6 Hartanah Berhampiran Taman Terbesar Di KL dan Selangor!
Click here for English version.
Impikan rumah yang dekat dengan pusat beli-belah mega? Banyak pilihan yang ada, sebabnya pada hujung 2019 je dianggarkan terdapat lebih 700 pusat beli-belah di seluruh negara!
Kalau mencari rumah yang ada banyak pilihan sekolah, pusat penjagaan kesihatan, dan kedai serbaneka berdekatan, kenalah buat pencarian yang teliti sedikit. Kena pandai cari...
Tapi, ketika populasi global terus meningkat dengan pesat (setakat 2020, jumlah populasi dianggarkan sekitar 7.8 bilion orang), kawasan semulajadi dara juga akan mula terjejas.
Jadi, jika anda adalah individu yang suka dengan gaya hidup holistik, dikelilingi alam semulajadi yang menghijau serta hamparan kawasan rekreasi yang menawan berhampiran rumah, pilihan pertama anda sudah pastilah sebuah taman.
Kami perkenalkan dua taman terbesar dan punya kelengkapan terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor, Taman Metropolitan Kepong, KL berkeluasan 235 ekar dan Taman Templer, Selangor seluas 3000 ekar.
Cuba bayangkan, anda memiliki sebuah rumah berhampiran salah satu kawasan tersebut, yang setiap hari anda boleh hirup udara segara, gaya hidup pun lebih aktif, risiko dapat penyakit tak berjangkit seperti sakit jantung dan kencing manis pun dikurangkan!
Jika ini yang anda impikan dan memang mencari kehidupan berkualiti, Kami senaraikan beberapa projek utama berhampiran kedua-dua taman ni.
Klik Untuk Sertai!
PropertyGuru Malaysia's Official Telegram Channel
Taman Templer
1) Setia Eco Templer
Jarak dari taman : 500m
Harga jualan : From RM850,000
Jumlah unit: 1,800 (900 unit adalah rumah mampu milik)
Saiz binaan : 2,394 - 4,214 kaki persegi
Tarikh siap : 2019 ke hadapan
Pernahkah anda jumpa sebuah kawasan kediaman yang mempunyai banyak anak sungai? Ha! Projek pembangunan ini memiliki sembilan anak sungai, ditambah dengan tiga buah taman indah di atas tanah berkeluasan 194 ekar!
Dibina oleh pemaju yang sama membangunkan Perangsang Templer Golf Club, penghuni di sini memang duduk dalam alam semulajadi yang mendamaikan. Apa taknya, Air Terjun Taman Rimba Komanwel dan Hutan Simpan Bukit Lagong adalah kejiranan kediaman ini!
Lihat semua unit untuk dijual di Setia Eco Templer di sini.
2) Chloe Residence
Jarak dari taman : 10.9km
Harga jualan : dari RM670,000
Jumlah unit : 142
Saiz binaan : 1,977 - 2,287 kaki persegi
Tarikh siap: 2019
Sebahagian daripada pelan utama pembangunan Emerald Rawang yang berkeluasan 1,000 ekar, projek ini mensasarkan mereka yang berkeluarga besar atau baru nak membina keluarga.
Anda dan yang tersayang tak perlu risau dengan aspek keselamatan kerana kawasan sekelilingnya berpagar dan hanya ada satu jalan keluar masuk. Bolehlah menggunakan kemudahan yang ada seperti taman permainan, trek jogging dan laman komuniti tanpa was-was!
Dapatkan rumah baru anda di Emerald Rawang hari ini.
3) Amaryllis, Taman Sari
Jarak dari taman : 11.2km
Harga jualan : dari RM895,000
Jumlah unit : 117
Saiz binaan : 3,033 sq ft to 4,003 sq ft
Tarikh siap : 2018
Projek ini dikelilingi dengan bukit-bukau menghijau dan landskap terancang yang indah, membuatkan anda tak perlu jalan jauh untuk kehidupan yang berkualiti!
Penduduk boleh memanfaatkan semua kemudahan yang tersedia di hub komersial pinggiran tasik, seperti sekolah antarabangsa, lot kedai, pejabat dan klinik. Di sinilah rumah idaman yang anda boleh banggakan dan wariskan untuk anak-anak anda.
Semua unit untuk dijual di Taman Sari ada di sini.
Penyelesaian Relevan
PropertyGuru Loan Pre-Approval
Dua kawasan taman yang kami ceritakan ni menyaksikan pertumbuhan Bulan-ke-Bulan senarai “Untuk Dijual” kami dengan peningkatkan +8.2% di KL dan +4.0% di Selangor.
Peningkatan ni membuktikan wujud tarikan konsisten ke atas kawasan ni daripada pencari rumah idaman. Bila wujud tarikan dan perhatian, maksudnya nilai perumahan ini ada peluang untuk naik di masa hadapan!
Jika anda memang mahukan kediaman mesra alam, tapi yang kami senaraikan ni masih tak menarik perhatian, apa kata layari senarai pembangunan hijau 40 GBI utama ni pula!