11 Buku Hartanah Dan Pengurusan Kewangan Patut Anda Baca!

·7-min read

Ilmu pengurusan kewangan memang dah jadi keperluan untuk semua orang di zaman ni.

Sebabnya mudah, supaya anda mudah jana kekayaan dan atur kehidupan dengan lebih baik. Lagi-lagi ramai sekarang mengimpikan nak bebas hutang kan?

Tapi, nak bebas hutang tak boleh bergantung kepada gaji kita yang tak naik-naik ni!

Nak tak nak kena belajar cara uruskan kewangan dengan bijak, cara melabur dan menyimpan yang terbaik.

Dan bukulah kaedah terbaik, boleh je baca di internet tapi perasaan pegang buku tu memang tak boleh lawan!

Jadi, jika anda nak berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah dan kewangan, ini 11 buku berkaitan kami cadangkan untuk anda.

1. Guide to Investing

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Siapa tak kenal dengan Robert Kiyosaki, penulis buku kewangan paling laris dalam sejarah, Poor Dad, Rich Dad.

Dalam Rich Dad's Guide to Investing: What the Rich Invest in That the Poor and Middle Class Do Not! , beliau kemukakan satu idea yang ‘rumah bukanlah aset terbaik anda!’. Menarik kan?

Beliau turut memberikan idea pengurusan kewangan yang baik seperti konsep sebenar aset dan liabiliti.

Rumah menurut beliau ada liabiliti sekiranya setiap bulan anda perlu bayar menggunakan duit poket sendiri.

Malah terpaksa tambah pula bayaran bulanan untuk bank. Menurutnya, rumah hanya jadi aset jika ia beri duit poket setiap bulan bukan sebaliknya!

Banyak lagi idea dan konsep pelaburan termasuk pelaburan hartanah anda boleh tahu dari buku ni. Mudah kan? Tak perlu bayar mahal-mahal untuk seminar yang ambil idea dia ni pun…

2. Forensik Kewangan

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Anda berminat nak melabur hartanah? Tapi tak tahu mana nak mula, kami cadang mulakannya dengan kaji pengurusan kewangan anda.

Buku Forensik Kewangan yang ditulis Zaidi Ismail ni adalah pilihan yang tepat kerana ia melibatkan pengurusan kewangan dan hutang anda.

Beliau juga dikenali ramai sebagai ‘Jurutera Kewangan’ kerana kemampuannya menilai dan menyelesaikan pelbagai aspek pengurusan kewangan.

Latar belakangnya juga sangat menarik kerana beliau bukanlah berasal dari keluarga kaya, tapi berjaya memiliki perniagaan, menguruskan lebih 60 hartanah dan menjadi jutawan seawall 32 tahun tanpa diploma atau ijazah!

Menerusi buku Forensik Kewangan ni, beliau banyak berkongsi tentang keperluan persiapan pemikiran dan kewangan untuk simpanan dan bajet.

Beliau turut berkongsi beberapa tips dan strategi pantas untuk melangsaikan hutang. Antara strategi yang boleh anda buat yang dikongsi beliau kaedah menjual hutang, kaedah pinjaman peribadi dan kaedah snowball.

3. The ABC’s of Property Management

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Kalau anda nak tahu, penulis The ABC’s of Property Management, Ken McElroy adalah salah seorang penasihat pelaburan dan pengurusan hartanah Robert Kiyosaki.

Beliau juga menerbitkan sebuah buku lain pelaburan hartanah yang terkenal iaitu, The Advanced Guide to Real Estate Investing.

Dalam buku ABC ni, beliau banyak berkongsi pengalamannya dalam menaikkan nilai hartanah sewanya supaya penyewa mendapat nilai tambah.

Bila penyewa dapat nilai tambah, pelaburan hartanah sewa anda juga akan bertambah. Nak tahu tekniknya? Kenalah baca!

Selain itu, beliau berkongsi pengalamannya dalam pengurusan hartanah, pengurusan penyelenggaraan pengurusan aliran tunai hartanah dan beberapa aspek teknikal seperti pengiraan keuntungan sewaan hartanah.

4. Everything You Need to Know (But Forget to Ask) When Buying or Selling Property

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Jika anda ingin tahu bagaimana pengalaman seorang ejen hartanah dalam urusan jual beli hartanah anda boleh dapatkan buku Everything You Need to Know.

Buku ini ditulis ejen hartanah berpengalaman, Mary Smits dari Australia. Beliau juga adalah penulis dan konsultan hartanah terkenal di negara itu.

Jangan tak tahu, walaupun buku ni diterbitkan dah lebih 10 tahun, ia masih jadi rujukan ramai kerana kandungannya masih relevan.

Buku ni juga sesuai dibaca oleh mereka yang sukakan gaya bahasa ringan dan santai dalam membincangkan semua persoalan yang bermain dalam minda penjual dan pembeli hartanah.

Antara isu yang diliputi adalah bagaimana untuk membuat persediaan dalam menjual hartanah anda, memilih sama ada ingin melaburkan atau membeli hartanah sebagai kediaman, bagaimana hendak berurusan dengan ejen hartanah dan bagaimana ingin tawar-menawar untuk menjimatkan wang.

5. Property Jewels

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Jangan lupa di Asia kita ada permaisuri yang pakar dalam pelaburan hartanah iaitu Renesial Leong.

Buku tulisan beliau iaitu Property Jewels ini juga antara buku pelaburan hartanah terlaris pernah diterbitkan tau dan mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.

Di Malaysia, beliau merupakan antara pelabur dan pelatih hartanah yang paling terkemuka.

Sebagai pembaca, dalam buku tulisan beliau anda akan mendapat pelbagai tips, nasihat dan pengalaman sebenar. Selain itu, buku ini ditulis dalam gaya bahasa santai serta mesra pembaca sehinggakan anda tak sedar dah habis baca.

Pelbagai aspek dikongsi termasuklah aspek feng shui, tips untuk melelong hartanah hinggalah berurusan dengan peguam dan perunding hartanah.

Selain daripada itu, anda juga dapat mempelajari tentang segala proses pelaburan hartanah, daripada menaikkan modal untuk menjelaskan bayaran pendahuluan hinggalah berurusan dengan penyewa serta memilih hartanah yang paling sesuai.

6. WTF? 23 Properties by 30: A Story of What to Find? When to Find? Where to Find?

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Geng hartanah rasanya mesti kenal Faizul Ridzuan ni. Beliau merupakan pengasas kepada FAR Capital Sdn Bhd dan merupakan salah seorang pelabur hartanah tegar di Malaysia.

Kebanyakkan pelaburan hartanah yang beliau ceburi adalah pasaran primer atau undercon.

Dalam bukunya ini, beliau berkongsi pengalaman melabur hartanah bermodalkan serendah RM2000.00 dan berjaya membina portfolio pelaburan hartanah bernilai jutaan ringgit dalam tempoh 5 tahun sahaja!

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Pada usianya semuda 30 tahun, beliau sudah ada 23 hartanah tau. Ini memang betul-betul daripada pengalaman sendiri!

Melalui perkongsian pengalaman dalam buku ini, anda akan dapat mengenali dengan lebih dekat lagi pendekatan “pembelian hartanah tanpa modal” yang dipegang Faizul Ridzuan ni.

Jadi, kalau anda tak banyak modal atau ada duit tapi nak melabur hartanah tanpa modal banyak, buku ni memang boleh membuka minda anda.

7. Hipster Hartanah

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Kalau anda masih muda, tapi mahu merancang untuk pengurusan kewangan yang baik dan memiliki hartanah pada usia muda, anda mesti dapatkan buku Hipster Hartanah ini!

Penulisnya, Harith Faisal berasal dari Perak dan lulusan ijazah sains aktuari dari UKM.

Berdasarkan latar belakang beliau anda tak perlu ragu-ragu dengan pengalaman beliau. Pernah bertugas sebagai seorang pegawai bank dan kini sebagai pelabur sepenuh masa.

Beliau mula berkongsi tips pelaburan hartanah dan kewangan di Facebook bermula hujung tahun 2015.

Dalam masa setahun, beliau berjaya menarik minat 60,000 pengikut khususnya anak muda untuk membaca perkongsiannya di Facebook setiap hari.

Dalam buku ini, beliau berkongsi tips kepada golongan muda membeli hartanah pada usia muda.

