Advertisement

7 Pelanggaran Akta Kerajaan Tempatan & Undang-Undang Kecil Kita Selalu Buat!

Ignorance is bliss atau orang kita cakap ‘nasib baik tak tahu!’. Ya, sudah tentu hidup kita tenang bila tak sibuk jaga tepi kain orang lain. Jiran nak tunggang terbalik pun apa nak kisah, betul tak?

Oktober lepas, ada kes di Ipoh yang mana seorang warga emas mempunyai hobi mengumpul sampah di rumahnya untuk dijual dengan harga serendah RM2.00.

Sudah tentu bau busuk sampah tersebut menggangu jiran sekeliling. Masih lagi nak berdiam diri dan bersikap tidak peduli? Sebab itulah tiada istilah ignorance dalam undang-undang.

Dan jangan tak tahu dalam hal ehwal kejiranan, Malaysia ni siap ada Akta Kerajaan Tempatan 1976 lagi! Ada juga pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pencegahan, kesihatan awam, pembangunan dan sosial.

Apa Itu Akta Kerajaan Tempatan 1976?

Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah akta atau undang-undang yang melibatkan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1977.

Ia digubal bagi menyusun semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan yang hanya boleh digunapakai di Semenanjung Malaysia sahaja.

Tetapi, untuk membolehkannya berkuatkuasa di negeri tertentu, ia bergantung pada rundingan Pihak Berkuasa Negeri dengan Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan
akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan

Apa Ada Dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976?

Terdapat macam-macam peraturan yang berkaitan dengan tempat awam, kebersihan dan pengindahan, perusahaan dan perdagangan, pengangkutan, pembekalan elektrik dan membuat kontrak.

Jangan ambil remeh tau sebab ada beberapa perbuatan yang kita tak tahu pun salah sampai boleh dikenakan tindakan undang-undang!

Contohnya menanam pokok di luar kawasan perumahan, kacau ganggu jiran, pengkebumian yang salah cara semua itu boleh dianggap kesalahan dalam undang-undang kecil.

Apa Pula Undang-Undang Kecil?

Kalau nak tahu, setiap kerajaan negeri akan mewujudkan satu peraturan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Daerah atau Negeri.

Peraturan itulah yang kita panggil sebagai undang-undang kecil yang boleh dibuat, dipinda dan dibatalkan dari semasa ke semasa mengikut negeri masing-masing.

Tetapi, ia mesti disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dahulu sebelum dilaksanakan secara rasmi.

akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan
akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan

Tujuan? Mestilah nak memelihara keharmonian, kebersihan dan hak bersama masyarakat. Terdapat banyak senarai di bawah undang-undang kecil dan makan masa sehari suntuk kalau nak olah satu per satu!

Walaubagaimanapun, jom kami kongsikan beberapa undang-undang kecil yang selalu berlaku dalam kalangan kita tetapi tak perasan pun yang ia sebenarnya kesalahan undang-undang. OMG!

1. Pokok Luar Kawasan Rumah

Bila bab tanam-menanam ni, orang Malaysia memang suka. Sampai ke luar pagar rumah atau di lorong belakang rumah nak tanam.

Boleh tanam kalau ikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, tapi.....ia tidak boleh sampai memudahkan kebakaran merebak atau menyukarkan laluan kecemasan dalam situasi kebakaran.

Kebersihan pun jadi isu juga, nak tanam pun kena pastikan bersih kawasan sekitar dan tak ganggu jiran lain.

Cuba intai kawasan rumah anda, ada tak pokok-pokok jiran yang sudah aktif membiak di atas tanah-tanah luar dari rumah masing-masing?

Kalau dalam undang-undang kecil pula, contoh berlaku di Subang, bila penguatkuasa melarang penanaman sayur di luar rumah sebab ia menyebabkan pembiakan nyamuk aedes dan serangga merbahaya dalam kawasan itu.

akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan
akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan

Semua orang bayar cukai taksiran semata-mata untuk kesejahteraan bersama. Jadi, untuk kesejahteraan bersama, sebarang tindakan yang boleh mengugat kesihatan awam akan dikenakan tindakan.

2. Berniaga Depan Rumah

Ramai yang ingat disebabkan rumah itu hakmilik mereka, maka aktiviti perniagaan boleh dijalankan.

Tak boleh ya, kena dapatkan lesen penjaja kecil dari PBT berkaitan. Syarat dan kelayakan juga berbeza ikut PBT, seperti dinyatakan dalam Seksyen 72 (1) (c) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Terutamanya jika anda berniaga makanan, anda perlu berdaftar dengan KKM sebab perlu dapatkan suntikan Typoid dan jalani Kursus Pengendalian Makanan dulu.

Ya, ini termasuklah gerai burger tepi jalan atau dalam kawasan perumahan. Sebab itulah ada sesetengah Majlis Perbandaran Daerah kenakan sewa tapak pada hari-hari tertentu.

Ada sebab kenapa kawasan tersebut dilarang kerana ia mungkin tempat yang boleh menyebabkan kemalangan, sesakan lalu lintas, kawasan litar elektrik atau pili air awam.

akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan
akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan

Walaupun begitu, semua ini terpulang kepada budi bicara PBT. Di Kuala Lumpur misalnya, DBKL menjadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’ selama 6 bulan, boleh buka di mana-mana, tapi itu pun kena minta lesen tanpa bayaran.

