Advertisement

8 Kelebihan & 6 Jenis Lampu Solar Anda Perlu Tahu!

Sekarang ni, bil elektrik makin lama makin mahal. Lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan. Ini kerana semua ahli keluarga membuat aktiviti di rumah setiap masa.

Bayangkan kipas dan aircond sentiasa terpasang, menonton televisyen sampai ke malam dan juga lampu dibiarkan hidup sampai ke pagi.

Jadi tak mustahil lah caj elektrik anda naik melambung tiba-tiba. Dalam situasi yang tak menentu ni kita seharusnya berjimat cermat dalam penggunaan elektrik.

Bagi menyelesaikan masalah ini, apa kata anda cuba untuk gunakan lampu solar berbanding lampu elektrik. Bukan setakat dapat jimatkan bil, cara ini juga sangat mudah untuk dilaksanakan.

Cara Lampu Solar Berfungsi

Lampu solar menukar cahaya matahari kepada bekalan elektrik melalui proses photovoltaic (PV) dengan panel solar.

Tapi....panel solar ni tak boleh simpan tenaga, jadi dalam lampu solar kena ada bateri, baru lengkap! Bateri ni akan simpan tenaga yang dijana panel dalam lampu solar supaya anda tak perlu sambungkan bekalan elektrik ke lampu itu. Mudah kan?

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

8 Kelebihan & Kelemahan Lampu Solar

Lampu solar ini adalah lampu yang menggunakan cahaya matahari sebagai tenaga. Penyerapan ini berlaku melalui panel solar yang disediakan.

Kebiasaannya, lampu ini akan menyerap tenaga matahari matahari pada waktu siang dan akan bercahaya secara automatik menjelang malam.

Lebih-lebih lagi, kalau anda perlukan lampu yang diletak di luar rumah je. Apa lagi kelebihan lampu solar ni? Jom kami ceritakan!

1. Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui

Tenaga solar (baca: matahari) adalah sumber tenaga boleh diperbaharui. Maknanya, selagi mana kawasan itu ada matahari, selagi itu lah ia boleh dijana dan digunakan.

Tenaga solar ni pun tak akan habis, sebab matahari memang sentiasa ada. Kalau habis, maksudnya sistem solar pun tak ada la kan…

2. Bil Elektrik Minima

Teknologi solar ni menjana bekalan elektrik anda sendiri, kalau guna lampu solar maksudnya panel solar itu akan menjana elektrik untuk lampu itu. Setakat lampu untuk letak di rumah, okay lah kan?

Tetapi, di Malaysia, bekalan elektrik atau lebihan yang dijana dari tenaga solar di rumah ni hanya untuk kegunaan sendiri dan tak boleh dieksport ke grid, salah di sisi undang-undang ya!

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

Memandangkan tenaga solar ini mampu untuk memberikan keperluan yang sama seperti penggunaan tenaga elektrik, jadi ia akan mengurangkan bil anda.

Berapa banyak yang anda boleh berjimat adalah bergantung kepada saiz dan jenis lampu solar dan juga tenaga elektrik yang anda gunakan.

3. Kos Penyelenggaraan Rendah

Secara umumnya, penggunaan sistem lampu solar ini tidaklah memerlukan begitu banyak penyelenggaraan.

Selepas menampung kos awal sistem solar, anda hanya memerlukan perbelanjaan yang rendah untuk kerja penyelenggaraan seperti menukar baterinya setiap lima hingga tujuh tahun sekali.

Dalam masa yang sama, anda hanya perlu untuk pastikan panel lampu solar ini sentiasa bersih. Membersihkannya sebanyak 5 atau 6 kali dalam setahun pun sudah memadai.

Namun begitu jika anda masih ragu-ragu, boleh sahaja untuk bergantung pada syarikat pembersihan yang khusus, dengan caj mampu bayar.

Pengeluar panel yang boleh dipercayai juga selalunya memberikan jaminan kualiti sehinga 20 hingga 25 tahun.

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

Disebabkan ia tidak mempunyai mana-mana bahagian bergerak, jadi tiada bahagian yang akan haus dan lusuh serta sangat mudah untuk dijaga.

Secara anggaran, kos penyelenggaraan panel solar hanya cecah RM320.00 setahun! Murah sangat kan?

4. Fungsi On & Off Automatik

Kelebihan lain bagi penggunaan lampu solar ialah fungsi buka-tutup automatik. Ini bermaksud lampu solar anda akan automatik menyala pada waktu malam dan terpadam pada waktu siang.

Jadi, anda tidak perlu lagi untuk menghidupkan suis lampu tersebut secara manual. Dalam masa yang sama, anda juga tak perlu risau jika perlu tinggalkan rumah beberapa hari.

Sekurang-kurangnya lampu solar ini mampu untuk menerangi rumah anda pada waktu malam. Jadi tak perlu lah pasang lampu untuk beberapa hari berturut-turut tanpa tutup.

Membazir elektrik dah satu hal, tambahan pula orang akan tahu yang anda tiada di rumah.

5. Tiada Pendawaian Luaran

Penggunaan lampu solar ini juga dijamin selamat kerana ia tidak mempunyai pendawaian luaran.

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

Jadi anda tak perlu risau mengenai saluran bekalan elektrik terutamanya jika anda mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan di rumah.

Bukan itu sahaja, anda juga tak perlu bimbang kerana sinaran lampu solar ini juga tak terlalu panas sehingga membahayakan pengguna.

Setiap kelebihan mesti ada kelemahan atau risiko kan? Jadi, apa yang tak seronoknya lampu solar ni?

6. Kos Awal Tinggi

Boleh dikatakan kos awal untuk membeli sistem solar ini agak tinggi. Ini termasuk membayar harga panel solar, interver, bateri, pendawaian dan pemasangannya.

Kos yang perlu anda keluarkan juga adalah bergantung pada pilihan saiz panel solar. Maksudnya semakin besar saiz panel solar, semakin tinggilah kos yang perlu ditanggung.

Walaubagaimanapun, teknologi solar ini akan sentiasa berkembang, jadi tak salah untuk anda menganggap harganya akan turun pada masa akan datang.

Secara anggaran buat masa sekarang, kos awal pemasangan panel solar sekitar RM16,000 hingga RM23,000 untuk sistem asas.

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

7. Bergantung Pada Cuaca

Walaupun tenaga solar masih boleh dikumpulkan ketika cuaca mendung dan hujan, namun kecekapan sistem solar ini akan berkurangan.

Ini kerana panel solar bergantung pada cahaya matahari sepenuhnya untuk mengumpul tenaga solar secara berkesan.

Jika cuaca yang mendung dan hujan berterusan beberapa hari, ia boleh memberi kesan yang ketara pada sistem tenaga ini. Anda juga perlu ingat bahawa tenaga solar tidak boleh dikumpulkan pada waktu malam.

Jadi, anda perlu bersedia dengan gangguan kekurangan bekalan tenaga solar jika hujan berterusan sehingga beberapa hari.

8. Perlukan Ruang Banyak

Semakin banyak tenaga elektrik yang ingin dihasilkan, semakin banyak lah panel solar yang anda perlukan untuk mengumpul sebanyak mungkin cahaya matahari.

Sesetengah bumbung rumah mungkin tidak cukup besar untuk meletakkan jumlah panel solar yang anda inginkan.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Namun begitu, salah satu alternatif yang boleh dilakukan ialah dengan memasang beberapa panel solar di bahagian halaman rumah dan pastikan ia mempunyai akses kepada cahaya matahari.

PropertyGuru Tip

Di Malaysia, garis panduan tenaga solar <a href="http://www.seda.gov.my/reportal/ms/kegunaan-sendiri/" target="_blank" rel="noopener noreferrer">untuk kegunaan sendiri</a> ada disediakan oleh Pihak Berkuasa Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Jangan main pasang dan pakai je!

6 Jenis Lampu Solar Menarik Untuk Rumah!

Siapa sangka lampu solar ini sangat sesuai untuk di pasang di ruangan rumah, contohnya di depan/atas tembok pagar, halaman, tempat parking, taman bunga, kaki lima, kolam ikan/hiasan, sisi, depan dan juga belakang rumah.

Di bawah ini kami sediakan 6 jenis lampu solar yang berguna dan menarik untuk anda gayakan.

1. Lampu Solar Taman

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

Lampu solar taman ini bertujuan untuk mencantikkan kawasan rumah dan juga taman anda. Ia amat sesuai dipasang jika anda mahukan kawasan taman rumah nampak lebih elegen.

Jadi, anda tak perlu untuk mengeluarkan kos tambahan bagi kerja pendawaian luar rumah kerana lampu seperti ini sudah memadai.

Bukan itu saja, lampu solar ini juga boleh dipasang di atas tembok pagar rumah. Memang terang satu kawasan bila malam tu.

Selain daripada kalis air dan debu, pencahayaan putih yang dipancarkan daripada lampu ini juga sangat sesuai untuk hiasan.

Yang paling best, anda dapat tidur lena tanpa memikirkan untuk membayar bil elektrik extra untuk setiap lampu hiasan ini!

2. Lampu Solar Limpah

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

Lampu solar limpah atau lebih dikenali dengan lampu spotlight ini memang menjadi kebiasaan untuk dipasang di kawasan rumah, ladang, kebun atau di mana sahaja yang anda mahu.

Proses pemasangan lampu ini juga sangat mudah dan cepat. Lampu solar limpah ini amat sesuai dan berguna jika kawasan kediaman anda terputus bekalan elektrik.

Ini kerana cahaya yang dipancarkan memang boleh menerangi satu rumah. Jadi, untuk penggunaan di kediaman, jenis lampu solar ini sangat sesuai untuk dipasang di belakang rumah.

Dengan lampu yang terang-benderang di belakang rumah, memang takut lah pencuri nak masuk ikut pintu belakang kan.

Jadi, penggunaan lampu solar spotlight ini bukan sahaja meminimakan bil elektrik, bahkan ia dapat mengurangkan risiko rumah anda daripada dimasuki pencuri.

3. Lampu Solar Jalan

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

Lampu solar jenis ini mempunyai fungsi yang sama seperti lampu limpah. Yang membezakan ia adalah reka bentuknya sahaja dimana ia mirip seperti lampu jalan.

Namun begitu, ia tak semestinya hanya boleh digunakan di tepi jalan sahaja, lampu ini juga mampu untuk dipasang di kawasan kediaman.

Lampu ini sangat sesuai didirikan di halaman rumah jika kediaman anda tidak mempunyai tempat letak kenderaan berbumbung.

Ini kerana lampu solar jalan boleh menerangi kawasan parking di depan rumah. Ia juga berguna jika tiba-tiba kawasan kediaman anda blackout.

Sekurang-kurangnya anda tak perlu risau tentang kenderaan di halaman kerana penceroboh mungkin berfikir dua kali untuk masuk ke halaman dengan adanya sinaran lampu solar jalan ini.

4. Lampu Solar Nekteck

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

Lampu solar nekteck ini sangat sesuai jika anda mahukan kawasan kolam ikan atau kolam hiasan agar kelihatan menarik dan cantik pada waktu malam.

Mempunyai ciri tahan cuaca dan lasak, lampu ini boleh dipacak terus ke tanah ataupun di dinding. Sinarannya juga bergantung kepada panel solar yang ada.

Jadi untuk diletakkan sebagai hiasan tambahan berdekatan kolam ikan anda, mod cahaya yang redup sudah memadai.

Anda tak perlukan panel solar yang besar kerana ia akan menyebabkan sinaran cahaya itu terlalu terang dan akan mengganggu penglihatan.

5. Lampu Pelita Solar

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

Lampu pelita solar dengan pelbagai reka bentuk ini mampu untuk memeriahkan lagi suasana kaki lima dan taman bunga rumah anda pada waktu malam.

Dikelilingi dengan lampu seperti ini mampu jadikan kediaman anda seperti sebuah resort mewah tau.

Daripada menggunakan minyak tanah untuk nyalakan pelita, apa kata anda cuba sesuatu yang eco-friendly.

Dengan menggunakan sumber semula jadi, anda tidak perlu risau tentang pencemaran atau kebakaran yang mungkin berlaku.

Sama seperti jenis lampu solar lain, lampu pelita ini juga sangat mudah dipasang dan mempunyai kos penyelenggaraan yang sangat rendah.

Ia juga mempunyai ciri automatik sensor di mana ia akan automatik bernyala pada waktu malam dan terpadam menjelang siang. Jadi anda tak perlu risau untuk menguruskan suis lampu ini secara manual.

6. Lampu Solar Motion Sensor

lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED
lampu solar, lampu solar luar rumah, lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar diy, lampu solar LED

Akhir sekali, anda tak perlu lagi pening kepala upah orang untuk pemasangan lampu solar yang mencecah ratusan ringgit.

Dengan modal yang rendah, anda juga mampu untuk memiliki lampu solar dengan pasang sendiri sahaja.

Anda boleh dapatkan pelbagai jenis lampu solar, sama ada beli di kedai ataupun pesan je secara online.

Salah satu jenis yang popular sekarang ini adalah lampu solar motion sensor. Dengan menggunakan tenaga solar, lampu ini mampu mengesan pergerakan manusia dalam lingkungan jarak 26 kaki.

Ini bermaksud ia akan menyala secara automatik jika ia mengesan sebarang pergerakan. Jadi, ia sangat sesuai untuk diletakkan di tembok pagar rumah. Sekurang-kurangnya ia dapat mencegah pencuri daripada masuk ke rumah anda.

Anda juga tak perlu risau soal cuaca kerana lampu solar yang diletak di luar rumah selalunya ada ciri tahan lasak dan kalis air.

Sesuai Ke Guna Lampu Solar Di Malaysia?

Kini, dengan permintaan yang tinggi, teknologi tenaga solar berkembang dengan baik sehingga ia menjadi sumber tenaga yang bersih dan sangat berkesan.

Tenaga solar juga membolehkan anda menjimatkan duit, malah ia juga bagus untuk alam sekitar.

Panel solar boleh menjadi satu cara yang terbaik untuk anda tinggal di rumah yang lebih hijau dengan hanya menggunakan sumber semula jadi.

Mengambil kira kebaikan, kelebihan dan kelemahan yang ada, boleh dikatakan lampu solar sangat relevan dan sesuai untuk digunapakai di Malaysia.

Selamat mencuba!

Panduan Relevan