Advertisement

7 Tips Iklan Jual Rumah Berkesan Untuk Ejen Hartanah Malaysia!

Click here for English version

Ejen adalah aspek penting dalam ekosistem pasaran hartanah Malaysia. Mereka bukan je seperti ensiklopedia hartanah tetapi juga hero yang memastikan kelancaran dan keberkesanan proses jual beli.

Maka, ejen hartanah yang baik mempunyai wawasan utuh dalam kerjayanya.

Matlamat kerjaya mereka perlu mengutamakan pembeli mendapat tawaran terbaik, ada maklumat terperinci mengenai pelaburan hartanah yang menguntungkan dan pakar proses kerta kerja bagi menjimatkan masa dan memudahkan proses jual beli.

Banyak kan kerja mereka? Jangan fikir kerja ni senang, banyak tanggungjawab!

Profesionalisme mereka juga dipantau Lembaga Penilai, Penaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurusan Hartanah Malaysia (LPPEH/BOVAEP, yang dulu dikenali sebagai BOVAEA).

Ada prosesnya nak jadi, ada pendaftaran dan pentauliahan, salah di sisi undang-undang jika anda melakukan transaksi hartanah tanpa lesen REN/REA ya!

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Pendaftaran ini penting untuk memastikan pengawasan industri yang adil dan telus. Pelanggan pun rasa selamat terima layanan jujur, dan bantuan dalam perjalanan urusan hartanah mereka.

Terdapat dua peranan utama dalam industri hartanah di Malaysia:

  • Ejen hartanah (REA) - Ejen berkelayakan yang telah menamatkan pengajian dua tahun dalam Diploma Agensi Hartanah yang ditadbir oleh LPPEH. Ini diikuti oleh dua tahun latihan praktikal yang diselia oleh REA yang berkelayakan sepenuhnya, dan penyerahan log kerja kepada LPPEH.

  • Perunding hartanah (REN) – Golongan profesional yang telah memperoleh Sijil Perunding, dan berdaftar dengan agensi hartanah melalui LPPEH sebagai REN.

Jika anda mahukan panduan rujukan cepat untuk pelanggan, REA dan REN mesti memaparkan bukti kelayakan mereka melalui lencana nama.

Lencana REA berwarna biru, dan lencana REN berwarna merah. Itulah panduan visual yang sangat mudah untuk mengenal pasti perbezaan besar daripada segi kelayakan, dan pengalaman dalam industri!

Sebagai Ejen Hartanah, Fahami Strategi Pengiklanan Ini!

Jika anda seorang ejen hartanah di Malaysia, anda akan banyak terlibat dalam iklan hartanah. Ingat! pengiklanan adalah permainan strategi.

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Ejen hartanah tanpa strategi pengiklanan seperti orang bercakap dengan dinding. Takda siapa dengar. Itu bukan caranya untuk berjaya sebagai ejen hartanah di Malaysia.

Jika anda ejen hartanah berdaftar, anda mempunyai akses kepada saluran pengiklanan senarai hartanah anda di PropertyGuru, yang kini mempunyai lebih 500,000 senarai hartanah untuk dijual atau disewa!

PropertyGuru adalah laman web hartanah No 1 Malaysia dengan pegangan pasaran sebanyak 68% dan 12 juta lawatan setiap bulan pada Q1 2021!

Sebagai ejen hartanah, jumlah itu adalah bakal pembeli yang berpotensi besar untuk anda, tapi kena ingat, anda juga berdepan persaingan yang sangat SENGIT!

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang sebagai ejen hartanah di PropertyGuru!

Dah daftar? Terbaik! Sekarang bagaimana anda nak menyerlah sebagai ejen hartanah dalam pasaran yang sangat kompetitif?

Kami kumpulan 7 cara untuk anda mula. Jom baca!

1. Gambar Menarik

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Gambar atau visual menarik adalah cara terbaik menarik perhatian pemburu hartanah bila buat iklan.

Anda perlu memuatnaik gambar yang cantik dari sudut yang tepat bagi hartanah yang anda iklankan. Cari sudut terbaik dan paling menarik!

Jika malas dan hanya guna sekeping gambar saja, bakal pembeli berkemungkinan besar pun jadi malas nak tengok iklan anda.

Sebabnya, apa yang anda tak tunjuk sebenarnya jauh lebih penting daripada apa yang anda tunjuk. Jadi, kena kurangkan rasa tak percaya bakal pembeli!

Ambil lah gambar lawa berkualiti tinggi untuk iklan hartanah anda, sebab itu memang yang bakal pembeli nak tengok mula-mula.

Misalnya, tangkap dan muat naik gambar setiap bilik dan ruang, kelebihan utama dan pemandangan cantik yang berpotensi tarik minat bakal pembeli.

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Gambar luar hartanah juga boleh menjadi selling point. Sebabnya ia membantu menunjukkan keseluruhan bangunan atau keadaan kawasan tempatan secara amnya.

Jangan lupa mana-mana ruang luaran, ramai yang suka ruang tambahan! Ada balkoni besar ke, ada stor luas ke...semua penting!

Pastikan juga gambar bahagian dalaman hartanah bersih dan tak bersepah. Ini penting supaya bakal pembeli dapat bayangkan apa yang mereka boleh buat.

Misalnya, bilik tidur jangan berselarak dengan pakaian atau barangan sebab susah bakal pembeli nak bayangkan bagaimana nak letak katil dan perabot dalam bilik tidur tu.

Keadaan yang bersih juga menggambarkan tahap profesionalisme anda yang bersedia nak bantu bakal pembeli dapat rumah terbaik.

Lagipun siapa nak beli atau pergi tengok rumah bersepah dan kotor?

2. Jual Pengalaman Ruang

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Gambar ada kuasa menarik minat orang, tapi kata-kata ada keistimewaan tersendiri untuk meyakinkan orang membeli atau menyewa hartanah.

Lupakan ayat-ayat kosong tanpa emosi yang hanya beritahu fungsi bilik, bosan! Jadi, tambah sikit emosi bila menjual.

Misalnya, untuk tarik minat bakal pembeli kepada ruang 500 kps, apa kata karang ayat emosi sikit, seperti ni:

Ruang tamu yang luas dan terang benderang disebabkan tingkap-tingkap besar, senang nampak pemandangan menakjubkan di luar, siap ada balkoni khas yang menghubungkan ruang dalaman dan luaran rumah, unik dan lain dari yang lain. Bukan senang nak cari rumah ada balkoni luas!

Kata-kata berkuasa. Ia tak patut digunakan hanya untuk menerangkan ruangan rumah yang ada, tapi juga perlu mengusik emosi dan motivasi bakal pembeli. Bila ada emosi dan motivasi, barulah iklan anda berbeza dari yang lain.

Tapi, perkara terpenting adalah selaku ejen, anda kena tunjuk sikap profesional. Jangan tergesa-gesa buat iklan tanpa periksa keadaan rumah dulu.

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Anda juga boleh dapatkan pandangan orang lain dalam mengarang ayat terbaik untuk menarik minat bakal pembeli.

Paling penting, periksa ejaan! Iklan tak boleh guna bahasa mat rempit, nampak anda tak profesional dan susah nak dipercayai.

Gunakan bahasa yang anda selesa, samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.

Selepas dah periksa semua ejaan, bolehlah letak di laman web pilihan anda (PropertyGuru misalnya)....

3. Maklumat & Fungsi Ruangan

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Dah habis karang ayat yang indah dan berbunga-bunga sikit, jangan lupa aspek fungsi! Matlamat bakal pembeli atau penyewa adalah untuk dapatkan maklumat terperinci hartanah itu.

Berapa besar bilik tidur? Berapa banyak unit dalam satu bangunan? Bagaimana dengan kawalan keselamatan?

Di PropertyGuru, kami menawarkan aspek ini dengan ciri pelayaran mudah untuk ejen dan pembeli. Butiran penting seperti jenis hartanah, saiz lantai, tempoh, tahun siap, dan sebagainya perlu dimasukkan jika mahu iklan ada impak.

Semakin banyak butiran fizikal ruang anda berikan, semakin percaya dan faham bakal pembeli. Ia juga boleh menjimatkan masa anda, tak perlu terang banyak kali dah.

4. Akses Keluar- Masuk/Pengangkutan Awam

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Soal akses kepada hartanah adalah aspek penting untuk hartanah, sebab tu anda kena beri tumpuan bila buat iklan.

Bakal pelanggan anda semestinya nak tahu jika kawasan itu dekat dengan bandar atau terletak di kawasan terpencil dengan jalan sempit.

Anda boleh beri maklumat terperinci tentang jalan raya atau lebuh raya dan jaringan sistem pengangkutan awam berhampiran bila mengiklan di PropertyGuru. Boleh juga buat dalam bentuk peta asas jika anda buat iklan bercetak.

5. Tambah Maklumat Pelan Rumah

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Cara paling mudah tapi berkesan untuk tunjuk ruangan hartanah adalah dengan letak pelan lantai rumah.

Pelan lantai yang jelas menunjukkan kedudukan bilik tidur, dapur, tandas, bilik air serta saiznya membolehkan bakal pembeli ada gambaran tentang hartanah itu.

Visualisasi yang dibuat mereka sendiri akan menaikkan peluang untuk mereka menghubungi anda. Ini proses yang sangat kritikal.

6. Perluaskan Iklan Anda

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Tempat terbaik untuk buat iklan hartanah dan pastikan ia dibaca ramai pemburu hartanah adalah laman web dan platform. Apatah lagi jika laman web itu No 1 di Malaysia.

Anda juga boleh buat iklan guna ‘saluran tradisional’ seperti surat khabar atau edar risalah.

Tak semua rakyat Malaysia mahir guna internet untuk buat carian hartanah dalam talian, tapi semua orang perlukan rumah.

Pastikan anda buat analisis pasaran untuk jenis hartanah yang anda tawarkan dan memahami cara terbaik untuk mendekati bakal pembeli di pasaran itu.

Pendek kata, jika sasaran anda ialah pembeli berusia, iklan surat khabar atau radio atau TV adalah kaedah yang tepat. Tapi, jika anda nak cari pembeli muda, internet adalah saluran terbaik.

7. Maklumat Untuk Dihubungi!

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Anda boleh karang ayat bunga-bunga penuh emosi, lengkap dengan semua maklumat, pendek kata memang terbaik di dunia lah!

Tapi, jika tak sertakan maklumat untuk dihubungi, memang tak akan jadi apa-apa. Sertakan maklumat jelas siapa yang perlu dihubungi dan langkah seterusnya.

Aspek ni bukan saja soal common sense, tapi ia peruntukan undang-undang ya!

Undang-undang kata semua iklan hartanah yang disiarkan dalam surat khabar, papan iklan atau laman web/portal hartanah wajib ada perkara ni.

Perkara wajib ada dalam iklan hartanah

  • Nombor e-pendaftaran ejen hartanah

  • Nama REN yang relevan

  • Nombor pendaftaran

  • Maklumat untuk dihubungi

Apakah Peraturan Iklan Hartanah?

Agensi harta tanah di Malaysia ditadbir oleh Akta Penilai, Penaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 (Akta 242) yang diselia Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Syarat menyertakan maklumat untuk dihubungi dinyatakan dengan jelas dalam peraturan pengiklanan. Jika anda seorang ejen hartanah di Malaysia, anda akan tahu ia adalah penting!

Di bawah seksyen 24(1) Akta 1981, jika ejen hartanah melanggar peraturan, mereka boleh dihukum dengan:

  • Pendaftaran mereka dibatalkan

  • Menggantung lesen mereka untuk tempoh tidak lebih daripada tiga tahun

  • Amaran bertulis dalam rekod mereka

  • Amaran dan denda tak lebih RM5,000, tapi amaran tak dimasukkan dalam rekod mereka

  • Denda tak lebih RM10,000, kesalahan direkodkan, lesen mungkin digantung sehingga denda dibayar

Tapi, untuk hukuman melibatkan denda, pembicaraan dengan sekurang-kurangnya sepuluh ahli Lembaga mestilah diadakan.

Ejen hartanah akan mempunyai peluang untuk mempertahankan diri mereka terhadap tuntutan itu. Rayuan boleh dibuat jika defendan tak berpuas hati dengan hukuman.

Satu lagi perkara penting ialah anda perlu menjadi REA berdaftar untuk buat iklan!

Anda tak boleh berpura-pura bahawa anda telah melengkapkan kelayakan empat tahun dan melekat poster pada batang pokok dan tiang lampu.

rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual
rumah untuk dijual, rumah untuk disewa, ejen hartanah, beli rumah , iklan rumah sewa, iklan rumah untuk dijual

Fasal 30 (1) Akta 242 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981, menyatakan sesiapa yang ditangkap menjalankan tugas ejen harta tanah secara haram boleh didenda sehingga RM300,000 dan/atau dihukum penjara sehingga tiga tahun!

LPPEH baru-baru ini mendedahkan bahawa mereka mengesan seramai 100,000 ejen hartanah palsu di Malaysia!

Jika anda bimbang tentang ejen tak bertauliah ni, ikuti langkah-langkah ni, anda juga boleh hubungi Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA) untuk maklumat lanjut.

LPPEH juga mewujudkan pangkalan data untuk mencari dan mengesahkan ahli, agensi, atau REN.

REA atau REN adalah pekerjaan penting yang perlu ada integriti. Sebab itulah undang-undang wujud untuk memastikan penjual hartanah, pembeli, atau penyewa percaya kepada ejen.

Iklan hartanah pula aspek menarik dan penting untuk ejen, jadi kena juga ada peraturan.

Selamat menjual!

Panduan Relevan