13 Taikun Hartanah Tersohor Malaysia!

·8-min read

Industri pembinaan memang boleh menyebabkan seseorang kaya. Itu hakikat yang terpaksa kita terima bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia juga.

Malah, pelaburan hartanah juga dianggap sebagai salah satu cara meningkatkan sumber pendapatan yang stabil, sebab itu lah ramai betul hendak melabur hartanah kan.

Tapi, kaya mana mereka yang terlibat dalam sektor hartanah ni?

Jom kita tengok senarai taikun hartanah Malaysia yang kaya raya, mana tahu boleh jadikan inspirasi kisah hidup mereka!

1. Tan Sri Quek Leng Chan

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Tan Sri Quek Leng Chan berusia 79 tahun, menetap di Kuala Lumpur dan mempunyai 3 orang anak.

Nilai kekayaan terkini beliau dianggarkan berjumlah AS$9.6 bilion atau RM40billion hasil daripada industri perbankan, hartanah dan makanan.

Beliau ada pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Hong Leong Company, Hong Leong Industries Berhad, Hume Industries Malaysia Berhad, Hong Leong Assurance Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhd dan Yayasan Hong Leong.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Kumpulan Hong Leong Bank diasaskan oleh ayahnya yang menubuhkan Hong Leong Bank bersama-sama 2 adik beradiknya pada awal 1920-an.

Antara projek hartanah terkenal hasil Kumpulan Hong Leong adalah Emerald Hill, Alam Damai Cheras, Areca @Emerald Sepang dan Chloe Residence, Rawang.

2. Dato' Lee Yeow Chor & Lee Yeow Seng

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Pasangan adik beradik ini mewarisi empayar perniagaan Kumpulan IOI yang dibangunkan mendiang bapa mereka, Lee Shin Cheng.

Nilai kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$5.1 bilion atau sekitar RM21.1 bilion.

Kumpulan IOI ditubuhkan pada 1969 dan terlibat dalam pelbagai sektor industri termasuklah hartanah, kelapa sawit dan bahan kimia.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Antara projek pembangunan hartanah terkenal yang dibangunkan oleh kumpulan ini di Malaysia adalah Bandar Puteri Klang, 16 Sierra Puchong South dan juga pembangunan hartanah di Singapura dan China.

Buat masa ini, IOI Properties bertanggungjawab membina kawasan perbandaran baru, pusat beli-belah, kondominium, pejabat dan juga resort. Di antara projek hartanah ikonik daripada IOI adalah IOI City Mall dan IOI Resort City, Putrajaya.

3. Tan Sri Lim Kok Thay

Tan Sri Lim Kok Thay
Tan Sri Lim Kok Thay

Siapa yang tak kenal dengan Dinasti Lim di Malaysia?

Bukan lahir dari keluarga yang mewarisi kekayaan, kisah kejayaan Kumpulan Genting ini sesuatu yang sangat menarik!

Ia diasaskan oleh Tan Sri Lim Goh Tong yang tiba di Malaysia dari Fujian, China pada umur 19 tahun dan berangan-angan membina sebuah resort di kawasan tanah tinggi di tengah hutan dan pergunungan.

Projek pembangunan itu kini dikenali seluruh dunia, semuanya bermula daripada angan-angan dan kerja keras.

Selain pelbagai cabang perniagaan lain di Malaysia, Kumpulan Genting juga mempunyai beberapa hartanah lain di luar negara.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Antaranya Kumpulan Genting telah mengembangkan operasinya di luar negara dengan membeli pengendali kasino terbesar di UK dan serta menubuhkan sebuah resort perjudian di Singapura.

Tan Sri Lim Kok Thay adalah CEO dan Ketua Genting Bhd sekarang. Beliau juga adalah ahli lembaga Wilder Superyachts dan menguruskan kasino di New York, Bahamas, London dan juga Korea Selatan.

Di Malaysia, kumpulan ini juga terbabit dengan projek pembangunan hartanah seperti Windmill Upon Hills dan GEO38 Residence.

Antara projek pembinaan hartanah ikonik di Malaysia yang dibangunkan Kumpulan Genting adalah Johor Premium Outlet.

4. Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Dilahirkan pada 1929 di Klang, Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping adalah pengerusi Kumpulan YTL kini.

YTL adalah lambing kejayaan Malaysia hasil tiga generasi yang memasuki industry pembinaan seawal tahun 1960-an dengan pembinaan hartanah komersial, rumah tentera dan sekolah.

Walaupun syarikat ini bermula sebagai firma pembinaan yang kecil, ia berkembang menjadi konglomerat terbesar di Malaysia dan pada tahun 80-an, ia terlibat dengan pembinaan hospital, kemudahan industri, universiti, pejabat tingkat tinggi, dan banyak lagi.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Antara kejayaan beliau dalam bidang hartanah adalah pembinaan hartanah komersial terkenal di Bukit Bintang, Golden Triangle KL iaitu The Starhill yang dimiliki oleh Starhill Globel REITS, salah satu anak syarikat YTL.

Anda pernah tengok hartanah kediaman di Sentul Timur, The Fennel yang cantik tu? Ia juga adalah projek Kumpulan YTL yang mendapat banyak anugerah reka bentuk binaan.

5. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Kalau anda pergi ke Subang Jaya, tentu akan kagum dengan rekabentuk gergasi “SPHINX” inspirasi Mesir di pintu masuk utama sebuah pusat membeli belah? Inilah antara pusat membeli belah ikonik yang dibangun oleh Kumpulan Sunway.

Dengan kekayaan dianggarkan bernilai RM5.8 billion, Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling yang menerajui Kumpulan Sunway dilahirkan di Pusing, Perak.

Beliau mempunyai 6 orang adik beradik. Beliau adalah graduan Footscray Institute of Technology yang kini dikenali sebagai Victoria University of Technology, Australia dan bekerja sebagai akauntan selepas habis belajar.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Tetapi, ketika Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi, beliau mula mempelbagaikan cabang perniagaan dengan memasuki sektor pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan dan perniagaan berkaitan hiburan.

Antara hartanah ikonik beliau selain di Bandar Sunway, Subang jaya adalah projek hartanah komersial di Cheras, iaitu Sunway Velocity terdiri hari pusat komersial, hospital, pusat perdagangan dan apartment servis.

Sunway Holdings Berhad juga pernah dinamakan sebagai syarikat terbaik oleh majalah Asia Money. Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cheah juga dianugerahkan 8 doktor kehormat oleh beberapa universiti antarabangsa.

6. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Nama Melayu yang tidak asing dalam senarai orang terkaya Malaysia ini dianggarkan bernilai RM5 bilion.

Dilahirkan pada 12 Disember 1951 di Alor Setar, Kedah, beliau tidak pernah mengambil peperiksaan SPM kerana kesempitan hidup.

Anak ketiga dari tujuh adik beradik ini dikenali kerana terlibat dalam projek pembangunan hartanah di Malaysia antaranya pembinaan lebuh raya pantai timur.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Antara hartanah ikonik yang ditubuhkan beliau adalah Yayasan Al-Bukhary yang berperanan sebagai sebuah kompleks lengkap seperti masjid, pusat komuniti, rumah anak yatim, pusat perubatan, akademi khas untuk warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar lain yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta.

Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di seluruh negara.

7. Tan Sri Lim Kang Hoo

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Beliau berasal dari Gombak dengan kekayaan dianggarkan bernilai RM3.2 billion.

Antara kejayaan terbesar beliau dalam bidang hartanah di Malaysia adalah pembinaan Bandar Malaysia! Bandar Malaysia inisiatif adalah pembinaan bercampur terbesar di Malaysia berkonsep “Transit-Oriented Development”, TOD.

TOD adalah konsep pembinaan hartanah berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan sebagainya.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Projek dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion itu juga membolehkan langkah kerjasama berpotensi dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.

Bandar Malaysia akan menambah nilai kepada ekonomi melalui pewujudan peluang pekerjaan, permintaan rancak bagi peruncitan dan institusi bagi ruang komersial serta kediaman.

Antara projek ikonik lain yang dibangunkan beliau adalah EkoCheras yang melibatkan servis apartmen, ruang pejabat, hotel dan pusat membeli-belah ikonik terbau pusat membeli-belah EkoCHeras.

8. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Kalau anda peminat kopi Starbucks tentu kenal dengan pengasas Kumpulan Berjaya ni!

Berasal dari Batu Pahat, Johor anak jati Malaysia ini memiliki kekayaan sekitar RM3.1 billion. Pada usia 69 tahun, beliau telah berjaya menggekal kekayaan beliau dalam pelbagai sector.

Antara hartanah ikonik beliau di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur adalah Berjaya Times Square yang menempatkan pusat membeli belah terbesar, dua hotel dan servis apartmen. Salah satunya adalah hotel apartment Ritz-Carlton yang pertama di Malaysia.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

9. Tan Sri Danny Tan Chee Sing

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Tan Sri Danny Tan Chee Sing adalah adik lelaki Tan Sri Vincent Tan, pengasas Kumpulan Berjaya.

Adik beradik ini adalah usahawan kaya di Malaysia dalam bidang hartanah. Tropicana Corporation Berhad yang diasaskan oleh Tan Sri Danny Tan sangat terkenal dalam bidang hartanah di Malaysia.

Syarikat ini telah berjaya mendapat perhatian dalam pasaran hartanah dengan pembinaan beberapa projek di lokasi trategik dan konsep rekabentuk kediaman yang luas dan sesuai untuk di didiami.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Tropicana Golf and Country Resort antara projek residensi pertama yang dibina oleh Chen Zhicheng berkonsepkan kediaman resort di Malaysia.

Sebab tulah, beliau tersenarai antara taikun hartanah di Malaysia dengan kekayaan sekitar RM2.8 bilion.

10. Tan Sri Azman Hashim

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibesarkan oleh bapanya yang merupakan seorang juruteknik dan ibunya seorang guru besar.

Dalam sebuah keluarga besar 13 beradik, Azman adalah pelajar cemerlang sejak sekolah hingga menerima biasiswa Colombo Plan untuk melanjutkan pengajian di Australia.

Beliau menjadi akauntan bertauliah pada umur 21 tahun sebelum mengasaskan syarikat gergasi, Amcorp dengan kekayaan sekitar RM490 juta.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Kumpulan Amcorp kini terlibat dalam pelbagai sektor seperti kewangan, perbankan, hartanah dan teknologi informasi.

Antara hartanah mereka yang paling gah adalah Amcorp Serviced Suites, Pusat Beli Belah Amcorp dan Menara Amcorp.

11. Tan Sri Datuk (Dr) Hj Mustapha Kamal Bin Hj Abu Bakar

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Nama MK Land memang tak asing dalam dunia hartanah Malaysia. Empayar hartanah diasaskan oleh Tan Sri Datuk (Dr) Hj Mustapha Kamal Hj Abu Bakar ni diasaskan pada 1999 hasil gabungan 9 syarikat.

Ketika penggabungan itu, MK Land mempunyai modal permulaan sebanyak RM1.2 bilion.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

MK Land adalah nama besar syarikat pembinaan hartanah dengan pelbagai projek kediaman dan komersial, hotel, taman tema dan pelaburan hartanah.

Antara projek pembangunan hartanah diterajuinya adalah Damansara Perdana dan Damansara Damai di Petaling Jaya dan Meru Perdana di Ipoh, Perak.

11. Keluarga Kumpulan Naza

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Sebut saja nama Naza dan SM, seluruh rakyat Malaysia akan tahu keluarga ini.

Kumpulan Naza diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin pada 1975 untuk terlibat dalam perniagaan kereta mewah.

Syarikat kemudiannya berkembang dengan melibatkan diri dalam pelbagai sektor termasuklah hartanah.

Kumpulan Naza kini dipimpin oleh isterinya Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail dan 5 orang anaknya iaitu Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, SM Nasaruddin SM Nasimuddin, SM Faliq S Nasimuddin, Nur Diana SM Nasimuddin dan Nur Nadia SM Nasimuddin.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Kumpulan Naza melalui anak syarikanya NazaTTDI adalah pemaju kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang memang terkenal tu.

Antara projek hartanah lain yang dibangunkan Naza TTDI termasuklah MET 1 Residences dan Platinum Park.

12. Tan Sri Liew Kee Sin

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Sebut saja nama Setia Alam, peminat hartanah memang tahu yang kawasan pembangunan itu antara yang berpotensi untuk terus berkembang.

Dibangunkan oleh SP Setia Berhad yang diketuai Tan Sri Liew Kee Sin. Tapi, jodoh beliau dan SP Setia tak lama, disebabkan masalah pengurusan, beliau keluar meninggkan syarikat itu.

Beliau dan pasukannya kemudiannya menubuhkan Eco World Development Group Berhad. Eco World yang diketuainya kini antara syarikat hartanah utama negara, yang membangunkan Bukit Bintang City Centre.

taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi
taikun hartanah, pelaburan hartanah, syarikat hartanah, mk land, naza ttdi

Antara projek hartanah lain dibangunkan oleh Eco World termasuklah Eco Grandeur, Eco Botanic dan Eco Santuary.

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting