7 Perkara Wajib Dalam Surat Perjanjian Pinjaman Wang

Baru-baru ini ada berita tentang kes culik dan pukul di Butterworth, Penang gara-gara tak bayar hutang. Mangsa dibelasah teruk dengan kayu, playar, besi dan pemutar skru. Takutnya!

Pinjam-meminjam ini dah jadi amalan biasa antara kawan rapat atau ahli keluarga. Tambahan pula ekonomi sekarang, semua tengah terdesak. Nak pinjam bank, nanti kena faedah pula. Apa lagi, pinjamlah duit kawan-kawan, lepas itu hilang entah ke mana!

Terutama, bila rumah tengah murah sekarang dan kadar pinjaman perumahan pun rendah, tapi tak cukup nak bayar deposit sampai 10%!

Anda ada rezeki lebih dan bagilah sebab nak tolong. Tetapi, rupa-rupanya mereka tu liat nak bayar hutang. Kalau setakat ratus-ratus, boleh lagi nak tutup mata. Cuba bayangkan kalau puluh ribu? Putih mata lah jawabnya!

Sebab itulah pentingnya kena ada hitam putih seperti Surat Perjanjian Pinjaman Wang. Bolehlah bawa kes ke mahkamah. Tak perlu sampai bertumbuk untuk langsaikan hutang.

Apa Yang Boleh Anda Jangkakan Sebelum Membuat Bayaran Pendahuluan!
Apa Yang Boleh Anda Jangkakan Sebelum Membuat Bayaran Pendahuluan!

Panduan Relevan

Apa Yang Boleh Anda Jangkakan Sebelum Membuat Bayaran Pendahuluan!

Apakah Surat Perjanjian Pinjaman Wang?

surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah
surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah

Surat Perjanjian Pinjaman Wang adalah satu dokumen yang isi kandungannya menyatakan tentang pinjaman yang berlaku antara dua pihak. Senang cerita, surat ini sebagai bukti wujudnya transaksi pinjaman.

Contohnya, anda pinjamkan RM10,000.00 pada kawan sebab dia dah janji bulan bintang nak bayar dalam masa 6 bulan.

Tiba-tiba, batang hidung pun tak nampak. Bukti pula tak ada, nak bawa ke mahkamah silap-silap anda yang kena denda sebab tuduhan tak berasas. RM10,000.00 hangus macam itu saja!

Bila Surat Perjanjian Pinjaman Wang Boleh Digunapakai?

Sebenarnya, sebarang pinjaman yang melibatkan pihak bank, terdapat perjanjian pinjaman yang perlu anda tandatangani. Cuma ianya tak disebut sebagai surat perjanjian pinjaman wang.

Contohnya, kalau nak buat pinjaman rumah, anda wajib tandatangan perjanjian pinjaman antara anda sebagai peminjam dan pihak bank sebagai pemberi pinjam. Perjanjian ini dilakukan setelah selesai tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA).

Bezanya dari segi isi kandungan yang lebih terperinci bertujuan untuk melindungi pihak bank. Kos perjanjian ini juga ditanggung 100% oleh anda sendiri.

surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah
surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah

Selain itu, nak jadi penjamin pun pakai perjanjian pinjaman tau! Sama dengan peminjam, penjamin kena tanggung semua terma dan syarat yang tertera dalam perjanjian tersebut.

Cuma, isi kandungannya akan membezakan sama ada ianya jaminan atau tanggung rugi pinjaman. Nak selamat? Sila teliti dahulu segala terma perjanjian.

PropertyGuru Loan Pre-Approval
PropertyGuru Loan Pre-Approval

Penyelesaian Relevan

PropertyGuru Loan Pre-Approval

Apa Perlu Ada Dalam Surat Perjanjian Pinjaman Wang?

Ada juga kes yang surat perjanjiannya tak sah diguna pakai dalam mahkamah sebab maklumat tak lengkap atau tak kukuh. Jadi, apakah butiran yang perlu ada dalam surat untuk heret peminjam ke mahkamah?

1) Letak tajuk surat yang tepat

Dalam semua jenis surat pun, tajuk ialah elemen yang paling penting. Sebabnya, dengan tajuklah orang akan tahu apa fungsi surat tersebut dikeluarkan. Misalnya, anda boleh letak Pinjaman Persahabatan, Pemberian Pinjaman atau Pembayaran Hutang.

