37 Kondominium di KL Dengan Sewa Purata Konsisten Atas RM2,000 Lebih 5 Tahun

·3-min read

Click here for English version

Melaburkan pendapatan untuk hartanah adalah salah satu kaedah terbaik untuk mengembangkan kekayaan anda. Tak dinafikan ramai beranggapan pelaburan harta tanah berjangka panjang adalah selamat.

Ada benarnya itu, terutama sekali di kawasan ‘panas’ dan popular di KL – dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan harian anda, sistem pengangkutan terbaik di seluruh dan ke luar Lembah Klang serta kepelbagaian budaya Malaysia.

Oleh kerana harga hartanah cenderung meningkat terutama jika terdapat pembangunan baru seperti pusat membeli-belah atau infrastruktur pengangkutan, yang menjadikan kawasan tersebut matang dan pilihan utama pencari hartanah.

Bagi pelabur harta tanah yang menghabiskan masa melakukan penyelidikan sendiri juga dapat memperoleh pendapatan pasif yang mudah dengan menyewa hartanah mereka.

Ini bermaksud memperolehi aliran tunai yang stabil, bahkan diharapkan mendapat wang yang cukup untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman rumah dengan lebih cepat

Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat seluruh negara, agak susah untuk kita jangka apa yang akan terjadi di masa hadapan kan, maka sedikit kepastian dan informasi pastinya membantu bukan?

kondo, kondominium, apartment, pangsapuri, rumah sewa, rumah sewa kl
kondo, kondominium, apartment, pangsapuri, rumah sewa, rumah sewa kl

Itulah sebabnya apabila melibatkan pelaburan hartanah, kami bekerjasama dengan Property Advisor untuk menganalisis data sewa hartanah untuk tempoh 5 tahun.

Ini dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat jika anda ingin melabur di pasaran hartanah Kuala Lumpur.

Berikut adalah senarai beberapa kondominium menarik di Kuala Lumpur yang mencatatkan harga sewa konsisten RM2,000 ke atas, dari 2016 hingga 2020.

Apa lagi, boleh tengok-tengok, mana tahu ada yang sesuai untuk anda!

Nama projek

Lokasi

Tempoh

Purata Harga Sewa Median (RM)

10 Mont Kiara

Mont Kiara

Pegangan bebas

8,750

28 Mont Kiara

Mont Kiara

Pegangan bebas

7,710

Almaspuri

Mont Kiara

Pegangan bebas

3,720

Angkasa Impian

Bukit Bintang

Pegangan pajakan

2,470

Angkupuri

Mont Kiara

Pegangan bebas

2,990

Binjai 8

Pusat Bandar Kuala Lumpur

Pegangan bebas

4,850

Brunsfield EmbassyView

Ampang

Pegangan pajakan

5,420

Cendana

Pusat Bandar Kuala Lumpur

Pegangan bebas

4,700

Ceriaan Kiara

Mont Kiara

Pegangan bebas

3,680

Concerto North Kiara

Solaris Dutamas

Pegangan bebas

3,680

Danau Permai

Taman Desa

Pegangan pajakan

2,210

Desa Pandan

Desa Pandan

Pegangan pajakan

2,010

PGMY_No_1
PGMY_No_1

G Residence

Desa Pandan

Pegangan pajakan

3,114

Gaya Bangsar

Bangsar

Pegangan pajakan

2,800

Hampshire Park

Pusat Bandar Kuala Lumpur

Pegangan bebas

5,450

Kiara 1888

Mont Kiara

Pegangan bebas

2,970

La Grande Kiara

Mont Kiara

Pegangan bebas

5,820

Laman Ceylon

Bukit Bintang

Pegangan bebas

3,525

Marc Residence

Pusat Bandar Kuala Lumpur

Pegangan bebas

4,100

Menara Pelangi

Brickfields

Pegangan bebas

2,400

Mont Kiara Aman

Mont Kiara

Pegangan bebas

5,305

Mont Kiara Bayu

Mont Kiara

Pegangan bebas

2,640

Mont Kiara Damai

Mont Kiara

Pegangan bebas

6,435

Mont Kiara Pelangi

Mont Kiara

Pegangan bebas

3,270

Mont Kiara Pines

Mont Kiara

Pegangan bebas

3,050

Mont Kiara Sophia

Mont Kiara

Pegangan bebas

2,970

myHabitat

Pusat Bandar Kuala Lumpur

Pegangan bebas

3,190

Regalia Residences

Pusat Bandar Kuala Lumpur

Pegangan bebas

2,620

Riana Green East

Wangsa Maju

Pegangan pajakan

3,360

Seni Mont Kiara

Mont Kiara

Pegangan bebas

8,740

Setia Sky Residence

Kampung Baru

Pegangan bebas

3,080

Sinaran TTDI

Taman Tun Dr Ismail

Pegangan bebas

3,540

Suasana Bukit Ceylon

Bukit Bintang

Pegangan bebas

3,350

Suasana Sentral

KL Sentral

Pegangan bebas

3,970

Suasana Sentral Loft

KL Sentral

Pegangan bebas

3,680

The Park Residence

Bangsar South

Pegangan pajakan

4,250

Vista Kiara

Mont Kiara

Pegangan bebas

2,640

Kami harapkan dengan senarai ini dapatlah memberikan anda gambaran tentang projek yang sesuai, mana yang mungkin belum pernah anda fikirkan sebelum ini.

Oleh kerana sekarang adalah pasaran pembeli dan pelabur hartanah, pastikan anda bersiap sedia sepenuhnya dari segi kewangan, dan mana tahu anda juga bakal memperoleh pendapatan sewa lumayan bagi menyokong portfolio pelaburan anda yang semakin meningkat itu!

Selamat berjaya!

Panduan Relevan

Penafian: Maklumat diberikan dalam laman web ini bersifat umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perancangan kewangan profesional.
PropertyGuru akan berusaha memperkemas maklumat di laman web ini apabila diperlukan. Bagaimanapun, maklumat boleh diubah tanpa notis dan kami tidak memberikan jaminan ketepatan maklumat dalam laman web ini, termasuklah maklumat diberikan oleh pihak ketiga, pada bila-bila masa.
Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat ketika ia diterbitkan, individu tidak boleh bergantung kepada maklumat ini untuk membuat keputusan kewangan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan, kami mencadangkan anda supaya berunding dengan perancang kewangan atau bank anda serta mengambil kira situasi unik kewangan dan keperluan setiap individu.
PropertyGuru tidak memberikan jaminan berkaitan ketepatan, kebolehpercayaan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Kecuali selagi mana sebarang liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan, PropertyGuru, dan pekerjanya tidak ada sebarang liabiliti untuk apa sahaja kesilapan atau ralat di dalam laman web ini atau untuk apa sahaja kerugian atau kerosakan yang ditanggung pembaca atau mana-mana orang yang lain.
Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting