom tengok senarai hartanah jenis dwi kunci dan townhouse untuk dijual di laman web BM kami ni!