Kalau nak tahu, Pinjaman Persahabatan bermaksud pinjaman tanpa faedah. Jadinya, jelaslah yang anda tak boleh kenakan apa-apa bayaran tambahan atau bunga kepada peminjam dalam apa jua keadaan.

2) Masukkan butir-butir pengenalan bagi peminjam dan pemberi pinjam

Maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terkini mesti ada dalam surat perjanjian tersebut. Jangan lupa buat salinan kad pengenalan dan pulangkan berserta perkataan ‘pinjaman’.

Ini membuktikan kedua-dua pihak kenal identiti masing-masing supaya lagi mudah nak buat tuntutan di mahkamah nanti!

surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah
surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah

3) Sebut dan nyatakan jumlah pinjaman

Lebih kurang macam akad yang ditulis dalam kertas. Contohnya “Dengan ini saya, (nama pemberi pinjam) telah memberikan pinjaman sebanyak RM***** kepada (nama peminjam)”.

Jadi, melalui cara ini, sah adanya ikatan dan komitmen bersama yang terjadi antara dua pihak. Elemen perjanjian pun sudah jelas, siapa yang memberi pinjam, kepada siapa pinjaman diberi, pinjaman berbentuk apa dan berapa jumlah pinjaman.

4) Kaedah pembayaran

Anda boleh letak tempoh pembayaran perlu dibuat. Contohnya dalam masa berapa bulan atau berapa tahun. Kedua-dua pihak mesti jelas dan setuju untuk tempoh yang ditetapkan.

Kalau kes langar tempoh boleh kenakan faedah tak? Jawapannya TAK BOLEH! Nama pun pinjaman persahabatan kan? Anda bukan pemberi pinjam yang berlesen, jadi jangan cuba-cuba letak faedah.

Surat perjanjian boleh jadi tidak sah di sisi mahkamah. Silap haribulan, boleh kena denda antara RM250,000.00 hingga RM1,000,000.00 atau penjara sebab langgar Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah
surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah

5) Jangan lupa letak terma pengingkaran

Penting untuk anda maklumkan tindakan yang akan diambil jika peminjam gagal membayar hutang. Contohnya, “Sekiranya peminjam gagal membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan, kes akan dirujuk di mahkamah yang berdekatan (nyatakan nama dan alamat mahkamah tersebut).

Sebenarnya, mana-mana mahkamah pun anda boleh rujuk. Cumanya, boleh jimat sikit kos ulang-alik perjalanan nanti kalau pilih yang dekat dengan rumah anda. Masa pun tak terbuang begitu saja!

6) Letakkan syarat tambahan

Tak nak keluarkan kos pengiklanan di surat khabar? Kenalah masukkan syarat menyatakan bahawa penyerahan segala surat-menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen mahkamah yang dihantar terus ke alamat peminjam seperti yang tertera dalam surat perjanjian akan dikira sempurna dan rasmi.

7) Masukkan terma yang mengikat waris sebagai penjamin

Belum sempat bayar hutang, peminjam sudah meninggal dunia. Apa nak buat? Sebab itulah anda kena letak waris peminjam sebagai penjamin untuk tuntut hutang yang belum langsai.

Daripada tak dapat apa-apa, boleh juga tuntut aset milik si mati. Betul tak?

Contoh Surat Perjanjian Pinjaman Wang

Banyak contoh surat yang wujud dalam internet, anda boleh rujuk seperti di bawah ni.

surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah
surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah

Kalau pinjaman bernilai sedikit, bolehlah anda rangka sendiri surat perjanjian pinjaman wang tersebut.

Lebih selamat untuk ambil peguam jika ia melibatkan jumlah wang yang besar seperti puluhan ribu ringgit. Memang tak dapat dinafikan, proses mahkamah bukan semudah ABC.

Kes boleh jadi lebih rumit kalau peminjam jenis yang bijak putar belit fakta untuk elak bayar hutang. Tak pasal-pasal anda pula yang tertuduh bersalah! Serahkan pada yang pakar dalam bidang pinjaman ini. Lagipun, peguam boleh jadi saksi utama.

