8 Fakta Anda Kena Tahu Tentang PR1MA!

·7-min read
8 Fakta Anda Kena Tahu Tentang PR1MA!
8 Fakta Anda Kena Tahu Tentang PR1MA!

Click here for the English version.

Kerajaan Malaysia kini sedang berhempas-pulas untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada anda!

Usaha ini bermula dengan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia – PR1MA, atau dikenali juga sebagai PRIMA. Apakah maknanya program ini untuk anda?

Penting ke untuk anda ambil tahu pasal ni? Mestilah penting, lagi-lagi kalau anda memang tengah mencari rumah pada harga yang berpatutan.

Jom baca pasal PRIMA ni dengan lebih lanjut, dan cara macam mana nak mohon. Mana tahu berkenan, bolehlah cuba!

1) Apa itu PR1MA?

PRIMA ni projek perumahan mampu milik di bawah Akta PR1MA 2012. Berikut adalah senarai rumah PR1MA sedia ada yang boleh anda beli!

Tujuan atau objektif program ni ditubuhkan adalah untuk merancang, membangunkan, membina dan mengekalkan perumahan bermutu tinggi untuk orang yang duduk di kawasan bandar utama, tapi berpendapatan isi rumah sederhana.

CH_Pros and Cons of Buying A PR1MA Home - 4
CH_Pros and Cons of Buying A PR1MA Home - 4

2) Apa Itu Rumah PR1MA?

Rumah PRIMA direka supaya dapat menjadi sebahagian daripada komuniti bersepadu, yang mana anda akan dapat memilih dari pelbagai jenis unit pada saiz yang berbeza.

Semua ni untuk memenuhi keperluan rakyat di pusat bandar yang tengah pesat berkembang di Malaysia.

Kebanyakan projek PR1MA terletak di lokasi yang kondusif dan menarik seperti dalam bandar utama di seluruh Malaysia.

Oleh itu, terdapat pelbagai kemudahan berdekatan dengan perumahan PRIMA termasuk sekolah, kedai runcit, akses kepada pengangkutan awam dan bermacam lagi.

3) Berapa Harga Rumah PR1MA?

Semua Rumah PRIMA berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 sahaja.

Murah la kalau nak bandingkan dengan kebanyakan rumah kat luar sana sebab program ni memang nak sediakan rumah pada harga berpatutan.

Oleh itu, orang yang bergaji sederhana tu pun mampu nak beli rumah!

CH_Pros and Cons of Buying A PR1MA Home - 8
CH_Pros and Cons of Buying A PR1MA Home - 8

4) Di Mana Ada Rumah PR1MA?

Seperti diberitahu, rumah PR1MA anda boleh jumpa di banyak lokasi seluruh negara. Tapi, kami senaraikan beberapa projek yang masih tersedia untuk anda (setakat 13 Ogos 2021) untuk anda cuba mohon:

4a) Utara

4b) Tengah

4c) Selatan

4d) Pantai Timur

4e) Sabah & Sarawak

PGMY_No_1
PGMY_No_1

5) Siapa Yang Layak Mohon Skim PR1MA Ni?

Untuk pastikan anda layak ke tak untuk terima skim ni, semak dulu jika semua kriteria di bawah ni anda penuhi, iaitu:

  • Wargenegara Malaysia

  • Pendapatan isi rumah individu atau bersama antara RM2,500 – RM15,000

  • Umur lebih 21 tahun

  • Anda dan pasangan tak memiliki lebih dari 1 rumah

6) Perlu Ke Bayar Untuk Daftar PR1MA?

Jangan risau, sebab pendaftaran untuk perumahan PRIMA ialah PERCUMA!

Tak ada sebarang caj yang akan dikenakan semasa anda mendaftar dan tiada juga bayaran yang diperlukan untuk yuran peguam.

Hanya perlu mendaftar di laman web rasmi PR1MA, atau pergi ke mana-mana pejabat PR1MA dan galeri jualan PR1MA.

Bagaimanapun, sebaik sahaja anda memilih satu unit pilihan, ada bayaran tempahan sebanyak RM500 (berkuatkuasa 1 Jun 2019) sebagai tanda komitmen untuk membeli dan menempah unit tersebut sehinggalah Perjanjian Jual dan Beli (SPA) ditandatangani.

Real,Estate,Agent,Signing,Contract,Agreement,In,Office,,Concept,For
Real,Estate,Agent,Signing,Contract,Agreement,In,Office,,Concept,For

RM500 ini dianggap sebahagian daripada bayaran harga belian atau sebahagian kos lain-lain, tertakluk kepada kebenaran pembeli.

Anda boleh bayar duit tempahan ini menerusi cek, draf bank atau kiriman wang. Tapi kena ingat yang ia hanya akan dipulangkan semula dengan sebab sah dan disertakan dengan dokumen sokongan.

Untuk mendapatkan semula duit tu, anda hanya perlu hantar surat permohonan dengan bukti sokongan melalui info@pr1ma.my

Jika diluluskan, bayaran akan dibuat dalam tempoh tiga bulan dan dimasukkan ke dalam akaun bank anda selaku pembeli/pemohon.

7) Macam Mana Nak Mohon PRIMA?

Sistem laman web PRIMA memang mudah sangat nak guna, jadi anda tak perlu risau. Mulakan perjalanan anda memilik rumah idaman dengan melayari https://www.pr1ma.my/ dan bolehlah pilih nak daftar dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris.

Langkah 1 – Pendaftaran

apa-itu-prima1
apa-itu-prima1

Mula-mula, anda pergi ke 'page' pendaftaran akaun dan isi semua butiran yang berkaitan, seperti nombor IC, tarikh lahir, status wargenegara, dan alamat emel.

Anda kena sertakan sekali beberapa dokumen seperti salinan IC dengan slip gaji, atau penyata bank terkini.

Daftar ni percuma je, jika anda dah berkahwin, anda juga boleh mendaftar bersama pasangan anda, tak perlu daftar berasingan.

Lepas dah selesai pendaftaran, anda akan terima emel pengesahan dari PR1MA.

Langkah 2 – Permohonan Rumah PRIMA

apa-itu-prima2
apa-itu-prima2

Bila nak mohon untuk skim PR1MA ni, anda kena tunggu pengundian dibuka, lepas itu baru boleh mohon untuk pembangunan hartanah yang tertentu je.

Siapa yang dah daftar, memang akan dapat emel bila ada pembangunan baru di lokasi yang dah dipilih.

Lepas dah dapat emel, terus login di laman web PRIMA guna User ID dengan password yang anda daftar sebelum ni.

Di situ boleh lah cari info projek yang dah dibuka untuk permohonan rumah PRIMA. Kalau rasa dah berminat, daftar terus di projek tu sebelum tarikh tutup, dan anda akan dapat pengesahan permohonan melalui emel.

Langkah 3 – Pengundian

Undian PR1MA ni memang terbuka, telus dan jujur, jadi mereka memang adil dalam nak agihkan rumah dari pembangunan PR1MA kepada pemohon.

Kalau permohonan rumah PRIMA dah berjaya, anda akan diberitahu menerusi emel, atau boleh juga semak nama di https://www.pr1ma.my/

Langkah 4 – Pemilihan Unit

apa-itu-prima3
apa-itu-prima3

Selesai je proses pengesahan permohonan pemilihan unit, anda akan dijemput untuk pilih unit mana yang anda nak. Bergantung kepada projek, unit-unit mungkin ada saiz lain-lain, jadi harga pun beza la juga.

Kalau unit yang dipilih tu dah terlebih ramai yang nak, dan permohonan pun tak berjaya, anda mohon la untuk masuk dalam senarai menunggu (waiting list) dulu.

Tapi, PR1MA tak boleh jamin bilakah unit tu akan tersedia, maka elok juga kalau tengok-tengok dulu dan mohon projek PR1MA yang lain.

Mana tahu ada yang lain berkenan di hati kan. Bila anda dah terpilih untuk pembangunan lain, automatik nama akan dikeluarkan dari senarai menunggu.

Langkah 5 – Pembiayaan

apa-itu-prima4
apa-itu-prima4

Pemohon PR1MA boleh buat pinjaman dari mana-mana je institusi kewangan pilihan anda, tapi kena tahu yang skim PR1MA ni boleh dapat manfaat dari insentif kewangan dan pinjaman rumah yang tertentu, seperti di bawah ni:

Pembiayaan (End-Financing)

Skim Rent-To-Own

Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)

Care by Prima

Langkah 6 – Tandatangan SPA

Bila dah terpilih masa pengundian, dah pilih unit, dah gerenti dapat pembiayaan yang sepatutnya, maka tibalah masa untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli, atau Sale and Purchase Agreement (SPA).

Kontrak sah ni dah terkandung semua terma dan syarat antara pemaju, PR1MA dan semestinya lah anda, sebagai pembeli rumahnya.

Langkah 7 – Masuk Rumah PR1MA Baru!

apa-itu-prima6
apa-itu-prima6

Akhirnya setelah selesai semua benda kat atas ni, lagi-lagi lepas dah dapat tandatangan SPA, anda sudah bersedia untuk pindah masuk ke rumah baru!

Pembeli rumah akan terima Sijil Penyelesaian dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance; CCC) untuk sahkan perjanjian yang dibuat, dan anda kini adalah pemilik rumah PR1MA yang baru!

Senarai Rumah PR1MA Kedah
Senarai Rumah PR1MA Kedah

Cari Rumah PR1MA

Senarai Rumah PR1MA Kedah

7 Rumah PR1MA Sabah Yang Anda Masih Boleh Beli
7 Rumah PR1MA Sabah Yang Anda Masih Boleh Beli

Cari Rumah PR1MA

7 Rumah PR1MA Sabah Yang Anda Masih Boleh Beli

8) Apa Lagi Kena Tahu Tentang PR1MA?

PR1MA ni direka khas untuk menolong rakyat Malaysia yang sangat memerlukan rumah pada harga mampu milik.

Disebabkan itu, ada beberapa syarat yang anda kena patuh untuk kita sama-sama capai objektif PR1MA ni:

  • Hanya pemilik boleh duduk di Rumah PR1MA dan tak boleh nak suka-suka sewa.

  • Pemilik tak boleh nak jual rumah PR1MA ni dalam masa 5 tahun selepas beli.

  • Sesetengah negeri mungkin ada garis panduan tambahan, jadi pastikan untuk semak dulu syarat kat negeri yang anda nak mohon tu.

Kami kumpulkan beberapa soalan lazim yang selalu orang tanya untuk anda juga, senang kan?

8a) Jika saya tinggal di Malaysia tapi pasangan duduk luar negara, adakah kami layak?

Ya, anda layak memohon selagi mana pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000.

8b) Saya akan berkahwin, saya perlu daftar sebagai individu atau sudah berkeluarga?

Anda boleh mohon sebagai individu buat masa sekarang. Bagaimanapun, anda perlu kemas kini profil anda dengan maklumat pasangan selepas perkahwinan untuk permohonan pengundian nanti.

8c) Berapa kerap saya kena kemas kini profil?

Anda perlu kemas kini profil jika ada sebarang perubahan dalam permohonan anda.

CH_What Is PR1MA And How Do I Apply For This Scheme - 5
CH_What Is PR1MA And How Do I Apply For This Scheme - 5

8d) Jika saya ada masalah mendaftar atau wujud masalah teknikal di laman web PR1MA, apa saya perlu buat?

Hubungi terus Pusat PR1MA di (+603) 7628 9898 dari Isnin hingga Ahad (9am – 5pm). Anda juga bole hantar email ke info@pr1ma.my

8e) Saya terlupa nama dan kata kunci akaun saya?

Anda boleh dapatkannya semula di https://register.pr1ma.my

Perasaan nak dapat beli rumah tu memang seronok macam nak lompat-lompat, tapi kadang-kadang tak lah semudah yang disangka.

Sebab tu ada skim perumahan mampu milik macam PR1MA ni untuk membantu mana-mana rakyat yang layak untuk memiliki rumah.

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting