10 Tip Keselamatan Untuk Kawasan Kejiranan Anda!

·8-min read

Zaman sekarang ini, anda jangan fikir bahawa duduk di rumah sahaja sudah mampu menjamin keselamatan anda 100%.

Menurut laporan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 16,452 kes pecah rumah telah berlaku semenjak PKP dilaksanakan dari tahun lalu sehingga Jun 2021.

Musim pandemik sebegini, ramai yang berada dalam keadaan terdesak dari segi keperluan hidup, kewangan, mahupun kesihatan mental.

Selain dari fokus menjaga SOP kerana virus COVID-19 yang tengah giat merebak sekarang, penting juga beri perhatian terhadap keselamatan di rumah terutamanya jika anda tinggal bersendirian.

Saya mahu melindungi dan dilindungi!

Tak kisahlah menetap di mana pun, semua orang nak rumah yang selamat tapi tak ramai yang ambil berat tentang kejiranan yang selamat, betul tak?

Malah, masih ada lagi sesetengah masyarakat kita yang gunapakai istilah “jaga tepi kain orang” apabila sentuh tentang isu kejiranan.

keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah
keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah

Buanglah stigma sebegitu kalau tak nak ditimpa musibah yang sama seperti kes kerugian mencecah RM100,000 apabila rumah dimasuki pencuri melalui tingkap dapur semasa mereka bercuti di luar negara pada tahun lepas.

Ha, sekarang anda sedar tak betapa pentingnya hubungan baik sesama jiran tetangga? Mulai sekarang, pastikan kawasan kejiranan yang selamat juga tergolong dalam faktor utama sebelum anda nak beli atau sewa hartanah.

Jangan tak tahu, faktor jenayah juga berperanan dalam menaikkan nilai hartanah anda tahu!

Jom kami kongsikan 10 tip bagaimana nak pastikan kawasan kejiranan anda selamat sama ada sebelum beli, sewa atau semasa anda duduk di kawasan tersebut!

1. Jalinkan Hubungan Baik Dengan Jiran

Jika sebelum ini anda seorang yang lebih gemar buat hal sendiri, buanglah sikap tersebut. Ambil tahu siapa jiran sebelah rumah, depan rumah dan di belakang rumah.

Kenalpasti latar belakang jiran anda dari segi usia, bilangan anak-anak, pekerjaan, tahap kesihatan mereka serta gaya hidup mereka supaya anda dapatlah idea macam mana nak mendekati mereka nanti!

keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah
keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah

Contohnya, anda boleh memulakan dengan bertukar juadah dengan jiran anda yang lebih berusia. Anda juga boleh mengajak anak-anak mereka bermain bersama-sama keluarga anda sambil berpeluang mengenali sesama sendiri.

Anda masih bujang dan jiran kebanyakannya telah berkeluarga? Tak jadi masalah!

Cuba tawarkan diri untuk bantu mereka dalam keadaan memerlukan seperti menjaga rumah ketika ketiadaan mereka, beriadah bersama-sama ataupun berkongsi minat yang sama.

2. Bina Komuniti Kejiranan

Hidup berjiran ini saling memerlukan antara satu sama lain kerana anda berkongsi kemudahan di kediaman yang sama. Jadi, kesan daripada tindakan anda tetap akan mempengaruhi kejiranan yang lain walaupun 0.1%.

Sebab itulah pentingnya untuk membina organisasi supaya setiap orang akan berasa tanggungjawab terhadap satu sama lain.

Lantik ahli jawatankuasa (AJK) bagi unit-unit penting seperti unit keselamatan, kebersihan, aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah
keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah

Dari situlah akan wujudkan hubungan komunikasi yang cepat dan efisien melalui Whatsapp Group dan Telegram.

Di Malaysia sahaja mempunyai 21 juta pengguna Whatsapp disebabkan ciri-ciri komunikasi yang ada padanya seperti mesej, pesanan suara, gambar, menjejaki lokasi, serta panggilan video beramai-ramai.

Musim COVID-19 ini kena elakkan kontak secara fizikal. Melalui platform sebegini, lebih mudahlah anda nak berkenalan dengan jiran-jiran dan merancang aktiviti untuk terus bekerjsama dalam memastikan keselamatan di rumah masing-masing terjaga. Menarik kan?

3. Mengatur Aktiviti Gotong-Royong

Jenayah tak kenal siapa. Budak baru lahir pun boleh menjadi mangsa cabul, tebusan wang ringgit atau bunuh.

Jika dilihat semula, kebanyakan kes jenayah lebih banyak terjadi di tempat tersembunyi seperti semak samun, kawasan terlindung, rumah sampah atau rumah kosong.