Berapa Lamakah Tempoh Nak Tuntut Hutang?

Ikut undang-undang, anda perlu memulakan proses menuntut hutang dalam tempoh 6 tahun dari tarikh hutang tersebut sepatutnya dibayar.

Tapi, jika dah ada penghakiman mahkamah, masanya dilanjutkan selama 12 tahun. Walaupun begitu, anda kena memulakan proses tuntut hutang dalam tempoh 6 tahun kerana selepas itu, kebenaran mahkamah diperlukan.

surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah
surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah

Mahkamah Mana Nak Buat Tuntutan?

Tiada had pinjaman, anda boleh mulakan proses tuntut hutang tanpa mengira jumlah pinjaman. Tak kisahlah dia berhutang RM100 ke RM1,000,000 ke, anda boleh tuntut. Tapi, tak berbaloilah pula nak sampai ke mahkamah sebab nak tuntut RM100 kan?

Tapi, bidang kuasa mahkamah akan ditentukan oleh jumlah hutang tu.

Jumlah Tuntutan Hutang

Bidang Kuasa

Kurang daripada RM100,000

Mahkamah Majistret

Lebih daripada RM100,000 tapi kurang RM1,000,000

Mahkamah Sesyen

Lebih daripada RM1,000,000

Mahkamah Tinggi

Peminjam Masih Liat Nak Bayar Hutang?

Peminjam yang tak nak bayar hutang ni memang patut diajar! Apa nak buat? Jom kami kongsikan cara-caranya mengikut prosedur undang-undang!

1) Surat Tuntutan

Anda boleh menghantar notis sebagai peringatan kepada peminjam untuk membayar semula pinjaman dalam tempoh masa tertentu. Contohnya, peminjam perlu melangsaikan pinjaman dalam masa 14 hari dari tarikh surat notis dan tindakan saman akan dibuat sekiranya peminjam atau penjamin gagal berbuat demikian.

Jangan lupa sertakan sekali salinan surat perjanjian pinjaman wang kepada peminjam sebagai sebab keluarnya surat tuntutan tersebut.

surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah
surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah

2) Saman!

Kalau peminjam masih lagi berdegil, apa tunggu lagi? Failkan saman di mahkamah! Selain melantik peguam yang pakar, pastikan dokumen dan semua bukti lengkap tersedia untuk mempercepatkan lagi kes mahkamah.

Tapi, ia bergantung juga pada jenis kes dan kerjasama dari pihak peminjam. Apa-apa pun, kena banyak bersabar bila melibatkan mahkamah. Bak kata pepatah, mamah dulu baru telan!

3) Pelaksanaan

Jangan mengalah jika kedua-dua cara gagal. Anda masih boleh mendapatkan bayaran balik dengan menggunakan cara Saman Penghutang Kehakiman, Writ Penyitaan dan Penjualan, Prosiding Orang yang Digarnis atau Tindakan Kebankrapan dan Tindakan Penggulungan (Syarikat).

Tapi, lebih baik dapatkan nasihat peguam dahulu sebelum melakukan apa-aa tindakan. Takut nanti, silap cara, makan diri.

PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel
PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel

Klik Untuk Sertai!

PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel

Ibarat Menabur Benih Atas Batu

Sia-sia saja berbuat baik pada orang yang tak tahu nak kenang budi. Sudah diberi pinjam duit, tak reti nak bayar balik. Aduhai! Sebab itulah kita kena sentiasa berhati-hati dalam apa jua keputusan yang kita buat.

surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah
surat perjanjian pinjaman wang, pinjam duit, contoh surat perjanjian wang, pinjaman rumah

Manusia bila hendakkan sesuatu, memang lembut gigi dari lidah! Sebab tu, kalau nak bagi pinjam kenalah lindungi diri sendiri dulu dengan surat perjanjian pinjaman wang ni!

Kadang-kadang bukan tak nak tolong, tapi yang berhutang kenalah bayar dan yang beri hutang kenalah bijak. Selamat beramal!

Anda tak berani lah nak pinjam dengan kawan-kawan, kena pinjam dengan bank, barulah yakin sikit! Tapi, sebelum tu kenali dulu 24 istilah lazim pinjaman ni sebelum tengok senarai hartanah untuk dijual dalam laman web BM kami ni!