17 Kawasan Dengan Permintaan Sewa Tertinggi 2021

Ketika pasaran hartanah di Malaysia sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, banyak aktiviti berkaitan hartanah turut terjejas.

Kebanyakkan pembelian dan keputusan besar dalam pasaran hartanah terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh sentimen pembeli hartanah yang lebih mengambil pendekatan berhati-hati dan mengawal perbelanjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup ketika pandemik kini.

Ada yang hidup bagai berkain tiga hasta sekaligus membantutkan lagi pasaran hartanah di Malaysia.

Namun, di sebalik sentimen berhati-hati pembelian hartanah, masih terdapat segmen hartanah yang mula menunjukkan perkembangan positif walaupun negara masih dilanda pandemik.

Menggunakan data dalaman PropertyGuru, kami menganalisis beberapa kawasan yang menunjukkan pertumbuhan positif berdasarkan peratusan pertanyaan diterima ejen bagi penyenaraian di PropertyGuru sepanjang 2020 sehingga Ogos 2021.

PropertyGuru Tip

Pertanyaan atau perintis jualan/<em>leads</em> berbeza dengan penyenaraian/<em>listing</em>. Satu penyenaraian boleh menerima lebih daripada satu pertanyaan daripada bakal penyewa/pembeli berbeza.

1. Kuala Lumpur

rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka
rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka

Hasil tinjauan mendapati Kuala Lumpur antara negeri tertinggi yang mendapat permintaan dan pertanyaan tertinggi pasaran sewa hartanah berbanding negeri lain di Malaysia. Logik akal la kan kerana ia kawasan paling padat penduduk di Malaysia

Berdasarkan statistik permintaan hartanah sewa setakat Ogos 2021 berbanding 2020, kawasan utama yang mendapat banyak permintaan sewa di Kuala Lumpur adalah Desa Petaling (121.4%), Kuchai Lama (66.5%), Sri Petaling (43.1%), Titiwangsa (26.4%), Segambut (15.7%) dan Mont Kiara (12.75%).

a. Desa Petaling (121.4%)

Desa Petaling terletak antara Kuchai Lama, Bukit Jalil dan Sri Petaling. Hanya terletak kira-kira 45 minit dari KLIA kawasan ini antara kawasan tumpuan golongan kelas pertengahan yang mencari kategori hartanah mampu milik.

Selain jaringan pengangkutan awam yang baik, jaringan lebuhraya yang mudah akses seperti lebuhraya NPE dan NKVE.

Apabila pandemik berlaku pada 2020, peratusan pertanyaan sewa diterima ejen hanyalah sekitar 18.2% berbanding 2019, ia kemudiannya melonjak kepada 121.4% setakat Ogos 2021.

b. Kuchai Lama (66.5%)

Kuchai Lama adalah perbandaran matang dan hampir dengan segala kelengkapan kemudahan asas, ia juga menikmati peningkatan permintaan sewa yang tinggi disebabkan akses lebuhraya yang mudah seperti NPE.

rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka
rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka

Terdapat juga jaringan pengangkutan awam sepert MRT iaitu Kuchai Lama dan kurang 3 km akses ke LRT&KTM Salak Selatan. Di sini juga terdapat beberapa projek perumahan mampu milik Residensi Wilayah yang bakal siap yang mempunyai akses terus ke MRT Kuchai Lama.

Pada 2020, peratusan pertanyaan diterima ejen jatuh -15.3% berbanding 2019, sebelum melonjak kepada 66.5% setakat Ogos 2021.

c. Sri Petaling (43.1%)

Antara faktor yang mempengaruhi permintaan hartanah sewa di kawasan Sri Petaling adalah hampir dengan kawasan komersial, kawasan tumpuan pekerjaan, akses lebuhraya yang mudah dan lengkap.

Antara jaringan lebuhraya yang memberi impak kenaikan pasaran hartanah di kawasan ini adalah Kuala Lumpur – Seremban Expressway, Shah Alam Expressway (KESAS), New Pantai Expressway (NPE), MRR2 dan Maju Expressway (MEX) yang mudah diakses melalui kawasan Sri Petaling.

Selain itu juga, terdapat kemudahan tren LRT yang memberikan alternatif pengangkutan bagi penduduk di kawasan ini iaitu Stesen LRT Sri Petaling dan hampir dengan pelbagai kemudahan asas termasuk sekolah yang menjadikan kawasan ini antara pilihan pasangan berkahwin dan berkeluarga untuk menyewa.

Pada 2020, peratusan diterima ejen jatuh -18.1% berbanding 2019, tetapi setakat Ogos 2021 ia kembali naik kepada 43.1%.

d. Mont Kiara (12.75%)

Jika sebut Mont Kiara sudah tentu anda bayangkan kawasan elit yang menjadi tumpuan golongan professional dan ekspatriat. Apa menariknya di Mont Kiara adalah kawasan yang mempunyai sambungan lebuhraya yang lengkap.

rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka
rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka

Mont Kiara antara kawasan pasaran sewa terjejas teruk apabila pandemik berlaku pada 2020, wujud penurunan ketara sebanyak -37.3% berbanding 2019, tetapi setakat Ogos 2021 ia kembali naik kepada 12.7%.

Terdapat 4 lebuhraya utama di Mont Kiara iaitu NKVE, PLUS, DUKE dan SPRINT yang menghubungkannya dengan seluruh Lembah Klang seperti Lebuhraya DUKE ke Ampang, Ulu Klang atau Gombak.

Terdapat juga Stesen Komuter Segambut dan MRT Pusat Bandar Damansara yang dihubungkan oleh perkhidmatan RapidKL.

Wujud juga kemudahan asas lain seperti kemudahan kesihatan, kemudahan pendidikan termasuk sekolah antarabangsa dan juga institusi pengajian tinggi.

Lebih menarik, Mont Kiara sememangnya terkenal dengan pusat komersial dan aktiviti sosial seperti Plaza Month Kiara, Publika, Solaris Dutamas dan lain-lain lagi.

Bagi yang sukakan kawasan Mont Kiara, anda juga boleh mempertimbangkan untuk menetap di kawasan Segambut. Segambut hanya kira-kira 10 minit ke Mont Kiara, ini menjadikan kawasan ini turut mendapat permintaan sewa yang tinggi, naik 15.7% setakat Ogos 2021.

2. Selangor

Selangor antara negeri kedua yang mempunyai permintaan sewa dengan Putrajaya (715.5%), Bangi (43.7%), Kuala Langat (22.8%).

a. Putrajaya (715.5%)

Putrajaya menempatkan pusat pentadbiran negara dan pelbagai pejabat perkhidmatan awam yang menjadi tarikan utama dalam pasaran sewa.

rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka
rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka

Setakat Ogos 2021, pertanyaan pasaran sewa diterima ejen mencecah 715.5% walaupun berlaku penurunan sebanyak -58.1% pada 2020 berbanding 2019.

Untuk mereka yang menetap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, tak perlu bimbang kerana Putrajaya dihubungkan dengan lebuhraya utama iaitu MEX, SKVE, ELITE, LDP dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

Wujud juga kemudahan asas lain seperti Hospital Putrajaya, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, KLIA Transit, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, Sekolah Sultan Alam Shah dan pelbagai kemudahan yang lain.

Antara pembangungan baru di kawasan Putrajaya yang mendapat perhatian adalah pembangunan kediaman Setia Seraya Residensi oleh pemaju terkemuka, SP Setia.

Sudah tentu banyak lagi projek hartanah di Putrajaya yang turut menawarkan rumah sewa dengan kadar mampu milik, sesuai untuk keluarga atau mereka yang bujang.

b. Bangi (43.7%)

Seterusnya Bangi, kawasan kedua tertinggi di Selangor yang mendapat permintaan dari pasaran hartanah sewa.

rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka
rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka

Tahukan anda, Bangi juga di kenali dengan jolokan “Bandar ilmu”? Ini kerana Bangi antara kawasan di Selangor yang mempunyai paling banyak pusat pengajian tinggi dan institut latihan.

Antara pusat pengajian tinggi yang ada di Bangi adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), German-Malaysian Institute (GMI) dan Institut Perguruan Islam.

Selain itu, terdapat juga pelbagai pusat kesihatan yang baik serta sekolah berpretasi baik sekitar Bangi termasuklah Az-Zahra Islamic Hospital, Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.

Bangi juga dihubungkan dengan jaringan lebuh raya ke pusat bandar Kuala Lumpur dan keluar Lembah Klang seperti Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), New Klang Valley Expressway (NKVE), South Klang Valley Expressway (SKVE) dan Kajang-Seremban Highway (LEKAS).

Malah Bangi turut menjadi tumpuan kawasan perindustrian, perkhidmatan dan aktiviti ekonomi yang lain.

Anda jangan tak tahu, Bangi turut menjadi kawasan tumpuan golongan pertengahan untuk membeli-belah terutama di musim perayaan kerana mempunyai pelbagai pilihan butik perniagaan pakaian dengan pelbagai dengan harga berpatutan tau.

Jadi tak mustahil Bangi menjadi kawasan kedua tertinggi di Selangor untuk permintaan pasaran sewa dengan 43.7%, walaupun pada 2020 ia merekodkan penurunan sebanyak -3.5% berbanding 2019.

c. Kuala Langat (22.8%)

Secara geografinya, Kuala Langat terletak di Selangor dan bersempadan dengan daerah Klang dan Petaling Jaya di utara dan Sepang di bahagian timur.

PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)
PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)

Kuala Langat turut berhubung dengan kawasan lain di Selangor melalui jaringan Lebuhraya Kemuning – Shah Alam melalui Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya dan juga Lebuhraya ELITE yang menghubungkan Kuala Lumpur dan bandar Klang.

Terkenal dengan Pantai Morib, sudah pasti sektor pelancongan antara salah satu perangsang aktiviti ekonomi dan hartanah di kawasan sekitar Kuala Langat. Kebanyakkan hartanah di kawasan ini adalah jenis pegangan bebas.

Pertambahan populasi di kawasan ini turut mempengaruhi para pemaju hartanah membangunkan hartanah di kawasan sekitar. Antara pemaju yang terlibat adalah LBS, EcoWorld, Tropicana Aman Sdn Bhd, IJM Land dan Gamuda Berhad.

Antara hartanah terkenal di Kuala Langat adalah Gamuda Cove yang menempatkan taman rekreasi air dan menikmati pengalaman pemandangan menaiki belon panas antara yang terpanjang di Asia Tenggara selain pusat komersial yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik!

3. Melaka

Melaka merupakan negeri ketiga dengan kawasan permintaan paling banyak dari segi permintaan pasaran hartanah sewa.

rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka
rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka

Antara kawasan tumpuan pasaran hartanah sewa di Melaka adalah Melaka Tengah (525.9%), Klebang (200.6%), Bandar Hilir (113.4%) dan Bukit Beruang (89.1%).

Dari segi demografik penduduk pada tahun 2019, penduduk Melaka Tengah berjumlah 579,000 orang, tertinggi berbanding kawasan lain di Melaka.

Negeri ini juga mempunyai Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 yang akan menyokong perkembangan pesat aktiviti ekonomi tertutama dari sektor pembuatan dan pertanian, yang disokong

Logiknya, apabila wujud pelan pembangunan jangka panjang dengan pertambahan jumlah populasi, permintaan pasaran sewa juga akan meningkat.

Bagi pasaran sewa di Klebang dan Bandar Hilir, tarikannya terletak kepada sektor pelancongan. Disebabkan pandemik, sewa jangka pendek terjejas teruk, tetapi permintaan sewa jangka panjang masih meningkat.

4. Negeri Sembilan

Kawasan yang mendapat permintaan sewaan yang tinggi di Negeri Sembilan adalah Nilai (41.7%) dan Seremban (28.7%).

Bagi mereka yang lebih mengutamakan keselesaan keluarga dan inginkan kediaman atas tanah yang lebih selesa, Nilai dan Seremban antara pilihan terbaik di Negeri Sembilan.

rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka
rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka

Ia terletak kira-kira 50 km dari Kuala Lumpur dan dihubungkan dengan jaringan lebuhraya dan pengangkutan terbaik.

Antara lebuhraya yang terdapat di Nilai adalah NSE (North South Expressway), ELITE Expressway, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), MEX (Maju Expressway), Nilai-KLIA Highway, Lebuhraya Damansara-Puchong, SKVE (South Klang Valley Expressway).

Jadi bagi mereka yang inginkan kediaman keluarga yang lebih besar dan selesa, menyewa di Nilai dan Seremban bukan lagi satu perkara mustahil.

Nilai juga terletak hampir dengan KLIA dengan jarak perjalanan sekitar 20 minit turut menjadikan kawasan ini antara kawasan yang menjadi pilihan dan tumpuan bagi pasaran hartanah sewa tahun 2020 hingga Ogos 2021.

Selain itu kawasan-kawasan ini turut menempatkan pelbagai kemudahan pendidikan dan kesihatan yang hampir dengan kawasan kediaman dan terbaik seperti Nilai University, Manipal International University, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Xiamen (XMU) dan Pusat Perubatan Nilai.

Selain pelbagai pilihan kediaman atas tanah dengan kadar sewa mampu milik, antara kawasan perbandaran perlu diberi perhatian adalah Bandar Enstek.

Bandar ini menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan seperti makanana, minuman, farmaseutikal dan lain-lain lagi turut menjadi antara faktor penyumbang kepada permintaan tinggi pasaran hartanah sewa di Nilai dan Seremban.

5. Pulau Pinang

Pulau "Mutiara" Pinang adalah pusat aktiviti ekonomi pesat di Malaysia yang menyebabkan wujud peningkatan nilai hartanah walaupun ketika negara dilanda pandemik.

rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka
rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka

Terdapat beberapa pusat perindustrian di Pulau Pinang yang menjadikan negeri ini antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi hasil aktiviti ekonomi yang pesat.

Antara kawasan industri yang menjadi tumpuan di Pulau Pinang adalah Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Kawasan Perindustrian Prai dan Kawasan Perindustrian Mak Mandin.

Kawasan ini menempatkan pelbagai sektor ekonomi seperti elektronik, pembuatan makanan, petrokimia, farmaseutikal dan lain-lain.

Disebabkan akses mudah ke kawasan perindustrian ini, dua kawasan utama yang menjadi tumpuan bagi pasaran hartanah sewa di Pulau Pinang adalah kawasan Timur Laut (15.1%) dan Bukit Mertajam (30.8%).

Bagi yang menetap di kawasan tanah besar seperti di Bukit Mertajam, anda boleh menggunakan Jambatan Pulau Pinang bagi akses mudah ke kawasan perindustrian Bayan Lepas atau turut bersempadan dengan kawasan perindustrian Prai.

Bukit Mertajam turut mempunyai kemudahan kesihatan yang terbaik seperti Hospital Bukit Mertajam, KPJ Perda dan turut mempunya pelbagai pusat aktiviti riada yang menarik seperti Pusat Rekreasi Taman Rimba Cherok Tokun.

rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka
rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka

Antara hartanah yang menjadi tumpuan di Bukit Mertajam sekarang adalah The Navens, Bukit Mertajam.

Sebuah pembinaan kondominium berstatus pegangan bebas yang menawarkan konsep kehidupan ala resort dan dengan berkonsepkan taman tema. Harga ditawarkan bermula dari RM 342,200 dengan keluasan dari 1175 kps.

Walaupun pasaran hartanah umumnya terkesan kerana pandemik, pasaran sewa mula merekodkan pemulihan permintaan berdasarkan data kami ini.

Sama ada anda sedang mencari rumah sewa untuk diduduki atau mahu beli rumah untuk disewakan, bolehlah tengok-tengok kawasan ni, mana tahu berhasil!

Panduan Relevan

Penafian: Maklumat diberikan dalam laman web ini bersifat umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perancangan kewangan profesional.
PropertyGuru akan berusaha memperkemas maklumat di laman web ini apabila diperlukan. Bagaimanapun, maklumat boleh diubah tanpa notis dan kami tidak memberikan jaminan ketepatan maklumat dalam laman web ini, termasuklah maklumat diberikan oleh pihak ketiga, pada bila-bila masa.
Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat ketika ia diterbitkan, individu tidak boleh bergantung kepada maklumat ini untuk membuat keputusan kewangan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan, kami mencadangkan anda supaya berunding dengan perancang kewangan atau bank anda serta mengambil kira situasi unik kewangan dan keperluan setiap individu.
PropertyGuru tidak memberikan jaminan berkaitan ketepatan, kebolehpercayaan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Kecuali selagi mana sebarang liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan, PropertyGuru, dan pekerjanya tidak ada sebarang liabiliti untuk apa sahaja kesilapan atau ralat di dalam laman web ini atau untuk apa sahaja kerugian atau kerosakan yang ditanggung pembaca atau mana-mana orang yang lain.