10 Siri Dekorasi Rumah & Hartanah Di Netflix 2021 Patut Tengok!

·7-min read

Kita sekarang hidup dalam keadaan tak menentu disebabkan lonjakan kes pandemik yang sedang meningkat tak turun-turun di Malaysia.

Buat masa ni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dah berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei 2021 lalu.

Nampak gaya ramai jugalah yang duduk rumah balik sebab masa berniaga singkat, mula putaran kerja (work rotation), kena kerja dari rumah, terpaksa ambil cuti dan sebagainya.

Bila dah terkurung dalam rumah dan tak ke mana, boleh tepu jadinya. Walaupun situasi ni kita tak boleh nak elak, kami tak nak anda stress-stress di rumah tau.

Anda boleh buat banyak aktiviti berfaedah atau boleh guna masa ini untuk renovate atau dekorasi rumah supaya jadi lagi cantik dan menarik.

Tak ada idea? Apa lagi, bolehlah tengok Netflix yang ada pelbagai rancangan renovasi dan dekorasi.

Kalau rasa Netflix mahal, sebenarnya Netflix Malaysia ada pakej hanya RM17 sebulan untuk telefon bimbit atau tab. Bolehlah kan?

pkp 3.0, netflix, netflix malaysia, dekorasi rumah, deko rumah, deco rumah, ejen hartanah, deco rumah kecil
pkp 3.0, netflix, netflix malaysia, dekorasi rumah, deko rumah, deco rumah, ejen hartanah, deco rumah kecil

Jadi, kami kumpulkan 7 siri yang mesti anda tonton di Netflix untuk inspirasi dan idea renovate rumah anda. Jangan risau semua ni boleh tonton di Netflix Malaysia.

Jom tengok apa yang best!

1. Dream Home Makeover

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/8X_m6E3XEaw" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Rancangan Dream Home Makeover menunjukkan macam mana suami isteri dari Studio McGee bertungkus-lumus membantu klien mereka mengubah suai rumah mengikut bajet yang diberi.

Pelbagai jenis dekorasi dan renovasi yang dipamerkan untuk semua ruangan rumah. Anda akan dapat tengok dari awal sampai siap sebuah rumah tu.

Ada 2 season sekarang di Netflix dan setiap season ada 6 episod, maknanya anda ada 12 episod untuk dapatkan idea!

2. Amazing Interiors

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/ia-Hclo-ITs" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Kalau dah bosan dengan bahagian dalaman rumah sedia ada. Inilah rancangan dengan pelbagai rekaan dalaman untuk anda. Semua reka bentuknya sangat unik dan lain dari yang lain.

Baru ada 1 season tapi dengan 12 episod yang semestinya dapat mencetus daya kreativiti anda. Mana tahu untung-untung rumah anda pula masuk Amazing Interiors versi Malaysia (satu hari nanti!).

3. Interior Design Masters

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/G78fVqAM9yo" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Siapa pernah tengok Master Chef? Haaaaa…rancangan ni sebiji macam Master Chef tapi untuk mereka yang minat dengan reka bentuk dalaman.

Setiap minggu akan ada 10 peserta yang bertanding untuk mempamerkan rekaan terbaik seperti yang ditentukan oleh para juri profesional.

Pelbagai ruangan yang diubah suai oleh semua peserta, jadi anda akan dapat macam-macam idea untuk mencantikkan “rumahku, syurgaku” itu.

4. Tiny House Nation

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/XfvEh87-_0Q" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Bagi anda yang ada kediaman bersaiz kecil atau teringin nak bina rumah kecil satu hari nanti, anda boleh tengok macam mana setiap hos rumah saiz kecil dalam Tiny House Nation mengubah suai kediaman mereka.

Di dalam rancangan ini juga, mereka buat perabot dan tempat penyimpanan yang sesuai dengan ruangan kecil. Walaupun kecil sangat praktikal untuk seisi keluarga!

5. Tidying Up with Marie Kondo

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/WvyeapVBLWY" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Kalau anda seorang yang fanatik dengan pengurusan rumah yang sistematik dan dan minimalis, anda mesti pernah dengar nama Marie Kondo.

Beliau adaah seorang pakar penyusun rumah yang terkemuka dari Jepun dan telah menginspirasi ramai orang di pelusuk dunia, lebih-lebih lagi di Asia.

Di dalam 8 episod Tidying Up with Marie Kondo yang kini ada di Netflix, anda akan mendapat pelbagai tips yang bermanfaat terutamanya KonMari Method™. Pastikan anda mengambil nota bila menonton rancangan ini nanti, okay?

