7 Cara Nak Tentukan Ejen Hartanah Asli Atau Palsu!

·8-min read

Click here for English version.

Kalau anda bukan pelabur berpengalaman dengan portfolio hartanah yang terbaik, ada kemungkinan sektor hartanah bukanlah sesuatu yang anda boleh percaya 100%.

Membeli hartanah tidak semudah yang disangka ya. Terdapat ‘lubang’ merata-rata yang sering digunakan ejen haram semata-mata untuk mengaut keuntungan – ‘lubang’ yang mungkin anda tak sedari, tahu-tahu dah terjebak!

Disebabkan pembelian hartanah ni melibatkan jumlah duit yang banyak, ia tak boleh dibuat sambil lewa. Kena serius! Jadi, untuk keselamatan anda, pastikan anda hanya berurusan dengan ejen profesional yang layak.

Isunya, anda sendiri tak pasti bagaimana untuk mengesan REN (perunding hartanah) atau REA (ejen hartanah) yang benar-benar ‘asli’ bagi elak dari tertipu. Jangan risau, kami jelaskan semuanya! Teruskan membaca okay!

Adakah Ejen Tersebut REN/REA?

Tahukah anda, ‘ejen hartanah’ anda mungkin bukan seorang ‘ejen’ pun. Di Malaysia, terdapat dua kategori ejen yang perlu anda kenal pasti, iaitu Perunding Hartanah (REN), dan Ejen Hartanah (REA)

Walaupun kedua-duanya adalah dari golongan profesional berkelayakan yang disahkan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH), skop kerja mereka berbeza.

ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah
ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah

Dalam istilah yang lebih mudah, REN berkhidmat untuk REA. REN harus mengikuti program dua hari, atau ‘Kursus Persijilan Perunding Hartanah’, mereka dapat sijil kehadiran bila dah masuk kursus tu.

Dari situ, mereka perlu mencari firma hartanah untuk menaja permohonan mereka untuk menjadi seorang REN. Selepas menerima tag rasmi, REN dibenarkan beroperasi dalam industri hartanah di bawah firma mereka.

Manakala REA pula adalah ejen yang mempunyai lebih banyak pengalaman. Memang padanlah REN melapor kepada mereka!

Bagi mendapatkan lesen REA, ahli profesional ini harus menyambung pengajian di peringkat diploma, menjalani dua tahun pengalaman bekerja, dan menghantar hasil kerja mereka secara berkala kepada LPPEH untuk penilaian. Phew!

Jadi kena tahu perbezaan REN daripada REA ni sebab terdapat had tertentu tentang apa yang REN dibenarkan boleh buat.

Sebagai contoh, REN tak boleh menubuhkan agensi mereka sendiri, dan mereka mestilah selalu bersama dengan firma hartanah berdaftar untuk bekerja dalam industri ini.

ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah
ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah

Lagipun, bukan semua layak untuk membuka firma agensi hartanah! Hanya mereka yang berdaftar dengan LPPEH saja yang berhak untuk melakukannya, dan syarikat itu boleh beroperasi sama ada sebagai syarikat tunggal, perkongsian, atau badan korporat (Sdn. Bhd.)

Pemilikan tunggal adalah struktur perniagaan yang paling biasa, di mana ia dimiliki dan diuruskan oleh hanya seorang individu. Macam sebuah kapal yang dipandu seorang kapten. Ini bermaksud hanya ada seorang saja bos untuk melaporkan apa-apa perkembangan.

Untuk hak milik tunggal, pemilik mesti didaftarkan dengan LPPEH, termasuklah untuk perkongsian - kedua-dua rakan kongsi juga mesti didaftarkan.

Namun, untuk badan korporat, ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang pengarah untuk didaftarkan. Majoriti pengarah mesti didaftarkan. Jadi jika semuanya ada 5 orang pengarah, sekurang-kurangnya 3 orang pengarah mesti didaftarkan.

Firma hartanah yang berdaftar juga TIDAK dibenarkan beroperasi dari pusat perniagaan bersama (seperti ruang kerja) atau pejabat maya.

Sekiranya ejen anda membawa anda ke ruang kerja dan mendakwa itu pejabat / ibu pejabat mereka, maka akan jadi isu nanti!

ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah
ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah

Cara Kenal Pasti Keaslian REN/ REA

1) Tag Pengenalan: Merah atau biru?

Bila berurusan, ejen anda sepatutnya menggantung @ memakai tag pengenalan LPPEH mereka, dan bukan tag syarikat. Tag ini hanya dikeluarkan oleh LPPEH sahaja, sebaik saja mereka layak bergelar REN atau REA.

Tag ini juga mudah dikenalpasti! Merah menandakan si pemakai adalah seorang REN atau ejen dalam tempoh percubaan, manakala tag biru pula menunjukkan sang pemakai adalah seorang REA.

Kalau ejen tersebut tak menunjukkan tag mereka, dengan alasan tag masih dibuat mahupun tertinggal di pejabat, anda boleh meminta nombor ID mereka.

Atau pun anda boleh menolak untuk berurusan dengan mereka sehinggalah anda dapat melihat sendiri bukti ID itu.

ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah
ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah

2) Hologram LPPEH: Ada atau tidak?

Di atas tag rasmi REN atau REA, imej hologram logo LPPEH sepatutnya kelihatan.

Hologram keselamatan sering kali digunakan kerana ianya susah untuk ditiru. Jadi sekiranya ejen anda hadir dengan tag merah atau biru tanpa logo holografik, tunggu apa lagi? Cabut!

3) Kod QR: Imbas untuk kepastian

Cara terbaik untuk mengenal pasti sama ada ejen atau perunding anda adalah seperti apa yang dimaklumkan, adalah dengan mengimbas kod QR yang disediakan di tag pengenalan mereka.

Kod QR ini akan membuka pautan terus ke profil REN/REA mereka, dengan semua maklumat yang diperlukan, termasuklah gambar mereka!

4) Nombor pendaftaran REN/REA: Kod QR tak ada? Cari saja atas talian!

Ejen REN yang diperakui sah akan diberikan nombor pendaftaran mereka sendiri. Anda boleh meminta nombor dari ejen / perunding anda, dan melakukan carian pantas di sini.

5) Nama syarikat: Cari dalam talian untuk pengesahan

ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah
ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah

Seorang REN dihubungkan dengan sebuah syarikat hartanah berdaftar sahaja. Selain mencari nombor REN mereka, anda juga boleh mencari nama syarikat itu untuk mengesahkan bahawa ia benar-benar beroperasi dan wujud.

Hanya tekan "Cari Syarikat" di sini. Sekiranya ragu-ragu, anda juga boleh menghubungi syarikat tersebut untuk mengesahkan REN yang anda berurusan berkhidmat di bawah pengurusan mereka.

PropertyGuru Tip

Satu-satu syarikat hanya boleh mengajikan maksimum 20 REN sahaja! Sebaik kuota itu dah penuh, mereka perlu memohon LPPEH bagi meningkatkan kapasiti kepada 30 REN. Namun, jika terdapat lebih dari 1 REA di syarikat itu, jumlahnya boleh digandakan.

6) Komisen ejen: Maksimum 3%

Menurut Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), komisen maksimum yang boleh anda kenakan untuk penjualan dan/atau pembelian tanah/bangunan di Malaysia ditetapkan pada maksimum 3% dari harga jualan hartanah.

Jadi pastikan anda tidak tertipu dengan individu tak bertanggungjawab yang berpura-pura menjadi REN / REA yang menuntut anda membayar lebih dari yang sepatutnya.

Dan sama ada 3% itu dikendalikan oleh anda atau penjual (dengan andaian anda adalah pembeli), klik di sini bagi mengetahui siapa yang bertanggungjawab melangsaikan bil yuran ejen hartanah.

7) Perincian periklanan: Periksa 4 perkara penting ini

ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah
ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah

Dengan kewujudan ejen haram, iklan palsu pastinya ada merata-rata. Mengikut MIEA, iklan hartanah di dalam surat khabar, portal hartanah dan papan tanda mestilah memaparkan info berikut:

  • Nombor e-pendaftaran firma hartanah dengan LPPEH

  • Nama REA/REN berkaitan

  • Nombor pendaftaran REA/REN berkaitan

  • Maklumat untuk dihubungi

Jika anda ternampak sesuatu yang mencurigakan, laporkan saja! Ambil gambar dan hantarkan kepada LPPEH termasuk nama jalan, tarikh dan masa. Jangan lupa sertakan nama anda dan nombor untuk dihubungi.

Ia perlu disahkan terlebih dahulu sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil alih dengan menurun dan menyekat nombor untuk dihubungi dalam iklan tersebut.

Skim Cepat Kaya Dibuat 'Ejen' Hartanah! Macam Mana Ni?
Skim Cepat Kaya Dibuat 'Ejen' Hartanah! Macam Mana Ni?

Panduan Relevan

Skim Cepat Kaya Dibuat 'Ejen' Hartanah! Macam Mana Ni?

Apakah Syarat Dan Peraturan Yang Boleh Melindungi Saya Dari Ejen Haram?

Walaupun reputasi industri hartanah selalu tercalar dek sebab tertentu seperti ejen haram dan lain-lain, jangan risau; industri ini masih dikawal selia oleh peraturan dan undang-undang yang berfungsi untuk melindungi anda, seorang pembeli.

Mujurlah ada LPPEH, yang berfungsi dalam mengatur tingkah laku profesional mereka yang berdaftar dengan mereka. Berikut adalah beberapa perkara asas yang dikawal:

1) Broker haram

Mana-mana individu yang bertindak melanggar Seksyen 22 (c) dengan melakukan kesalahan di bawah Akta Seksyen 30 (i), dan apabila disabitkan kesalahan, maka boleh didenda tak melebihi RM300,000 atau hukuman penjara selama tempoh tak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.

ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah
ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah

2) Menolong dan bersubahat dengan broker haram

Mana-mana individu yang didapati terbabit dengan menolong dan bersubahat dalam melakukan kesalahan di bawah Akta Seksyen 30 (j), mengakui bersalah dan boleh disabitkan dengan denda tak melebihi RM300,000 atau penjara selama tempoh tak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.

3) Hartanah asing yang dipasarkan di Malaysia

Sebarang hartanah asing yang diluluskan untuk dipasarkan di Malaysia dikehendaki memaparkan nombor kelulusan LPPEH, misalnya, LPPEH / 88/8888 / KL.

Permohonan berasingan diperlukan untuk lokasi yang berbeza, dan hanya sah selama satu bulan dari tarikh kelulusan.

4) Keperluan untuk lembar iklan hartanah

Lembar iklan atau risalah yang diedarkan oleh perunding seharusnya memaparkan nama syarikat, nombor e-pendaftaran firma, dan nombor REN. Lembar iklan hanya akan dibenar untuk diedarkan jika:

  • Kandungan dalam lembar iklan hendaklah menentukan jenis hartanah untuk dijual / disewa / dipajak atau yang dikehendaki.

  • Lembar iklan tersebut hendaklah dikeluarkan dengan kepala surat syarikat yang mengandungi nama, nombor pendaftaran, nombor telefon, alamat firma. Ia mesti mempunyai tandatangan REA. Ia juga hendaklah merangkumi nama perunding dengan Nombor REN.

  • Lembar iklan tersebut juga mesti menyatakan kenyataan berikut: "Mana-mana individu yang memberikan maklum balas terhadap lembar iklan ini tidak perlu membayar apa-apa yuran ejen hartanah untuk hartanah yang disebutkan dalam lembar iklan. Ini kerana firma ini dipelihara dengan prinsip tertentu". Ukuran huruf untuk kenyataan ini hendaklah sama dengan isi kandungan utama lembar iklan terbabit.

Berbaloikah Mendapatkan Khidmat Ejen Haram?

Anda pasti terfikir: “Buat apa susah-susah nak dapatkan pengesahan ejen bagai?” Tawaran terbaik dah ada depan mata, dan anda yakinnya tak akan ditipu. Apa lagi nak tunggu? Kaut sajalah, nanti menyesal pula!

ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah
ejen hartanah, agen hartanah, REN, REA, LPPEH, pinjaman perumahan, proses nak beli rumah, penipuan hartanah

Sekiranya anda dah buat keputusan untuk berurusan dengan ejen tertentu, walaupun anda dah tahu ejen tersebut tak berdaftar dengan LPPEH, tunggu dulu! Jangan main ikut saja kata hati.

Jika anda rasa tawaran yang diberikan terlalu ‘menarik’ dan macam tak masuk akal je, maka anda sendiri perlu berhati-hati!

Dengan ejen berdaftar, semua bayaran dimasukkan ke dalam akaun pelanggan dan dilindungi oleh insurans ganti rugi profesional. LPPEH juga boleh menggantung atau menjatuhkan hukuman dengan mudah kepada mana-mana ejen berkenaan, jika didapati melakukan kesalahan.

Anda berisiko tinggi untuk ditipu atau disalahtafsir jika anda berurusan dengan ejen yang tak berdaftar. Ini kerana tak ada mana-mana badan mahupun organisasi dapat melindungi anda.

PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel
PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel

Klik Untuk Sertai!

PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel

Ejen Haram Berleluasa Di Luar sana, Tetapi Anda Boleh Mengelakkan Diri Ditipu Hidup-Hidup!

Dengan pelbagai cabaran dan selok-belok urus niaga hartanah, pembeli pertama mungkin akan merasa tertekan terutama sekali dalam membuat keputusan. Tetapi rileklah - jangan tunduk pada tekanan dan usah buat keputusan terburu-buru!

Berhati-hati dalam setiap langkah (termasuk ketika membuat pembayaran), dan sentiasa membuat kajian dan bertanyakan pada golongan profesional sekiranya timbul keraguan. Klik sini untuk lebih banyak tip dan panduan dalam berurusan dengan ejen hartanah.

Dah tahu macam mana nak tentukan mana ejen palsu, mana betul dan sekarang nak beli hartanah? Bolehlah tengok senarai hartanah untuk dijual dalam laman web BM kami ni!