7 Reka Bentuk Rumah Setingkat Yang Sesuai di Malaysia

·6-min read

Rumah setingkat masih banyak dijumpai di kampung-kampung dan kawasan luar Lembah Klang. Kos pembinaan jauh lebih rendah. Dan ianya sesuai bagi kita yang mengah bila selalu naik turun tangga.

Tapi dengan rumah setingkat sekalipun, anda masih boleh pilih reka bentuk yang cantik dan unik! Dalam artikel ni, kami senaraikan beberapa reka bentuk rumah untuk anda cuci mata, mana tahu ada yang berkenan di hati.

 

1) Rumah Moden Pertengahan Abad

pelan rumah setingkat, design rumah setingkat, rumah setingkat
pelan rumah setingkat, design rumah setingkat, rumah setingkat

Rekaan jenis mid-century (pertengahan abad) ni adalah satu kategori yang agak luas. Ia merangkumi reka bentuk antara tahun 1933 hingga 1965, dan banyak mengambil pengaruh daripada Revolusi Industri pada hujung abad ke-19 dan zaman selepas Perang Dunia Pertama.

Reka bentuk ini menampilkan elemen garisan lurus dan kemas.

Elemen lain termasuklah tingkap kaca yang besar, dinding kaca, dan ruang terbuka. Rekaan macam ini menggalakkan orang rumah untuk keluar ke laman.

Cahaya matahari serta angin yang masuk pun boleh buat kita rasa senang, dan tak rasa terperuk dalam gua macam bunian.

pelan rumah setingkat, design rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
pelan rumah setingkat, design rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Tingkap kaca ini juga baik untuk anak-anak kecil. Dengan tingkap biasa, biasanya mereka tak nampak ruang kat luar.

Tapi dengan tingkap kaca yang besar, ini dapat membantu mengaktifkan deria serta membantu perkembangan minda mereka.

Reka bentuk rumah moden ini juga menonjolkan rupa minimalis, dan skim warna pun biasanya ada satu atau dua warna je.

Contohnya gabungan warna hitam dan putih yang kontra, ataupun gabungan warna-warna tanah yang lembut.

 

2) Rumah Gaya Kolonial

pelan rumah setingkat, design rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
pelan rumah setingkat, design rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Rumah gaya kolonial, seperti namanya, adalah reka bentuk yang berasal dari Britain seawal tahun 1876 dan menjadi antara reka bentuk paling popular di Amerika.

Reka bentuk ini kemudiannya di bawa masuk ke negara-negara di Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

Reka bentuk kolonial biasanya menampilkan reka bentuk simetri, dengan pintu rumah di tengah-tengah, dan susunan elemen sama di sebelah kiri dan kanan. Elemen-elemen ini termasuklah tiang, pedimen, tingkap dan pagar kecil.

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Tingkap pula ada tulang yang menggabungkan beberapa bilah kaca. Ada juga tingkap jenis “sliding window” yang anda boleh tarik untuk buka dan tutup.

Untung melengkapkan rumah kolonial, ia juga menampilkan fasad yang dibina daripada kayu atau batu-bata.

Antara kelebihan rumah jenis kolonial ini adalah senang kalau anda nak tambah bahagian sisi/belakang kalau keluarga anda makin besar, atau bila anda jadi atuk nenek dan nak bersedia untuk anak cucu balik Raya.

8 Idea Landskap Halaman Rumah Yang Anda Boleh Buat Sendiri!
8 Idea Landskap Halaman Rumah Yang Anda Boleh Buat Sendiri!

Panduan Relevan

8 Idea Landskap Halaman Rumah Yang Anda Boleh Buat Sendiri!

 

3) Rumah Gaya ‘Craftsman’

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Rumah ini selalu dipuji kerana seni pertukangannya yang berkualiti tinggi. Ia didirikan dengan bahan binaan tradisional seperti kayu, batu dan batu-bata.

Bumbung rumah adalah jenis rendah (ketinggian daripada siling) dengan atap yang luas berbentuk segi tiga.

Kebanyakan rumah craftsman ini juga ada beranda dengan tiang silinder/petak yang tebal dengan lapisan batu pada tapak tiang. Tapak tiang (beam) ini biasanya lebar di bawah berserta dengan ukiran di bahagian atas.

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Warna yang popular pada rumah craftsman adalah warna musim luruh, dan tona yang menyerapkan elemen alam semula jadi. Kiranya kalau jiwa tengah kacau, tengok dinding je dah sejuk hati.

Oleh kerana ia dibina daripada bahan-bahan seperti kayu dan batu, kos adalah lebih rendah untuk dibina dan juga dijaga, serta lebih mesra alam.

 

4) Rumah Gaya ‘Ranch’

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Rumah jenis ini muncul pada zaman perang, waktu di mana ramai pasangan muda yang baru nak mendirikan keluarga perlukan rumah pada kos yang rendah. Ia perlahan-lahan menggantikan rumah jenis craftsman pada waktu itu.

Sama seperti rumah craftsman, bumbung rumah jenis ranch juga adalah rendah dan lebar. Ia juga menampilkan tingkap kaca yang besar serta pintu gelongsor.

