10 Warna Terang Inspirasi Deko Rumah!

·4-min read

Setiap kali nak mengecat atau deko rumah, warna pilihan ramai orang mestilah yang cerah dan lembut-lembut je. Lawa memang lawa, tapi kadang-kadang bosan juga kan?

Sesekali seronok juga tengok warna terang macam selalu kita nampak pada Tahun Baru Cina, Deepavali tu. Apa salahnya bereksperimen untuk Raya 2021 ke...

Jadi, jom tengok 10 warna terang dan tak berapa lembut yang kami rasa anda boleh jadikan inspirasi hiasan rumah ni. Barulah menawan tertawan!

1) Warna Merah

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

“Banyak ong maa!” Selalu dengar bukan? Menurut Feng Shui, warna merah dianggap membawa tuah dan menghalau perkara buruk. Dari segi psikologi, warna merah mempunyai unsur berani, bertenaga dan gembira.

Tapi, warna merah yang keterlaluan boleh mewujudkan suasana cemas dan tertekan. Cuba gabungkannya dengan perabot, langsir atau aksesori berwarna kelabu. Rumah anda akan serta merta tampak elegan dan lebih luas!

2) Warna Jingga

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

Jauh dari tema tradisional. Jingga yang seakan-akan merah ini mewujudkan unsur moden bagi ruang rumah anda. Penuh dengan sifat keinginan dalam warna jingga mampu memberikan mood riang pada kehidupan seharian anda.

Apa kata anda padankannya dengan pokok hiasan dalam rumah yang berwarna hijau. Barulah segar! Selalunya, warna jingga sesuai deko di ruang dapur untuk memberikan aura kreatif pada seseorang. Wah, makin sedaplah masakan anda lepas ini!

3) Warna Coklat Muda / Light Brown

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

Deko rumah anda dengan perabot, langsir atau aksesori lain yang berwarna coklat. Memang elegan! Light brown terkenal sebagai warna yang hangat dan positif. Ia akan menonjol dengan adanya pantulan cahaya semulajadi dan mampu memberikan perasaan selamat.

Walaupun ramai orang fikir warna coklat ini membosankan, tetapi jika dipadankan dengan warna terang lain seperti hijau, merah jambu dan merah, ia akan menyuntik elemen moden dalam alam semulajadi.

4) Warna Kuning Emas

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

Happy go lucky! Sesiapa yang hidupnya dikelilingi dengan warna kuning akan sentiasa berasa ceria dan optimis. Sifatnya yang memantulkan cahaya, memang sesuai sangat bagi ruang sempit untuk tampak lebih lapang. Penambahan aksesori warna putih mampu menambahkan dimensi ruang jadi lagi luas.

Apa yang menariknya, ramai orang menganggap warna kuning keemasan ini sebagai warna yang berprestij. Sebab itulah ia sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan. Tak hairanlah, nampak warna kuning je, kita selalu ingat raja!

5) Warna Merah Jambu / Pink

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

Orang kita selalu kaitkan warna merah jambu ini sebagai girlish. Secara psikologinya, ia berkait rapat dengan unsur tenang dan kasih sayang. Jadi, tak peliklah kalau merah jambu sering dianggap sebagai warna perempuan!

Tetapi, hati-hati! Warna merah jambu yang keterlaluan boleh menimbulkan unsur kebudak-budakan dan lemah. Kalau perabot dan aksesori rumah anda semuanya merah jambu, cuba seimbangkan dengan cat berwarna putih atau kelabu. Mesti ohsem!

Inspirasi Untuk Mendapatkan Reka Bentuk Rumah Yang Kreatif Dan Menarik
Inspirasi Untuk Mendapatkan Reka Bentuk Rumah Yang Kreatif Dan Menarik

Panduan Relevan

Inspirasi Untuk Mendapatkan Reka Bentuk Rumah Yang Kreatif Dan Menarik

6) Warna Hijau

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

Hijau melambangkan ketenangan. Sifatnya yang semulajadi memberikan nafas baru pada ruangan rumah anda. Lebih menarik jika anda gabungkannya dengan akesori rumah dengan warna terang seperti kuning. Barulah kelihatan moden kontemporari!

Kalau nak tahu, dalam budaya Cina, hijau membawa maksud pembaharuan dan kemakmuran. Sebab itulah ia juga sering dipadankan dengan warna merah dalam kebanyakan kerja seni kaum Cina! Menarik kan?

7) Warna Oren

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

Warna oren membuatkan ruang nampak tinggi dan lebar. Tapi, anda kena bijak menyusun atur aksesori rumah anda supaya nampak teratur.

Dengan warna oren, semua objek dalaman akan kelihatan lebih dekat dan akan menggangu saiznya yang sebenar.

Sedih berjauhan dengan keluarga sepanjang PKP? Jom tukar kepada warna oren!

Ia akan memberikan suasana ceria walaupun hakikatnya warna oren merupakan warna klasik. Hebatnya warna ini sehingga boleh membantu seseorang melawan kemurungan.

8) Warna Coral

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

Warna coral ini sebenarnya gabungan antara warna merah muda dan oren terang. Sesuai digunakan di ruang yang berunsur kekeluargaan seperti ruang tamu dan laman rumah.

Warna ini membuatkan suasana rumah menjadi lebih segar apabila digabungkan dengan pokok hiasan berwarna hijau dan juga perabot berwarna putih. Walaupun terang, ia juga mendamaikan!

Kalau nak tahu, warna coral pernah menjadi warna yang paling bergaya dalam palet Panton ni tau!

9) Warna Firus Berkilat / Shining Turquoise

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

Ia nampak lembut tapi mampu memantulkan cahaya dan membuat ruang menjadi lebih cerah, luas dan kemas. Warna firus sangat sofistikated dan menenangkan.

Jika anda mengenakan warna ini sebagai cat dinding, cuba deko rumah anda dengan perabot berwarna bumi seperti coklat, hijau dan putih. Jadi, tiadalah nampak warna firus terlalu berkuasa dalam sesuatu ruangan itu.

Makin bertambah seri jika ditambah dengan rumput palsu dan pokok hiasan berwarna hijau gelap. Walaupun rumah anda sempit, ia mampu menjadikannya ‘syurga kecil’ buat anda sekeluarga.

10) Warna Ungu

tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah
tahun baru cina 2020, tahun baru cina, warna merah, warna terang, deco rumah, hiasan dalaman rumah, pokok hiasan dalam rumah

Dekorasi rumah bukan terhad pada cat dinding sahaja. Penggunaan perabot, karpet dan langsir berwarna ungu juga membuatkan ruangan rumah anda lebih menyerlah sambil dipadankan dengan beberapa bunga putih.

Nak lagi trend? Letakkan beberapa lilin wangi yang berwarna ungu dan kelabu. Fuh! Memang romantis. Sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin. Barulah boleh pupuk rasa cinta dan setia yang mendalam kan?

Jom Deko Rumah Sekarang!

Ramai yang sudah terbayang-bayang hasil dekorasi rumah mereka selepas make over nanti. Betul tak? Apa tunggu lagi, lebih baik gunakan masa berada di rumah sepanjang PKP ini untuk mencantikkan rumah.

Apa-apapun, ukur baju di badan sendiri. Walaupun selera orang lain-lain, jangan pula berbelanja lebih dari kemampuan. Rancang kewangan yang mengikut citarasa anda dengan bijak.

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat!

Nak tahu lebih banyak inspirasi deko rumah terbaik? Bolehlah baca jenis hiasan dalaman rumah dan tips bajet deko rumah ni!