8 Idea Landskap Halaman Rumah Yang Anda Boleh Buat Sendiri!

·7-min read

Sebelum terciptanya fungsi “share location”, tanda unik rumah selalu jadi rujukan kepada tetamu. Sehingga kini pun, walaupun teknologi makin canggih, tanda unik rumah masih jadi rujukan bagi tetamu yang pertama kali berkunjung. Takut silap rumah, malu saja!

Tanda rumah ni adalah keunikan yang membezakan rumah kita dengan jiran yang lain. Kita pastinya pernah guna atau dengar “rumah sebelah surau, ada pokok jambu” atau “rumah cat hijau ada bunga kertas”, dan pelbagai lagi rujukan landskap yang digunakan sebagai panduan kepada tetamu.

Laman rumah yang indah adalah kebanggaan penghuninya, tetapi ada juga manfaat lain. Di sini, kami senaraikan tiga daripadanya:

1) Naikkan Nilai Hartanah

Landskap rumah yang dibuat dengan baik dan elok sebenarnya boleh menaikkan nilai hartanah anda. Dianggarkan, rumah berlandskap cantik, nilainya boleh naik antara 10% hingga 12%, berbanding rumah yang halamannya tidak terjaga. Boleh tahan beza harga tu kan?

2) Jimat Tenaga

Pokok besar dan tinggi menjulang boleh meredupkan rumah sekaligus mengurangkan bahang. Ada masanya tak perlu guna kipas sebab rumah sudah teduh dan sejuk. Jika kedudukan pokok yang ditanam dibuat dengan betul, dianggarkan 25% kos tenaga dapat dikurangkan.

3) Kurangkan Risiko Jenayah

halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah
halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah

Kajian pakar jenayah mendapati ada hubungan antara kadar jenayah dengan landskap kejiranan. Mereka percaya persekitaran halaman kejiranan dan rumah yang usang, lusuh dan tidak terurus menaikkan dorongan seseorang melakukan jenayah.

Sementara halaman yang terurus dan dijaga rapi boleh menenangkan pemikiran dan mewujudkan rasa selamat yang boleh menurunkan risiko jenayah berlaku.

Jadi, jika rumah anda ada halaman, luas atau kecil, bolehlah mula memberi tumpuan kepada kerja-kerja landskap kerana banyak manfaat dan faedahnya.

Kami senaraikan lapan cara dan inspirasi yang boleh anda contohi.

1) Tak Bermaksud Pokok Serimbun

Ada salah tanggapan tentang landskap halaman rumah bahawa semakin banyak pokok, semakin cantik halaman.

Ini bukan perkara tepat dalam seni hiasan landskap, kerana susun atur dan kualiti pokok yang digunakan lebih penting.

Apatah lagi jika anda tidak banyak masa untuk merapikannya atau halaman rumah tidak luas. Jadi pilihan terbaik anda adalah gaya minimalis Scandinavian.

Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit dilengkapi dengan set kerusi rehat atau meja makan berona semulajadi sebenarnya sudah mencukupi.

halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah
halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah

Bukan semua halaman perlukan rumput, cukup dengan pokok hijau yang dijaga rapi dan kemas.

halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah
halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah

Gabungan jubin dan hiasan pokok minimal untuk laman rumah anda.

2) Rumput Pilihan Ramai

Kemasan berbatu untuk landskap rumah mungkin bukan pilihan ramai, kerana suasana laman hijau sekeliling rumah lebih mengasyikkan.

Jadi, pemilihan rumput yang sesuai perlu dilakukan supaya masalah penjagaan tidak timbul. Pening kepala kalau rumput yang ditanam memburukkan halaman pula.

Untuk cuaca Malaysia, antara jenis rumput yang jadi pilihan ramai ialah Japanese carpet grass, Philippines carpet grass, cow grass dan pearl grass. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terpulang kepada kehendak anda.

Misalnya, cow grass dan pearl grass lebih murah dan tahan lasak tetapi teksturnya lebih kasar. Sementara Japanese carpet grass dan Philippines carpet grass pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi, tetapi rasanya lebih lembut dan nampak mewah.

halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah
halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah

4 jenis rumput yang sesuai untuk cuaca Malaysia.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan rumput tiruan yang lebih murah dan lebih mudah dijaga. Walaupun begitu, ada beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan jenis ni.

Antara kelebihan rumput tiruan ialah menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan, tahan lasak, dan selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.

Kekurangannya pula adalah ia ada risiko kepanasan dan boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang kuat matahari. Jadi, tepuk dada tanya selera, guna yang asli atau tiruan.

halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah
halaman rumah, landskap rumah, lanskap laman rumah, landskap laman rumah, landskap halaman rumah, lanskap halaman rumah

Penggunaan rumput sesuai untuk melengkapkan hiasan landskap rumah anda.

3) Air Lengkapi Halaman

Landskap halaman terasa tidak lengkap tanpa air, baik dalam bentuk kolam atau pancuran. Banyak jenis kolam atau pancuran yang anda boleh pilih, tetapi pastikan ia dibuat dengan betul, jangan nanti jadi tempat membiak nyamuk pula!

Antara impian ramai orang adalah kolam ikan koi, kerana ia boleh menjadi lambang status pemiliknya. Harga seekor ikan koi dari Jepun dalam pasaran boleh mencecah ribuan Ringgit!

Ikan koi adalah lambang prestij keluarga (untuk sesetengah orang)!
Ikan koi adalah lambang prestij keluarga (untuk sesetengah orang)!

Ikan koi adalah lambang prestij keluarga (untuk sesetengah orang)!

Jika anda bukan peminat ikan kerana faktor penjagaan dan penyeliaan kolam yang mahal dan rumit, anda juga boleh meletakkan pancuran air di halaman rumah. Bunyi air mengalir dalam rimbunan hijau juga boleh beri ketenangan selepas sibuk bekerja.

Pancuran air juga boleh digunakan untuk melengkapkan halaman
Pancuran air juga boleh digunakan untuk melengkapkan halaman

Pancuran air juga boleh digunakan untuk melengkapkan halaman.

4) Guna Barang Kitar Semula

Gaya hidup semasa yang menghendakkan banyak barangan menyebabkan banyak masalah.

Maka, sekiranya anda mempunyai banyak barangan terpakai, apa kata ubahnya menjadi pasu bunga atau tempat duduk di halaman rumah anda.

Bukan saja jimatkan kos dan selamatkan alam sekitar, halaman rumah juga nampak unik berbanding orang lain.

Antara barangan yang boleh dikitar semula termasuklah tayar, tin, botol plastik dan perabut lama. Kalau dibuat kena gayanya, memang nampak cantik dan berbaloi.

Tayar dan tin terpakai dikitar semula untuk halaman rumah.
Tayar dan tin terpakai dikitar semula untuk halaman rumah.

Tayar dan tin terpakai dikitar semula untuk halaman rumah.

Bina kolam air di halaman rumah guna tayar terpakai.
Bina kolam air di halaman rumah guna tayar terpakai.

Bina kolam air di halaman rumah guna tayar terpakai.

5) Rimbunan Hijau

Bagi mereka yang sukakan kehijauan merimbun di halaman rumah, boleh juga menggunakan konsep Taman Bali.

Berbanding hanya menanam pokok tanpa susun atur dan membiarkannya tumbuh merimbun, konsep Taman Bali menekan aspek lapisan struktur dan tumbuhan.

Lima aspek utama Taman Bali yang anda boleh cuba terapkan adalah:

  • Tumbuhan hijau

  • Batu dengan warna asli atau gelap

  • Arca hiasan

  • Perabot kayu

  • Kolam/takungan air

Konsep Taman Bali ini boleh dilakukan tanpa mengira saiz halaman anda, asalkan lima aspek utama di atas dipenuhi, anda sudahpun mempunyai halaman bergaya Taman Bali.

Saiz halaman sempit bukan masalah untuk buat Taman Bali.
Saiz halaman sempit bukan masalah untuk buat Taman Bali.

Saiz halaman sempit bukan masalah untuk buat Taman Bali.

Anda juga boleh bina gazebo untuk lengkapkan Taman Bali anda!
Anda juga boleh bina gazebo untuk lengkapkan Taman Bali anda!

Anda juga boleh bina gazebo untuk lengkapkan Taman Bali anda!

6) Shizen, Kanso, Dan Koko

Susun atur landskap, pohon menghijau dan hiasan halaman rumah boleh memberikan ketenangan luar biasa jika dibuat penuh teliti.

Bagi mereka yang sukakan halaman yang rapi dan tersusun, konsep Taman Zen adalah pilihan terbaik untuk anda.

Berpaksikan kepada tiga konsep utama iaitu kesemulajadian (Shizen), keringkasan (Kanso) dan Kecekinan (Koko), halaman Taman Zen bermatlamat mencetuskan ketenangan luar biasa!

Taman Zen mewujudkan persekitaran meditasi alam.
Taman Zen mewujudkan persekitaran meditasi alam.

Taman Zen mewujudkan persekitaran meditasi alam.

Fokus Taman Zen adalah batu yang diletakkan dengan penuh teliti jadi pusat tumpuan, dikelilingi pasir atau kerikil. Anda masih boleh meletakkan pokok dan bunga, tetapi ia perlulah dalam jumlah yang minimum.

Laluan berbatunya pula perlu ringkas, selalunya, Taman Zen tidak mengandungi kolam air, walaupun rekaan moden kerap meletakkannya sebagai tarikan tambahan.

Taman Zen adalah untuk mewujudkan persekitaran meditasi yang boleh mencetuskan ketenangan dalam diri. Ada berani mau cuba? Prosesnya sukar, tetapi berbaloi untuk ketenangan dalam diri dan rumah anda.

Kesemulajadian, keringkasan dan kecekinan jadi matlamat Taman Zen.
Kesemulajadian, keringkasan dan kecekinan jadi matlamat Taman Zen.

Kesemulajadian, keringkasan dan kecekinan jadi matlamat Taman Zen.

7) Halaman Ala Padang Pasir

Bukan semua rumah yang mempunyai tanah halaman subur, walaupun kita tinggal di Malaysia.

Sekiranya ada mempunyai laman yang tidak begitu subur dan tidak mahu menggunakan baja kimia berlebihan, boleh memilih taman kaktus ala padang pasir. Menarik dan unik kan?

Kaktus juga ada kelebihan tersendiri kerana ia tidak memerlukan banyak air, sesuai jika untuk orang yang sibuk bekerja.

Mudah dijaga dan masih nampak cantik tu!
Mudah dijaga dan masih nampak cantik tu!

Mudah dijaga dan masih nampak cantik tu!

Selain tak perlukan siraman air kerap, kaktus juga ditanam di tanah campuran kompos, tanah pasir dan batu kecil atau pecahan tanah liat.

Ia menggunakan baja nitrogen rendah atau organik yang selalunya disembur sekali setiap dua minggu saja. Mudah kan penjagaannya?

Walaupun berduri dan hijau padang pasir, jika susun aturnya betul, laman kaktus masih nampak menarik.

8) Rugilah Tanam Bunga, Tak Boleh Makan

Bukan semua orang dapat ketenangan dengan halaman penuh bunga dan pokok merimbun. Mereka praktikal bukan sentimental, bagi mereka, rugi saja tanam bunga, bukan boleh buat makan!

Jadi, jika anda termasuk dalam golongan ini, anda masih boleh bercucuk tanam di halaman rumah, tetapi pilihan tanaman mestilah sayur, herba, atau buah-buahan.

Semua tu anda boleh tuai untuk kegunaan sendiri atau berkongsi dengan jiran tetangga, atau boleh juga jual untuk pendapatan sampingan!

Apatah lagi dengan kos barangan keperluan harian yang semakin meningkat, ada faedahnya juga bercucuk tanam sayur dan herba.

Malah, jangan tak tahu, kerajaan sendiri sangat menggalakkan penduduk terutama di bandar menanam sendiri sayur, herba dan buah-buahan untuk kegunaan sendiri.

Misalnya, yang dibuat Mohd Nor Amri Mohd Nasir ini yang bercucuk tanam di halaman rumahnya sehingga hasil kebunnya boleh dijual di pasar!

Mohd Nor Amri Mohd Nasir bercucuk tanam di halaman rumahnya sendiri.
Mohd Nor Amri Mohd Nasir bercucuk tanam di halaman rumahnya sendiri.

Mohd Nor Amri Mohd Nasir bercucuk tanam di halaman rumahnya sendiri.

Hasil tanaman bukan sahaja boleh digunakan sendiri tetapi juga dijual!
Hasil tanaman bukan sahaja boleh digunakan sendiri tetapi juga dijual!

Hasil tanaman bukan saja boleh digunakan sendiri tetapi juga dijual!

Bukan Semua Ada Halaman, Gunakan Sebaik Mungkin

Bukan semua orang beruntung mempunyai halaman rumah, apatah lagi jika anda tinggal di bandar besar. Oleh kerana itu, jika anda termasuk dalam golongan yang beruntung ini, bolehlah cuba meneroka pilihan landskap halaman yang ada.

Banyak manfaat landskap laman rumah yang terjaga dan cantik dipandang. Bukan saja jadi kebanggaan sekeluarga untuk ketenangan jiwa dan redupkan mata, ia boleh juga mengeratkan hubungan komuniti dan menjadi tempat bualan ramai. Rumahku syurgaku, kan?