Cuba aturkan aktiviti gotong-royong bersama jiran tetangga pada setiap minggu atau sebulan sekali. Bahagikan tugas masing-masing mengikut jumlah fasiliti dan bilangan tenaga kerja yang ada.

Ia sebenarnya menjadi tanggungjawab anda sebagai jiran untuk memastikan kawasan kejiranan sentiasa bersih dan tidak terlindung dek semak samun yang menjalar di sekeliling rumah serta membina pagar atau tembok untuk menghalang daripada diceroboh oleh pencuri.

keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah
keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah

4. Buka Tabung Keselamatan Kawasan Kejiranan

Mencegah lebih baik daripada merawat! Selain daripada memasang sistem keselamatan di rumah sendiri, anda kena tahu, jenayah terjadi berpunca daripada sistem keselamatan yang longgar di kawasan kejiranan itu sendiri.

Ada sesetengah kediaman yang tiada pondok pengawal, pagar automatik mahupun peronda. Jadi, eloklah ada inisiatif untuk mengumpul dana dari semua jiran tetangga.

Boleh gunakan untuk membina pondok pengawal, pemasangan pagar automatik, lampu jalan, CCTV, dan tembok di sekeliling perumahan. Buatlah kaji selidik, analisis, belanjawan dan garis masa untuk sesuatu projek yang anda dan jiran sedang usahakan.

Jangan lupa sentiasa update jiran-jiran anda tentang situasi terbaru di kawasan kejiranan tersebut dari semasa ke semasa supaya masing-masing menyedari akan keadaan keselamatan sesama sendiri.

Tapi kalau nak buat sistem keselamatan sendiri, kami cadangkan anda rujuk garis panduan dikeluarkan KPKT ni supaya tak timbul masalah lain pula!

5. Berkongsi Maklumat Alat Keselamatan Rumah

Kebanyakan dari kita selalunya ambil mudah dengan susunan peralatan merbahaya di rumah seperti pisau, gunting, paku, penukul atau alat elektronik yang sering dipamerkan secara terang-terangan atau diletakkan di tempat yang mudah dicapai.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Hari-hari biasa mungkin ia tidak kelihatan merbahaya tetapi, penceroboh ni akan mencapai apa sahaja benda di depan mata mereka untuk mengancam nyawa anda!

Jadi, apa kata anda berkongsi jenis-jenis perlatan untuk keselamatan rumah dengan jiran tetangga anda?

Tadi kami ada sebut tentang ‘Whatsapp Group’. Masa inilah nak gunakan kemudahan whatsapp ke jalan yang betul dengan berkongsi tentang cara-cara menjaga keselamatan di rumah masing-masing.

Ada banyak jenis kemudahan penyimpanan barang-barang rumah serta alat keselamatan rumah yang mesra pengguna dijual secara atas talian seperti ALX 9 SLOT Knives Drawer Organizer, Bosch tool bag storage box, Kunci Tingkap Keselamatan, Solar Alarm Sensor dan banyak lagi.

6. Rancang Aktiviti Kesihatan Mental Dan Fizikal

Anda tahu tak bahawa situasi persekitaran mampu mempengaruhi tingkah laku seseorang? Tambahan pula dengan norma baharu yang banyak menyumbang kepada gangguan kesihatan emosi dan mental individu.

keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah
keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah

Jiran anda mungkin kelihatan baik-baik je tetapi tidak mustahil mereka sebenarnya mengalami kemurungan. Mana taknya, ada orang jauh dari keluarga atau kehilangan orang tersayang disebabkan virus COVID-19.

Itulah pentingnya #kitajagakita untuk saling mengambil berat dan mengurus keadaan emosi jiran anda melalui aktiviti kemasyarakatan yang boleh dilakukan secara virtual atau fizikal (beriadah ke) yang ikut SOP!

7. Wujudkan Peraturan Kejiranan

Bunyi macam mengongkong tetapi hakikatnya, undang-undang dan peraturan sebenarnya menjadi asas keselamatan dan keharmonian komuniti.

Anda kena ingat, dalam 50 buah rumah, belum tentu 25 daripadanya mempunyai kesedaran tentang keselamatan kawasan kejiranan.

Tak dinafikan memang susah nak dapatkan kerjasama dari semua pihak tetapi ianya tidak mustahil. Mana tahu dengan cara ini, ia dapat menyelamatkan banyak nyawa, betul tak? Bak kata orang putih, “you can’t make omelette without breaking eggs”!

Tapi, jangan pula letak peraturan yang mengarut. Cukup sekadar perkara yang mendorong kepada melindungi komuniti jiran dan meningkatkan keselamatan rumah masing-masing seperti tanaman dilarang tak terjaga sampai jadi semak atau pagar terbuka lebih dari 24 jam.

keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah
keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah

8. Periksa Latar Belakang Pengawal Keselamatan Kejiranan Anda

Realiti pada hari ini, kebanyakan pegawai keselamatan yang diambil bekerja rata-rata dari golongan berusia atau mempunyai fizikal yang kurang cergas.

Macam mana nak kejar penjenayah kalau pegawai keselamatan tidak mampu berlari laju, kabur pandangan atau obesiti?

Itu belum lagi yang tak tahu menulis dan membaca. Susahlah nak cam maklumat penting seperti nombor kenderaan atau kad pengenalan penjenayah nanti!

Jadi, anda sebagai AJK komuniti jiran tetangga kena menemuduga dahulu pegawai keselamatan atau peronda. Pastikan mereka memenuhi ciri-ciri yang dapat menjamin keselamatan kawasan kejiranan anda.

Misalnya, sihat tubuh badan, tangkas, bertenaga, boleh berbahasa Melayu dan Inggeris, boleh menulis serta membaca. Bonus jika mereka mmpunyai seni mempertahankan diri seperti Taekwondo dan Silat!

9. Bersederhana Di Laman Sosial

Ya, tahu anda bosan terkurung dalam rumah sepanjang PKP dilaksanakan. Jadi, media sosial sajalah tempat anda bersosial dan berjual beli kan?

Tetapi, tolong berhati-hati semasa berkongsi maklumat anda di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram atau Tiktok.

keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah
keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amiruddin Abdul Wahab, antara aplikasi internet yang sering menjadi sasaran serangan penggodam ialah laman jual beli atas talian, permainan siber dan perbankan atas talian.

Ramai penjenayah dekat luar sana sedang memerhati dan tunggu masa je nak jadikan anda habuan mereka!

Ada antara mereka yang pandai menggodam media sosial anda semata-mata untuk dapatkan info seperti lokasi rumah, bilangan aset anda, ahli keluarga dan aktiviti harian anda.

Ada juga yang sampai tahap boleh menggodam CCTV rumah anda tau! Jadi, tak hairanlah kalau mereka tahu di mana anda menyimpan barang-barang berharga seperti barang kemas, duit atau gajet.

Sebab itulah jangan terlalu syok berkongsi tentang perihal peribadi ataupun jiran anda. Kadang-kadang penjenayah hanya menjadikan anda kambing hitam mereka untuk menyerang target yang sebenar iaitu jiran anda!

10. Hulur Bantuan Kepada Jiran

Bila hidup berjiran ini, anda kena peka dengan perubahan kejiranan anda. Kalau sebelum ini pagar mereka berkunci tetapi tiba-tiba hari ini tidak berkunci atau rumah yang selama ini riuh-rendah menjadi sunyi, mesti ada yang tak kena!

Sentiasa hubungi mereka dan bertanya jika memerlukan apa-apa pertolongan seperti bantuan kewangan dan barang keperluan terutamanya untuk tujuan keselamatan di rumah.

keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah
keselamatan di rumah, jiran, kawasan kejiranan, cctv, jiran tetangga, keselamatan rumah

Penjenayah biasanya akan mencari mangsa yang kurang berkemampuan sebigini untuk melakukan jenayah seperti mencabul atau menculik untuk dijadikan dagangan terutamanya kanak-kanak.

Kalau nak tahu, sebanyak 33 kes penculikan kanak-kanak untuk tebusan direkodkan dalam tempoh 10 tahun, sejak 2008 tau. “Mesti mak ayah jenis ambil mudah keselamatan di rumah”. Jangan tuduh melulu!

Tak semua yang berkemampuan pasang alat keselamatan yang canggih seperti CCTV, lampu pintar, sensor atau pagar automatik seperti anda. Jadi, jiran-jiran macam inilah yang sebenarnya perlu diberikan perhatian lebih demi menjaga keharmonian bersama.

Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih

Jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira siapa anda. Tetapi, risikonya dapat dikurangkan jika kita bersedia dari segi keselamatan kejiranan yang ketat.

Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Itulah perumpamaan yang tepat bagi kehidupan berjiran sebab tanpa sokongan dari orang sekeliling, anda takkan mampu melindungi diri sendiri.

Tambahan pula dalam keadaan PKP sekarang yang terpaksa berjauhan dengan keluarga. Siapa pula nak tengok-tengokkan anda kalau bukan jiran?

Binalah hubungan yang baik dengan jiran-jiran anda kerana banyak usaha boleh dilakukan demi membendungi jenayah dan menjamin keselamatan rumah masing-masing!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting