6 Fakta Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan Anda Wajib Tahu!

·6-min read

Sesiapa yang tinggal di Wilayah Persekutuan mesti tahu betapa susahnya nak beli rumah. Yerlah, kos sara hidup tinggi, gaji tak naik-naik, rumah pula memang mahal disebabkan jumlah tanah yang terhad.

Disebabkan itu, pada 25 Februari 2021 lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan skim perumahan mampu milik terbaru dikenali sebagai Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan.

Apa sebenarnya skim terbaru ni? Jom kami kongsikan!

Apakah Skim Residensi Prihatin Wilayah?

Skim ni dilancarkan khas untuk membantu belia golongan isi rumah B40 membeli rumah pertama mereka pada usia muda.

Pada peringkat permulaan, ia akan dibina di Putrajaya dulu sebelum diperluaskan ke Kuala Lumpur dan Labuan!

Sebanyak 10,00 unit Residensi Prihatin akan dibina yang dijangka mula dibina pada Jun 2021 dan siap dalam tempoh 24 hingga 30 bulan.

residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,
residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,

Sebagai permulaan, 10,000 unit rumah itu akan dibina di Kuala Lumpur (6,000 unit), Putrajaya (3,000 unit) dan Labuan (1,000 unit).

Di Putrajaya misalnya, kalau ikut perancangan sebanyak 12,253 unit Residensi Prihatin akan dibina menjelang 2025 di Presint 5,7,11 dan 19.

Secara keseluruhannya, skim Residensi Wilayah akan menyasarkan pembinaan 40,000 unit rumah. Daripada jumlah itu, 20,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 15,000 unit di Putrajaya dan 5,000 unit di Labuan.

PropertyGuru Loan Pre-Approval
PropertyGuru Loan Pre-Approval

Penyelesaian Relevan

PropertyGuru Loan Pre-Approval

Ciri Rumah Residensi Prihatin Wilayah

Rumah Residensi Prihatin Wilayah ni ada beberapa ciri iaitu:

Harga Rumah

Bawah RM200,000

Pelan Rumah

3 bilik tidur, 2 bilik air

Kemudahan

Senarai Projek Residensi Prihatin Wilayah 2021

Setakat ini, hanya dua projek yang akan dibuka permohonannya. Jadi kenalah tengok selalu laman web rasmi ni untuk perkembangan terkini.

Nama Projek

Residensi Prihatin Kenanga

Residensi Prihatin Melur

Wilayah

Putrajaya

Putrajaya

Harga

RM200,000

RM200,000

Jumlah Unit

984 unit

688 unit

Keluasan

750 kaki persegi

750 kaki persegi

Mesti anda tak sabar-sabar nak tahu semua syarat permohonan skim ini kan? Jom kami kongsikan!

residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,
residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,

7 Syarat Mohon Residensi Prihatin Wilayah

1) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas

Bagi pasangan yang baru berkahwin, salah seorangnya mestilah berwarganegara Malaysia. Oh ya! Penduduk Tetap (PR) tak layak memohon.

2) Jumlah pendapatan kasar isi rumah tak melebihi RM5,000.00 sebulan

Bila sebut isi rumah, ini termasuk jumlah pendapatan sebulan anda, pasangan dan ahli keluarga yang tinggal sebumbung mesti kurang daripada RM5,000.00.

3) Hanya untuk permohonan rumah pertama sahaja

Sesiapa yang berangan-angan nak beli dua tiga buah rumah itu. Lupakan sajalah! Skim ini memang khas untuk memberi peluang kepada yang masih belum memiliki rumah sendiri.

4) Tidak muflis

Rekod kewangan kena bersih. Tidak boleh berada dalam senarai muflis.

5) Keutamaan kepada pemohon yang lahir/menetap/bekerja di Wilayah Persekutuan

Sesiapa yang duduk di kawasan yang berdekatan dengan Putrajaya seperti Bangi dan Cyberjaya masih layak memohon. Cuma, prosesnya akan ambil masa sedikit. Apa-apa pun, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,
residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,

6) Pemohon mestilah berdaftar di Portal Residensi Prihatin

Pastikan nama anda tersenarai sebagai pemohon dalam portal ya. Buatnya bajet dah cukup-cukup simpan untuk rumah ini, tiba-tiba tak lulus sebab lupa nak mohon dalam portal. Dah melepas!

7) Bukan pemohon Residensi Wilayah (sebelum ini dikenali sebagai RUMAWIP)

Semak dahulu jika nama anda termasuk dalam kategori RUMAWIP. Kalau ya, secara automatik anda tidak lagi layak memohon Residensi Prihatin.

Semua syarat dah lepas? Anda pun dah panas punggung tu tak sabar-sabar nak mohon. Jom baca cara-caranya!

Cara Mohon Residensi Prihatin Wilayah

  • Daftar akaun secara atas talian di laman web rasmi Residensi Prihatin.

  • Pastikan semua maklumat profil anda diisi dengan betul dan lengkap.

  • Pilih projek perumahan yang anda inginkan.

  • Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

  • Muat naik beberapa dokumen sokongan seperti yang tertera di bawah:

    • Surat akuan sumpah

    • Salinan kad pengenalan (MyKad) pemohon dan pasangan, serta Sijil kelahiran pemohon bagi projek bumiputera Lot / Tanah Rizab Melayu sahaja.

    • 3 bulan penyata gaji terkini atau 3 bulan penyata bank terkini bagi yang tiada slip gaji bagi pemohon dan pasangan.

    • Penyata KWSP terkini dan sejarah pengeluaran (Wajib jika ada penolakan KWSP dari gaji) atau Penyata cukai pendapatan untuk yang tiada KWSP bagi pemohon dan pasangan.

    • Bil elektrik dan bil air terkini bagi tempat tinggal atau dokumen lain sebagai bukti alamat kediaman.

    • Salinan kad OKU pemohon dan pasangan (jika ada).

    • Salinan geran atau Salinan perjanjian jual beli (s&p) harta yang dimiliki (Pemohon dan/atau pasangan) (jika ada).

    • Surat pengesahan majikan terkini pasangan atau surat akuan sumpah jika pasangan tidak bekerja atau sijil pendaftaran syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).

    • Sijil kelahiran anak atau MyKid.

    • Salinan surat nikah/sijil perkahwinan/surat cerai/sijil kematian.

Tahu tak anda boleh juga letak penama kedua selain pasangan tau! Contohnya ibu, bapa atau adik-beradik. Cuma perlu tambah beberapa dokumen seperti berikut:

  • Salinan surat kelahiran pemohon dan penama kedua (Ibu/Bapa/Adik-Beradik).

  • Salinan kad pengenalan penama kedua.

  • 3 bulan penyata gaji terkini atau 3 bulan penyata bank terkini untuk yang tiada slip gaji bagi penama kedua.

Jangan lupa sahkan profil dan dokumen sokongan anda sebelum hantar!

Lepas dah hantar, tunggu je keputusan permohonan dibuat pihak urus setia yang akan dihantar ke emel anda.

residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,
residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,

7 Soalan Lazim Residensi Prihatin Wilayah

1) Apa maksud surat akaun sumpah?

Anda hanya perlu muat turun template surat akaun sumpah menerusi portal Residensi Prihatin dan dapatkan pengesahan hakim Mahkamah Sesyen/Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah. Itu je pihak yang dibenarkan.

Ketua kampung ke penghulu ke tak boleh sahkan surat akuan sumpah anda!

2) Saya menyewa sekarang, perlu beri bil elektrik atau bil air ke?

Perlu. Ia untuk dijadikan bukti anda menetap di wilayah terlibat dengan skim Residensi Prihatin.

3) Boleh ke saya jual unit Residensi Prihatin ni?

Penjualan semula unit hanya dibenarkan selepas 10 tahun! Maknanya, ada moratorium 10 tahun sebelum boleh jual ya....

4) Pemaju boleh caj ke sebelum kita tandatangan Perjanjian Jual Beli?

TIDAK BOLEH! Tiada bayaran boleh dikutip pemaju sebelum Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Jika ada pemaju minta bayaran sebelum tandatangan SPA, anda boleh buat aduan di sini.

5) Berapakah bayaran pertama perlu dibayar?

Jika anda ditawarkan unit Residensi Prihatin, anda perlu bayar 10% daripada harga unit kepada pemaju seperti mana ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli.

residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,
residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,

6) Boleh ke saya nak batalkan permohonan sebab tertarik dengan projek lain?

BOLEH! Anda perlu membatalkan sendiri permohonan dengan SYARAT permohonan itu tidak lengkap/lengkap.

Tapi, jika permohonan anda sudah berstatus Semakan Urus Setia, anda perlu hantar e-mel nyatakan hasrat pembatalan dan alasan kepada urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my.

Anda perlu nyatakan beberapa perkara iaitu:

  • Nama penuh

  • Nombor kad pengenalan

  • Projek yang ingin dibatalkan

  • Alasan

Jika anda sudah ditawarkan unit, anda perlu berurusan dengan pemaju sendiri.

Amaran: Anda boleh disenarai hitam selama 12 bulan dari memohon mana-mana projek, jika pembatalan dibuat guna Urus Setia Residensi Prihatin.

Jadi, fikir elok-elok sebelum pilih dan batal tu!

residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,
residensi prihatin wilayah, rumawip, perumahan dbkl, rumah mampu milik,

7) Apakah tempoh masa sah permohonan?

12 bulan dari tarikh semua dokumen sokongan lengkap dihantar.

Rebut Peluang Dengan Residensi Prihatin Wilayah!

Banyak sebenarnya skim rumah mampu milik ditawarkan kerajaan kepada kita semua. Tapi kenalah rajin selidik dan rebut peluang!

Residensi Prihatin ni sasar 40,000 unit rumah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan! Boleh kot sangkut satu….

Selamat berjaya!

Panduan Relevan