12 Design Rak Buku Unik Yang Praktikal Untuk Pencinta Buku

Tahu tak yang dunia menyaksikan peningkatan mendadak buku terjual ketika pandemik COVID-19?

Tak kisahlah anda memang pencinta buku untuk baca atau beli-dan-simpan je, teknik simpanan buku sangatlah penting.

Kalau buku bersepah-sepah, bukan saja rumah semak, tapi boleh kena serang anai-anai juga. Rugi je… Jadi, cara paling mudah adalah simpan buku di tempat sepatutnya- rak buku!

Malah, rak buku boleh juga dijadikan tempat perhiasan barangan dekorasi rumah lain. Senang kan, boleh letak buku dan perabot dekorasi rumah juga.

Tapi, bosan juga ya kalau rak buku asyik sama je. Tak ada ke yang kreatif sikit tapi masih praktikal?

Ada….kami bahagikan yang unik dan praktikal ni kepada rak buku terapung di dinding ataupun rak buku bertingkat dengan pelbagai reka bentuk. Jom tengok apa yang ada!

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Rak Buku Unik Terapung

Bagi menjadikan rak buku terapung, anda tak perlu ruang yang banyak, malah kalau pandai bertukang dan pasang sendiri, lagi murah.

Rak buku terapung ini selalunya dipasangkan ke dinding, jadi ruangan pun lebih terbuka dan besar. Jangan bimbang, kalau kena gayanya, tak jatuhlah buku tu ke lantai.

1. Rak Buku Lekat Dinding

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Kreativiti rekaan rak yang tergantung di dinding lebih sesuai buat anda yang mempunyai ruang rumah yang terhad dan sempit.

Ini kerana anda dapat menggunakan lebihan ruangan dinding untuk meletakkan perabot yang kecil dan simple.

Selain berfungsi sebagai rak buku, anda juga boleh menyusun barang perhiasan dan pamerkan di bahagian yang tetamu boleh lihat.

Cuba selitkan objek hiasan yang mempunyai makna dan kenangan buat anda. Sebagai contoh sebarang cenderhati dibeli ketika melancong ke…

Pasti tetamu yang datang akan berasa kagum apabila melihat buku dan item yang cantik tersusun kemas di dinding ruang tamu anda.

2. Rak Buku Palet DIY

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Bagi penggemar perabot palet, sudah pasti akan menyukai cara yang unik dan klasik ini untuk mencipta rak buku sendiri.

Sememangnya rak buku palet ini nampak sederhana tetapi sangat rendah bajet. Lebih-lebih lagi anda sendiri yang memasangnya.

Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai barang perhiasan lama seperti jam tangan atau kamera, boleh juga dipamerkan di rak ini. Baru lah terasa nilai klasik dan estetik itu.

Anda tak perlu risau kerana ia mampu menampung buku serta elemen hiasan lain tanpa sebarang masalah, cuma pastikan paku atau gam kukuh betul la ya.

3. Galeri Rak Buku

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Idea seperti ini sangat mudah untuk dipraktikkan. Anda hanya perlu lekatkan papan di dinding untuk meletakkan buku seperti sebuah galeri.

Satu cara jika anda mahu menonjolkan rak buku seperti ini adalah pilih buku dengan muka hadapan yang menarik dan colourful.

Anda juga kenalah pilih koleksi buku dengan tema tertentu dan saiz serupa, baru nampak tersusun dan kemas. Baru nampak macam galeri buku!

4. Rak Buku Dinding TV

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Jika anda sudah bosan dengan almari biasa untuk menyimpan buku, apa kata anda cuba gabungkan rak buku dengan TV di ruang tamu.

Apitkan saja TV di antara rak buku terapung ni, boleh letak buku dan barangan deko lain, baru naik seri dan semangat sikit.

Kalau nak lagi cantik, anda juga boleh tambahkan elemen lampu hiasan agar kelihatan mewah dan esklusif.

Silap-silap tetamu yang datang bukan tengok TV tetapi mata lebih tertumpu pada rak buku unik itu.

5. Pokok Rak Buku

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Anda perlu ingat rekaan rak buku sangat penting untuk menambahkan seri ruangan rumah kerana ianya pasti menjadi tumpuan.

Rak buku juga tidak semestinya berbentuk kotak. Rekaan rak seperti ini mampu memberikan hasil karya seni yang menarik tetapi masih dapat mengekalkan fungsi utamanya.

Jadi, idea rekaan lain dari yang lain seperti rak buku pokok ini mampu memberikan kejutan WOW dalam rumah anda.

Namun begitu, disarankan supaya anda tidak meletakkan buku terlalu banyak. Cukup sekadar dua atau tiga buah buku sahaja untuk setiap cabang.

6. Rak Buku Corner

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Rak buku di dinding tidak semestinya hanya dibuat pada dinding yang lapang, boleh juga dibuat di sudut tepi dinding. Baru lain!

Tetamu yang datang berkunjung pun pasti terpersona dengan rak buku corner ni. Idea kreatif sebegini mampu memberi nafas baru dan berbeza dengan yang lain.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Kadang-kadang, bagaimana anda menyusun atau mengubah sesuatu itu yang akan memberi impak besar bagi sesebuah ruang.

Ini sangat sesuai buat anda yang tidak mahu meletakkan buku semata-mata, tetapi lebih kepada untuk tunjuk kreativiti dekorasi rumah.

7. Rak Buku Hexagon

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Anda juga boleh bermain dengan corak rak buku, asyik kotak je, bosan juga kan.

Jadi, apa kata cuba gayakan rak buku hexagon ni pula, nak nampak lain lagi ubah juga cara susun buku.

Anda boleh mempelbagaikan cara susun buku seperti menegak, melintang dan juga condong untuk setiap tingkat yang berbeza.

Sambil tu, selang-selikan buku dengan barangan perhiasan lain, memang menonjol! Misalnya, guna arca atau pokok hijau, baru nampak segar dan ada aura positif untuk dekorasi rumah.

Rak Buku Unik Bertingkat

Ada juga orang yang tak berapa adventurous sangat. Selesa dengan susun atur buku biasa yang bertingkat-tingkat.

Tak mengapa, tak salah pun, sebab dalam kebiasaan ni anda sebenarnya masih boleh jadi kreatif tau.

8. Rak Buku IKEA Billy

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Pengumpul buku memang akan kenal rak buku Billy dari IKEA ni, ringkas lawa dan agak murah dengan konsep Nordic dan Scandanavian.

Dengan rona warna putih dan bersih, rak buku ini sangat sesuai dijadikan dekorasi di ruang tamu ataupun di bilik tidur dengan stail yang ringkas, mudah dan minimalis.

Walaupun rak ini mempunyai beberapa tingkat, ada juga orang hanya menggunakan satu atau dua ruang sahaja untuk buku.

Selebihnya akan diletakkan elemen dekorasi cantik seperti barangan yang sedia ada di rumah anda sahaja, contohnya bunga hiasan dan juga potret gambar.

Memadangkan rak ini hanya berwarna putih, apa kata anda tambahkan elemen lampu hiasan. Sekurang-kurangnya lampu ini mampu menaikkan lagi seri di ruangan rak ini.

9. Rak Buku Tingkat Berputar

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Jika anda nak rak buku bertingkat tapi kreatif luar biasa sedikit, rak buku tingkat berputar ini pasti memenuhi citarasa anda.

Rak buku unik ini juga sangat sesuai untuk ruangan yang kecil dan sempit, ia dapat mengurangkan penggunaan ruang dengan menggunakan sistem rotasi.

Disebabkan ia berputar, anda pun mudah nak cari buku, tapi rak itu masih nampak kreatif dan lain dari yang lain.

Rak ini bukan sahaja mempunyai sistem putaran, bahkan ia juga mempunyai rekaan stail Jepun jenis puzzle.

Rekaan yang kemas dan tersusun ini dapat memberi daya tarikan buat sesiapa sahaja yang memandang, seronok je tengok.

10. Rak Buku Ruang Luas

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Rak buku seperti ini sangat sesuai untuk rumah yang mempunyai ruang tamu yang besar.

Tapi, rak besar gedabak ni tak semestinya hanya perlu dipenuhkan dengan buku saja. Selitkan juga dengan beberapa perhiasan dekorasi, pasti nampak lebih menarik dan memukau.

Contohnya anda boleh guna tembikar, bakul rotan, bunga hiasan dan juga bingkai gambar, pasti jadi perhatian sesiapa saja yang memandangnya.

11. Rak Buku Teacups

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Rak buku jenis ini terilham dari cawan yang disusun bertingkat, pelik tapi menarik, terilham daripada cerita fantasi Alice in Wonderland.

Rekannya senget benget tapi masih menyengat, malah anda boleh mengecat ruangan dalam cawan dengan pelbagai warna terang untuk menaikkan lagi tarikannya.

Jangan takut untuk bereksperimen dengan warna terang kerana ia boleh memberi pelbagai kesan emosi dalam ruangan rumah anda.

Rak buku teacups ni juga berbeza saiznya, senang nak susun buku pelbagai saiz mengikut kesesuaian ruang yang ada.

Ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur kerana saiznya tidak besar, unik kan? Tak macam rak buku kecil bertingkat biasa orang guna tu.

12. Rak Buku Bawah Tangga

rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah
rak buku, rak buku ikea, rak buku diy, almari buku, rak buku murah

Anda duduk rumah bertingkat? Ada ruang bawah tangga yang sekarang jadi stor dan tak digunakan sepenuhnya?

Ha inilah masanya nak ubah ruangan tu jadi rak buku untuk simpan koleksi bahan bacaan atau barang permainan lama serta figura kartun atau anime.

Mesti seronok tengok, memori sungguh dan paling penting tak makan ruang. Tapi, namanya pun rak buku bawah tangga, mesti akan ada masalah pencahayaan.

Jadi boleh sahaja tambahkan lampu hiasan supaya ruangan ini tidak nampak tenggelam dan menyerlahkan barang kegemaran anda yang tersusun di situ.

Jadikan Rak Buku Pelbagai Fungsi

Siapa sangka rak buku unik dan kreatif dapat menggoda setiap mata yang memandangnya di samping dapat berfungsi sebagai tempat simpanan buku dan barang hiasan anda.

Yang penting biar kena dengan citarasa dan kemampuan yang kita ada, baru lah rasa puas hati.

Semoga kreativiti rekaan rak buku yang ditampilkan ini dapat menjadi penyuntik idea dan ilham buat anda dalam menggayakan ruang rumah.

Selamat mencuba!

Panduan Relevan