Antara kandungan menarik dalam buku ini adalah 4 cara terbaik dapatkan duit deposit beli rumah, masalah yang memang dihadapi ramai rakyat Malaysia.

8. Jutawan Hartanah

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Seorang lagi penulis buku kewangan yang mesti and baca ialah Jutawan Hartanah, tulisan Azizi Ali.

Beliau adalah mentor kewangan peribadi dengan pengalaman lebih 30 tahun dan banyak menulis buku pelaburan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Menariknya, kerjaya profesionalnya adalah seorang juruterbang, jauh sangat kaitannya dengan bidang hartanah.

Dalam buku Jutawan Hartanah ni, anda akan banyak tahu tentang cara,kaedah dan tips menjana kekayaan melalui pelaburan hartanah. Senang dan mudah nak diamalkan.

9. Panduan Lengkap Bisnes Sublet: Jana Keuntungan Tanpa Membeli Hartanah

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Salah satu cabang pelaburan hartanah yang boleh bagi anda keuntungan dalam adalah bisnes sublet.

Sublet adalah salah satu cabang bisnes dalam bidang hartanah yang akan memberikan anda pulangan aliran tunai yang lumayan.

Dalam buku ini anda akan belajar cara bagaimana untuk menjadi operator sublet, persediaan yang perlu anda lakukan dan cara paling selamat untuk anda jana pendapatan positif hasil dari bisnes sebagai operator sewa rumah.

Pelbagai kaedah dan tips komprehensif yang anda boleh belajar dan yang paling anda penting cara buat bisnes ini ikut undang-undang!

10. Next Station: MRT Line 1 Buying Condos & Apartments Along Sg Buloh to Kajang

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Kalau anda nak mula melabur hartanah di sekitar jajaran MRT atau hartanah Transit Oriented Development (TOD) anda boleh baca buku hartanah ini.

Buku ini akan memberi anda maklumat berguna potensi pelaburan hartanah di sekitara jajaran MRT 1.

Dalam buku ini, penulis Adrian Tan telah mengumpulkan senarai kesemua hartanah kondominium yang bertempat sekitar 31 stesen sepanjang laluan MRT 1: Sungai Buloh-Kajang.

Di samping itu, sebagai pembaca anda boleh mendapatkan maklumat berguna seperti hasil daripada setiap unit, susun atur bagi hartanah tersebut, serta harga dan saiznya.

Dengan pekembangan terkini landskap hartanah di Malaysia yang berkonsepkan TOD, buku ini dapat memberi anda maklumat berguna kelebihan dan perbandingan harga hartanah yang patut anda beli jika ingin melabur dalam hartanah di sekitar jajaran MRT!

Jika anda seorang pelabur hartanah, anda WAJIB baca buku dari penulis ni!

11. Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima & Enam Angka Menjelang Disember

buku hartanah, buku pengurusan kewangan
buku hartanah, buku pengurusan kewangan

Memang ramai mahu melabur hartanah tapi tiada modal dan simpanan. Ilmu pengurusan kewangan pun tak cukup lagi, jadi ramai akan takut.

Jadi, kalau anda orang begitu, yang mahu tahu cara terbaik menyimpan dan melabur sebelum menceburi pelaburan hartanah, buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima dan Enam Angka Menjelang Disember tulisan Azraei Muhamad ini antara buku pengurusan kewangan peribadi terbaik anda boleh baca.

Kandungannya pula memang berkisar tentang cara menyimpan dan melabur generasi masa kini, bermula daripada menyimpan duit PTPTN sampailah kepada kepentingan perbelanjaan dalam hidup.

Gaya bahasa dan contoh diberikan juga mudah dan santai serta memang praktikal! Senang nak ikut.

Pendek kata, aspek pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah memang perlu ada ilmu. Tidak ada orang yang terus melabur dan kaya, banyak pancaroba dan halangan.

Jadi, kalau anda boleh belajar daripada pengalaman orang lain, kenapa nak susahkan diri buat kesilapan sama kan?

Membaca juga satu aktiviti minda yang baik, dan dalam dunia lambakan maklumat media sosial ni elok juga sesekali tenggelamkan diri dalam helaian kertas.

Selamat membaca!

Panduan Relevan