3. Buang Sampah Merata

Isu pembuangan sampah di tempat tak dibenarkan ni memang sudah lama jadi isu.

Walaupun setiap kawasan perumahan dan bangunan ada menyediakan kawasan pembuangan sampah, masih ramai yang buat tak endah. Pusat kitar semula juga bersepah-sepah di sekeliling kita.

Tapi, jaga-jaga walaupun nampak remeh- ‘ala sampah je kot’- ia adalah kesalahan mengikut undang-undang kecil.

akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan
akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan

Misalnya, Majlis Daerah Kuala Langat, Selangor pernah mengheret pesalah yang buang sampah di kawasan tidak dibenarkan ni ke mahkamah.

Denda sampai RM1,500 atau penjara 5 hari tau! Peruntukan ni jelas termaktub dalam Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah-Sarap (MDKL) 2007.

Itu tak apa lagi, ada juga orang yang suka kutip sampah yang merata ini kemudian simpan di rumahnya untuk tujuan jualan. Bukan saja rumah sendiri yang kotor, rumah jiran pun terpalit sekali.

Nasib baiklah, PBT banyak yang simpati, selalunya kes sebegini mereka siap datang bersihkan lagi.

4. Haiwan Ternakan

Jika anda tinggal di kampung atau kawasan rumah memang luas, memang biasa akan bela haiwan ternakan. Tak kiralah ayam ke, kambing, lembu atau apa saja.

Tapi, ia mendatangkan masalah bila haiwan ternakan ni tak dijaga dengan baik sehingga menganggu keselamatan awam di jalan raya.

Ini adalah satu kesalahan tau, malah di Negeri Sembilan, undang-undang kecil haiwan ternakan PBT diwujudkan sampai haiwan ternakan anda tub oleh disita dan anda didenda!

PGMY_No_1
PGMY_No_1

5. Haiwan Peliharaan

Ketika musim wabak, pemeliharaan haiwan dalam rumah anda juga boleh tertakluk kepada undang-undang kecil demi kesihatan awam.

Misalnya di Sarawak, bila wabak rabies melanda, Kerajaan Negeri menggubal undang-undang kecil bagi kawalan dan pelesenan anjing.

Ia memberi kuasa kepada PBT merampas dan mengurung mana-mana anjing berkeliaran selama 48 jam dan hanya dilepaskan selepas pemilik membayar denda.

Pemilik anjing juga dihadkan memelihara hanya 3 ekor anjing bagi rumah bertanah dan hanya seekor anjing baka kecil jika duduk di rumah pangsa atau pangsapuri.

6. Tempat Letak Kereta Sendiri Tak Boleh Buat Majlis!

Ada sesetengah kejiranan gemar menggunakan kawasan tempat letak kereta persendirian untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti program bubur lambuk, ceramah, konsert kecil dan lain-lain lagi.

Tapi, sebenarnya benda ni boleh jadi satu kesalahan jika anda duduk di Subang Jaya tanpa kebenaran MPSJ!

akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan
akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan

Ini kerana, aktiviti lain selain dari meletakkan tempat letak kereta boleh mendatangkan kerosakan kawasan tersebut dan menghalang lalu lintas.

Selain itu, ada juga isu yang ambil parking lebih dari yang sepatutnya untuk kenderaan jenis lain seperti van atau lori. Sebab itulah isu parking terutamanya di tempat Program Perumahan Rakyat (PPR) ini sentiasa sesak dan serabut!

7. Tak Boleh ‘Cop Parking’!

Bagi yang tinggal di flat, apartment atau kawasan perumahan yang kawasan parking dikongsi bersama, amalan letak penanda memang selalu wujud.

Pendek kata, orang kita pun macam dah boleh terima tabiat ni. Tapi, ‘cop parking’ ni satu kesalahan sebenarnya yang boleh membawa hukuman denda tak lebih RM12,000 atau penjara tak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama.

Jika kesalahan tu berulang, denda boleh dikenakan sehingga RM4,000 atau penjara tak lebih 12 bulan ikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987!

Tak Susah Nak Susah

Sekarang anda tahu kan betapa pentingnya Undang-undang Kecil dan Akta Kerajaan Tempatan 1976?

Majlis Perbandaran Daerah/Negeri sentiasa aktif menjalankan tanggungjawab masing-masing tau.

akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan
akta kerajaan tempatan 1976, undang-undang kecil pbt, pihak berkuasa tempatan, sampah, peniaga jalanan

Zaman sekarang ini zaman viral. Sekelip mata saja kertas saman boleh sampai depan pintu rumah anda. Bak kata orang, tak susah nak susah!

Kita ini hidup bermasyarakat, tak kebal undang-undang. Jadi, sebelum buat apa-apa, fikirkan orang sekeliling walaupun ianya sesuatu kebaikan.

Ya, memang tak elok jaga tepi kain orang. Tetapi kalau dah sampai menggangu keharmonian kejiranan dan masyarakat, tindakan perlu diambil juga.

Jadi, beringat-ingatlah sebelum kena!

Panduan Relevan