4 Cara Bersedia Beli Rumah Untuk Graduan Mula Kerja Waktu COVID-19!

·8-min read

Bayangkan anda baru habis belajar, mula nak menjadikan semua impian “orang dewasa” jadi kenyataan.

Nak kerja, kumpul duit, melancong, kahwin dan beli rumah. Pendek kata, nak buat semua lah!

Sekalinya, pandemik COVID-19 melanda, semua orang terjejas, semua orang tak tahu nak buat apa. Macam tak nampak sinar je dalam hidup ni.

Dapat kerja pun gaji cukup makan je! Aduh, memang susah hidup. Malah, data terbaru menunjukkan gaji bulanan rakyat Malaysia turun 9.0% dan sekarang gaji penengah hanyalah RM2,062.00 sebulan!

Graduan tak usah cakaplah, gaji rendah pun diambil asalkan dapat kerja. Ada graduan yang dapat kerja dengan gaji sikit lagi nak cecah gaji minimum tau!

Situasi Semasa Gaji Graduan

Graduan adalah antara kumpulan yang paling teruk terjejas disebabkan COVID-19, baru nak memulakan kehidupan. Cari kerja susah dapat, kalau dapat pun gaji tak sepadan dengan kelulusan.

graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah
graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah

Kadang-kadang boleh terfikir, buat apa belajar tinggi-tinggi kalau gaji tak sepadan kan?

Tapi, kehidupan perlu diteruskan, sebab tu lah ramai graduan masih menerima tawaran pekerjaan walaupun gaji tu cukup-cukup makan je.

Merujuk data Jabatan Perangkaan, anggaran gaji bulanan buat graduan lepasan ijazah adalah antara RM1,001.00 hingga RM1,500.00 dibandingkan dengan tahun 2019 iaitu RM2,001.00 hingga RM2,500.00

Dalam masa yang sama, anggaran gaji bulanan untuk lepasan PHD dan Master kekal pada purata RM5,001.00 hingga RM10,000.00 manakala untuk lepasan diploma pula pada kadar RM1,001.00 hingga RM1,500.00.

Tapi jangan putus asa, hasil utama pendidikan bukanlah untuk jadi kaya. Pendidikan yang bagus sepatutnya beri anda pilihan kehidupan yang lebih banyak.

Setiap orang ada keperluan dan kehendak yang berbeza, kami tak boleh cakap untuk semua orang.

graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah
graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah

Tapi jika anda adalah graduan mula bekerja dan memang bercita-cita nak beli rumah mungkin dalam 3-5 tahun lagi, kami boleh bantu dengan tip.

Jom tengok apa anda boleh buat!

4 Tip Persediaan Beli Rumah Untuk Graduan Mula Bekerja

Keputusan hari ini akan menentukan siapa anda 3 atau 5 tahun akan datang. Pasti terbayang ketika itu sudah mampu mempunyai rumah sendiri kan?

Tak kira lah anda fresh graduate ijazah mahupun diploma atau sesiapa sajalah, semua orang boleh ikuti tip ini.

Yang paling penting, anda perlu sabar dan berdisplin tinggi. Baru lah terasa mudah je urusan nanti. Kena ingat dalam pinjaman perumahan, antara yang terpenting adalah DSR anda yang dipengaruhi beberapa faktor, dan semua tip ni akan cantikkan DSR anda!

1. Jaga & Bina Skor Kredit

Pertama sekali anda perlu untuk jaga skor kredit. Ini kerana ia adalah faktor terpenting untuk tentukan permohonan pinjaman kewangan anda akan diluluskan atau tidak.

graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah
graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah

Sekarang ni masih ramai yang tak ambil kisah dan tak ambil tahu tentang skor kredit. Ringkasnya, skor kredit ini adalah satu sistem permarkahan yang menentukan kesihatan kredit dan kewangan anda.

Maksudnya, setiap pinjaman, kad kredit, bayaran ansuran dan komitmen kewangan anda akan direkodkan.

Skor kredit ni lah pihak institusi kewangan akan lihat sama ada untuk luluskan sebarang pinjaman yang anda mohon ataupun tidak.

a. PTPTN

Sebab tu kena langsaikan setiap hutang yang anda dah pinjam, contohnya pinjaman Pendidikan seperti PTPTN. Anda jangan lupa juga untuk langsaikan hutang PTPTN dengan segera.

Tapi, gaji rendah, makan pun tak berapa nak cukup, macam mana nak bayar hutang PTPTN!

Jangan bimbang, PTPTN bukan kejam, anda tak diminta bayar semua sekali harung, malah anda juga boleh berunding amaun yang anda mampu bayar setiap bulan. Asalkan jumpa PTPTN dan atur balik penstrukturan bayaran bulanan.

Lepas dah dapat bayaran bulanan baru, kena lah pastikan bayar bulan-bulan kan? Nak senang kalau takut terlepas, buat jer pemotongan gaji automatik, senang anda tak payar fikir!

graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah
graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah

b. Kad kredit & pinjaman lain

Jika ada di antara anda yang tak ambil pinjaman PTPTN, boleh dikatakan satu kredit untuk anda. Tak perlu nak pening kepala untuk bayar balik pinjaman pendidikan ini.

Tapi, godaan lain boleh tahan….kad kredit, kereta baru, baju mahal dan segala macam perbelanjaan yang anda sebenarnya boleh berjimat.

Kad kredit terutamanya adalah “musuh utama” orang muda jika anda tak cukup ilmu untuk menggunakannya secara berhemah.

Manfaat kad kredit ni banyak sebenarnya, misalnya ada orang guna kad kredit nak langsaikan PTPTN tau!

Anda juga boleh gunakan kad kredit untuk mendapatkan cashback yang berpatutan, silap-silap boleh berjimat!

Begitu juga dengan pinjaman kenderaan dan pinjaman peribadi, amalkan perbelanjaan berhemah dalam semua perkara.

Semua teknik ini adalah untuk membina skor kredit anda, jangan tak tahu kalau anda tidak ada skor kredit yang baik, anda memang susah nak dapat pinjaman perumahan walaupun gaji anda dah naik banyak selepas beberapa tahun bekerja.

graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah
graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah

2. Pendapatan Tambahan Walau Terpaksa

Kedua adalah dapatkan pendapatan sampingan dengan melakukan kerja sampingan. Ya, ini bukan situasi yang ideal.

Tiada orang yang sepatutnya bekerja lebih daripada sepatutnya, tapi nak buat macam mana, kita hidup dalam sistem ekonomi yang memang mencabar. Aihhh

Contohnya buat Grab, penghantar makanan, freelance, atau jadi dropship pun boleh. Sekarang ni ramai anak muda jadi dropship tak kira lah makanan, pakaian ataupun aksesori tambahan.

Hanya memerlukan internet tanpa mengeluarkan sebarang modal, anda cuma perlu cari pelanggan dan memungut komisen dari penjual. Lagi ramai yang beli, lagi banyaklah hasil yang anda dapat.

Cari kerja sampingan yang boleh bagi side income sambil tak kacau masa kerja tetap. Ada baiknya jika anda buat bisnes yang boleh di buktikan kepada bank.

Maksudnya anda boleh daftarkan perniagaan dan buka akaun syarikat sendiri. Setakat enterprise sahaja pun dah cukup.

Setidaknya anda boleh menjaga rekod pendapatan untuk ditunjukkan pada bank nanti.

graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah
graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah

2. Sikit-Sikit Menyimpan/ Melabur

Halangan utama anak muda untuk membeli rumah adalah bayaran pendahuluan disebabkan kerja dan gaji yang tak stabil.

Tapi, zaman sekarang anda tak perlu modal banyak untuk melabur. Sistem dah makin baik, anda boleh bermula mengikut kemampuan sendiri. Yang penting, konsisten!

a. Pelaburan Robo Gaya Baru

Cara yang paling sesuai adalah mula libatkan diri dengan pelaburan. Paling mudah guna je khidmat pelaburan robo advisor.

Robo advisor ni adalah satu inovasi pelaburan yang mana hampir semua urusan tak libatkan manusia.

Dari nak buka akaun, bagi dokumen, buat verifikasi dokumen, masukkan duit, laporan pelaburan sehinggalah urusan pengeluaran duit semuanya dibuat melalui aplikasi yang tersedia.

Tak perlu pening kepala fikir nak beli saham yang mana kerana ianya akan diurskan oleh aplikasi ini.

Sekarang ni, dah banyak aplikasi seperti ini ditawarkan contohnya Wahed Invest, Raiz, StashAway dan sebagainya. Sebagai pelabur, anda boleh lihat ke mana modal dilaburkan. Jimat masa!

PGMY_No_1
PGMY_No_1

b. ASB & Emas

Bagi yang tak berani guna aplikasi, anda juga boleh gunakan pelaburan gaya konvensional contohnya buat simpanan dekat Tabung Haji atau Amanah Saham Berhad (ASB). Cukup tahun boleh makan dividen buat perbelanjaan sendiri.

Sekali sekala boleh juga tukar selera dengan pelaburan emas. Sekarang ni dah banyak bank yang buat pelaburan emas seperti Maybank, Public Bank dan juga CIMB.

Dalam masa yang sama, ada juga aplikasi pelaburan emas yang canggih seperti HelloGold. Anda hanya perlu buka akaun dan jual beli emas dalam talian je.

Lagi banyak anda buat simpanan, lagi cepat anda cukupkan duit buat deposit rumah. Bila ada niat untuk perbetulkan kedudukan kewangan atau mulakan pelaburan di dalam hartanah, teruskan bertindak.

4. Tambah, Tambah, Tambah Kemahiran!

Zaman sekarang bergerak dengan sangat pantas, ada kemungkinan apa yang anda belajar di universiti dah tak relevan dalam industri.

Dah berakhir zaman buat kerja sama je dari awal bekerja sampai bersara. Zaman mak ayah kita dah berakhir, sekarang adalah zaman serba pantas.

graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah
graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah

Jadi, memang kena selalu tambah kemahiran atau belajar kemahiran baru. Mahal? Majikan tak nak bayar? Banyak je kursus percuma sekarang ditawarkan pelbagai agensi.

Misalnya, anda boleh ikuti Program Latihan Penjana Kerjaya yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Program ini menyediakan latihan semula dan peningkatan kemahiran (reskilling and upskilling) buat graduan dan belia secara percuma.

Ia termasuk program penempatan dan latihan yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja dari agensi tertentu.

Ini bermaksud anda boleh mengikuti kursus jangka pendek secara percuma untuk menambahbaik kemahiran yang ada dan mencipta pengalaman kerja yang baru.

Ia terbahagi kepada dua kursus iaitu PENJANA KPT-CAP bagi graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang belum bekerja. Satu lagi adalah kursus yang melibatkan pelbagai agensi terpilih.

graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah
graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah

Kursus kedua ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang bukan dalam kategori graduan KPT. Jadi anda hanya perlu memilih salah satu program mengikut kelayakan.

Program ini dapat meningkatkan kemahiran jangka pendek dan sederhana melalui pensijilan professional.

Platform seperti ini sangat berguna untuk anda mendapatkan kerja yang lebih baik dan stabil pada masa akan datang.

Anda nak belajar sendiri? Boleh je sertai kursus percuma ditawarkan di e-Latih ni, semua ada, pilih je nak apa. Atau sertai kursus Google ni, semua digital sekarang kan?

Dengan adanya program seperti ini, boleh lah tingkatkan kebolehpasaran dan kemahiran anda sebagai graduan atau orang yang dalam lama bekerja pun boleh tambah kemahiran.

Bila lagi nak ikuti kursus secara percuma kan? Dapat tambah ilmu baru dan nak tukar kerja pun senang, sebab anda banyak kemahiran lain selain ijazah universiti anda.

Ha masa tu, berundinglah untuk dapat gaji yang selesa.

graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah
graduan, beli rumah, cara simpan duit, simpanan asb, tips simpan duit, cara simpan duit, tip membeli rumah

Kita Jaga Kita, Kita Jaga Diri Sendiri

Semua tip ni akan membuahkan hasil jangka masa panjang, orang kita kata bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Jaga skor kredit, melabur untuk pastikan anda ada simpanan dan tambah kemahiran untuk naikkan “harga gaji” anda di mata majikan atau buat perniagaan sendiri.

Harga rumah mungkin naik, mungkin turun, mungkin dapat diskaun, mungkin HOC diteruskan sampai bila-bila. Tak ada siapa yang tahu dengan tepat.

Selagi mana tiada iltizam pihak berkuasa untuk menyenangkan kita rakyat Malaysia, selagi itulah kita perlu berusaha sendiri.

Yang pasti sekarang adalah masa untuk bertindak. Jika impian anda beli rumah, atau apa sahaja impian anda, semuanya bermula dengan diri sendiri.

Sebab selain #kitajagakita, kita juga perlu jaga diri sendiri.

Panduan Relevan

Penafian: Maklumat diberikan dalam laman web ini bersifat umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perancangan kewangan profesional.
PropertyGuru akan berusaha memperkemas maklumat di laman web ini apabila diperlukan. Bagaimanapun, maklumat boleh diubah tanpa notis dan kami tidak memberikan jaminan ketepatan maklumat dalam laman web ini, termasuklah maklumat diberikan oleh pihak ketiga, pada bila-bila masa.
Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat ketika ia diterbitkan, individu tidak boleh bergantung kepada maklumat ini untuk membuat keputusan kewangan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan, kami mencadangkan anda supaya berunding dengan perancang kewangan atau bank anda serta mengambil kira situasi unik kewangan dan keperluan setiap individu.
PropertyGuru tidak memberikan jaminan berkaitan ketepatan, kebolehpercayaan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Kecuali selagi mana sebarang liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan, PropertyGuru, dan pekerjanya tidak ada sebarang liabiliti untuk apa sahaja kesilapan atau ralat di dalam laman web ini atau untuk apa sahaja kerugian atau kerosakan yang ditanggung pembaca atau mana-mana orang yang lain.
Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting