Advertisement

20 Warna Cat Rumah Terkini Untuk 5 Ruangan Rumah Anda!

Bila nak menghias dan mencantikkan rumah, antara tip pertama yang selalunya anda akan jumpa ialah memilih warna cat rumah yang sesuai.

Warna cat memang sangat penting sebab ia boleh membuat ruang nampak luas, kecil, terang, ceria, suram dan macam-macam lagi.

Cat dinding rumah juga mampu mengubah suasana sesuatu ruang dan boleh diserasikan dengan hiasan-hiasan lain mengikut citarasa masing-masing.

Selain daripada memberikan aura yang tersendiri, warna cat dalam rumah juga mempunyai makna yang tertentu dan dapat memberi kesan kepada emosi anda.

Setiap warna pula memberi maksud tersendiri dan boleh mempengaruhi mood anda. Jadi kena pandai pilih!

Memang ada pelbagai warna dan bila tiba masa untuk memilih, boleh rambang mata bila pergi ke kedai cat. Dalam katalog cat tu boleh kata ada 1001 warna cat rumah, berbeza-beza pula jenis dan kualitinya.

Untuk membantu anda mencari warna cat yang sesuai, kami bahagikannya ikut ruangan rumah. Bagi setiap warna juga, kami sediakan kod atau nama warna beberapa jenama cat terkemuka di Malaysia.

Jom tengok!

PropertyGuru Tip

Tak perlu satu tona warna untuk satu rumah. Pilih warna berlainan sesuai dengan mood yang nak ditimbulkan. Ruang rumah pasti lebih berseri dan unik!

1. Bilik Tidur

Mari kita mula dengan bilik tidur, ruangan paling penting untuk semua sebab inilah tempat nak berehat dan ‘release stress’. Jadi, suasana kenalah selesa, tenang dan aman setiap kali melangkah masuk ke dalam bilik beradu tu.

Jadi, apa kombinasi terbaik untuk dicuba?

a. Kuning & Kelabu Gelap

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Warna kuning saja akan nampak terlampau terang dan jika kelabu gelap saja yang digunakan bilik akan nampak malap. Tapi, bila digabungkan, dua warna ini memberikan kontra yang sangat unik dan ceria.

b. Hijau Emerald & Merah Jambu

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Bagi yang sukakan ketenangan dan ada unsur-unsur feminine, gabungan warna hijau dan merah jambu amatlah sesuai. Warna hijau emerald memang sangat cantik dan bila digabung dengan merah jambu, masuk bilik terus rasa nak beradu.

c. Merah Rubi & Taupe

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Warna taupe itu sendiri agak lain dari yang lain. Ia adalah campuran abu-abu dan coklat dan bila disesuaikan dengan warna merah rubi, bilik akan terus nampak ekslusif dan luar biasa.

d. Emas & Hitam

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Pada yang sukakan warna ala-ala kayangan, inilah gabungan warna untuk anda. Ternyata ruang tidur yang berwarna emas dan hitam memang akan tampak lebih elegan dan mewah. Ditambah pula dengan dekorasi eksklusif, memang tidur macam raja!

e. Ungu & Coklat

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Mungkin ada yang rasa gabungan warna ini sangat pelik. Tapi, bagi yang mencari warna yang serasi tetapi agak jarang digunakan, ungu dan coklat adalah warna yang sangat secocok. Cantik kan?

Jotun

Kansai Paint

Nippon Paint

Kuning & Kelabu

Sienna Orange (1779)

Platinum (9911)

Crazy Daisy (Y4-A1-1)

Fifth Avenue (1078K)

Corn Yellow (561)

Graycloth (494)

Hijau Emerald & Merah Jambu

Emerald Jade (7390)

Pinkkins (2612)

Flower Stem (G4-B1-1)

Pink Cashmere (P5-A2-1)

Emerald (1509)

Sakura Red (375)

Merah Rubi & Taupe

Molten Copper (2791)

Sun (1369)

Eclare (R7-D1-1)

Thatch (Y3-B2-1)

Ruby Red (496)

Dry Bamboo (490)

Emas & Hitam

Regal Yellow (1501)

Black (0099)

Basket of Gold (Y1-A1-1)

Magic Noire (B5-E1-1)

Sunflower (1505)

Black (144)

Ungu & Coklat

Lunar Plum (4150)

Ramli (1226)

Windflower (P4-B1-3)

Spiced Cider (06-C2-2)

Wild Iris (872)

Sapling (493)

2. Ruang Dapur

Inilah jantung setiap rumah. Kalau dapur tak kena warna boleh hilang mood nak memasak, jadi pastikan anda cari warna cat yang boleh menaikkan semangat untuk masuk dapur. Antara warna yang sesuai pada ruangan dapur adalah:

a. Jingga

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Siapa sangka warna jingga akan membuatkan dapur nampak terang benderang dan sangat ceria. Kepada yang sukakan suasana yang menceriakan di dapur, inilah warna untuk anda. Letakkan dekorasi berwarna-warni untuk membuatkan dapur lagi menyerlah.

b. Hitam

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Hitam itu menawan dan juga dapur anda jika diwarnakan dengan cat warna hitam. Warna ni memang boleh membuatkan dapur nampak gelap, tetapi jika anda pandai menggabungkan dengan dekorasi dan warna peralatan yang sesuai, dapur anda akan menjadi sangat eksklusif dan tip top.

c. Coklat

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Warna ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan ruang dapur kelihatan ‘natural’ dan klasik. Mungkin ada yang rasa warna coklat agak bosan, tetapi ada pelbagai tona untuk warna coklat, jadi cari yang sesuai dengan citarasa dan dekorasi anda.

d. Salmon

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Siapa yang pernah tengok warna ikan salmon, itulah warna yang digunakan disini. Sekali pandang mesti orang akan ingat warna merah jambu, tetapi tona warna salmon ni memang berlainan. Terus berselera dapat dapur warna unik macam ni. Tiba-tiba rasa nak makan salmon gril!

e. Putih

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Kalau anda rasa serabut nak letak dinding berwarna di ruangan dapur, anda boleh memilih cat warna putih.

Warna ini bukan saja akan membuatkan dapur nampak luas dan selesa, tetapi pilihan dekorasi dan peralatan juga tidak terhad kerana kebanyakannya akan dapat dipadankan dengan warna putih.

Jotun

Kansai Paint

Nippon Paint

Jingga

Orange Delight (0875)

Wake Up Orange (05-A1-1)

Orange (1127)

Hitam

Black (0099)

Magic Noire (B5-E1-1)

Black (144)

Coklat

Earth Brown (1417)

Soft Suede (06-D1-1)

Oak (1322)

Salmon

Maple Salmon (2456)

Western Peach (02-B1-4)

Copper Tone (1320)

Putih

White (0000)

White Canvas (11)

Maxi White (15245)

PGMY_No_1
PGMY_No_1

3. Ruang Tamu

Ruang tamu semestinya penting untuk semua rumah sebab bila ada tetamu, di situlah tempat nak duduk dan beramah mesra. Selain dekorasi yang menarik, anda boleh cat ruang tamu bagi nampak luas dan terang. Jom tengok warna cat ruang tamu yang boleh dipilih!

a. Krim

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Pilihan warna krim akan membuatkan ruang yang sempit nampak lebih luas dan lapang. Jika anda memilih warna ini untuk ruang tamu, ianya sangat sesuai jika dipadankan dengan hiasan bertekstur kayu.

b. Biru Navy

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Biru ni adalah biru laut gelap yang nampak bold dan eksklusif bila dicat pada ruang tamu. Untuk menaikkan lagi seri ruangan yang berwarna biru navy, padankan dengan perabot dan dekorasi warna putih, hitam atau kayu.

c. Biru Toska

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Ikut psikologi, warna biru mampu memberi kesan yang relak dan menenangkan. Selain biru navy, satu lagi tona cantik untuk ruang tamu ialah biru toska. Warna ni akan membuatkan anda rasa seakan-akan dikelilingi awan biru. Dengar pun dah rasa tenang, kan?

d. Merah Anggur

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Warna ni mungkin lebih dikenali sebagai burgundy, yang seakan-akan warna maroon tapi lebih terang. Ruang tamu memang akan nampak mewah dan kaya bila dikenakan dengan warna ni dan dipadankan pula dengan dekor warna putih, abu-abu dan emas.

e. Kuning Lemon

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Selain putih, warna kuning juga merupakan salah satu pilihan warna terbaik untuk membuatkan ruang nampak luas. Disebabkan warna ni memantulkan cahaya, bilik tamu akan jadi terang dan lapang.

Jotun

Kansai Paint

Nippon Pain

Krim

Sweet Nectar (1150)

Divina (Y5-A1-4)

Empire Yellow (405)

Biru Navy

Deep Truth (5372)

Deep Sea Reef (B7-B1-1)

Palace Dome (672)

Biru Toska

Imperial Jade (6032)

Cabana (G6-A1-2)

Turkish Tile (BGG 1590D)

Merah Anggur

Dragon Red (0587)

Burgundy Berry (P7-C1-1)

Melon Red (363)

Kuning Lemon

Premium Lemon (1854)

Lavish Lemon (Y5-A1-1)

Sassy Yellow (YO 1120D)

4. Ruang Makan

Walaupun ruang makan ni selalunya bersebelahan dengan ruang tamu atau dapur, anda masih boleh membezakan ruang tersebut dengan warna cat yang berlainan.

Bila ada ruang makan yang sedap mata memandang, barulah seronok nak menjamu selera. Warna-warna yang boleh digunakan untuk ruang makan adalah:

a. Kuning Cerah

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Ada yang kata warna kuning melambangkan optimisme dan kebahagiaan. Jadi, bila diwarnakan pada ruang makan, pastinya akan membuatkan ruangan tu lebih menarik dan menawan hati.

b. Pink Pastel

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Bagi yang sukakan warna yang lembut pada ruang makan, pink pastel sangat sesuai untuk anda. Warna pastel ini akan menjadikan suasana lebih tenang dan nyaman untuk menjamu selera bersama mereka yang tersayang.

c. Krim

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Kalau dah bosan dengan warna putih, warna krim juga mampu membuatkan sesuatu ruang nampak lebih terang dan luas. Jika anda memilih warna krim di ruang makan, gunakan warna yang kontra untuk perabot dan dekor untuk menyerikan suasana.

d. Mauve

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Warna mauve ni jatuh dalam kategori tona warna ungu tetapi ia mempunyai campuran abu-abu yang membuatkan ruangan nampak klasik, tenang dan elegan. Gayakan dengan perabot kayu atau putih dan ruang makan anda akan memikat setiap mata memandang.

5. Teal

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Ruang makan akan nampak neutral dan elegan bila menggunakan warna teal. Padankan dengan perabot berwarna cerah seperti putih atau krim dan anda akan dapat menikmati suasana yang selesa Ketika menjamu selera.

Jotun

Kansai Paint

Nippon Paint

Kuning Cerah

Lemon (1854)

Panorama Lights (Y4-A1-2)

Yellow Band (YO 1119T)

Pink Pastel

Coral Pink (2044)

Love Andi (P7-A2-1)

Good Fortune (R 1307P)

Krim

Sweet Nectar (1150)

Divina (Y5-A1-4)

Empire Yellow (405)

Mauve

Midnight Floss (4521)

Mauve Dust (P2-C2-2)

Violet Petal PB 1404P

Teal

Deep Emerald (6029)

Palm Frond (G4-A1-2)

Empress (1508)

5. Bilik Mandi

Haaa…nak masuk bilik air pun kena ada mood yang betul tau. Nak mandi ke nak membuang biar ada rasa tenang gitu. Mana tahu nak rasa macam ada di tengah lautan ke, masa ni lah boleh bermain dengan warna-warna cat yang sesuai.

Nah, kami kongsikan beberapa warna untuk bilik mandi anda!

a. Putih Hangat

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Kita sedia maklum warna putih akan membuatkan ruangan nampak luas. Tapi, anda tahu tak warna putih pun ada beberapa tona berlainan? Inilah yang ingin kami cadangkan sebagai warna untuk bilik mandi anda, warna putih hangat. Warnanya cerah tapi tak terlalu putih. Okay kan?

b. Biru Aqua

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Kalau anda gunakan warna biru aqua ni dalam bilik mandi, mesti rasa macam dah duduk dalam kolam mandi. Warna biru itu pastinya menenangkan dan anda akan dapat mandi dalam suasana yang damai dan selesa.

c. Merah Jambu

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Masih ada ke yang skeptikal dengan merah jambu ni? Tak sangka bilik mandi pun ada yang buat warna merah jambu. Mana taknya, bilik mandi akan jadi lebih romantik. Lebih-lebih lagi bila digabung dengan aksesori bilik mandi putih dan emas ros. Fuh, mengancam!

4. Kelabu Biru/Blue Grey

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Pada yang mahukan warna yang tak terlalu cerah dan tak terlalu gelap untuk bilik mandi, inilah warna untuk anda. Kelabu biru masih akan membuatkan ruang nampak luas dan yang pastinya menenangkan.

5. Hijau Mint

Jika anda inginkan kelainan dalam bilik mandi, hijau mint adalah pilihan yang akan membuatkan masa mandi anda lebih damai dan rileks. Digabung pula dengan peralatan bilik mandi berwarna putih, memang rasa nyaman saja bila jejak masuk ke dalam bilik mandi.

warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah
warna cat rumah, cat bilik tidur, cat ruang tamu, warna cat ruang tamu, cat dinding rumah, cat dalam rumah

Jotun

Kansai Paint

Nippon Paint

Putih Hangat

Ivory White (0566)

White Sage (79)

Drifting Cloud (OW 1035P)

Biru Aqua

Arctic Blue (4445)

Cullen Cove (B4-A1-3)

Poolside (BGG 1602T)

Merah Jambu

Star Champagne (2568)

Tiara Pink (98)

Gypsy Song (R 1272P)

Kelabu-Biru

Moon Reflection (4072)

Aluminium Snow (45)

Celtic (402)

Hijau Mint

Hangie (6283)

Wildness Mint (G4-B1-3)

Chameleon (BGG 1798T)

Oh, ini pula link ke katalog warna cat Jotun, Kansai Paint dan Nippon. Selamat mencari warna yang sesuai untuk cat dalam rumah anda!

Nota: Warna yang dipilih untuk setiap jenama mungkin nampak berbeza antara satu sama lain.

Selamat mengecat!

Panduan Relevan