PGMY_No_1
PGMY_No_1

6. The Minimalists (Less Is Now)

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/jn-xbOCZOiQ" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Dua kawan lama yang mempraktikan kehidupan minimalis berkongsi tentang kehidupan mereka di dalam dokumentari The Minimalist.

Mereka menunjukkan bagaimana hidup kita boleh menjadi lebih baik dengan mengurangkan apa yang tak perlu.

Jika anda sedang mencari solusi untuk menjadi seorang minimalis, jangan terlepas untuk menonton rancangan ini.

Alang-alang banyak masa di rumah, bolehlah asing dan kumpulkan barangan yang dah tak diperlukan. Kurangkan serabut di dalam rumah dan hidup anda.

7. Get Organized with The Home Edit

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/XPg_BE6EA94" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Lebih kurang macam Marie Kondo, Get Organized with The Home Edit pula memaparkan dua pakar penyusun rumah yang membantu klien mereka untuk mencantikkan sesebuah ruang.

Klien pula bukan biasa-biasa tau, siap ada selebriti terkenal seperti Reese Witherspoon, Rachel Zoe, Khloe Kardashian dan Neil Patrick Harris.

Apa lagi pergi tengok sekarang, bila lagi nak ada dekorasi rumah lebih kurang sama dengan selebriti luar negara!

8. Mortgage or Marriage

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/3N_CLZkCGXE" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Bagi pasangan yang baru nak kahwin, memang isu duit akan jadi perbincangan utama. Nak belanja lebih untuk majlis kahwin ke atau simpan untuk belanja rumah.

Itu tema dalam rancangan Mortgage or Marriage ni. Baru ada 1 season dengan 10 episod.

Setiap episod memaparkan pasangan yang nak kahwin ditunjukkan rumah dan dibawa ke pelbagai acara persiapan perkahwinan macam acara rasa kek, cuba baju pengantin dan sebagainya.

Ejen hartanah Nicole Holmes akan bawa mereka tengok rumah dan perancang perkahwinan Sarah Miller pula bantu mereka rancang majlis kahwin.

Holmes dan Miller akan cuba pujuk pasangan tu pilih salah satu, rumah besar atau majlis perkahwinan gah ‘sekali seumur hidup’.

Agak-agak kalau anda lah jadi peserta rancangan ni, mana nak pilih. Beli rumah atau majlis perkahwinan gah sepanjang zaman? Menarik kan?

Sesuai sangat dengan situasi ramai rakyat Malaysia sekarang ni. Kita semua berjimat-jimat dalam beli rumah dan buat majlis kahwin.

9. The World’s Most Extraordinary Homes

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/Dc3yzYlQyVs" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Dokumentari hartanah ni mempamerkan arkitek pemenang anugerah, Piers Taylor, dan peminat hartanah serta pelakon, Caroline Quentin.

Mereka melawat kediaman yang paling luar biasa di dunia, tak kisah di ceruk mana. Ada yang dibina atas bukit, dalam hutan, pinggiran pantai, dan bahkan di bawah tanah!

Rancangan ini betul-betul akan membuka mata dan minda anda tentang rumah yang mungkin ada di serata dunia.

10. Selling Sunset

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/mp8Xm02TmMc" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Nak tengok drama ejen hartanah? Selling Sunset memang best! Dah ada 3 season sekarang, rancangan ni mengisahkan sekumpulan ejen hartanah mewah di Oppenheim Group.

Barulah boleh tahu gaya hidup ejen yang jual hartanah mewah ni, penuh drama!

BONUS: Dirty Money

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/p8enKudcpK8" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Anda tak berapa suka tengok rancangan deko-deko ni? Nak tengok dokumentari berat-berat?

Kami cadangkan Dirty Money yang berkisar kepada kisah benar rasuah korporat dan penipuan kewangan.

Ada 2 season sekarang dengan 6 episod setiap satu season berdurasi sejam. Yang menariknya, dalam season 2, ada rancangan khas untuk skandal 1MDB yang terkenal tu.

Memang seronok tengok, dan boleh marah-marah tengok betapa korupnya mereka ni.

PKP 3.0 ni memang menyesakkan semua orang, tapi nak tak nak kita kena ikut untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19, sebab hanya kita jaga kita.

Pesanan akhir dari kami, memang ada masa akan rasa bosan bila duduk saja di rumah, tapi itulah yang sebaiknya buat masa ini. Keluar hanya bila betul-betul perlu dan pastikan ikut SOP.

Jaga Diri, Jaga Semua.

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting