12 Rumah Mampu Milik Bawah RM300,000 Di KL & Selangor 2021!

Selepas siri pengumuman potongan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun lepas, pembelian rumah di bawah RM700,000 naik mendadak berbanding 2019. Hampir 40% pembelian rumah 2020 direkodkan dalam julat harga RM150,000 - RM300,000.

Tapi, sebenarnya banyak lagi hartanah belum terjual dan projek baru berharga bawah RM300,000, termasuklah di Kuala Lumpur dan Selangor. Didorong oleh pelbagai program dan kempen, sektor perumahan mampu milik negara memang rancak.

Jadi jom tengok rumah mampu milik bawah RM300,000 yang kami jumpa ni. Mana tahu berkenan dan bolehlah hubungi ejen dan pemaju berkaitan.

1) Pangsapuri Beringin, Batu Caves, KL

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

RM189,900 – RM295,000

  • 3 bilik tidur, 2 bilik air

  • 820 kaki persegi

Hartanah berstrata ini setinggi 17 tingkat dengan keluasan sekitar 820 kaki per segi seunit. Ia juga menawarkan kawasan parking berbumbung dan kawalan pengawal keselamatan 24 jam.

Dengan pelan rumah terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ia menjanjikan kehidupan yang selesa di kawasan berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur, memang ia rumah mampu milik!

Sekolah, kolej, stesen minyak, kedai runcit, Giant Taman Samudera dan ATM juga terletak berhampiran, memudahkan urusan kehidupan anda.

2) Sky Awani 2, Off Jalan Ipoh, Sentul, KL

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

RM299,800 – RM300,000

  • 3 bilik, 2 bilik air, balkoni, parking kereta

  • 800 kaki persegi

Dibangunkan di atas tanah seluas 2.78 ekar dengan hak pegangan pajakan 99 tahun. Ia habis dijual pada 2016 dan siap sepenuhnya pada 2020. Ia menjadi buruan pelabur hartanah kerana peluang sewa yang tinggi sekitar RM980.00 hingga RM1,800.00 sebulan kerana kedudukannya yang strategik.

Terletak hanya 10 kilometer dari KLCC, ia juga dihubungkan dengan pelbagai lebuhraya dan jalan raya utama KL seperti Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE), Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Pahang, Jalan Genting Kelang dan Jalan Kepong.

Mana lagi nak dapat rumah mampu milik dengan harga begini di Sentul?

3) Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, Putrajaya

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

RM270,000 – RM285,000

  • 3 bilik tidur, 2 bilik air

  • 700 kaki persegi

Hartanah berstrata kos sederhana ini terletak di Jalan P9b, Presint 9, Putrajaya. Ia mempunyai empat blok dengan ketinggian 12 tingkat setiap satu.

Keluasan seunit sekitar 700 kaki persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kawasan letak kereta, pasar mini, taman permainan kanak-kanak, gelanggang tenis dan kawalan keselamatan 24 jam.

Pembangunan ini juga dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam yang baik, terletak berhampiran dengan Putrajaya Sentral yang merupakan hab pengangkutan untuk Putrajaya Express Rail Link (ERL), bas dan teksi.

Presint 9 antara kawasan yang dekat dengan semua tempat di Putrajaya termasuk Masjid, Hospital dan pusat membeli-belah. Setengah jam dari KLIA.

4) Casa Subang, Subang Jaya, Selangor

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

Bermula RM240,000

  • 3 bilik tidur, 2 bilik air

  • 682 – 1555 kaki persegi

Pembangunan hartanah berstatus pegangan bebas ini terletak di USJ 1 ini disiapkan pada 2008. Ia terdiri daripada 2 blok, setiap satu setinggi 25 tingkat dengan 578 unit kediaman dan 10 unit komersial.

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik serba guna, pasar mini, kedai runcit, dan pusat dobi dalam kawasan kompleks kediaman.

Peluang pelaburan memang tinggi di sini apabila harganya melonjak daripada harga jualan asal sekitar RM166,800 pada 2008 dan sekarang harga permintaan seunit sekitar RM650,000. Harga sewa pula sekitar RM1,000 sebulan hingga RM3,000 sebulan bergantung kepada unit dan kemudahan disediakan.

5) The Nest Residences, Jalan Puchong- Jalan Klang Lama, KL

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

RM300,000

  • Studio apartment

  • 600 kaki persegi

Bagi yang mencari-cari studio apartment terletak di kawasan berhampiran pusat bandar dengan harga bawah RM300,000, The Nest Residence menawarkan pilihan terbaik.

Pembangunan hartanah jenis apartment berservis ini terdiri daripada dua blok dan 36 tingkat di atas tanah seluas 1.7 ekar. Terdapat 618 unit yang terdiri daripada pelbagai keluasan dan kaki persegi.

6) Sri Jati 1, Jalan Klang Lama, KL

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

Bermula RM280,000

  • 3 bilik tidur, 2 bilik air

  • 966 kaki persegi

Pembangunan hartanah ini terletak di Taman Sri Jati, Off Jalan Puchong, Kuala Lumpur. Apartment pegangan bebas ini menempatkan unit seluasa 956 kaki persegi.

Antara kemudahan disediakan termasuklah parking berbumbung, kolam renang, gimnasium dan taman permainan kanak-kanak. Ia juga mempunyai kawalan keselamatan 24 jam.

Ia juga terletak berhampiran dengan pelbagai sekolah rendah dan sekolah menengah. Balai polis, masjid, stesen minyak, bank, restoran juga terletak berhampiran. Juga berhampiran dengan Giant Sri Manja dan Pearl Point Shopping Centre.

7) Residensi Merdu, Setapak, KL

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

RM300,000

  • 3 bilik tidur, 2 bilik air

  • 806 kaki persegi

Terletak hanya 7km dari pusat bandar Kuala Lumpur, ia adalah projek RUMAWIP yang berhampiran dengan Setapak Central Mall, Giant Setapak, PV128 Business Park, Columbia Asia Setapak Hospital dan Tasik Danau Kota.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan taman permainan kanak-kanak. Ia juga hanya 5 minit perjalanan dari Stesen LRT Wangsa Maju.

8) Pangsapuri Angsa, Segambut, KL

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

Bermula RM245,000

  • 2 bilik tidur, 1 bilik air

  • 679 kaki persegi

Projek hartanah berkepadatan rendah 11 tingkat ini terletak di Segambut yang berhampiran dengan kawasan pembangunan hartanah mewah dan matang seperti Mont Kiara dan Sentul.

Projek rumah mampu millik ini juga mudah diakses melalui Lebuhraya SPRINT dan Lebuhraya Utara-Selatan dan sistem pengangkutan awam termasuklah komuter melalui Stesen Komuter Segambut.

Hartanah ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta berbumbung, pusat jagaan kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak dan kawalan keselamatan 24 jam.

9) Residensi Ostia, Bandar Baru Bangi, Selangor

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

Bermula RM270,000

  • 2 atau 4 bilik tidur, 1 atau 2 bilik air

  • 600 hingga 850 kaki persegi

Hartanah berstatus pajakan ini semakin jadi tumpuan kerana lokasinya di Bandar Baru Bangi yang semakin meningkat naik. Terletak berhampiran dengan pelbagai institut pengajian tinggi seperti UniKL, Kolej Poly-tech MARA, UKM dan German-Malaysia Institute, ia menawarkan peluang pelaburan terbaik.

Ia juga mudah diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan SILK. Lokasinya juga berhampiran dengan Putrajaya, Cyberjaya dan Kajang.

Antara kemudahan di kawasan rumah mampu milik ini termasuklah gimnasium, dobi, bilik serba guna dan kawasan tempat letak kereta bertingkat dan berbumbung.

10) Pinang 1B Gallery 1E, Petaling Jaya, Selangor

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

Bermula RM288,000

  • 3 bilik tidur, 2 bilik air

  • 845 kaki persegi

Projek hartanah berkepadatan sederhana ini dengan setiap blok hanya 5 tingkat dilengkapi dengan kemudahan letak kereta untuk setiap unit dan kawalan keselamatan 24 jam.

Ia juga dilengkapi balkoni, satu ciri yang mahal didapati di hartanah berstarata sekitar Petaling Jaya.

Lokasinya juga berhampiran dengan pelbagai institusi pendidikan dan pasar mini seperti 99 Mini Mart dan Giant Superstore Sri Manja.

11) Residensi Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

Bermula RM288,000

  • 3 bilik tidur, 2 bilik air

  • 859 kaki persegi

Residensi Bandar Bukit Mahkota adalah hartanah pegangan bebas dan antara projek yang dapat diskaun Kempen Pemilikan Rumah (HOC). Maksudnya banyak benda percuma seperti duit setem dan yuran guaman.

Ia terletak berhampiran pelbagai kawasan pembangunan hartanah matang dan kawasan rekresi seperti Bukit Broga dan Hutan Simpan UKM.

Hartanah ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serba guna, taman permainan kanak-kanak, tadika, masjid dan surau. Ia juga adalah hartanah berpagar dan kawalan keselamatan 24 jam, sesuai untuk keluarga dan aktiviti riadah.

Aksesnya mudah dengan jaringan lebuhraya yang menghubungkannya dengan KL seperti Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya Utara-Selatan. Juga berhampiran dengan Stesen KTM Bangi.

12) The Heritage, Seri Kembangan, Selangor

rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k
rumah mampu milik, rumah untuk dijual Kl, rumah untuk dijual selangor, rumah bawah rm300k

Bermula RM180,000

  • 1 bilik tidur, 1 bilik air

  • 480 kaki persegi

Hartanah jenis apartment berservis mewah ini siap dibina pada 2006. Lokasi strategiknya berhampiran dengan pelbagai institusi pendidikan seperti Australian International School Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan SJKC Kung Man.

Ia juga berhampiran dengan kompleks beli belah The Mines dan The Mines 2. Projek di kawasan hartanah matang ini dijuga mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti klinik, pasar dan kedai serbaneka.

Akses pengangkutan juga mudah kerana terletak berhampiran Stesen KTM Serdang, Stesen LRT Sungai Besi, Bukit Jalil dan Sri Petaling. Selain jaringan Lebuhraya Utara-Selatan, KESAS dan SILK yang mengelilinginya.

Banyak Ke Rumah Bawah RM300,000?

BANYAK! Bergantung kepada citarasa masing-masing sama ada rumah baru atau rumah subsale, tipsnya kena selalu tengok senarai hartanah untuk dijual kami. Banyak rumah mampu milik anda boleh tengok-tengok.

Hubungi saja ejen berkaitan dan mereka sudah tentu sedia bantu anda! Senang kan?

Selamat mencari rumah idaman!

Panduan Relevan