2 Kawasan Di Pulau Pinang Dengan Kenaikan Nilai Harga Hartanah Tertinggi!

·3-min read

Click here for English version

Normal lah jika transaksi hartanah menjunam ketika pandemik kerana semua orang cenderung untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja, dan mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sebelum membuat keputusan kewangan yang besar.

Namun, buat mereka yang sudah biasa dengan pasaran hartanah dan memiliki kestabilan kewangan, ini adalah masa yang tepat bagi mereka memanfaatkan sikap terlampau waspada orang lain dan memilih kelebihan longgokan hartanah di pasaran kini.

Property Advisor telah menjalankan analisis transaksi harta tanah Pulau Pinang pada tahun 2020, dan mengenal pasti kawasan yang menyaksikan kenaikan harga.

Berikut adalah dua kawasan yang berpotensi untuk anda pertimbangkan.

Pembeli Rumah Pertama (FHB)

Pelabur

Kawasan

Harga Median (%)

Jumlah Transaksi (%)

Harga Median (%)

Jumlah Transaksi (%)

Harga Median (%)

Jumlah Transaksi (%)

Perai

7.35

15.08

5.41

-56.85

43.11

114.15

Seberang Jaya

11.11

1.74

-22.47

-61.64

45.83

111.90

* Analisis Property Advisor

1. Perai

rumah sewa penang, rumah untuk dijual penang, pelaburan hartanah, harga rumah
rumah sewa penang, rumah untuk dijual penang, pelaburan hartanah, harga rumah

Terletak di belah darat Pulau Pinang dan menempatkan beberapa fasiliti utama Pelabuhan Pulau Pinang, Perai juga adalah kawasan perindustrian unggul, dengan kewujudan kilang besi tertua dan kilang gula terbesar di Malaysia!

Kawasan Perindustrian Perai juga adalah lokasi beberapa syarikat multinasional seperti Pensonic, Hitachi dan Chevron.

Kawasan perindustrian yang luas ini menyediakan peluang pekerjaan untuk ribuan orang, menjadikannya kawasan pilihan terbaik untuk membeli hartanah, terutama bagi mereka yang ingin melabur dan memperolehi pulangan lumayan menerusi pasaran sewa.

Pelabur pada tahun 2020 telah memanfaatkan prospek yang baik ini, yang dapat dilihat melalui peningkatan 114.15% dalam transaksi berbanding tahun 2019.

Selain itu, mereka juga sanggup berbelanja lebih banyak, dengan harga median meningkat sebanyak 43.11% dari RM125,775 pada 2019 kepada RM180,000 pada tahun 2020.

Walaupun pembeli rumah pertama (FTHB) kurang separuh daripada keseluruhan jumlah transaksi pada tahun 2019, mereka juga bersedia untuk berbelanja lebih pada tahun 2020.

Selepas penurunan transaksi 56.85%, harga median meningkat sedikit dari RM185,000 kepada RM195,000, kenaikan 5.41% berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, transaksi harta tanah di Perai meningkat 15.08% pada 2020 berbanding 2019, dengan harga median menyaksikan kenaikan kecil sebanyak 7.35%.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

2. Seberang Jaya

rumah sewa penang, rumah untuk dijual penang, pelaburan hartanah, harga rumah
rumah sewa penang, rumah untuk dijual penang, pelaburan hartanah, harga rumah

Bersebelahan dengan Perai, Seberang Jaya berkembang kerana faktor komersial dan peruncitan. Perbandaran ini juga menempatkan Taman Burung Pulau Pinang, taman burung pertama Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988.

Ia dibangunkan bersama-sama Kawasan Perindustrian Perai, bertujuan untuk menyediakan kawasan perumahan serta merapatkan jurang sosial dan ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.

Salah satu tarikan pelancongan lain yang terdapat kawasan ini adalah Kuil Arulmigu Karumariamman, yang cukup menarik perhatian pelancong dengan rajagopuram terbesar di Malaysia.

Seperti Perai, Seberang Jaya menyaksikan peningkatan transaksi pelabur, melonjak naik kepada 111.9% pada tahun 2020 berbanding 2019.

Dalam segmen pelabur juga, harga median meningkat 45.83% kepada RM175,000, membuktikan bahawa pelabur tidak kisah melaburkan wang di kawasan yang mereka rasa berpotensi.

Namun, perkara sama tidak berlaku untuk segmen FTHB, yang menyaksikan penurunan harga median 22.47% berbanding tahun sebelumnya, setelah penurunan transaksi mencatatkan 61.64%.

rumah sewa penang, rumah untuk dijual penang, pelaburan hartanah, harga rumah
rumah sewa penang, rumah untuk dijual penang, pelaburan hartanah, harga rumah

Harga median yang pada tahun 2019 adalah RM158,000 jatuh kepada RM122,500, pada tahun 2020.

Walaupun begitu, di sebalik transaksi dan harga median di segmen FTHB, harga keseluruhan Seberang Jaya mencatatkan peningkatan pada kadar 11.11%.

Jumlah transaksi pada tahun 2020 juga 1.74% lebih tinggi daripada transaksi yang dilaporkan pada tahun 2019.

Apa Makna Semua Ini Untuk Anda?

Sekiranya anda memiliki hartanah di salah satu lokasi ini, ada baiknya anda periksa sama ada nilai hartanah anda telah meningkat.

Sekiranya nilainya meningkat, ekuiti anda juga bertambah, maksudnya anda boleh memilih untuk mengeluarkannya menerusi pembiayaan semula secara tunai.

Apabila anda memilih untuk melakukan pembiayaan semula secara tunai, pinjaman yang ada akan diganti dengan pinjaman baru yang berpotensi menurunkan kadar faedah dan jumlah wang yang lebih banyak (termasuk ekuiti yang telah anda keluarkan).

Dengan lanjutan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga akhir tahun 2021, ini adalah masa yang tepat untuk melabur pada hartanah lain dengan menggunakan modal yang baru anda keluarkan dari ekuiti anda.

Ini kerana dana akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda, yang membolehkan anda menggunakannya sebagai wang pendahuluan untuk hartanah seterusnya.

Anda boleh periksa nilai rumah dan jumlah wang yang anda akan dapat dengan Kalkulator Pembiayaan Semula. Tapi, jangan lupa untuk berbincang dahulu dengan perunding kewangan sebelum membuat sebarang keputusan okay!

Panduan Relevan

Penafian: Maklumat diberikan dalam laman web ini bersifat umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perancangan kewangan profesional.
PropertyGuru akan berusaha memperkemas maklumat di laman web ini apabila diperlukan. Bagaimanapun, maklumat boleh diubah tanpa notis dan kami tidak memberikan jaminan ketepatan maklumat dalam laman web ini, termasuklah maklumat diberikan oleh pihak ketiga, pada bila-bila masa.
Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat ketika ia diterbitkan, individu tidak boleh bergantung kepada maklumat ini untuk membuat keputusan kewangan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan, kami mencadangkan anda supaya berunding dengan perancang kewangan atau bank anda serta mengambil kira situasi unik kewangan dan keperluan setiap individu.
PropertyGuru tidak memberikan jaminan berkaitan ketepatan, kebolehpercayaan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Kecuali selagi mana sebarang liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan, PropertyGuru, dan pekerjanya tidak ada sebarang liabiliti untuk apa sahaja kesilapan atau ralat di dalam laman web ini atau untuk apa sahaja kerugian atau kerosakan yang ditanggung pembaca atau mana-mana orang yang lain.
Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting