11 Sekolah Tahfiz & Agama Swasta Terbaik Di Lembah Klang

·10-min read

Pendidikan anak-anak adalah keutamaan ibu baoa, malah memang diketahui umum yang lokasi sekolah berperanan penting dalam proses beli hartanah.

Selaku ibu bapa, sudah tentulah kita ingin pendidikan terbaik untuk anak-anak. Apatah lagi dengan dunia yang makin mencabar sekarang.

Pendidikan sekarang bukan setakat nak sijil untuk cari kerja, ibu bapa juga mahukan pendidikan yang “memanusiakan” anak-anak mereka.

Jadi, ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah agama dengan harapan ia dapat membentuk jati diri yang teguh disamping kecemerlangan akademik.

Tapi, nak hantar sekolah agama pun kena lah pilih yang terbaik kan? Kita nak keseimbangan dunia akhirat, bukan melupakan salah satunya.

Dulu belajar agama ni mesti hantar ke sekolah pondok atau sekolah agama kerajaan je. Tapi sekarang macam-macam sekolah agama swasta dan antarabangsa dah wujud.

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Malah, pusat tahfiz yang dulunya tradisional pun dah ada yang menggunakan Standard Kurikulum KSSM dan KSSR dalam silibus mereka.

Tanggungjawab ibu bapa pastikan sekolah agama yang anak-anak mereka belajar berada pada tahap terbaik kan?

Jadi, bagi ibu bapa yang ada hasrat menghantar anak mereka untuk pendidikan Islam dan akademik ni, kami senaraikan 11 sekolah agama swasta dan antarabangsa yang berada di sekitar Lembah Klang.

Jom tengok!

1. Sekolah Rendah Ibn Khaldun, 40460 Shah Alam

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Terletak di Shah Alam, Selangor, Sekolah Rendah Ibn Khaldun (SRIK) ini dibangunkan dengan prasarana lengkap pada tahun 2015 untuk menampung 1,500 orang pelajar.

Fokus utama sekolah adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, akal dan emosi berpandukan tauhid melalui program Tajwid, Feqah, Khat, Al-Quran, Bahasa Arab dan Akhlak.

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Yuran yang ditawarkan juga murah! Menariknya, SRIK siap ada yuran takaful lagi tau semata-mata untuk melindungi pelajar jika berlaku apa-apa kejadian yang tak dijangka.

Projek hartanah berhampiran Sekolah Rendah Ibn Khaldun:

Canal Garderns

Rumah Berangkai 2 Tingkat

Bermula dari RM830,000

Elemen Residences @ Tropicana Aman

Rumah Teres

Bermula dari RM1.03 juta

Pangsapuri Akasia Berjaya Park

Pangsapuri

Bermula dari RM260,000

2. Sekolah Menengah Islam Al-Amin, 53100 Kuala Lumpur

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Mula bertapak di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur pada tahun 1990, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) kemudian berpindah ke Sungai Pusu, Gombak dengan hasil dana terkumpul daripada PIBG dan orang awam.

SMIAAG sebenarnya ditubuhkan di bawah syarikat swasta, Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAB) semata-mata untuk memperkasakan kualiti pendidikan Islam di Malaysia melalui sistem pendidikan bersepadu.

Apa yang menariknya, SMIAAG ada menyediakan sehingga 4 pakej dengan subjek tambahan yang berbeza-beza bagi menengah atas. Badan Beruniform Masyab dan Program Tahfiz juga antara yang mendapat perhatian umum.

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Cuma RM100.00 je bayaran bulanan!Jadi, senanglah para pelajar nak tahu hala tuju mereka selepas habis sekolah nanti!

SMIAAG agak dikenali melalui program Tanyalah Ustaz di Facebook yang diketuai oleh salah seorang Pendakwah Bebas dan juga Ahli Majlis Dakwah Negara, Ustaz Shahrizan Daud At Turabi. Wow sangat!

Projek hartanah berhampiran Sekolah Menengah Agama Al Amin Gombak:

Nadayu 62, Taman Melawati

Apartment Servis

Harga bermula dari RM460,000

SERINI Melawati

Apartment Servis

Harga bermula dari RM370,000

Sunway Montana

Rumah Berkembar

Harga bermula dari RM1.1 juta

3. Spectrum International Islamic School, 50480 Kuala Lumpur

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Terletak di Kenny Hill, Kuala Lumpur, Spectrum International Islamic School (SIS) sememangnya cukup dikenali dengan gabungan kurikulum Cambridge International dengan Islamik Azhar Egypt.

Sekolah ini mempromosi 7 Tunggak untuk melahirkan Muslim yang seimbang dan positif.

Keunikan identiti SIS boleh dilihat melalui penggunaan teknologi yang tersendiri iaitu Spectrum Education Modules (SEM) sebagai medium Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mereka. Canggih!

Bukan itu sahaja, mereka siap ada platform aplikasi tersendiri lagi. Contohnya Al-Muqri untuk pembelajaran Al-Quran dan Bareq untuk Bahasa Arab. Tak hairanlah kalau sekolah ini diiktiraf sebagai The 1st School Certified By Google Cloud!

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Dari pakej Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Rendah sampai ke Menengah ada ditawarkan di sini dengan yuran tahunan serendah RM12,000 sehingga RM22,000. Mahal tetapi berbaloi!

Projek hartanah berhampiran Spectrum International Islamic School:

Arte @ Mont Kiara

Apartment Servis

Harga bermula dari RM300,000

Ceriaan Kiara

Kondominium

Harga bermula dari RM850,000

Tijani 2 North

Kondominium

Harga bermula dari RM2.1 juta

4. IDRISSI International School, 40170 Shah Alam

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

IDRISSI International School ditubuhkan pada tahun 2015 dengan konsep Eco-Islamic International School yang pertama di Malaysia tau! Patutlah ia dibangunkan di Setia Alam, Selangor, banyak kawasan hijau dengan suasana damai di situ.

Sebenarnya, konsep sebegini adalah untuk para pelajar rasa ‘welcoming’ dan mewujudkan perspektif sekolah ibarat rumah ke dalam diri mereka.

Konsep eco memang terserlah apabila ia mempraktikkan aktiviti pengomposan, mengitar semula dan memelihara kambing dan ayam.

Dari segi kurikulum, IDRISSI mengamalkan pembelajaran berdasarkan Cambridge Primary Checkpoint dan Cambridge IGCSE.

Kedua-duanya dilaksanakan bersama-sama nilai Islamik yang digabungkan sebagai panduan hidup.

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

IDRISSI juga pernah merekodkan pencapaian sebanyak 78% pelajar yang berjaya mendapat grade A dan A- untuk IGCSE pada tahun 2020. Mantap!

Terdapat banyak subjek dan kelayakan antarabangsa yang ditawarkan di sini dengan senarai harga yuran dari RM12,700 ke RM20,940 berbeza mengikut pakej.

Duta Villa

Teres 3 Tingkat

Harga bermula dari RM1.5 juta

Astellia Residences @ Shah Alam

Banglo

Harga bermula dari RM2.6 juta

Suria Rafflesia @ Setia Alam

Apartment

Harga bermula dari RM240,000

5. RIZQ Islamic School, 43000 Kajang

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

RIZQ Islamic School yang ditubuhkan di Kajang, Selangor pada tahun 2016 ini adalah sebuah Sekolah Tahfiz Premium yang menggunakan pendekatan teknologi melalui gabungan pembelajaran Al-Quran dengan pendidikan Kurikulum Nasional.

Konsep pedagogi biasa? Boring! Teknik play-based learning secara menyeluruh dalam PdP di sini adalah kaedah pedagogi baru yang digunakan. Unik sangat!

Program Tahfiz di sekolah ini antara yang terbaik di Malaysia dengan 3 peringkat hafazan bergantung pada kemampuan pelajar seperti Muqaddam, Multiple Intelligence Test dan Consistent Murajaah. Oh, sebab itulah premium!

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Program Kyushoku juga menjadi tarikan utama di sini kerana pendedahan terhadap disiplin pemakanan sihat dapat diserap ke dalam diri anak-anak. Pada masa yang sama, mereka juga dapat belajar budaya Jepun!

Yurannya tak mahal sangat, lebih kurang RM500.00 ke RM700.00 sahaja untuk peringkat tadika dan pendidikan rendah. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut!

Projek hartanah sekitar RIZQ Islamic School:

Cerrado Suites

Apartment Servis

Harga bermula dari RM260,000

Semanja Kajang

Rumah Berkembar

Harga bermula dari RM720,000

Ridgeview Residences

Banglo

Harga bermula dari RM780,000

PGMY_No_1
PGMY_No_1

6. Abedeen Academy, 63000 Cyberjaya

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Terletak di Cyberjaya, Selangor yang dikenali sebagai Smart City di Malaysia antara faktor mengapa Abedeen Academy menjadi tumpuan penduduk sekitar.

Abedeen dibangunkan pada tahun 2017 dengan konsep Islamic School yang menawarkan pendidikan kurikulum Cambridge IGCSE dan juga Pendidikan Malaysia seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Abedeen juga mementingkan tahap keselamatan yang ketat dengan Go Cashless! Iaitu penggunaan kad ID pelajar yang juga berfungsi sebagai Kad Makanan dengan konsep ‘Touch N Go’.

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Fasiliti yang disediakan di sini tak payah cakaplah, memang tiptop! Semuanya up to date. Selain laman web rasmi dan media sosial, Abedeen juga menggunakan pendekatan lain seperti blog dan newsletter untuk menghubungkan ibu bapa, pelajar dan guru.

Sepadanlah dengan yuran yang dikenakan! Lebih kurang RM14,000 – RM15,000 mengikut pakej mana yang menjadi pilihan anda!

Projek hartanah berhampiran Abedeen Academy:

The Place @ Cyberjaya

Kondominium

Harga bermula dari RM180,000

Mozart, Symphony Hills

Pembangunan Campuran

Harga bermula dari RM930,000

Sejati Lakeside

Rumah berangkai 2 tingkat

Harga bermula dari RM900,000

7. Akademi Darul Huffaz, 43000 Kajang

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Bertempat di Kajang, Selangor, Akademi Darul Huffaz ini sebenarnya sebuah institusi sains tahfiz bertaraf antarabangsa.

Diasaskan pada 2007, akademi ini bertujuan untuk melahirkan penghafaz Al-Quran profesional.

Akademi ini menyediakan pendedahan Al-Quran kepada kanak-kanak dari seawal umur yang kecil sehinggalah ke tahap menengah melalui program Pusat Jagaan Kanak-kanak, Genius Cilik Huffaz, Sains Tahfiz Rendah dan Menengah serta STPM Tahfiz dengan yuran yang tak lebih dari RM2,000 sahaja!

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Tenaga pengajar di sini juga adalah daripada golongan tahfiz profesional yang menggunakan dua kaedah PdP pada masa yang sama iaitu tradisional dan moden.

Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan pengangkutan untuk ambil dan hantar para pelajar dari rumah ke akademi. Jadi, ibu bapa tak perlu risau!

Projek hartanah berhampiran Akademi Darul Huffaz:

The Terresse 2

Rumah Teres

Harga bermula dari RM699,000

Jade Hills

Rumah Berangkai 3 Tingkat

Harga bermula dari RM580,000

Residensi Lambaian Dua

Pelbagai

Harga bermula dari RM398,000

8. Greenview Islamic International School, 40150 Shah Alam

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Bermula pada tahun 2010 di Shah Alam, Selangor, Greenview Islamic International School (GIIS) telah mengembangkan sayapnya menjadi sekolah agama swasta antarabangsa yang berdaftar di bawah Cambridge IGCSE.

Terdapat dua kurikulum khas dipraktikkan iaitu Islamik dan Akademik yang fokus kepada beberapa kemahiran diperlukan di pasaran pekerjaan dan ilmu agama dengan silibus Cambridge O' Level Islamiyat. Menariknya!

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Pencapaiannya dalam pertandingan debat serta Program Saintis Muda antara spotlight di GIIS yang mendapat perhatian kebanyakan ibu bapa di luar sana. Berminat? Jom tengok senarai yurannya di sini.

Projek hartanah berhampiran Greenview Islamic International School:

DK Impian

Residensi Servis

Harga bermula dari RM320,000

Renai Jelutong Residences

Residensi Servis

Harga bermula dari RM414,000

Seiring Residensi @ Damaisuria

Pangsapuri

Harga bermula dari RM640,000

9. Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz, 68100 Batu Caves

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Diasaskan oleh pendakwah terkenal Malaysia, Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Binti Musa dan Ustaz Dr. Azahar bin Yaakub, Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz (MTIMH) ini dibangunkan di Gombak, Selangor sebagai persendirian swasta.

Nama pun Integrasi! Ia merangkumi ilmu berkaitan Al-Quran (Hafazan) dan Akademik berdasarkan standard KSSM demi melahirkan para tahfiz yang seimbang dunia dan akhirat. MTIMH juga turut mengaplikasikan teknologi multimedia dalam PdP yang sistematik.

Ia juga ada satu program khas yang dipanggil Pembangunan Sakhsiah dengan 3 modul iaitu Kajian Al-Hikam, Kajian Akhlak dan Pengajian Kitab Thurat. Itulah daya penarik MTIMH!

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Yuran pengajian di sini agak murah jika dibandingkan dengan kemudahan dan servis yang disediakan. Program Fast Track SPM sahaja tak lebih RM3,000! Kalau berminat, cepat-cepatlah hubungi mereka.

Projek hartanah berhampiran Maahad Tahfiz Intergrasi Madinatul Huffaz:

99 Residence @ KL North

Residensi Servis

Harga bermula dari RM430,000

V-Residensi 5

Kondominium

Harga bermula dari RM515,000

10. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, 56000 Kuala Lumpur

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Gabungan pendidikan sains dan program tahfiz sememangnya pilihan tepat untuk anak-anak yang ingin menjadi golongan professional tahfiz Al-Quran.

Itulah tujuan utama penubuhan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) ini. Ia Terletak di Bandar Tun Razak, KL sejak dari tahun 2009, ia mula dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang holistik pada tahun 2014.

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Selain PdP berlandaskan standard KSSM dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), SMISTA juga mewajibkan pelajarnya menyertai Modul Jati Diri selama 3 bulan untuk memastikan mereka bersedia mental dan fizikal dalam proses PdP di sekolah tersebut. Mantap!

Projek hartanah berhampiran Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz:

M Vertica

Residensi Servis

Harga bermula dari RM398,000

Emerald Hills, Alam Damai

Kondominium

Harga bermula dari RM570,000

PIXEL City Sentral

Kondominium

Harga bermula dari RM430,000

Ixora Residence

Kondominium

Harga bermula dari RM520,000

Residensi Alam Damai

Pangsapuri

Harga bermula dari RM243,000

11. Adni Islamic School (ADNI), 68000 Ampang

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Sejak 1994 lagi Sekolah Menengah Islam Adni (ADNI) ini sudah wujud menawarkan pendidikan peringkat tadika sehingga menengah berdasarkan sistem pendidikan integrasi dan holistik.

Sesuai untuk anak-anak yang ingin menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran sebab PdP di ADNI merangkumi Hafazan, bahasa termasuk Arab & Mandarin, Arithmetic, Sains, Seni, ICT dan Pendidikan Islam. Terbaik!

Anak-anak seawal umur kurang dari 1 tahun pun dah boleh hantar di sini sebab ADNI ada menyediakan servis pendidikan bagi 4 kategori; Hadhonah, Raudhah, Sekolah Rendah dan Menengah.

tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama
tahfiz, sekolah agama, sekolah agama swasta, sekolah menengah agama, sekolah rendah agama

Yuran pendidikan di ADNI ini sebenarnya standard dan berpatutan dengan kualiti pembelajaran yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar berpendidikan tinggi.

Apa yang menariknya, anda boleh dapatkan diskaun tau kalau hantar lebih dari dua orang anak di ADNI. Jimatnya!

Projek hartanah berhampiran Adni Islamic School:

Residensi Permata

Residensi Servis

Harga bermula dari RM460,000

Nusa Tropika

Rumah Bandar

Harga bermula dari RM1.5 juta

Embun @ Kemensah

Rumah Berkembar 3 Tingkat

Harga bermula dari RM1.7 juta

Ilmu Suluh Hidup

Hakikatnya, ilmu dalam apa-apa bidang sekalipun sentiasa ada nilai tersendiri yang realistik seiring dengan perubahan semasa. Apatah lagi kalau ilmu duniawi ini digabungkan bersama ilmu akhirat.

Sudah tentu kita dapat melihat pelapis modal insan yang berkualiti untuk kehidupan masyarakat kita untuk generasi masa hadapan. Ilmu itu kan penyuluh hidup!

Tak rugi pun hantar anak-anak anda ke sekolah agama yang berprestij. Hasilnya nanti menjadi saham akhirat untuk anda dan keluarga juga.

Tambahan pula kalau mereka menjadi penghafaz Al-Quran. Fuh, sejuk perut ibu mengandung!

Apa-apa pun, buatlah pilihan yang bijak demi masa depan yang cerah!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting