46 Hartanah di KL & Selangor Yang Boleh Anda Beli Dengan Gaji RM3,000

·11-min read

Click here for EN version/ 点击这里浏览中文版。

Membeli rumah adalah matlamat utama yang semua orang tengah kejar. Tetapi, disebabkan taraf hidup yang semakin meningkat, harga rumah pun sama naik.

Kebanyakan rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada mereka mampu tak nak memiliki rumah sendiri.

Perkara sebegini amat merisaukan terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Selangor, yang mana gaji permulaannya adalah sekitar RM2,000 - RM3,000 dan pada masa yang sama tanda harga hartanah di kawasan ini agak mahal.

Gaji Median & Harga Rumah Di Malaysia Bagi Tahun 2020

Tiada apa yang boleh dibuat selain daripada memikirkan: “Dekat mana nak cari rumah yang sesuai dengan bajet saya?” Sentimen ini sudah tentu dikongsi ramai penduduk Malaysia terutamanya di Lembah Klang.

Berdasarkan Laporan Survei Gaji & Upah 2020, gaji median rakyat Malaysia di KL dan Selangor masing-masing hanya berjumlah RM3,037 dan RM2,725 sahaja.

Sebaliknya, harga median tahun 2020 untuk rumah teres di KL adalah sebanyak RM756,500, sementara apartmen pula RM538,000.

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

Di Selangor, harga median untuk rumah teres dan apartmen masing-masing adalah RM521,550 dan RM300,000.

Berikut adalah gaji median dan harga rumah di Malaysia bagi tahun 2020.

Kawasan

Gaji Median bagi tahun 2020

Harga Rumah Median bagi tahun 2020

Harga Apartmen Median bagi tahun 2020

Seluruh Malaysia

RM2,062

-

-

Kuala Lumpur

RM3,037

RM756,500

RM538,000

Selangor

RM2,725

RM521,550

RM300,000

Pulau Pinang

RM2,082

RM470,000

RM446,500

Johor

RM2,124

RM380,000

RM322,500

Kedah

RM1,474

RM230,000

RM218,000

Kelantan

RM1,343

RM220,000

RM180,000

Labuan

RM3,717

RM380,000

RM230,000

Melaka

RM2,120

RM208,000

RM190,000

Negeri Sembilan

RM2,062

RM249,000

RM110,000

Pahang

RM1,753

RM240,000

RM310,000

Perak

RM1,629

RM268,000

RM330,000

Perlis

RM1,571

RM210,000

-

Putrajaya

RM2,130

RM752,500

RM400,000

Sabah

RM1,716

RM350,000

RM290,000

Sarawak

RM1,593

RM330,000

RM417,000

Terengganu

RM1,911

RM240,000

RM332,500

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

Berapa Banyak Pinjaman Rumah Saya Boleh Dapat Dengan Gaji Bulanan RM3000 Di Malaysia?

Katakanlah anda ingin membeli rumah di kawasan KL atau Selangor, tetapi gaji bulanan anda cuma sekitar RM3,000.

Apa pilihan yang anda ada dan berapa banyak pula pinjaman yang anda boleh peroleh dari pihak bank untuk membeli sebuah rumah?

Untuk mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini, pertama sekali kita kena membuat beberapa andaian:

  • Pendapatan bulanan kasar anda adalah sebanyak RM3,000

  • Kos sara hidup bulanan anda adalah 30% daripada pendapatan bersih anda

  • Anda tidak mempunyai komitmen kewangan seperti pinjaman kereta, sewa, atau hutang kad kredit.

  • Anda merancang supaya 70% daripada pendapatan bersih anda digunakan untuk pembayaran balik

  • Anda mahu meminjam 90% dari bank, dan anda mampu menanggung wang pendahuluan sebanyak 10%

  • Anda memohon faedah gadai janji sebanyak 3.5% dan tempoh pembayaran balik adalah selama 35 tahun

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

Kami akan membuat kiraan untuk anda dengan menggunakan formula berikut:

RM3,000 (pendapatan kasar) - 20% (KWSP, PERKESO dan PCB) = RM2,400 (pendapatan bersih)

RM2,400 (pendapatan bersih) - 30% (perbelanjaan sara hidup) = RM1,680 (anggaran hartanah)

Setelah 20% pemotongan bagi KWSP, PCB, PERKESO daripada RM3,000 pendapatan bulanan kasar anda, hanya RM2,400 yang tinggal sebagai pendapatan bersih anda.

Katakanlah anda memerlukan 30% daripada pendapatan bersih anda bagi perbelanjaan sara hidup, hanya berbaki 70% bersamaan RM1,680 yang tinggal untuk rumah anda.

Jadi, dengan RM1,680, berapa banyak pinjaman yang boleh anda dapat?

Menurut Kalkulator Pembayaran Balik Pinjaman Perumahan PropertyGuru, dengan RM400,000 jumlah pinjaman berserta kadar faedah 3.5% dan tempoh pembayaran balik selama 35 tahun akan meletakkan pembayaran bulanan anda pada RM1,653.

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

Mengikut bajet RM1,680 untuk rumah anda, anda mampu untuk membuat pinjaman rumah yang bernilai RM400,000.

Andaikan wang pendahuluan sebanyak 10% (RM40,000), ini bermakna anda mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM440,000 bersesuaian dengan gaji RM3,000 anda.

Jadi, rumah macam mana yang dibina untuk dijual di Kuala Lumpur dan Selangor dengan bajet hanya RM440,000?

Jom gunakan fungsi carian hartanah di laman web PropertyGuru untuk mencari hartanah di KL dan Selangor dengan harga ini.

Apakah Hartanah Saya Boleh Beli Di Kuala Lumpur Dengan Gaji RM3,000?

Kami gunakan fungsi carian di laman web PropertyGuru untuk mencari beberapa projek bertingkat dengan harga RM440,000 yang anda boleh mohon untuk dibeli.

Kebanyakannya adalah rumah baru untuk dijual, yang terletak di kawasan tumpuan utama seperti Jalan Ipoh, Sentul dan Bangsar South berdekatan dengan KLCC. Projek-projek lain pula terletak di kawasan-kawasan lama seperti Cheras, Jalan Klang Lama dan Sri Petaling.

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

Walaupun pada hakikatnya ini adalah projek baru, pembeli masih boleh menikmati kelebihan tambahan daripada pemaju.

Ini termasuk duti setem dan yuran undang-undang SPA percuma serta rebat tunai. Terdapat juga beberapa rumah untuk dijual yang berada di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC), berkemungkinan mempunyai lagi banyak faedah!

Rugi kalau tak ingatkan anda bahawa semua rumah bertingkat untuk dijual di KL yang tersenarai di bawah ini mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi, mungkin lebih sesuai untuk individu, pasangan, pengantin baru dan keluarga kecil.

Kalau anda baru saja mula bekerja dan sedang mencari rumah untuk dijual, boleh jadi projek-projek ini berada di kawasan lorong anda sahaja!

17 projek bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dengan harga RM440,000 *

Projek

Kawasan

Bilik

Keluasan

Status

Harga

216 Residences

Kuchai Lama

2 Bilik Tidur

658 kps

Pajakan

RM300,000

J. Satine

Setapak

3 Bilik Tidur

800 kps

Pajakan

RM300,000

Ritz Communities

Salak South

3 Bilik Tidur

800 kps

Pajakan

RM300,000

SkyAwani 3 Residence @ Sentul

Setapak

3 Bilik Tidur

800 kps

Pajakan

RM300,000

SkyAwani V Residence @ Sentul

Sentul

3 Bilik Tidur

800 kps

Pajakan

RM300,000

Vista Sentul Residences

Sentul

2 Bilik Tidur

689 kps

Pegangan Bebas

RM329,800

The Birch

Jalan Ipoh

2 Bilik Tidur

611 kps

Pegangan Bebas

RM348,000

BLISS @ Old Klang Road

Old Klang Road

2 Bilik Tidur

696 kps

Pegangan Bebas

RM378,600

M Arisa

Sentul

1 Bilik Tidur

550 kps

Pegangan Bebas

RM380,000

South Link

Bangsar South

1 Bilik Tidur

452 kps

Pegangan Bebas

RM397,300

M Astra @ Setapak

Setapak

3 Bilik Tidur

850 kps

Pajakan

RM399,000

Residensi Far East @ Kuchai Lama

Taman Salak Selatan

2 Bilik Tidur

657 kps

Pajakan

RM400,000

Quinn

Wangsa Maju

1 Bilik Tidur

538 kps

Pajakan

RM417,800

Aster Green Residence

Sri Petaling

1 Bilik Tidur

657 kps

Pegangan Bebas

RM423,800

Platinum Teratai Residence

Setapak

3 Bilik Tidur

928 kps

Pegangan Bebas

RM423,800

The Valleys @ SkySierra

Setiawangsa

3 Bilik Tidur

800 kps

Pajakan

RM430,000

PIXEL City Sentral

Cheras

4 Bilik Tidur

982 kps

Pajakan

RM430,500

*Nota: Data dan senarai harga pada 15 Julai 2021, tidak termasuk pelan perumahan mampu milik

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

Apakah Hartanah Saya Boleh Beli Di Selangor Dengan Gaji RM3,000 sebulan?

Berita baiknya adalah Selangor mempunyai lebih banyak tanah dan kurang sesak berbanding KL, jadi ada banyak pilihan hartanah yang bersesuaian dengan kemampuan anda!

Carian di laman web PropertyGuru mendapati mereka yang berpendapatan RM3,000 dengan bajet RM440,000 boleh memilih mana-mana daripada 8 rumah bandar/rumah teres dan 22 projek bertingkat tinggi yang baru ini!

Sama seperti 17 projek bertingkat tinggi di KL yang tersenarai di atas, kesemua ini adalah rumah baru untuk dijual, ada juga yang termasuk di bawah projek HOC.

Dari segi lokasi, kebanyakan projek perumahan bertanah terletak di Puncak Alam, Bangi dan Dengkil.

Manakala, projek bertingkat tinggi pula terletak di kawasan yang lebih menyerlah, dibangunkan di Cheras, Kajang, Subang Jaya dan Petaling Jaya dan lain-lain.

8 projek atas tanah terbaru di Selangor dengan harga bawah RM440,000*

Projek Bertanah

Kawasan

Jenis

Keluasan

Status

Harga

Mawar Gardens

Bukit Beruntung

Rumah Teres Dua Tingkat

1792 kps

Pegangan Bebas

RM298,000

Simfoni Perdana & Irama Perdana @ LBS Alam Perdana

Puncak Alam

Rumah Bandar/Townhouse

1191 kps

Pajakan

RM368,000

Taman Adenium - Phase 6

Bukit Beruntung

Rumah Teres Dua Tingkat

2300 kps

Pegangan Bebas

RM390,600

Regent Garden Co-Home @ Eco Grandeur

Puncak Alam

Rumah Bandar/Townhouse

1001 – 1033 kps

Pajakan

RM395,000

Casabayu

Dengkil

Rumah Bandar/ Townhouse

926 kps

Pajakan

RM399,714

Residensi Lambaian Dua

Bangi

Rumah Bandar/ Townhouse

1283 – 1418 kps

Pegangan Bebas

RM411,200

Puteri Daffina 3

Batang Berjuntai

Rumah Teres Dua Tingkat

2066 kps

Pajakan

RM413,600

*Nota: Data dan senarai harga pada 15 Julai 2021, tidak termasuk pelan perumahan mampu milik

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

22 projek hartanah bertingkat tinggi terbaru di Selangor dengan harga bawah RM440,000 *

Projek Bertingkat Tinggi

Kawasan

Bilik

Keluasan

Status

Harga

Canopy Hills

Kajang

2 Bilik Tidur

590 kps

Pegangan Bebas

RM230,000

LBS Skylake Residence

Puchong

1 Bilik Tidur

545 kps

Pajakan

RM250,000

Berkeley Uptown

Klang

1 Bilik Tidur

591 kps

Pegangan Bebas

RM270,000

Traders Garden @ Cheras Selatan

Cheras

1 Bilik Tidur

552 kps

Pajakan

RM270,000

Perdana Park @ Rawang

Rawang

3 Bilik Tidur

850 kps

Pajakan

RM290,000

SouthPlace Residences @ Tropicana Metropark

Subang Jaya

Studio

500 keluasan

Pegangan Bebas

RM318,000

E'Island Lake Haven @ Puchong

Puchong

3 Bilik Tidur

1073 kps

Pajakan

RM330,000

DK Impian

Denai Alam

2 Bilik Tidur

592 kps

Pajakan

RM347,000

Aman 1 - Tropicana Urban Homes

Telok Panglima Garang

3 Bilik Tidur

1000 kps

Pajakan

RM350,000

Danau Perintis @ Shah Alam 2

Shah Alam

3 Bilik Tidur

889 kps

Pajakan

RM350,000

Maya Bay Residences @ Gamuda COVE

Banting

2 Bilik Tidur

688 kps

Pajakan

RM350,000

Nido Gardens

Rawang

3 Bilik Tidur

1163 kps

Pegangan Bebas

RM350,000

Residensi Sutera 7

Kajang

2 Bilik Tidur

872 kps

Pegangan Bebas

RM360,720

Aera Residence

Petaling Jaya

Tidur

718 kps

Pajakan

RM380,000

YOU CITY 3

Cheras

2 Bilik Tidur

678 kps

Pegangan Bebas

RM380,000

Plaza @ Kelana Jaya

Petaling Jaya

2 Bilik Tidur

450 kps

Pegangan Bebas

RM388,000

Duduk Se. Ruang @ Eco Sanctuary

Telok Panglima Garang

3 Bilik Tidur

1000 kps

Pajakan

RM393,000

Nexus @ Kajang Station (Tower B)

Kajang

3 Bilik Tidur

1000 kps

Pegangan Bebas

RM405,000

Trio by Setia @ Bandar Bukit Tinggi Klang

Klang

1 Bilik Tidur

624 kps

Pegangan Bebas

RM412,000

Dian Residency @ Shah Alam

Shah Alam

3 Bilik Tidur

810 kps

Pajakan

RM415,200

The Zizz

Damansara Damai

3 Bilik Tidur

850 kps

Pajakan

RM420,000

Tropicana Gardens - SOFO & Serviced Residences

Petaling Jaya

1 Bilik Tidur

450 – 850 kps

Pajakan

RM438,000

*Nota: Data dan senarai harga pada 15 Julai 2021, tidak termasuk pelan perumahan mampu milik

Jangan Sesekali Beli Rumah Di Luar Kemampuan Kewangan Anda

Oleh sebab itu, penggunaan 70% daripada pendapatan bersih anda sebagai pembayaran balik pinjaman rumah anda adalah sesuatu yang pastinya kami tawarkan di PropertyGuru. Penting untuk mengasingkan sebahagian daripada pendapatan anda setiap bulan untuk tabung kecemasan anda.

Bila beli rumah ini, ia selalunya akan datang sekali dengan kos-kos tersembunyi yang bertambah-tambah - utiliti, yuran penyelenggaraan, kadar penilaian, pemberhentian sewa, polisi insurans kebakaran dan lain-lain.

Kalau gaji anda hanya mampu setakat menanggung pembayaran rumah sahaja, berkemungkinan besar anda tidak akan dapat menanggung semua perbelanjaan lain yang berkaitan. Anda mungkin boleh membeli rumah tersebut, tetapi anda tidak akan mampu menguruskannya.

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

Berikut adalah tiga kekurangan mengapa penggunaan sebahagian besar daripada gaji anda untuk beli rumah mungkin bukan idea yang bagus.

1. Tak mampu menyimpan dalam tabung kecemasan anda

Apabila anda ditimpa musibah atau diberhentikan kerja secara tiba-tiba, anda tidak akan mempunyai dana yang cukup untuk meneruskan pembayaran pinjaman rumah anda. Rumah anda mungkin akan dilelong, atau lebih teruk lagi - anda akan diisytihar muflis.

2. Terpaksa mengorbankan kualiti hidup

Memperuntukkan sebilangan besar potongan gaji anda semata-mata untuk pinjaman rumah bermaksud anda perlu mengehadkan perbelanjaan lain dalam hidup anda.

Bangunkan sebuah perniagaan, menaik taraf segala peranti anda atau memiliki kereta baru semuanya mustahil. Mungkin, anda juga perlu melepaskan peluang untuk menikmati percutian dan aktiviti-aktiviti santai yang lain.

3. Boleh mempengaruhi perkembangan kerjaya masa depan anda

Sekiranya anda bertukar pekerjaan pada masa depan, anda mungkin ingin mencari tempat tinggal yang berdekatan dengan pejabat anda untuk mengurangkan masa ulang-alik perjalanan.

Mempunyai duit yang terikat dengan pinjaman perumahan akan mempengaruhi perkembangan kerjaya anda dengan mengehadkan peluang-peluang yang lain.

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

Jadi, rumah yang macam mana boleh saya beli dengan gaji RM3,000?

Secara amnya, pembayaran pinjaman rumah yang tidak melebihi 30 - 40% daripada pendapatan bersih anda adalah digalakkan.

Berdasarkan contoh di atas yang menggunakan gaji sebanyak RM3,000, 40% daripada pendapatan bersih anda (RM1,680) setelah ditolak dengan perbelanjaan hidup adalah RM672.

Dengan bajet sebanyak RM672 ini, anda disarankan untuk membeli hartanah yang berharga sekitar RM180,000. Ini dengan andaian bahawa pinjaman rumah anda mempunyai:

  • Kadar faedah sebanyak 3.5%

  • Tempoh pembayaran balik selama 35 tahun

  • 10% Bayaran pendahuluan pada harga RM18,000

  • Jumlah pinjaman rumah sebanyak RM162,000

Kami faham. RM180,000 memang tak cukup untuk membeli sebuah rumah, apatah lagi kalau di KL atau Selangor. Tetapi, ia tidak mustahil!

Dengan membuat sedikit kajian, anda pasti dapat mencari mana-mana unit apartmen kecil dengan harga RM180,000 ke bawah.

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

Demi membantu anda memiliki rumah sendiri, terdapat pelbagai inisiatif kerajaan buat semua yang berminat untuk membeli rumah dengan gaji RM3,000 atau ke bawah.

Pertimbangkan PR1MA, Rumah Selangorku, Residensi Wilayah (dahulunya dikenal sebagai RUMAWIP), Program Perumahan Rakyat (PPR) dan lain-lain.

Hartanah di bawah inisiatif perumahan mampu milik ini menawarkan projek-projek yang jauh lebih murah daripada harga pasaran, malah ada yang menawarkan skim-skim yang menarik seperti Sewa-Untuk-Beli (RTO).

Jangan Tergesa-Gesa Dalam Perjalanan Membeli Rumah Anda

Membeli hartanah adalah mekanisme yang sering dikaitkan dengan mengumpul harta kekayaan, serta dapat merealisasikan impian anda untuk menjadi pemilik rumah semestinya merupakan pencapaian yang paling memberangsangkan.

Namun, melampaui batas kemampuan anda hanya akan membuatkan kewangan anda menjadi terhad selama beberapa dekad yang akan datang.

Jadi, kalau anda betul-betul tak mampu nak beli rumah, pertimbangkan untuk menangguhkan rancangan anda untuk membeli rumah buat sementara waktu!

beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur
beli rumah, harga median rumah, gaji beli rumah, kemampuan beli rumah, rumah untuk dijual selangor, rumah untuk dijual, rumah baru untuk dijual, rumah untuk dijual kuala lumpur

Sebaliknya, fokus pada usaha anda untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli diri sendiri supaya anda lebih bersedia untuk membeli rumah pertama anda.

Sementara itu, anda juga dapat berusaha untuk memperbanyakkan pengetahuan anda tentang hartanah, biasakan diri dengan skor DSR, CCRIS dan CTOS anda, serta menabung untuk wang pendahuluan anda.

Ingat, tiada had tempoh dalam perjalanan memiliki rumah sendiri!

Panduan Relevan

Penafian: Maklumat diberikan dalam laman web ini bersifat umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perancangan kewangan profesional.
PropertyGuru akan berusaha memperkemas maklumat di laman web ini apabila diperlukan. Bagaimanapun, maklumat boleh diubah tanpa notis dan kami tidak memberikan jaminan ketepatan maklumat dalam laman web ini, termasuklah maklumat diberikan oleh pihak ketiga, pada bila-bila masa.
Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat ketika ia diterbitkan, individu tidak boleh bergantung kepada maklumat ini untuk membuat keputusan kewangan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan, kami mencadangkan anda supaya berunding dengan perancang kewangan atau bank anda serta mengambil kira situasi unik kewangan dan keperluan setiap individu.
PropertyGuru tidak memberikan jaminan berkaitan ketepatan, kebolehpercayaan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Kecuali selagi mana sebarang liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan, PropertyGuru, dan pekerjanya tidak ada sebarang liabiliti untuk apa sahaja kesilapan atau ralat di dalam laman web ini atau untuk apa sahaja kerugian atau kerosakan yang ditanggung pembaca atau mana-mana orang yang lain.
Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting