Advertisement

7 Bapa Arkitek Kebanggaan Malaysia!

Reka bentuk seni bina penuh magik dan mempesona, dan di belakangnya adalah arkitek yang mengilhamkan dan mengawasi semua aspek pembinaannya.

Seni bina moden adalah tentang mengambil visi yang memberi inspirasi, dan menggunakan kemahiran dan alat yang diperolehi selama beberapa dekad pengalaman untuk memupuknya kepada kehidupan.

Keindahan seni bina adalah satu legasi yang ditinggalkan oleh pemilik ciptaannya. Peninggalan berwawasan yang menjadi kebanggaan negara akan kekal menjadi warisan terutama buat keluarga.

Mereka adalah aset berharga Malaysia kerana inspirasi wawasan yang disalurkan melalui cetusan idea seni bina, namun di mata anak-anak aka arkitek muda, mereka adalah seorang bapa aka arkitek otai yang tiada tolok bandingannya!

Sempena Hari Bapa ini, kami ingin meraikan enam hero berwawasan industri seni bina yang telah memberi inspirasi kepada masa depan pembinaan yang lebih beraspirasi.

*Senarai ini dibuat sempena Hari Bapa dan kerana itu menampilkan arkitek lelaki. Senarai arkitek wanita ternama Malaysia juga akan dibuat.

1. Datuk Kington Loo

arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek
arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1930, Loo adalah pemula dalam seni bina moden di Malaysia.

Reka bentuk seni binanya, di bawah firma yang diusahakan, iaitu Booty & Edwards, bertanggungjawab untuk banyak bangunan tinggi awal yang masih dapat anda lihat menjulang tinggi di seluruh negara.

Pada tahun 1962, beliau menjadi penduduk tempatan pertama yang dipilih sebagai Presiden Persekutuan Persatuan Arkitek Malaya (FMSA), yang bersekutu dengan Institut Arkitek Diraja British (RIBA).

Manakala pada tahun 1998, beliau merupakan penerima pingat emas pertama daripada Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), atau Institut Arkitek Malaysia.

Arkitek Malaysia yang terkenal ini mereka bentuk bangunan pejabat tinggi pertama di KL (Bangunan Koperasi Polis 13 tingkat), serta Kompleks Dayabumi, yang kekal sebagai mercu tanda ikonik hingga ke hari ini.

Beliau juga merekabentuk Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, dan bangunan Standard Chartered di Kuala Lumpur.

2. Ken Yeang

arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek
arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek

Beliau adalah seorang arkitek berwawasan dan sering meggabungkan rekaannya dengan kecintaannya terhadap alam sekitar dan solusi ekosistem.

Arkitek yang sering memenangi anugerah seni bina ini merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan mempunyai portfolio meluas merangkumi hospital-hospital di UK, sehingga ke menara-eko yang menakjubkan di beberapa bandar yang pesat berkembang di China.

Banyak rekaannya berkisar tentang idea untuk membawa estetika semulajadi dan reka bentuk hijau ke dalam persekitaran yang dibina, mewujudkan sinergi antara keindahan alam semula jadi dan seni bina bandar.

Sebagai juara gerakan reka bentuk hijau, Ken Yeang terkenal sebagai perintis yang lebih jauh ke hadapan ketika zamannya.

Visi seni bina hijaunya kini jelas dapat dilihat, seperti di bangunan Perpustakaan Negara Singapura, Mangrove Bay di Shenzhen, dan Spire Edge di India.

3. Hijjas Kasturi

arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek
arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek

Arkitek terkenal Hijjas Kasturi sering digelar 'bapa seni bina Malaysia' kerana pengaruhnya terhadap seni bina negara.

Biarpun dilahirkan di Singapura, namun beliau sangat berpengaruh dalam evolusi seni bina Malaysia yang merdeka. Sepanjang tempoh 50 tahun kerjayanya, bukan sedikit bangunan yang mendapat sentuhan magisnya.

Pencapaian seni bina yang paling terkenal daripada tokoh ini termasuk Menara Telekom Di Kuala Lumpur, bangunan Menara Maybank, dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Seperti ramai nama-nama hebat yang lain, hasil sentuhan ideanya juga berkembang seiring dengan pengalamannya, merangkumi konsep reka bentuk hijau dan seni bina eko.

Ini dapat dilihat di bangunan berwawasan seperti Hotel Penaga, Pulau Pinang, yang menggabungkan taman berlanskap, panel solar, dan sistem penuaian air hujan yang menjadikannya satu-satunya bangunan hijau bertaraf Gold Star di Pulau Pinang!

4. Dr Tan Loke Mun

arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek
arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek

Dr. Tan Loke Mun dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan mendapatkan latihan seni binanya dari Universiti Deakin, Australia pada tahun 1980-an dan kemudiannya menerima ijazah kedoktoran dari University of Melbourne, Australia.

Apabila kembali ke Malaysia, Dr. Tan mengasaskan amalan 'ArchiCentre' pada tahun 1994.

Beliau adalah Presiden Institut Arkitek Malaysia dari tahun 2005 hingga 2007, dan telah menerima pelbagai anugerah yang mengagumkan untuk kerja-kerja beliau sepanjang tempoh kerjayanya.

S11 House mencerminkan etos yang mampan di tengah-tengah banyak reka bentuk arkitek terkenal ini, dan semangat untuk struktur berwawasan yang terbukti sepanjang kerjayanya.

Kerja-kerja firma beliau boleh dilihat di Setia City Convention Centre, Setia Ecotower, Armanee Terrace 2, dan pelbagai bangunan lain di Malaysia.

5. Dato’ Lee Yoon Thim

arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek
arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek

Beliau adalah tokoh yang bertanggungjawab membentuk imej negara global selepas pasca kemerdekaan.

Dato’ Lee merupakan seorang pakar apabila dirujuk mengenai reka bentuk seni bina hotel kerana beliau menggabungkan modernisme dengan citarasa tempatan.

Sejurus selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1963, Dato’ Lee Yoon Thim yang juga sahabat baik kepada ramai pemimpin awal negara, termasuk Tuanku Abdul Rahman, diraikan kerana reka bentuknya dalam seni bina Islam dan bangunan kerajaan.

Di Kuala Lumpur hari ini, Stadium Chin Woo, Dewan Bahasa dan Pustaka serta bangunan UMNO masih berdiri.

Selain daripada itu, beberapa masjid juga mendapat sentuhan rekaan Dato’ Lee iaitu Masjid India, Masjid Al-Ubudiyah, Masjid Ar-Rahman dan Masjid Jamek Kampung Baru.

6. Tan Sri Dato’ Esa Mohamed

arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek
arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek

Beliau adalah pengasas dan pengarah urusan firma arkitek, Akitek Jururancang (Malaysia) Sdn Bhd (AJM).

AJM ni bukan calang-calang, ia bertanggungjawab mereka bentuk beberapa projek hartanah ternama negara termasuklah Subang Jaya, Pelan Induk Kuala Lumpur dan Pelan Induk Putrajaya.

Antara projek reka bentuk yang diketuai Esa Mohamed ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Datai Bay Resort Langkawi, Mid Valley City and Garderns dan Sunway Piramid.

Kerjanya diiktiraf industri dalam dan luar negara, malah pernah mendapat pelbagai anugerah antarabangsa termasuklah Anugerah Aga Khan untuk Seni Reka 2001.

7. Chan Seong Aun

arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek
arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek

Beliau adalah antara arkitek terawal di Malaysia yang bergiat aktif dalam aspek kelestarian bangunan hijau.

Chan Seong Aun adalah arkitek utama di Arkitek Daya Seni Sdn Bhd, beliau juga salah seorang pengasas dan bekas presiden Majlis Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) serta bekas presiden Persatuan Arkitek Malaysia.

Dalam bidang kelestarian sektor pembinaan, nama beliau memang tidak asing lagi dan minatnya kepada aspek kelestarian reka bentuk dan pembinaan tercetus seawal krisis minyak global 1970-an lagi yang mengajarnya tentang kepentingan tenaga dalam bidang pembinaan.

Tidak ketinggalan – César Pelli!

arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek
arkitek, seni bina, seni bina islam, arkitek malaysia, gambar arkitek

Tidak lengkap senarai arkitek ini jika tidak menyebut tentang César Pelli! Pereka berwawasan keturunan Argentina-Amerika ini adalah ‘mastermind’ di sebalik gah seni bina ikonik Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.

Pelli ternyata memasang impian untuk mencipta nama - dan bertanggungjawab untuk reka bentuk beberapa bangunan pencakar langit yang paling ikonik di dunia.

Di samping Menara Berkembar, beliau juga merealisasikan menara kebanggaan yang menjulang tinggi di Cira Center South di Philadelphia, dan Salesforce Tower di San Francisco, Amerika Syarikat.

Memetik kata-kata beliau, “keinginan untuk mencapai langit sangat mendalam dalam jiwa manusia."

Ini sudah tentu menjadi faktor penentu dalam kehidupannya sendiri, dan ia dizahirkan pada rekaan-rekaan bangunan yang luar biasa.

Kesungguhannya terhadap pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit menyaksikan pemilik nama ini meraih anugerah pencapaian seumur hidup oleh Council on Tall Buildings and Urban Habitat.

Arkitek memainkan peranan penting dalam industri pembinaan dan hartanah. Tanpa mereka, tak terbina lah bangunan yang lawa dan seronok untuk didiami.

Terima kasih!

Panduan Relevan