6 Cara Cari Penyewa Sempurna Di Malaysia!

·4-min read

Click here for English version

Sekiranya anda pernah atau kenal sesiapa yang menyewakan hartanah sebelum ini (tak kisahlah sebiji rumah mahupun hanya sebuah bilik), pastinya anda dah dengar seribu satu kisah tentang ‘penyewa dari neraka’.

Semua tuan rumah memang nak penyewa yang baik– bayar sewa tepat pada waktunya, jaga rumah elok-elok dan perangai senonoh.

Tapi, nak cari penyewa sempurna tak mudah, walaupun tak mustahil boleh dapat! Jadi, kami sediakan beberapa langkah anda boleh buat sebelum sewa hartanah anda yang mahal tu.

1. Upah Ejen Hartanah

Ejen hartanah adalah golongan profesional yang mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan hartanah.

Mencari penyewa yang sesuai memang boleh tahan susah juga, itu sebabnya anda memerlukan kemahiran dan pengaruh ejen untuk menghubungkan anda dengan bakal penyewa.

Selain arif dan banyak pengetahuan dalam pasaran hartanah, ejen juga boleh beritahu maklumat tentang trend pasaran sebabnya harga sewa memang mudah dan cepat berubah.

rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah
rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah

Manfaatnya untuk anda, dapatlah harga sewa terbaik untuk ditawarkan kepada bakal penyewa.

Selain itu, ejen juga boleh merundingkan harga sewa bagi pihak anda dan selesaikan semua prosedur undang-undang.

Jadi anda tidak perlu susah-susah dengan jargon undang-undang yang mungkin akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

2. Periksa Kewangan Bakal Penyewa

Terdapat dua pemeriksaan kewangan yang boleh anda lakukan; iaitu pendapatan dan kredit.

Sebagai seorang tuan rumah, anda dibenarkan untuk berbuat demikian. Bagaimana? Teruskan membaca.

a) Pemeriksaan pendapatan

Data terkumpul akan menunjukkan sama ada seseorang itu stabil dari segi kewangan dan mampu membayar sewa pada waktu yang ditetapkan.

rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah
rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah

Anda boleh meminta penyata bank tiga hingga enam bulan terakhir dari mereka sebagai bukti. Malah, anda juga boleh menghubungi majikan mereka untuk mengesahkan gaji bakal penyewa.

Nak senang kira, pendapatan kasar bulan penyewa haruslah sekurang-kurangnya tiga kali ganda dari kos sewa.

b) Pemeriksaan kredit

Untuk lakukan pemeriksaan kredit, anda boleh mengupah syarikat pemeriksaan kredit, mereka boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

Pemeriksaan kredit adalah penyataan sejarah hidup seseorang, yang akan mendedahkan butiran sama ada mereka pernah diusir sebelum ini, pernah berhadapan penghakiman sivil, atau diisytihar bankrap.

3. Periksa Perangai

Selain menyelidik kemampuan kewangan bakal penyewa, anda juga disarankan untuk selidik tingkah laku dan keperibadian mereka.

Contohnya, anda mungkin ingin tahu sama ada dia seorang yang bertanggungjawab, atau seseorang yang acuh tidak acuh dengan peraturan asas rumah.

rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah
rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah

Anda boleh melakukan pemeriksaan latar belakang dengan menghubungi tuan rumah terdahulu untuk mengetahui perangai dan sikap bakal penyewa.

Semua maklumat yang anda terima pastinya sangat berguna. Dapat tahu lebih awal, lebih baik.

4. Buat Saringan Latar Belakang

Saringan bakal penyewa adalah semakan latar belakang komprehensif bakal penyewa hartanah anda.

Biasanya, tuan rumah mengupah perkhidmatan pemeriksaan luaran untuk buat kerja ni.

Apa yang akan anda jumpa? Ya pemeriksaan ini akan mendedahkan perkara seperti rekod perubatan, jenayah dan rekod komersial seseorang (jika ada) serta sejarah pekerjaan.

Sebagai alternatif, anda boleh mengatur temubual tidak rasmi dengan bakal penyewa anda. Pastikan anda tanyakan soalan penting, antaranya sebab nak menyewa dan lain-lain.

rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah
rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah

Gunakan pertemuan ini (tak kisahlah secara berdepan mahupun virtual) sebagai peluang untuk mengenali lebih dekat bakal penyewa sebaik mungkin.

Sekiranya dia sesuai dengan kriteria dikehendaki anda, perhubungan anda dan penyewa akan kekal erat, maka senanglah untuk berhubung dan berkomunikasi nanti.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

5. Tentukan Demografik Penyewa Anda

Jika anda pernah mengalami pengalaman buruk menyewakan rumah/bilik kepada pelajar misalnya, tak kan anda nak buah berpisang dua kali kan?

Jadi ada baiknya anda menyenarai pendekkan calon penyewa anda berdasarkan demografi pilihan yang pasti akan membantu anda dalam proses pemilihan.

Mungkin selepas ini anda boleh mempertimbangkan untuk menyewakan kepada pasangan bekerja yang sebaya dengan anda.

Mana tahu, ianya sesuai dek kerana gaya hidup mereka dan pemikiran mereka yang lebih matang.

Tetapi, hati-hati, janganlah sampai letak demografik penyewa sampai jadi diskriminasi pula! Jangan pukul rata semua orang, walaupun anda boleh berhati-hati.

rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah
rumah sewa, rumah sewa murah, penyewa, tuan rumah

6. Jangan Cepat Buat Keputusan

Memandangkan orang asing akan tinggal di dalam hartanah anda untuk jangka masa panjang, anda perlu memastikan ia disewakan kepada seseorang yang anda benar-benar selesa, jadi ikutlah kata hati anda!

Buat tapisan seorang demi seorang, dan ambillah masa dalam memilih penyewa anda.

Bila melibatkan penilaian calon, tak rugi untuk anda kenal pasti faktor yang boleh menyebabkan perjanjian sewa rumah anda terbatal, agar anda boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Ini 6 langkah anda boleh buat, tak rugi kan, baik bersedia daripada menyesal nanti!

Selamat mencari penyewa terbaik!

Panduan Relevan