Satu ciri yang unik pada rumah jenis ini adalah ruang patio yang luas. Patio ni adalah kawasan kat luar rumah yang berturap (biasanya dengan batu), di mana anda boleh duduk lepak sambil mengeteh, tak pun jadikan tempat masak BBQ.

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Rumah ini ada pelan konsep terbuka yang menggabungkan bilik-bilik berlainan dalam rumah kepada satu ruang. Selalunya pelan rumah adalah berbentuk segi empat, tapi ada juga yang berbentuk ‘U’ atau ‘L’.

Dengan konsep terbuka ni, jadi lagi senang nak bersembang dengan ahli keluarga. Kalau anda nak menghadap laptop sambil main game pun, anda masih duduk dalam ruang yang sama dengan mak abah, sambil-sambil tengok anak penakan main depan TV.

Ruang terbuka macam ini memang menggalakkan interaksi dan merapatkan hubungan famili.

 

5) Rumah Gaya ‘Shotgun’

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Rumah shotgun ni adalah rumah yang sangat kecil, kadang-kadang ada satu bilik je berserta dengan dapur dan tandas. Tak tumpah macam pondok atau apartmen studio.

Nama rumah shotgun ni berasal daripada reka bentuk yang sangat linear. Makna kata, kalau anda tembak senapang shotgun dari intu hadapan, ia akan terus tembus ke pintu belakang tanpa langgar apa-apa.

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Rumah jenis ini pada asalnya dibina oleh pemaju yang nak muatkan seberapa boleh rumah dalam satu kawasan. Jadi oleh kerana rumah-rumah ini berdekatan, ia menggalakkan penduduk untuk bertegur sapa sesama mereka.

Rumah ini biasanya dicat dengan warna yang terang. Ia juga disertakan dengan beranda kecil.

Panduan Untuk Mengawal Masalah Serangga Dan Haiwan Perosak Di Rumah
Panduan Untuk Mengawal Masalah Serangga Dan Haiwan Perosak Di Rumah

Panduan Relevan

Panduan Untuk Mengawal Masalah Serangga Dan Haiwan Perosak Di Rumah

 

6) Rumah Moden

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Rumah moden adalah satu kategori reka bentuk yang dibina sejak awal 1900-an hingga 1950-an. Istilah reka bentuk moden di sini memang merujuk kepada era tersebut, dan bukan bermakna reka bentuk zaman sekarang.

Pada penghujung abad ke-19, reka bentuk rumah ada banyak yang berhias, dengan ukiran di sana sini. Jadi para arkitek pada waktu itu inginkan sesuatu yang lain daripada yang lain.

Jadi mereka mula meneroka reka bentuk rumah yang lebih praktikal, tampak ringkas, tanpa perlu butiran atau hiasan.

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Reka bentuk ini menampilkan susunan elemen dalam garisan melintang, pelan lantai yang terbuka, rupa yang tak simetri, serta tingkap atau dinding kaca yang besar.

Reka bentuk ini juga cuba untuk menghubungkan kawasan dalam dan luar rumah, untuk menggalakkan penghuni meluangkan masa di bawah cahaya matahari, di sekeliling pokok-pokok.

Oleh kerana reka bentuknya yang kosong (tiada hiasan) serta warna yang gelap, mungkin rumah macam ni tak nampak mengalu-alukan. Nak tekan loceng kat pagar pun fikir dua tiga kali.

Tapi bila anda masuk dalam rumah, anda boleh lihat suasana yang lebih mesra, dengan bahan binaan seperti kayu atau marmar dengan warna yang lebih lembut.

 

7) Rumah Kontemporari

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Berbeza dengan rumah moden yang merujuk kepada satu era yang tertentu, rumah kontemporari merujuk kepada reka bentuk yang terkini. Ini bermakna ia sentiasa berubah dan sentiasa dipengaruhi oleh gaya-gaya yang sebelumnya.

Zaman sekarang, reka bentuk kontemporari banyak dipengaruhi oleh rupa luaran rumah craftsman, digabungkan dengan pelan terbuka yang diambil daripada rumah moden.

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

Seperti rumah moden juga, rumah kontemporari menampilkan reka bentuk tidak simetri, serta gaya yang ringkas dan praktikal, tanpa hiasan atau ukiran tambahan.

Oleh kerana kesedaran tentang penjagaan alam makin meningkat kini, rumah kontemporari mementingkan elemen mesra alam, daripada reka bentuk yang menjimatkan tenaga hinggalah bahan binaan yang dikitar semula (contohnya rumah kontena).

design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat
design rumah setingkat, pelan rumah setingkat, rekaan rumah setingkat

 

Apa reka bentuk rumah setingkat pilihan anda?

Hanya kerana bajet anda lebih kecil bagi rumah setingkat, tak bermakna anda hanya ada pilihan reka bentuk yang biasa.

Bincang dengan arkitek tentang reka bentuk yang anda mahu, elemen apa yang perlu dan apa yang tidak. Pada masa yang sama, macam mana nak jimatkan kos dan tidak membazir. Moga anda akan dapat rumah idaman anda!

Jika anda ada rumah pusaka kampung, boleh tengok 7 Inspirasi Rekaan Rumah Kampung Moden ni, manalah tahu boleh cuba. Atau memang berhasrat nak ada rumah setingkat, boleh cuci mata di senarai rumah setingkat untuk dijual kami ni!