Advertisement

7 Soalan Popular Berkaitan Pewarisan Hartanah Pusaka Di Malaysia

Click here for English version.

 

Hartanah adalah aset penting, dan ia seringkali berkait dengan nilai sentimental dan ekonomi.

Maksudnya, adalah sangat penting untuk memahami realiti tentang hartanah pusaka supaya anda boleh menjadi pemilik yang bertanggungjawab.

Kalau anda cukup bertuah dapat mewarisi hartanah, penting untuk memahami semua syarat dan peraturan, serta hal-hal penting yang berkaitan dengan peralihan pemilikan ini.

Berikut adalah panduan mudah istilah umum proses pewarisan hartanah bagi pemahaman anda. Tetapi pertama sekali, anda harus tahu…

 

Fahami Senario Berbeza Mewarisi Hartanah Pusaka

Malaysia mengamalkan dua sistem perundangan dan ia boleh menjadi sangat rumit dan mengelirukan.

Ini bermakna, kes-kes harta pusaka boleh dibicarakan di bawah undang-undang sivil ATAU undang-undang Syariah yang hanya terpakai untuk rakyat beragama Islam. Jadi, apa bezanya?

inherited property, inheritance tax, inheritance money, estate planning, inheriting a house, trust property, revocable trust
inherited property, inheritance tax, inheritance money, estate planning, inheriting a house, trust property, revocable trust

Di bawah undang-undang Syariah, pewarisan harta pusaka harus mengikut hukum faraid untuk menentukan bahagian, had dan haluan pewarisan yang berkaitan dengan harta pusaka individu yang telah meninggal dunia.

Di bawah undang-undang Syariah, sehingga satu pertiga daripada jumlah harta boleh diputuskan menggunakan apa yang dikenali sebagai wasiyyah, atau kehendak Islam.

Sementara di bawah undang-undang sivil pula, pewarisan hartanah ditentukan oleh beberapa undang-undang dan peraturan.

Harta Pusaka ditakrifkan oleh Akta Pembahagian 1958 dan Akta Pewarisan (Peruntukan Keluarga) 1971, yang mana kedua-duanya menetapkan syarat-syarat pewarisan.

Undang-undang sivil membenarkan kehendak peribadi seseorang individu untuk menentukan pemilikan hartanah setelah kematian mereka melalui penggunaan wasiat.

Ini bermakna, secara teori, ibu bapa yang mempunyai tiga orang anak boleh menyerahkan kesemua hartanah mereka hanya kepada SEORANG anak atau individu pilihan mereka!

Young man and woman visiting parents at home in the afternoon
Young man and woman visiting parents at home in the afternoon

Sekiranya seseorang mati tanpa wasiat, harta pusaka akan dibahagikan di kalangan ahli keluarga yang masih hidup mengikut duluan kehakiman yang dikenali sebagai “dying intestate”.

Ini bermaksud, tidak ada arahan jelas mengenai pembahagian harta pusaka anda. Misalnya, Negeri Sabah mengikut undang-undang yang berbeza di bawah Intestate Succession Ordinance 1960.

Tanpa membuang masa, berikut adalah beberapa persoalan yang sering diajukan mengenai harta pusaka.

 

1) Adakah Saya Perlu Bayar Cukai Untuk Mewarisi Harta?

Ketika ini TIADA cukai yang dikenakan ke atas harta pusaka. Percukaian sebelum ini telah dimansuhkan pada tahun 1991.

Sebelum ini, banyak perbincangan telah dibuat untuk memperkenalkan semula cukai harta pusaka, namun sehingga pembentangan Belanjawan 2020 lalu, masih tiada undang-undang baru diperkenalkan.

Walau bagaimanapun, katakan cukai harta pusaka yang lama dikembalikan; adakah anda tahu sebab UTAMA mengapa ramai orang yang menentangnya? Jom lihat contoh ringkas!

inheritance-malaysia-3
inheritance-malaysia-3

Sekiranya terdapat harta yang akan diwarisi daripada ahli keluarga atau saudara yang sudah meninggal, cukai harta pusaka boleh dikenakan ke atas aset tersebut, walaupun ia tidak mendatangkan keuntungan.

Maksudnya akan ada cukai yang akan dikenakan kepada pemindahan hak milik sah, walaupun anda sudah mendiami harta yang bakal diwarisi itu.

 

2) Adakah Cukai Harta Pusaka Beri Kesan Positif?

Menurut Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader, pengenalan semula cukai harta pusaka akan "... menjadi cara terbaik untuk mengatasi ketidaksamaan kekayaan".

Jadi apa perdebatan yang wujud mengenai cukai harta pusaka?

Sebagai permulaan, wujud ketidakadilan dalam kes orang yang perlu bekerja siang malam serta membayar cukai mereka, tetapi masih terperangkap dalam golongan B40.

Dalam situasi yang berbeza, ada orang yang langsung tidak bekerja tetapi meraih kemewahan kerana mewarisi banyak hartanah dan langsung tidak perlu membayar cukai.

Secara ringkasnya, cukai harta pusaka boleh dianggap sebagai kaedah lain untuk mengenakan cukai ke atas inflasi.

inherited property, inheritance tax, inheritance money, estate planning, inheriting a house, trust property, revocable trust
inherited property, inheritance tax, inheritance money, estate planning, inheriting a house, trust property, revocable trust

Oleh kerana harga hartanah berubah dari waktu pembelian sehingga ia dijual, cukai harta pusaka akan dikenakan pada nilai pasaran semasa hartanah.

Ia perbezaan yang cukup ketara, bayangkan dikenakan cukai untuk rumah yang bernilai RM50,000 pada 40 tahun yang lalu, berbanding rumah yang kini bernilai RM500,000!

Walaupun cukai harta pusaka dianggap bagus untuk ekonomi dan pendapatan kerajaan, tiada jaminan ia akan 100% berkesan bagi menangani ketidaksamaan pendapatan dan mendorong pemilikan hartanah.

 

3) Adakah Saiz Rumah Beri Kesan Kepada Cukai Harta Pusaka?

Saiz rumah dan jumlah nilai hartanah anda boleh mempengaruhi agensi kerajaan manakah yang akan bertanggungjawab menyelia harta pusaka individu yang telah meninggal dunia. Tetapi, tiada cukai harta pusaka akan dikenakan.

Aset yang mempunyai nilai tunai dan hartanah kurang daripada RM2 juta diselia oleh Pejabat Tanah dan Pemegang Amanah Awam.

Mahkamah Tinggi Malaysia pula bertanggungjawab untuk mengagihkan aset (seperti hartanah) yang bernilai lebih daripada RM2 juta.

inherited property, inheritance tax, inheritance money, estate planning, inheriting a house, trust property, revocable trust
inherited property, inheritance tax, inheritance money, estate planning, inheriting a house, trust property, revocable trust

 

4) Apakah Sebenarnya Pentadbiran Harta Pusaka?

Apabila kita menyentuh isu harta pusaka, kita sering bercakap mengenai “aset yang besar”, yang selalunya merujuk kepada wang, akaun kewangan, dan harta benda yang dimiliki oleh seseorang individu. Ini termasuklah wang pusaka dan hartanah pusaka.

Apabila berkaitan dengan hartanah, pusaka boleh menjadi sangat rumit. Sudah tentu ia adalah aset berharga, tetapi nilai kewangan dan sentimentalnya secara literal tersemat pada bangunan itu sendiri.

Dek kerana itulah pembahagian aset menjadi sukar. Inilah sebabnya mengapa pentadbiran harta pusaka menjadi sangat penting!

Pentadbiran harta pusaka mampu mengelakkan ketidakpastian berkaitan dengan pengagihan harta pusaka anda setelah kematian, dengan bersandarkan atau memenuhi permintaan anda.

Wasiat yang didraf secara profesional adalah langkah pertama bagi menyatakan kehendak anda dalam satu dokumen formal.

Insurans boleh menjadi salah satu perkara penting dalam pengurusan harta pusaka, ia memberikan sokongan kewangan untuk keluarga anda dalam semua perkara.

Ini biasanya daripada bayaran sekaligus ketika kematian untuk menampung perbelanjaan pengebumian dan masa depan.

inherit-prop-malaysia-1
inherit-prop-malaysia-1

Amanah pula boleh didaftarkan sebagai amanah yang boleh diubah (revocable trust), atau amanah yang tidak boleh diubah (irrevocable trust).

Ia sangat berguna dalam beberapa keadaan untuk memastikan peralihan pemilikan berjalan lancar selepas kematian.

Pemilik harta yang beragama Islam juga boleh menentukan kehendak mereka sendiri dengan menggunakan wasiyyah, atau wasiat menurut Islam.

Perjanjian ini menggariskan kehendak individu mengenai pembahagian hartanah setelah kematian mereka.

Wasiyyah tidak boleh bercanggah dengan perundangan Islam yang telah ditetapkan mengenai harta pusaka, tetapi mengizinkan peringatan seperti membenarkan sepertiga daripada harta pusaka diwariskan apabila seseorang itu meninggal dunia.

Lebih merumitkan keadaan, wasiyyah juga tertakluk kepada semakan prosedur berdasarkan undang-undang berikut:

  • Kaedah–Kaedah Mahkamah 2012

  • Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97]

  • Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98)

  • Akta Perbadanan Amanah Raya 1995

  • Peruntukan undang-undang yang relevan dan terpakai di Mahkamah Syariah.

Warisi-Hartanah
Warisi-Hartanah

Kami telah katakan sebelum ini dan kami ulang sekali, isu harta pusaka dengan mudah boleh menjadi sangat rumit!

Sekiranya ragu-ragu, anda perlu dapatkan nasihat daripada mereka yang berkelayakan dan profesional untuk membantu anda memahami dengan lebih jelas.

 

5) Adakah Saya Perlu Ada Wasiat?

Tidak, tetapi ia perkara yang SANGAT wajar dilakukan untuk memastikan kehendak anda dipatuhi selepas kematian.

 

6) Bolehkah Anda Pertikaikan Pembahagian Harta Pusaka?

Ya, pertikaian mengenai harta pusaka adalah sebab mengapa pentadbiran harta pusaka sangat penting dalam urusan pembahagian pusaka.

Ia bertujuan untuk memenuhi kehendak anda, tetapi dalam masa yang sama, ia turut dibincangkan bersama ahli keluarga anda.

 

7) Jika Tiada Pewaris, Apakah Yang Akan Berlaku?

Ini cabaran utama di Malaysia. Tiada pusat rasmi / bertauliah yang menyimpan rekod tentang harta pusaka yang tidak dituntut.

Cukai tanah yang tertunggak selalunya menjadi satu-satunya petunjuk bahawa hartanah tersebut tidak dituntut.

Tak Perlu Rumitkan Pewarisan Harta Pusaka!

inherit-prop-malaysia-main-image
inherit-prop-malaysia-main-image

Sama ada ia adalah rumah keluarga turun-temurun, atau duit sewa flat yang mendatangkan pendapatan pasif, pewarisan harta adalah sangat penting dalam kehidupan anda.

Jika anda cukup bernasib baik untuk memiliki hartanah, anda perlu memikirkan tentang pentadbiran harta pusaka dengan lebih serius.

Bukan hanya untuk masa depan anda, tetapi juga demi masa depan kesayangan anda.

Kerana anda pastinya tidak mahu menambah keperitan insan-insan tersayang yang sedang berkabung di atas kematian anda.

 

Jika anda ada keraguan, anda perlu dapatkan nasihat perundangan dan kewangan yang sah bagi memastikan anda jelas tentang hak dan tanggungjawab. Artikel ini bukanlah nasihat perundangan atau kewangan yang sah, ia hanya panduan bagi pemahaman anda berkaitan isu pewarisan harta. Jika anda mahukan pilihan hartanah lain yang mungkin boleh diwariskan, anda boleh layari pangkalan data mengumpulkan ribuan hartanah untuk dijual dalam laman web kami ini.