3 Jenis Kerosakan Geran Hakmilik & Cara Dapat Salinan Baru

·7-min read

Click here for English version

Dalam urusan berkaitan hartanah, memang bertimbun kertas kerja dan dokumen undang-undang perlu diuruskan, ditandatangan, diserahkan dan diterima.

Ada Perjanjian Jual & Beli (SPA), Memorandum Pindah Milik (MOT), Geran Hakmilik Tanah / Surat Ikatan Hak Milik, pendek kata memang BANYAKKK lah!

Selain menyimpan dan menyusunnya dengan betul, adalah lebih baik anda simpan salinan tambahan. Mana tahu, malang tidak berbau.

Jika berlaku perkara yang tidak diingini sehingga menyebabkan kerosakan ke atas dokumen, sekurang-kurangnya anda punya salinan lain. Namun, bagaimana jika perkara buruk berlaku sebelum anda sempat berbuat demikian?

Dalam artikel ini, kita akan melihat 3 jenis kerosakan yang mungkin berlaku pada geran tanah atau geran rumah anda, dan bagaimana cara memohon yang baharu.

Geran hakmilik adalah dokumen yang sangat penting untuk dimiliki, kerana ia mengesahkan pemilikan hartanah, jadi kena beri perhatian sepenuhnya!

geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah
geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah

Apa Itu Geran Hakmilik?

Di Malaysia, geran hakmilik tanah adalah dokumen yang dikeluarkan kepada seseorang individu untuk mengesahkan yang dia adalah pemilik mutlak ke atas tanah terbabit.

Sebagai contoh, jika anda membeli sebidang tanah di Sepang, anda akan diberi geran hakmilik untuk mengesahkan bahawa anda memiliki tanah itu, bukannya orang lain!

Sebaik sahaja anda menerima geran hakmilik, ini bermakna anda bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas tanah terbabit, termasuklah memindahkan hak milik atau menjualnya.

Bagaimanapun, kuasa jual beli yang anda ada ni mestilah disertai dengan tanggungjawab besar juga, yakni anda perlu jaga geran hakmilik itu sebaik-baiknya!

3 Jenis Kerosakan Geran Hakmilik

Apabila bercakap tentang faktor cuaca, mahu atau tidak, kita terpaksa akur bahawa cuaca yang tak menentu boleh menyebabkan kemusnahan harta benda seperti banjir dan kebakaran.

Apabila ini berlaku, tak mustahillah dokumen berharga turut terjejas, rosak atau hilang. Ini termasuklah geran hakmilik anda.

Bukan itu sahaja, hakmilik anda juga boleh rosak disebabkan serangga perosak, dicuri atau hancur walaupun ia terjaga dengan baik. Benda nilah kami nak cakap.

geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah
geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah

1. Geran hakmilik hilang

Menurut Pejabat Tanah dan Galian Selangor, geran hakmilik dianggap hilang jika ia tiada dalam simpanan pemilik atau pihak yang berkenaan, sama ada dicuri atau tersalah letak.

Senario Biasa

Tempoh proses penggantian

2. Geran hakmilik hancur

Hakmilik hancur punya persamaan dengan hakmilik yang hilang, tetapi kali ini, salinan kedua yang disimpan di Pejabat Tanah juga hilang, dan lebih parah lagi tiada maklumat lanjut tentang hakmilik terbabit!

Berbanding dengan hakmilik yang hilang dan rosak, hakmilik hancur akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses kerana ia perlu menjalani siasatan menyeluruh.

Malah, ia juga "perlu melalui warta" sebanyak dua kali, yang pada asasnya bermaksud pemberitahuan rasmi akan dikeluarkan untuk membolehkan sesiapa sahaja yang ingin membuat bantahan untuk tampil ke hadapan.

Sebarang bantahan yang diterima akan diteliti dengan sebaik-baiknya.

Senario Biasa

Pemilik kehilangan geran Tanah dan Pejabat Tanah juga tidak mempunyai salinannya.

Tempoh proses penggantian

9 bulan

3. Geran hakmilik rosak

Agak-agaknya apa yang dimaksudkan dengan rosak ini? Hakmilik yang dianggap rosak adalah kerosakan yang disebabkan oleh fenomena semula jadi, usang, atau jika ia telah dilaminasi.

geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah
geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah

Ya, tindakan melaminasi dokumen ini boleh menjadikannya tidak sah! Bagaimana ya?

Proses pemanasan yang berlaku ketika proses laminasi boleh merosakkan hologram penting, cop keselamatan, atau dakwat pada dokumen itu sendiri.

Ketika membuat salinan, pantulan cahaya daripada plastik laminasi mungkin menimbulkan garisan mengelirukan, bayangan tambahan atau warna tambahan yang tidak sepatutnya ada pada hakmilik anda sehingga sukar untuk diproses dan dibaca.

Sebagai tambahan kepada semua perkara di atas, jika hakmilik anda perlu diubahsuai, sudah tentu ia tidak membantu kerana tak mungkin anda boleh menulis di atasnya.

Akhirnya, anda perlu ke pejabat tanah semula untuk dapatkan yang baharu, jadi ambillah nasihat kami ini dan simpan sahaja baik-baik di dalam fail berpoket untuk kegunaan masa hadapan.

Senario Biasa

Tempoh proses penggantian

Cara Mohon Geran Hakmilik Baharu

Pertama sekali, anda perlu buat laporan polis sebaik sahaja menyedari hakmilik tanah anda hilang.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Laporan itu mestilah salinan yang disahkan dan mestilah mempunyai semua butiran berkaitan seperti alamat surat-menyurat, nama pemilik, nombor kad pengenalan pemilik, dan lain-lain lagi.

Seterusnya, anda perlukan Surat Akuan Sumpah (Statutory Declaration) untuk geran hakmilik anda yang hilang serta peguam yang akan mewakili anda, seseorang yang boleh membantu anda untuk menguruskan perkara ini!

Pernyataan Berkanun ini kemudiannya perlu disahkan oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah dan disahkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Nota: Setiap dokumen yang disahkan akan dicaj RM10.00 setiap satu

1. Permohonan individu

  • Salinan Asal Laporan Polis (disahkan oleh balai polis berkenaan) dan nyatakan nombor hakmilik yang hilang dengan lengkap di dalam Laporan Polis

  • Salinan Kad Pengenalan Pengadu Laporan Polis.

  • Surat Akuan Sumpah Pemilik / pemilik-pemilik bersama yang disetemkan.

  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik / Pemilik-pemilik Bersama.

  • Sijil Carian Rasmi (Tempoh Sah Laku Dua (2) Minggu.)

  • Salinan Sijil Kematian / Salinan wasiat & Surat Akuan Sumpah waris yang disetemkan sekiranya pemilik / pemilik-pemilik bersama telah meninggal dunia.

  • Salinan Resit Cukai Tanah dan Cukai Taksiran Terkini yang telah dibayar.

  • Surat Akuan Sumpah dari pihak-pihak yang berkepentingan berdaftar ke atas hakmilik dan Salinan Kad Pengenalannya serta disetemkan.

  • Surat Kebenaran dari pemilik kepada wakil serta surat akuan sumpah wakil dan disetemkan serta kad pengenalan.

  • Sekiranya melalui peguam, salinan kad pengenalan peguam dan akuan sumpah peguam yang menguruskan permohonan.

  • Bayaran Permohonan Proses RM 430.00 (Hakmilik Sementara) atau RM 440.00 (Hakmilik Kekal)

  • Sila bawa kad pengenalan penyerah dokumen ketika penghantaran dokumen bagi tujuan pengesahan sistem biometrik.

2. Syarikat persendirian / melalui firma guaman

  • Sila gunakan kepala surat syarikat (letter head) untuk permohonan. Jika melalui peguam, gunakan letter head firma guaman.

  • Salinan kad pengenalan pengarah syarikat dan akuan sumpahnya (disetemkan) RM10.

  • Salinan Borang 49, 44 dan 24 serta Resolusi Syarikat dan M & A yang disahkan Setiausaha Syarikat.

  • Jika permohonan melalui peguam, sila kemukakan salinan kad pengenalan peguam dan akuan sumpahnya.

  • Lain-lain seperti permohonan individu.

3. Jabatan kerajaan / badan berkanun (tidak berobjektifkan keuntungan)

  • Sila gunakan kepala surat (letter head) Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun berkenaan.

  • Salinan laporan polis yang disahkan oleh balai polis di mana laporan dibuat.

  • Salinan kad pengenalan pegawai kerajaan (pengadu) yang membuat laporan polis.

  • Surat Akuan Sumpah pegawai kerajaan (pengadu)

  • Surat Akuan Sumpah serta salinan kad engenalan penyerah (wakil jabatan / badan berkanun).

  • Sila bawa kad pengenalan semasa menyerahkan dokumen permohonan dan perserahan untuk tujuan pengesahan sistem biometrik.

  • Tiada bayaran dikenakan ke atas permohonan jabatan kerajaan / badan berkanun.

geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah
geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah

Sebelum anda menyusun dokumen anda, pastikan perkara terakhir dan sangat penting ini:

  • Semua surat akuan sumpah mestilah dalam Bahasa Malaysia dan disetemkan.

  • Semua laporan polis mestilah disahkan oleh balai polis berkaitan.

  • Sila lampirkan pelan tanah berkenaan jika ada.

  • Pembayaran untuk permohonan mesti dibuat melalui wang tunai atau draf bank dengan nama 'Bendahari Negeri Selangor'.

Saya Bukan Pemilik, Boleh Tak Mohon Ganti Geran Hakmilik Tanah?

Sekiranya anda bukanlah empunya tanah, tetapi ia milik seseorang yang dekat dengan anda, seperti rakan kongsi atau ibu bapa, anda masih boleh membantu mereka membuat permohonan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah sediakan dokumen tambahan ini:

  • Salinan surat kebenaran yang telah disahkan oleh pemilik hartanah, yang membolehkan anda membuat permohonan bagi pihaknya.

  • Surat akuan sumpah wakil (anda) yang telah disetemkan.

  • Kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan biometrik semasa penyerahan dokumen.

Tips Simpan Geran Hakmilik Tanah Anda Dengan Baik

Kami faham anda seorang yang kemas dan teratur, tetapi melaminasikan hakmilik atau geran tanah anda BUKAN tindakan bijak!

geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah
geran hakmilik, geran rumah, geran tanah, tukar nama geran tanah, contoh geran tanah, geran tanah hilang, geran rumah, geran rumah hilang, contoh geran rumah

Berikut adalah beberapa cara untuk memastikan dokumen hakmilik anda terjaga rapi dan sentiasa dalam keadaaan yang baik untuk tempoh masa yang panjang:

  • Simpan dalam beg plastik bagi menjauhkannya daripada suhu atau kelembapan berlebihan.

  • Buat salinan digital dan simpan di dalam fail sandaran di komputer anda.

  • Simpan di dalam peti simpanan selamat di bank.

  • Simpan di dalam peti keselamatan rumah yang kalis air, tahan api dan kalis kecurian.

  • Serahkan salinan kepada peguam anda.

  • Buat salinan dan simpan dalam beg kecemasan yang boleh anda grab-and-go jika berlaku insiden yang tidak diingini.

Sebelum anda nekad untuk membeli hartanah, pastikan rumah impian yang akan dibeli mempunyai geran dan status pegangan yang betul.

Untuk hartanah atau pembangunan bertingkat, ia adalah pegangan strata; untuk rumah bertanah, biasanya ia berstatus pegangan individu.

Sekiranya rumah yang anda beli tidak mempunyai status pegangan, berhati-hatilah kerana anda mungkin terjebak dalam situasi rumit.

Tanpa hakmilik yang sah di bawah nama anda, proses pemilikan adalah tidak lengkap, dan ini bermaksud harta itu masih menjadi milik bekas pemilik / pemaju.

Memandangkan anda bukanlah pemilik hartanah yang sah, anda tidak mungkin dapat menjual, memindahkan atau meletakkannya sebagai jaminan. Masalah menjengkelkan yang semua pemilik tak suka!

Jadi, simpan lah baik-baik geran anda dan ketahui cara nak minta yang baru!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting