4 Cara Hapuskan Sarang Tebuan, Dan 3 Petua Redakan Sengatan!

Bila dengar cerita pasal ada orang mati kena sengat tebuan, terus rasa macam, “Biar betul! Kena sengat tebuan pun boleh mati ke?”

Kalau nak tahu, sengatan tebuan ni boleh jadi lebih berbisa daripada kena sengat labah-labah.

Lagi-lagi kalau kena dengan tebuan tanah, jenis tebuan ni memang sangat bahaya sebab dekat penyengat tu ada racun dan sakitnya bukan kepalang.

Kalau datang waktu musim panas je, selalunya yang tinggal di kawasan luar bandar atau rumah-rumah yang dikelilingi pokok mesti risau dengan kehadiran tebuan.

Ini kerana serangga ni kalau rasa terancam memang terus akan serang tanpa belas kasihan! Tengok sarang tebuan pun dah cukup seram sebenarnya.

Ada yang kata seekor tebuan je boleh datang menyengat berkali-kali pada satu masa! Boleh bayangkan tak? Memang tak cukup tanah nak lari kalau kena serang dengan tebuan ni.

Patut lah ada peribahasa ‘jangan di jolok sarang tebuan’. Memang cari nahas kalau saja-saja kacau atau tak sengaja terlanggar sarang tebuan.

tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan
tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan

Kena sengat tebuan seekor, dua pun dah rasa macam nak pitam, apa lagi kalau yang kena sampai ratusan sengatan macam kes maut ni.

Baik dewasa atau kanak-kanak semua kena berhati-hati dengan tebuan sebab ada juga kes kanak-kanak dua tahun maut disengat tebuan.

Bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku, anda kena tahu jika serangga penyerang ni wujud di kawasan rumah anda.

Jadi, Macam Mana Nak Tahu Kalau Ada Tebuan?

Pertama sekali, kena la kenal dulu rupa tebuan tu macam mana. Jangan tersalah dengan lebah pulak, nanti kita cerita tentang perbezaan tebuan dan lebah.

Kat bawah ni ada beberapa gambar tebuan untuk pengenalan. Tebuan dalam Bahasa Inggeris boleh jadi hornet atau wasp, bergantung pada saiz dan warna.

• Hornet – Kalau tebuan ni saiznya lebih besar, dan warnanya berbelang hitam dan putih atau seakan kuning cair.

• Wasp – Tebuan ni pula saiznya lebih kecil, dan warnanya berbelang hitam dan kuning.

tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan
tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan

Yang selalu kita nampak kat Malaysia ni wasp. Ada dalam 24 spesis yang dah dikenal pasti, tapi spesis yang paling terkenal adalah Tebuan Tanah (Vespa tropica tropica).

Benda yang paling ketara untuk pastikan wujudnya tebuan di mana-mana tempat adalah sarangnya.

Sarang ni boleh jadi atas pokok, atas tanah, dan dekat atap rumah pun ada. Selalunya sarang tebuan tanah akan ada kat atas tanah.

Warna sarang tebuan pula kelabu cerah camtu dan ada banyak ruang di bahagian dalam. Koloni tebuan tak sebanyak lebah tapi sengatannya memang lagi berbisa.

tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan
tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan

Sarang Tebuan Atas Pokok

Sarang Tebuan Atas Tanah

Sarang Tebuan Atas Atap Rumah

Apa Beza Tebuan & Lebah

Kalau tengok sekali imbas memang tebuan dengan lebah (bee) ni nampak sama sangat, tak jauh beza pun. Sebab dua-duanya terbang, ada ekor tajam dan warna lebih kurang nak sama.

Tapi, kalau tengok betul-betul memang ada perbezaan yang ketara antara dua jenis serangga ni. Jom, kita tengok apakah perbezaannya:

Pendebunga yang hanya agresif apabila diganggu – makan debunga dan nectar.

Pemangsa yang boleh menjadi sangat agresif – makan buah dan serangga kecil.

Badan dan kaki yang berbulu dengan kaki yang lebih besar untuk membawa debunga.

Badan yang halus dan kaki licin dengan pinggang yang kecil.

Sarang lebah atau beehive memang lain dari tebuan sebab boleh nampak ada madu di dalamya.

Bentuk sarang seperti diperbuat dari kayu yang dikunyah. Corak atasnya juga sangat unik dan berwarna kelabu cerah.

tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan
tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan

Apa Jadi Kalau Disengat Tebuan?

Kita memang tak boleh lari dari cerita orang kena serang tebuan sampai masuk wad dan paling teruk, meninggal dunia pun ada.

Tebuan gunakan bahagian ekornya yang tajam untuk menyengat. Bila disengat tebuan, ada racun atau venom yang dimasukkan ke dalam mangsa.

Ini boleh menyebabkan bengkak teruk dan kalau banyak sangat boleh menghentikan jantung manusia.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Kalau kanak-kanak yang kena sengat, racun tu bukan tempat yang disengat je jadi bengkak dan pedih, tapi boleh juga menjejaskan daya ketahanan.

Lagi serius kalau sengatan tu terkena pada sistem saraf atau saluran darah. Memang kena terus bawa hospital sebab kalau terlambat boleh membawa maut.

Apa Petua Untuk Rawat Sengatan Tebuan?

tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan
tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan

Ingat! Kalau kena sengat yang kritikal, kena terus ke hospital ya. Jangan tunggu-tunggu lagi kerana boleh mengancam nyawa.

Kalau sengatan tu hanya satu dan bukan di tempat yang serius, buangkan dulu sisa sengat yang mungkin ada tertinggal kat bahagian tu dan boleh cuba petua ni untuk mengurangkan sakit dan bengkak bila disengat tebuan:

• Bawang Putih dan Halia – Tumbuk bahan-bahan ni sehingga lumat dan letakkan pada bahagian yang disengat. Halia membantu untuk mengurangkan sakit dan bawang putih pula akan mengelakkan dari terkena jangkitan.

• Garam, Air Kelapa dan Tanah Liat – Campurkan garam, air kelapa dengan tanah liat sikit je. Lepas tu sapukan pada tempat yang kena sengat. Garam dan air kelapa tu boleh membantu keluarkan bias sengatan.

• Ubat Sapu Berangin – Kalau nak guna ubat sapu macam Mopiko, Tiger Balm atau yang memang khas untuk gigitan serangga pun boleh juga untuk mengurangkan rasa sakit disengat.

Apa-apa pun kalau masih rasa sakit atau berlanjutan, terus pergi ke klinik atau hospital untuk rawatan ya.

4 Cara Hapuskan Tebuan!

Selain daripada tebuan boleh mengancam nyawa orang yang lalu lalang berdekatan sarang mereka, tebuan juga boleh:

• Merosakkan tanaman

• Membawa jangkitan

• Memakan serangga lain yang berguna

tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan
tebuan tanah, sarang tebuan, tebuan in english, sarang tebuan tanah, jenis tebuan, disengat tebuan, sengatan tebuan, kena sengat tebuan, tebuan vs lebah, gambar tebuan

Oleh itu, penting sangat untuk menghapuskan tebuan jika ada di sekitar rumah anda. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk hapuskan tebuan, dan yang terbaik ialah dengan memusnahkan sarang mereka, menggunakan:

• Minyak Diesel, Petrol dan Minyak Tanah – Gunakan untuk membakar sarang untuk memastikan sarang tak boleh didiami lagi.

• Peluntur – Ia bukan saja dapat membunuh atau memeningkan tebuan, tapi air peluntur akan menyebabkan sarang rosak.

• Air Panas – Curahkan pada sarang tebuan untuk mencair dan merosakkan tempat tinggal tebuan.

• Racun Serangga Aerosol – Semburkan je pada sarang untuk membunuh tebuan dan pada masa yang sama membantutkan usaha mereka untuk membina sarang.

Sebelum anda cuba untuk memusnahkan sarang tebuan, pastikan anda telah bersiap sedia supaya tak akan disengat. Apa yang anda perlu buat:

• Paling elok lakukan di malam hari atau semasa sarang tebuan kosong

• Pakai pakaian yang menutup semua bahagian badan dan gunakan kain yang kuat supaya tak dapat ditembusi oleh tebuan

• Pakai sarung tangan yang tebal

• Semburkan pakaian dengan bau yang boleh mencegah tebuan

• Pastikan tak ada orang lain di kawasan tersebut

Jangan main-main tau kalau nampak ada sarang tebuan kat mana-mana. Kalau memang dah tak tahu nak buat apa, boleh panggil je bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), atau pengendali kawalan makluk perosak (pest control).

Dorang boleh tolong buangkan dan hapuskan tebuan secara profesional. Jadi, anda pun tak perlu takut-takut lagi. Ingat, jangan ‘jolok’ sarang tebuan ya!

PropertyGuru Tip
Tip untuk mengelak menjadi mangsa tebuan daripada Dr Nur Aida Hashim, Pensyarah dan Penyelidik Serangga Universiti Malaysia Terengganu (UMT):

Bila kena serang dengan tebuan, jangan mengibas baju atau kain sebab pergerakan tu akan lebih menarik perhatian serangga berkenaan untuk menyerang.

Jangan kacau habitat tebuan sebab mereka memang akan menyerang kalau habitat diganggu.

Kalau kena serang, cepat-cepat lari ke tempat perlindungan seperti rumah, bangunan dan kenderaan dengan menutup kepala dengan baju.

Jangan terjun ke dalam air atau sungai sebab tebuan tu akan tunggu kat atas permukaan air sampai mangsa timbul semula.

Panduan Relevan