12 Soalan Alam Sekitar Perlu Tanya Sebelum Beli & Sewa Rumah!

·8-min read

Bumi ni ada satu je untuk manusia, tapi sayangnya masih ramai tak peduli tentang masalah alam sekitar. Sedihnya…

Tapi sebenarnya kita kena mula peduli tentang isu ini, sebabnya bumi rumah kita ni makin lama makin panas, makin tercemar!

Tahu tak yang tahun 2020 ketika dunia berkurung sebab COVID-19 adalah tahun terpanas, lebih panas daripada tahun 2016, ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang kata.

Menurut Indeks Kualiti Hidup Udara (AQLI) pula, di saat dunia sibuk dengan vaksin bagi mengawal pandemik COVID-19, pencemaran udara akan terus memendekkan jangka hayat berbilion penduduk sebanyak 2 tahun!

Kita mungkin tak terdaya nak atasi masalah alam sekitar yang besar macam pembakaran sampah secara terbuka, pembuangan sisa kimia berbahaya ke dalam tali air dan sungai, penerokaan haram hutan dan pelbagai lagi.

Malah, jangan tak tahu yang Malaysia pernah jadi juara pencemaran udara tertinggi dunia! No. 1 okay!

alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap
alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap

Jadi jom tengok apa 15 soalan tentang alam sekitar anda patut tanya sebelum buat keputusan beli atau sewa rumah tertentu!

Mungkin nampak remeh dan kecil tapi kalau semua orang ada kesedaran alam sekitar yang tinggi, mungkin masyarakat secara keseluruhannya akan turut berubah. Tuntutan pasaran kan?

1. Selalu Banjir Kilat Ke?

Kalau kawasan rumah pernah naik air atau banjir, kemungkinan besar ianya akan berlaku lagi.

Kena berjaga-jaga bila membeli atau menyewa rumah yang rendah daripada jalan, mempunyai sistem perparitan yang tak elok, atau ada sungai berdekatan.

Masalah banjir ni mungkin berpunca daripada saluran perparitan yang tidak terjaga rapi, pembuangan sampah yang tidak teratur atau kerja pembangunan di sekelilingnya.

Ia juga boleh disebabkan kedudukan muka bumi, yang ni tak boleh buat apa la kan? Memang dah semulajadi, tapi pastikan tahu apa rancangan mitigasi banjir yang wujud juga, supaya anda boleh lebih bersedia.

alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap
alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap

2. Bina Atas Lereng Bukit Tak?

Banyak sangat kes tanah runtuh terjadi di lereng bukit dan rumah atau apartmen yang berada di atasnya telah roboh. Jika terletak berdekatan pula, tanah runtuh boleh memasuki atau menghempap rumah.

Selaku tuan rumah di lereng bukit juga, anda perlu sedar yang sebarang pembinaan struktur tambahan akan ada kesan kepada struktur tanah. Jangan main bina je, sebab “okay kot…”.

Ini situasi yang baru-baru ini berlaku di Kemensah Heights, bila kajian awal mendapati tindakan segelintir pemilik rumah membina struktur tambahan haram menyebabkan kejadian tanah runtuh, sampai 28 keluarga terjejas.

Kes bangunan lereng bukit runtuh terburuk di Malaysia sudah tentulah tragedi Highland Towers. Sampai sekarang pun kita masih ingat betapa sedihnya kejadian itu.

Jadi, sebelum membeli dan menyewa apartment, banglo atau pangsapuri lereng bukti tu, selidik betul-betul aspek keselamatannya. Memang lawa pemandangan, tapi berbaloikah gadai nyawa?

3. Longkang Selalu Tersumbat, Bau Sekeliling Busuk Tak?

Rumah sepatutnya jadi tempat berehat selepas penat bekerja, tempat kita menghabiskan masa dengan keluarga, tapi kalau bau sekeliling asyik busuk je, macam mana nak tenang.

alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap
alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap

Punca paling mudah bau busuk ini adalah longkang atau sistem perparitan kawasan yang tidak terjaga. Asyik tersumbat dengan sampah sarap, memang pencemaran bau betul.

Longkang tersumbat ni bukan sahaja berbau busuk, ia juga meningkatkan risiko kejadian banjir kilat dan boleh membawa penyakit sebab ia jadi pembiakan pelbagai serangga dan haiwan perosak seperti nyamuk dan tikus.

Jadi bila melawat kawasan rumah nak dibeli atau disewa, cuba hidu elok-elok udaranya, supaya tak menyesal!

4. Pernah Jadi Kes Tanah Mendap Tak?

Punca kejadian tanah mendap ni pelbagai, ada disebabkan laluan air asal (sungai dan sebagainya) ditimbus atau paip air bawah tanah bocor.

Bahaya tahu sebab kejadian boleh berlaku secara mengejut, rumah pun boleh retak dan kenderaan sampai terperosok masuk ke dalam lubang. Bila dah rosak, seksalah nak kena keluar duit membaikinya.

Selalunya dalam kes tanah mendap atau keretakan, pihak berkuasa tempatan akan melakukan proses penstabilan tanah. Tapi tetap kena tahu risiko kan?

alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap
alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap

Kredit foto: The Star

5. Penuh Semak Samun Ke?

Kawasan rumah yang hijau je memang menyeronokkan, sejuk dan teduh je.

Tapi ada juga kekurangan duduk berhampiran kawasan semak atau “hutan” ni, pertamanya wujud kemungkinan haiwan liar berkeliaran.

Ular, beruk, kera dan haiwan pemangsa lain mungkin tiba-tiba jadi “tetamu” di kawasan rumah anda. Jadi kena sentiasa berhati-hati, terutama jika anda ada anak yang masih kecil.

Satu lagi, bila cuaca makin panas, semak juga mudah terbakar. Boleh jadi sebab kebakaran disengajakan atau tiba-tiba. Selalu dengar kan kebakaran hutan di luar negara yang memang menakutkan tu?

6. Banyak Tak Kilang Berhampiran?

Jika anda bekerja dalam industri pengilangan atau pembuatan, memang senang cari rumah berdekatan tempat kerja kan? Jimat masa berulang alik, tak perlu tempuh kesesakan lalu lintas sangat.

Walaupun begitu, anda kena pastikan rumah anda tak terletak di sebelah kilang. Di Malaysia, wujud konsep zon penampan antara kawasan perindustrian dan perumahan.

alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap
alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap

Zon penampan antara kawasan industri dan perumahan ditetapkan pada jarak 500 meter oleh Jabatan Alam Sekitar.

Tapi, 500 meter ni pun macam dekat sangat je kan? Jadi jarak ideal anda perlu pertimbangkan adalah antara satu hingga 2 kilometer, terutama jika kilang itu adalah industri berat.

Sebabnya mudah, kawasan perindustrian ni memang akan berlaku pembuangan sisa la kan? Walaupun sisa dikeluarkan sudah dibersihkan terlebih dahulu, tapi pencemaran bau, bunyi dan lain-lain tetap wujud.

Tak ambil kira kilang yang tak peduli tentang undang-undang dan buang sisa secara haram lagi seperti berlaku di Selangor dan Johor ni!

7. Banyak Lagi Ke Projek Pembangunan Baru?

Apabila anda memilih rumah di kawasan pembangunan baru, anda kena bersedia untuk berdepan dengan pelbagai isu disebabkan pembinaan masih banyak dijalankan.

Lori keluar masuk, bunyi bising, debu dan habuk serta kawasan masih gondol sebab pokok masih belum ditanam sepenuhnya.

PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)
PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)

Jadi ambil kira semua perkara ini, sebabnya ia akan mengambil masa bertahun-tahun juga untuk semua pembangunan disiapkan.

Kalau tak tahan dengan masalah ini, lebih baik beli atau sewa rumah di kawasan yang sudah matang dan tidak banyak projek baru sedang disiapkan.

Ada juga kawasan yang sudah matang berdepan masalah ini apabila laluan perumahan anda dijadikan laluan keluar masuk lori sampai jalan rosak.

Semua ini kena ambil tahu sebelum anda tandatangan Perjanjian Jual Beli dan pinjaman perumahan!

8. Macam Mana Kutipan & Pembuangan Sampah?

Jika anda tinggal di hartanah bertingkat, anda perlu ambil tahu tentang pengurusan sampah, apa jadual pengutipan, dan tindakan pihak pengurusan bagi memastikan kebersihan harta bersama terjaga.

Begitu juga di kawasan perumahan bertanah, apa jadual lori kutip sampah datang dan sebagainya.

Nampak remeh, tapi jadual pengutipan sampah yang tidak teratur boleh menyebabkan anda pening kepala! Dahlah bau busuk, boleh jadi tempat bawaan penyakit lagi.

alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap
alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap

Ambil tahu juga jika wujud kawasan pelupusan sampah berhampiran rumah anda, kalau dahulu tapak pelupusan sampah ni terbuka sampai berlaku pencemaran bau yang sangat teruk.

Tapi, situasi bertambah baik sekarang, banyak tempat pelupusan sampah sudah dimodenkan dan pencemaran dikurangkan. Kalau ada pun, kawasan itu selalunya tapak pelupusan sampah haram.

Macam mana nak tahu? Hidu je udara di situ, boleh menyengat kalau busuk dan lalat pun banyak tak masuk akal!

PropertyGuru Tip

Kempen <a href="https://www.sinarharian.com.my/article/167265/EDISI/Individu-tegur-orang-ramai-buang-sampah-merata-rata-diberi-penghargaan" target="_blank" rel="noopener noreferrer">Berani Tegur</a> dilancarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan memberi penghargaan kepada mereka yang merakam perbuatan dan membantu mencari individu membuang sampah merata-rata. Jadi, lepas ni, kalau nampak orang buang sampah merata-rata, kena berani tegur, okay?

9. Bekalan Air Selalu Terganggu Tak? Tekanan Air Okay Tak?

Air adalah keperluan hidup yang sangat penting. Masalah bekalan air atau air kotor akan mengganggu kehidupan seharian anda, lebih-lebih lagi jika ada anak-anak kecil.

Kadang-kadang masalah ni boleh terjadi tanpa disangka, tapi kalau selalu sangat, itu adalah red-flag.

Jika anda tinggal di hartanah bertingkat, tanya juga tentang tangki air bangunan. Ada bangunan yang walaupun bekalan air kawasan sekitar terjejas, penghuninya masih ada bekalan sebab bangunan itu ada tangki simpanan.

alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap
alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap

Dalam isu air kotor, anda kena pertimbangkan untuk pasang penapis air di rumah. Ini semua duit yang anda perlu keluarkan untuk kehidupan lebih selesa.

Ini tak ambil kira soal tekanan air lagi. Jangan dah masuk rumah, baru perasan tekanan air lemah sangat, pagi-pagi susah nak mandi!

10. Ada Sungai Dekat Tak?

Sungai nadi kehidupan, tapi air juga boleh memusnahkan. Jadi jika rumah anda terletak berhampiran sungai, ambil tahu tentang keadaannya.

Sungai terjaga baik tak atau penuh sampah sarap sampai wujud pencemaran bau dan air tak menyenangkan?

Tanyakan juga keadaan sungai bila musim hujan berlaku dan program mitigasi banjir yang dilakukan pihak berkuasa. Musibah semulajadi boleh wujud bila air sungai naik sampai melimpah tau.

11. Ada Ladang Ternakan/ Kilang Baja Berhampiran?

Anda perlu tanya soalan ni sebab kandang atau kilang tu akan mengeluarkan bau yang sangat tak menyenangkan. Ada masa bau tu sampai meloyakan dan makan pun jadi tak lalu!

alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap
alam sekitar, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, banjir, tanah runtuh, bekalan air, bau busuk, tanah mendap

Malah ada kes ladang ternakan terletak hanya 50 meter dari kawasan perumahan, tak ke menyusahkan hidup tu?

Tak termasuk lagi dengan masalah lalat dan risiko penyakit disebabkan ladang ternakan yang terlalu dekat dengan hartanah anda.

12. Berlaku Penebangan Hutan Berhampiran Tak?

Susah kita nak nampak kerja-kerja penebangan atau penggondolan ni sebab ianya selalu dilakukan di kawasan tersorok.

Tahu-tahu dari jauh nampak bukit dah gondol. Ianya bahaya sebab boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Masih ramai yang mengambil mudah faktor alam sekitar dalam membeli atau menyewa rumah, walaupun ia boleh mengancam nyawa dan menjejaskan nilai hartanah.

Jadi selain bincang soal harga, terbayang nak mendeko rumah dan sebagainya, biasakan juga bertanya soal alam sekitar sebelum buat keputusan!

Untuk menangani masalah alam sekitar ni pula bukanlah mudah. Kita perlu bersama-sama berganding dengan kerajaan dan organisasi yang ada untuk meningkatkan kesedaran serta menjalankan usaha dalam memastikan alam sekitar terpelihara.

Selamat mencari rumah di kawasan yang sihat dan selamat!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting