5 Cabaran PKP Kepada Ejen Hartanah

·6-min read

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa bermula Mac 2020 masih belum nampak hasil terbaiknya, walaupun ditambah lagi dengan darurat dan total lockdown, dah masuk Julai 2021 dah….

Kes COVID-19 pada 2021 malah lebih buruk, semua sektor ekonomi terjejas, orang hilang pekerjaan dan ada yang tak cukup makan sampai terpaksa kibar #benderaputih.

Bagi mereka yang masih ada pekerjaan, lebih setahun bekerja dari rumah atau bergilir-gilir ke pejabat atau terpaksa ke pejabat sepenuhnya walaupun berdepan ancaman jangkitan COVID-19, semua kita terasa kesannya.

Dalam sektor hartanah, ejen adalah antara kumpulan pekerja yang terjejas. Mana tidaknya, banyak benda tertangguh dan susah hendak dibuat!

Malah, ada kajian melaporkan yang 82% ejen hartanah kediaman seluruh dunia menurunkan jangkaan pendapatan mereka pada 2020.

Jadi, memandangkan ejen ni adalah tulang belakang urusan jual beli hartanah, kami bercakap dengan mereka untuk tahu kesan PKP ke atas kerjaya mereka!

1. Ejen Perlu Tangani “Takut” & “Risau” Melampau Pembeli

Ini antara cabaran utama yang perlu dihadapi oleh ejen hartanah dalam situasi sekarang.Rasa takut dan risau dalam kalangan pembeli hartanah atau sebilangan pelabur hartanah.

Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah
Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah

Mereka lebih cenderung untuk mengambil pendekatan berhati-hati dalam membeli hartanah disebabkan bimbang wujud risiko beli hartanah sekarang.

“Ketika PKP pertama, kebimbangan pembeli sangat ketara. Ramai pelanggan ambil pendekatan tunggu dan lihat. Ini menjadikan kerja kami lebih sukar terutamanya bila kami hanya boleh melayan pelanggan secara virtual sahaja,” kata Natasha Gideon dari IQI Reality Sdn Bhd.

Sektor hartanah tidak dinafikan amat berkait rapat dengan faktor ekonomi, kestabilan pendapatan isi rumah serta kemampuan membayar balik pinjaman yang lama iaitu sekitar 30-35 tahun.

Situasi ekonomi yang tidak menentu, tambahan pula penutupan beberapa sektor ekonomi menjejaskan pendapatan syarikat dan juga individu.

Kaitan antara ketidaktentuan ekonomi dan kemampuan syarikat pembinaan menyiapkan projek memang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pencari hartanah terutamanya untuk pasaran utama.

Kalau salah langkah beli, projek perumahan tu terbengkalai, aduh susah!

Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah
Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah

Walaupun pelbagai inisitaif diperkenalkan kerajaan seperti lanjutan HOC sehingga 30 Disember 2021 dan pakej menarik oleh pihak pemaju, stigma “takut” dan “risau” terus menjadi cabaran hebat buat ejen hartanah menyakinkan bakal pembeli hartanah.

Ejen hartanah juga perlu berdepan dengan kesan krisis COVID-19 yang menyeluruh terhadap sektor ekonomi, kesihatan awam dan sosial masyarakat.

2. Peralihan Kerja Ke Dunia Virtual

Dalam tempoh PKP, aktiviti wajib hartanah seperti membawa bakal pembeli melawat galeri jualan dan membawa prospek melihat keadaan rumah yang dijual terpaksa dihentikan.

Ini antara cabaran besar buat ejen hartanah di musim PKP dan juga bakal penjual rumah terutamanya hartanah jenis kediaman.

Ini menjadi satu cabaran besar buat ejen hartanah kerana kebanyakkan pembeli rumah khususnya pembeli rumah pertama dan pasaran subsale lebih yakin untuk membeli hartanah setelah melalui pengalaman sendiri melawat rumah yang bakal dibeli.

Biasanya anda mesti nak tengok sendiri keadaan rumah yang bakal dibeli nanti kan?

Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah
Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah

Sebab membeli rumah kediaman dari pasaran subsale banyak kos terlibat dan antara kos yang boleh buat anda rugi besar adalah kos membaik pulih kediaman.

Cabaran ini turut dikongsi oleh seorang ejen hartanah berdaftar dari Great Casa Realty, Aimran Yusof yang terpaksa menangguhkan banyak sesi lawatan hartanah.

Kebanyakan penangguhan ini disebabkan bakal penjual risau akan keadaan semasa COVID-19 dan bakal pembeli pula tidak dapat merentas daerah untuk tengok hartanah.

Selain itu, cabaran buat ejen hartanah adalah jurang ilmu dalam pemasaran virtual atau dalam talian.

Di Malaysia, konsep lawatan hartanah secara virtual masih baru, walaupun ia membuka peluang besar kepada ejen hartanah, mereka juga perlu meningkatkan kemahiran pemasaran virtual.

Bukan mudah nak buat video, nak yakinkan orang dalam talian, menjaga intonasi percakapan dalam talian dan sebagainya untuk yakinkan pembeli tau!

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Walaupun begitu, ejen hartanah cepat belajar, dan sesi jual beli virtual menjadi kelaziman baru mereka sekarang, malah ramai ejen yang berjaya menjual walaupun kebanyakan sesi berjumpa bakal pembeli hanya dilakukan menerusi sesi virtual.

“Bila PKP kedua berlaku, kami lebih bersedia dan belajar daripada kesilapan lepas. Jadi lebih baik bercakap tentang hartanah dalam talian dan malah sebenarnya berjaya menjual walaupun hanya (bercakap dengan pelanggan) dalam talian,” kata Natasha.

Natasha bagaimanapun menambah yang apabila lockdown diisytiharkan, banyak proses jual beli tergendala atau dibatalkan terus, isu yang banyak dihadapi ejen hartanah sekarang.

“Bukan mudah nak yakinkan orang untuk beli hartanah menerusi dalam talian, kecuali pembeli tu memang sangat yakin dan sudah buat kajian lebih dulu.

“Kebimbangan dan kerisauan pelanggan dalam situasi tak menentu ni memang boleh difahami. Apa yang kami boleh buat adalah memberi nasihat sepatutnya dan membantu selagi boleh,” kata Natasha lagi.

3. Cabaran Ejen Sewa Rumah dan Premis Komersial

“Abang boleh minta refund sewa ke, saya tak jadi sewa nak balik kampung” Ini antara dilema ejen hartanah yang menguruskan hartanah sewaan.

Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah
Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah

Ada ejen hartanah atau operator hartanah terpaksa memulangkan wang deposit sewa kerana bakal penyewa yang terdesak.

Bukan itu saja, dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini, margin keuntungan ejen hartanah mungkin tidak selari dengan apa yang diharapkan.

Kalau sebelum ini, mungkin hartanah sewa fully furnished boleh mendapat pulangan tinggi kerana banyak permintaan.

Namun musim PKP, anda mungkin terpaksa berpuas hati dengan harga sewaan yang sedikit rendah bagi memastikan unit kediaman tidak terus kosong tanpa penghuni dalam tempoh lama.

Ada yang tidak mampu bertahan terus rebah! Ini juga cabaran bagi seorang ejen hartanah yang memfokuskan segmen hartanah sewa.

Pasaran komersial juga terjejas teruk dengan situasi semasa, apabila menurut data Bank Negara Malaysia, kira-kira 170,000 hartanah tidak terjual dan pasaran komersial antara yang terjejas teruk.

4. Proses Urusan Jual Beli Ambil Masa Terlalu Lama

Cabaran lain yang perlu dihadapi oleh ejen hartanah adalah proses urusan jual beli yang berlanjutan.

Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah
Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah

Perkara ini memang tidak dapat dielakkan terutama apabila melibatkan urusan dokumentasi jual beli hartanah yang memerlukan pengesahan pihak tertentu.

Ini antara cabaran yang dikongsi oleh seorang lagi perunding hartanah Ismail Hakimi.

“Ada pembeli yang terpaksa ambil masa sangat lama sediakan dokumen untuk proses pembiayaan perumahan diminta bank.

“Mereka terpaksa sebab dokumen diminta bank seperti slip gaji terkini, penyata bank terkini dan pelbagai dokumen sokongan lain lambat dikeluarkan sebab PKP,” kata Hakimi.

Menurutnya, kelewatan ini disebabkan pelaksanaan syarat 60% sahaja pekerja dibenarkan datang ke pejabat, menyebabkan ada sektor dan majikan mengambil masa untuk penyediaan dan pengesahan diperlukan bakal pembeli.

Selain itu, antara tugas ejen yang bertambah hebat adalah proses semakan kelayakan dan latar belakang kewangan pembeli.

“Ada orang yang dah nak beli, tapi tiba-tiba hilang kerja atau yang bekerja sendiri pendapatan terjejas, sampai proses jual beli rumah terus gagal,” kata Hakimi lagi.

Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah
Pkp, ejen hartanah, total lockdown, lockdown, pkp Malaysia, beli rumah, jual rumah, pejabat tanah

5. PKP, Maaf Pejabat Tanah Tutup!

Ini antara cabaran juga bagi ejen hartanah, bila beberapa proses tergendala dan tidak dapat dibuat kerana penutupan sesetengah agensi kerajaan di musim PKP ni.

Antara yang terjejas adalah proses penyediaan perjanjian pembiayaan untuk memuktamadkan kelulusan pinjaman dikeluarkan bank.

Proses tidak dapat diteruskan sebab carian hartanah tidak dapat dibuat disebabkan pejabat tanah tutup, waktu operasi yang sangat terhad atau hanya 20% pekerja datang ke pejabat. Urusan lain yang turut terjejas adalah proses serahan kunci, tukar nama dan banyak lagi.

Semua orang terkesan dengan PKP, lockdown, darurat dan pelbagai lagi nama sekatan yang dibuat. Jadi, kalau anda sedang berhubungan dengan ejen, fahami juga masalah mereka waktu ni.

Untuk ejen hartanah Malaysia, terima kasih dan selamat berjuang!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting